Setelah hampir seminggu menyepi,penulis ingin kembali membawakan isu yang sering menjadi bualan dan polemik para pelajar.Keluhan dan rintihan kerapnya tamat diakhir bualan tanpa dapat disalurkan dengan menggunakan platform yang sempurna.Maka,kali ini,penulis ingin meninjau pula apakah permasalahan yang membelengu mahasiswa Uniten(yang penulis temui) terutamanya yang membabitkan aktiviti kokurikulum.
Umum tahu akan penambahbaikan yang berlaku pada organisasi Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini.Setelah dilantik seorang Timbalan Naib Canselor yang khusus,Hal Ehwal Pelajar juga telah diasingkan dari pentadbiran asas Uniten dengan menjadi sebuah pusat untuk menguruskan hal-hal berkenaan pelajar.Syabas Uniten diatas kejayaan in.Tetapi pada asasnyanya,apabila sesuatu penambahbaikan itu berlaku,respon yang diterima seharusnya mendatangkan kesan yang baik.Namun,perkara yang sebaliknya berlaku.
Kerenah demi kerenah bersilih ganti sehingga kian bernanah.Ini bermula dari peringkat atasan sehinggalah ke peringkat bawahan.Pada hari ini,untuk pelajar mengadakan program,pelbagai desakan yang cukup remeh disertakan sekali.Contohnya,dari segi penyediaan kertas kerja.Baru-baru ini telah diadakan perincian baru yang wajib untuk disertakan didalam kertas kerja.Kononnya akan melicinkan perjalanan kelulusan program tersebut.Masalah timbul apabila perincian-perincian yang diinginkan menimbulkan kesukaran bagi para pelajar.Bayangkan,jika anda ingin membuat kewangan untuk makanan;anda terpaksa memberikan beberapa harga(survey) dari kedai-kedai yang ingin ditempah.(Kedai A:RMXXX Kedai B:RMXXX Kedai C:RMXXX).Perkara yang sama juga berlaku untuk mendapatkan penginapan di luar kampus.Maknanya,kerja yang perlu dilakukan pelajar bertambah.Tidak cukup dengan itu,pelajar perlu memberikan spesifikasi-spesifikasi secara terperinci sehingga boleh dikatakan untuk menyiapkan assignment lebih senang dari menyiapkan kertas kerja!.
Lantas persoalan timbul disini,apakah motif sebenar yang diinginkan oleh HEP.Kalau benar perkara-perkara ini boleh melicinkan proses kelulusan,mengapa masa untuk meluluskan sesuatu kertas kerja masih lagi di tahap yang sama.Cuba fikirkan,sekiranya ada beberapa spesifikasi tidak dipersetujui,terpaksalah pelajar turun naik HEP dan menangguhkan lagi lama program untuk diluluskan kerana kesemuanya disertakan didalam satu kertas kerja(berbanding dahulu,poster dan sebagainya boleh dihantar kemudian).Adakah HEP memudahkan pelajar? Tepuk dada tanyalah selera.
Maka,demi mencari konklusi yang mutlak,penulis cuba menganalisis dengan lebih mendalam.Mengapa HEP seolah-olah ingin membebankan pelajar sekaligus mengurangkan semangat pelajar untuk bergiat aktif didalam aktivti kokurikulum? Lantas,penulis menemui 2 perspektif jawapan yang berbeza.Pertama,penulis melihatkan kebanjiran 'orang-orang akademik' yang mula menerajui HEP.Faham-faham sajalah,orang akademik ini suka memandang kepada CGPA dan akademik pelajar berbanding aktiviti lain.Keduanya,penulis menganggap Uniten ingin mengurangkan kos aktiviti pelajar dengan mengenakan pelbagai prosedur baru yang cukup melecehkan.
Justeru itu,siapakah yang akan menyelamatkan hak pelajar? Saya bertanya kepada para pelajar.Rata-ratanya jawapan berbunyi negatif.Dimana MPP? Rupa-rupanya MPP juga mengenakan prosedur-prosedur yang lebih membebankan juga.Dengarnya,ada juga terdengar cerita dimana program tidak diluluskan MPP diperingkat awal lagi.(Bila masa MPP ada kapasiti melakukanya ya?).Lebih teruk dengan itu,hendak mendapatkan sokongan MPP juga lebih sukar untuk mendapatkan tandatangan artis!.Adakah MPP memperjuangkan HEP atau memperjuangkan pelajar? Fikirkan bersama.
Diakhir kalam,penulis ingin memberikan satu nasihat kepada 'insan' yang kononnya mengecam bahawa blogging ini menggugat imej Universiti.Seseorang yang inginkan kejayaan,akan sanggup menerima pelbagai kritikan.Seseorang yang dahagakan kejayaan,akan sanggup menyelongkar kelemahan demi mengurangkan kesalahan.Namun,seorang yang inginkan kegagalan,akan cuba mendiamkan kelemahan demi menunjukkan beliau sudah meniti kejayaan.Fikir-fikirkan.Anda susahkan kami,kami senangkan anda.Adakah itu satu kenyataan yang adil?
Tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.
M.K.F
H.E.P:Berubah Pusat,Berkurang Pesat
Kakitangan UNITEN Dilarang Baca Blog
Prof. Ghazali turut menzahirkan kemarahannya terhadap fenomena blogging di kalangan mahasiswa Uniten yang semakin rancak sejak akhir-akhir ini. Blog-blog mahasiswa dikecam sebagai memberikan impak negatif kepada imej universiti. Beliau kemudiannya secara lantang mengumumkan polisi barunya yang melarang semua kakitangan universiti daripada melayari, membaca dan memberi respon terhadap blog-blog yang dikendalikan oleh mahasiswa kampus.
Majlis berakhir jam 11.30 malam dengan pelancaran laman web pimpinan mahasiswa serta buletin khas yang bakal diterbitkan kelak. Saya ucap tahniah atas perkembangan ini. Mudah-mudahan pimpinan mahasiswa akan lebih komited dalam usaha memperjuangkan isu-isu yang meyentuh kebajikan mahasiswa. Usah ulangi kecelaruan pimpinan terdahulu!
NAJWAN HALIMI
UNITEN Cup 08 Grand Finale : AC Milan VS Sao Paolo
Oleh Pelajar yg Gemuk V
“Diatas kertas AC Milan dijangkakan memenangi kejohanan berprestij ini”komen peminat-peminat bola sepak yang ditemui sebentar tadi. Bahang perlawanan akhir kini sudah kian memuncak dan pihak penganjur menjangkakan mini stadium UNITEN akan dibanjiri penyokong dan peminat bola sepak UNITEN.
Berdasarkan statistic,jelas menunjukkan AC Milan hanya dibolosi 1 gol sahaja sepanjang kempen musim kali ini. Sao Paolo yang berjaya melangkah ke pentas final selepas mengharungi perlawanan yang mendebarkan dan menyaksikan Burn menyumbatkan gol tunggal perlawanan 5 minit sebelum perlawanan berakhir.
AC Milan yang layak dengan menewaskan nama-nama besar seperti AS Monaco,FC Colo-Colo dan AZ Alkmaar dijangkakan mempunyai peluang cerah. Dengan berbekalkan jumlah jaringan yang banyak dan bolos yang sedikit, barisan serangan AC Milan berpotensi merobek pertahanan Sao Paolo yang diketuai oleh Saudara Zhariff.
Sao Paolo pula yang layak dengan menewaskan Kaizer Chief,Celtic FC,dan Corinthians juga menjanjikan cabaran keatas pilihan utama perlawanan akhir. Barisan pemain-pemain Sao Paolo dijangkakan akan menerima sokongan padu dari peminat dan penyokong mereka. Sao Paolo yang diketahui ramai mempunyai penyokong yang ramai pasti akan memenuhkan mini stadium kita dan gegak gempita sokongan mereka boleh dijadikan pemangkin kepada semangat pasukan ini.
AC Milan yang juga mempunyai sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong mereka. Mini Stadium UNITEN dijangkakan akan penuh dan sesak,pihak penganjur memberikan jaminan keadaan akan terkawal dan mereka akan mencuba sedaya upaya bagi memberikan semua peminat dan penyokong ruang untuk bersama-sama memeriahkan UNITEN Cup 08 final.
Berdasarkan kenyataan rasmi Sao Paolo,mereka mempunyai masalah kecederaan yang minor dan dijangkakan semua pemain dapat cergas sepenuhnya untuk beraksi di medan idaman pemain-pemain bola sepak UNITEN. “Kami akan memberikan yang terbaik kepada penganjuran kali ini dan kami akan mencuba sehabis baik dan cuba menjulang piala keramat itu untuk penyokong-penyokong kami” ujar jurucakap Sao Paolo.
AC Milan pula dijangkakan akan menurunkan kesebelasan utama yang menundukkan Naib Juara tahun lepas, AS Monaco. Kelibat tonggak utama mereka, saudara Moga dan kekentalan penjaga gol, saudara Ramesh pasti akan memberikan kesukaran untuk barisan serangan Sao Paolo menembusi benteng Sao Paolo. Kenyataan awal mereka sebelum UNITEN Cup bermula,”Target kami hanya 1,dan kami nampak hanya 1, UNITEN Cup” nampaknya hampir menjadi kenyataan.
Apa pun, perlawanan akhir ini juga diharapkan mengekalkan rekod bersih kejohanan. Ramai penganalisis menyifatkan penganjuran kali ini sebagai paling bersih dan sistematik. Ianya akan lengkap dengan kehadiran semua pada hari Ahad ini, 27 Januari 2008 jam 3.00 petang. Pihak penganjur UNITEN Cup 08 akan cuba memberikan kelainan pada perlawanan akhir kali ini dan kejutan-kejutan bagi semua pihak memperoleh kenangan manis dan berbeza.
"Let us Kick Racism Out Of Football"
"Hail UNITEN Cup 08"
Serikandi '08 Second Edition
Oleh: nhisa
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kali ini saya sekadar berkongsi maklumat dengan anda semua. Semasa saya dan seorang rakan berjalan menuju food court COE, kami terpandang akan sebuah banner yang amat menarik." Whose Baby Is This?" Apa bendanya ni? Kami tertanya-tanya. Kami segeralah mencari jawapan daripada pihak penganjur.
Untuk pengetahuan semua, "Whose Baby Is This?" merupakan tajuk forum bagi program Serikandi'08 Second Edition anjuran Persatuan Pengajian Islam (PPI). Butir-butir forum adalah seperi berikut:
Tajuk Forum: Whose Baby is This?
(Anak Siapa ni?)
Tarikh : 26 Januari 2008 (Sabtu)
Tempat : Teater COIT(BW-G-R28)
Masa : 8.00 pagi
Panel : 1) En Kamal Affandi B Hashim(Yayasan Pencegahan
Jenayah Malaysia)
2)Pn Mastura BT Muhammad(Pengarah Nisa' Malaysia)
3)Pn Fatimah BT Abu Bakar(Tim. Pengarah Pusat
Perhubungan dan Alumni)
Sehubungan itu, satu pameran turut diadakan di COIT (BW-G-R15).
Butir-butir pameran adalah seperti berikut:
Tema : D isebalik Tabir Berdarah
Tempat : BW-G-R-15
Tarikh : 24 – 26 Januari 2008 (Khamis – Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 6.00 petang
Marilah kita beramai-ramai ke program ini dan sama-samalah kita luaskan pengetahuan kita yang cetek dan cubalah kita buka minda dan lihat persekitaran kita. Apa akan jadi kepada anak Malaysia di masa akan datang?
Pengumuman: UNITEN Charity Trade Carnival
Arahan pekeliling:
Projek/kdkb113/2008/1
“UNITEN CHARITY TRADE CARNIVAL”
TAPAK PARKING KL SENTRAL (8&9 MAC 2008)
INSTITUT KAJIAN LIBERAL, UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
KONSEP BANTUAN KEBAJIKAN
PROJEK “UNITEN CHARITY TRADE CARNIVAL”
Projek ini merupakan projek ‘Kelas Kepimpinan & Keusahawanan (KDKB113)’dan berkonsepkan 'karnival jom-heboh' di bawah seliaan Institut Kajian Liberal, Universiti Tenaga Nasional. Sehubungan dengan itu, pihak kami telah menetapkan konsep perniagaan dan kebajikan untuk berkhidmat dan membantu ‘Majlis Aids Malaysia’. Projek ini akan berkerjasama dengan Media Prima Berhad, ‘TV3’ & ‘Hot fm’, ‘Majlis Aids Malaysia’, serta ‘Gabungan Anak seni & Artis Malaysia (KARYAWAN)’ dan merupakan projek berskala besar. Program ini berkonsepkan jualan & sumbangan kebajikan atas nama Universiti Tenaga Nasional.
1. Pihak kami akan menyediakan ‘booth’ untuk pihak – pihak yang berminat sama ada untuk aktiviti jualan, pameran dan promosi.
Jualan (pelajar uniten)
- caj sewaan RM50 (2 hari)
- keuntungan dan kebajikan mengikut nisbah 80:20 atau RM50
(pihak luar)
– caj sewaan RM150 (2 hari)
- keuntungan dan kebajikan mengikut nisbah 80:20 atau RM150
Pameran - caj sewaan RM150 (2hari)
Promosi - caj sewaan RM150 (skala kecil) (2 hari)
- caj sewaan RM300 (skala besar) (2 hari)
Sebarang pertanyaan:
Azmil (0124486632)(pengarah)
Ganesh (0122903358)
Edwin (0173697748)
Lina Dalila (0126289841)
Modul 1:Fasilitator Cemerlang.
oleh M.K.F
Kali ini,penulis ingin membawakan kelainan di Uniten Daily ini agar ia terus mekar berkembang menjadi sumber rujukan para pelajar.Sekembalinya dari program T.O.T di masjid yang lepas,penulis berasa kagum melihatkan penambahan kuantiti fasilitator yang ada di Uniten ini.Baik dari yang 'veteran' sehingga yang masih 'hijau' turut sama membantu para pelajar untuk menjadi fasilitator yang cemerlang.Maka,buat kali pertama,secara rendah diri,penulis ingin bersama berkongsi mengenai ilmu kefasilitatoran yang ada agar setiap pelajar Uniten turut sama mengangkat nama universiti kita yang tercinta di luar sana atas nama seorang FASILITATOR.
***
MODUL 1: FASILITATOR CEMERLANG
Definisi:
Terdapat pelbagai definisi mengenai fasilitator ini.Ada yang beranggapan dari aspek linguistik,fasilitator ini membawa maksud pemudah cara.Namun,merangkumkan secara ringkas,definisi konsep mengenai fasilitator adalah:
"Seorang individu yang berkeupayaan untuk membentuk platform kepada insan lain dalam mencari konklusi terhadap permasalahan yang timbul."
Jika disingkap dan diungkap,persoalan yang timbul terhadap konsep ini adalah pada frasa 'keupayaan'.Apakah keupayaan yang perlu ada pada seseorang untuk mencapai status sebagai seorang fasilitator?
Keupayaan Fasilitator:
Menjadi satu prioriti untuk mempunyai beberapa keupayaan yang prioriti untuk bergelar seorang pemudah cara ini.Antaranya:
Komunikasi
Komunikasi secara jelas akan membawa kearah komunikasi yang berkesan.Komunikasi yang jelas adalah menggunakan bahasa yang mudah difahami dan berbentuk diplomasi serta dalam intonasi yang tepat.Pemilihan kata yang tepat pada tempat juga adalah penting.
Keyakinan
Keyakinan adalah satu perkara yang wajib ada.Penggunaan bahasa badan(body language) adalah amat penting selain lirikan mata yang berkesan didalam aspek penyampaian sesuatu maklumat.
Kecerdikan
Kecerdikan ini merujuk kepada kecekapan akal fasilitator tersebut.Fasilitator perlu mempunyai idea untuk diasimilasikan dengan komunikasi dan keyakinan.Lantas,kecerdikan tergolong didalam aspek yang cukup penting dalam mengukur keupayaan seorang fasilitator.
Dirangkumkan secara umum,gabungan 3K ini adalah keutamaan untuk bergelar seorang fasilitator.Namun,ini bukannya faktor untuk menempatkan seseorang fasilitator itu ditahap yang cemerlang sebaliknya asas untuk menjadi seorang fasilitator sahaja.Maka,keupayaan untuk menjadi pemudah cara ini,perlu ada elemen komunikasi,keyakinan dan kecerdikan.Bagaimana ingin menjadi fasilitator cemerlang?
Kecemerlangan Fasilitator:
Sehingga kini,tidak wujud satu parameter atau kayu ukur untuk memperlihatkan kecemerlangan seseorang fasilitator itu.Namun,fasilitator yang cemerlang adalah fasilitator yang turut sama belajar untuk mengembangkan keupayaan asas yang ada.Antaranya:
Pemahaman
Untuk memahami klien atau anak buah yang dibantu,adalah cukup sukar.Maka,meletakkan diri dan menyelami perasaan insan tersebut boleh membuatkan seorang fasilitator itu merasai masalah dengan lebih berkesan.Seseorang itu gagal untuk menyelesaikan masalah adalah disebabkan tekanan.Lantas,menjadi tugasan fasilitator tersebut untuk sekadar 'menolak' dahulu tekanan itu keluar dan selebihnya diselesaikan oleh individu itu sendiri.
Motivasi
Fasilitator perlu juga menjadi seorang motivator yang baik.Suntikan semangat melalui kaedah motivasi ini biasanya membawa ke arah perkembangan yang positif.Elemen ini juga boleh diinterpratasi dengan arah yang berbeza sekiranya permasalahan yang ada adalah untuk memberi kesedaran.Lalu,fasilitator yang cemerlang juga perlu bertindak sebagai motivator yang baik.
Pemikiran Kritikal
Perkara ini adalah yang cukup sukar untuk dimiliki oleh mana-mana fasilitator.Untuk berdepan dengan cabaran dan masalah,selalunya,fasilitator ini kerap didesak atau diprovokasi khususnya apabila berdepan dengan cabaran berkumpulan.Maka,untuk menangkis 'serangan' yang ada,fasilitator yang cemerlang perlu membalas balik dengan diplomasi tetapi memberikan intipati yang boleh membuatkan orang lain menghormatinya lagi.
Sememangnya,ketiga-tiga elemen ini tidak menjanjikan seratus peratus kecemerlangan seseorang fasilitator itu.Namun demikian,dengan ada ketiga-tiga aspek ini,digabungkan dengan keupayaan asas diatas,boleh menjanjikan pembentukan seorang fasilitator yang cemerlang.
Konklusi
Tuntasnya,apabila berhadapan dengan sekumpulan atau seorang individu,menjadi tugasan seorang fasilitator untuk memberikan komitmen 200% dan fokus terhadap segala permasalahan yang ada.Insya'Allah,sekiranya ilmu ini ditambah,keberkesanannya lebih terjamin.Nantikan Modul 2:Fasilitator Gemilang minggu hadapan.Sekian.
***
P/s:Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Saudara Seth dan Saudari Ain kerana sudi berkongsi ilmu walaupun terpaksa melayani 'kenakalan' penulis.Semoga berjumpa lagi.
Program MPP Dan HEP:Matlamat Menghalalkan Cara
oleh M.K.F
Bukan niat penulis pada kali ini ingin membawa satu ideologi ataupun satu arahan tanpa rasmi kepada pelajar Uniten.Namun,apabila membacakan tajuk diatas,secara amnya,pasti terlintas sejenak akan pelbagai idea ataupun tanggapan yang hadir kedalam jiwa setiap insan.Penerimaan tajuk ini sekaligus boleh diletakkan diatas paksi yang negatif atau sebaliknya bergantung kepada individu itu sendiri.
Untuk memudahkan pemahaman setiap pembaca,isu yang ingin dibawakan pada kali ini adalah merujuk kepada program-program yang dilaksanakan oleh kedua-dua organisasi penting ini khususnya untuk kelab-kelab yang ada di Uniten seperti Program 3P yang diadakan baru baru ini .Sememangnya,usaha yang dijalankan adalah satu usaha yang murni untuk mewujudkan kerja yang sistematik dan efektif dalam memudahkan aliran pelaksanaan sesuatu projek bagi sesebuah kelab.Namun demikian,apabila pemberian maklumat dilakukan dalam cara persis ugutan/paksaan agar menyertai program mereka,saya secara peribadi merasakan ia adalah sesuatu yang tidak wajar untuk dilakukan.
Memetik kata-kata yang diberikan,
"anda dikehendaki menghantar nama 3 orang wakil yang akan menyertai
program 3P pada 19/1/08 till 20/1/08 selewat lewatnya sebelum jumaat
petang ini. emailkan nama nama itu kepada *** ataupun
***. kegalan berbuat demikian akan
menyebabkan semua permohonanan anda akan dibekukan serta merta."
Sengaja penulis meletakkan penekanan pada ayat yang terakhir.Bukannya ingin mencetuskan api-api kontroversi atau provokasi,tetapi anggaplah ruangan kali ini sekadar untuk sama-sama kita memperbaiki diri.Umum tahu,untuk mendapatkan sokongan pelajar terhadap sesuatu program,adalah amat sukar.Ya,penulis bersetuju bahawa pelajar Uniten cukup sukar untuk melibatkan aktiviti-aktivi yang berbentuk bengkel,ceramah dan seumpamanya.Namun,tidak semestinya untuk kita mencapai matlamat yakni untuk mendapatkan kehadiran pelajar,kita perlu menghalalkan segala apa jua metadologi yang digunakan.
Seingat saya,jikalau ada pilihanraya kampus,calon-calon sering menjanjikan kesenangan pelajar.Sekalipun calon menang tanpa bertanding,mereka seharusnya bertindak untuk memudahkan para pelajar terhadap sesuatu perkara.Berbalik kepada isu tersebut,seharusnya mereka perlu menggunakan bahasa yang lebih berdiplomasi bukannya dengan menggunakan kata-kata; permohonan anda akan dibekukan serta merta.Konsiderasi terhadap kata-kata juga boleh menjamin ke arah pencapaian matlamat yang lebih berkesan.Bayangkan,dengan ayat sebegitu 'keras'(boleh dianggap ugutan/paksaan),dari segi psikologi,pelajar akan rasa seolah-olah diancam.
Seharusnya,pihak mereka perlu lebih berlembut didalam kata-kata walaupun ingin mewujudkan unsur penegasan.Mungkin boleh menggunakan ayat-ayat yang lebih memberikan motivasi."Bersatu memudahkan kerja kita bersama" ; "Kerjasama anda kepuasan kami" dan banyak lagi yang berbentuk diplomasi dan akhirnya nilai-nilai murni yang dibawa akan selari dengan cara mereka.Saya percaya,tanpa ugutan begitu,HEP dan MPP akan lebih disanjungi dan dihormati di masa akan datang.Penulis tidak berniat untuk menggembar-gemburkan isu yang dianggap remeh ini,namun,keremehan itu sering dipandang enteng.Akhirnya,keentengan ini membawa keburukan yang lebih besar.
Lantas,diakhir penulisan ringkas kali ini,kita perlu sama-sama renung kembali.Jika kita berkhidmat untuk membantu,jangan sampai ia membantut.Kalau benar niatnya ikhlas,ia tidak seharusnya berasa culas.Jikalau benar untuk pelajar,bukakan hati untuk belajar.Akhir kata,budi bahasa budaya kita.
"Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"
Bloggers Uniten:Di Antara Keberanian Dan Kebaculan?
Oleh M.K.F
Jurnal atau lebih dikenali dengan istilah 'blog' bukan lagi satu perkara baru khususnya bagi rakyat Malaysia.Usai kita meninggalkan tahun 2007,tahun yang memaparkan pelbagai isu berkaitan dengan blog.Ada yang penuh dengan kerancuan fakta,falsafah pendirian malahan penyalahgunaan medan ini.Maka,setidak-tidaknya tempias perkara ini juga terasa oleh mahasiswa atau pelajar kita khususnya.
Apabila kita mempersoalkan mengenai tindakan 'bloggers'(istilah yang sering digunakan bagi mereka yang menulis blog) itu adalah satu tindakan yang berani mahupun tidak,kita akan melihat kepada isu-isu yang diketengahkan didalam blog mereka.Memandangkan blog ini lebih kepada pandangan peribadi seseorang,maka,setakat ini masih belum ada lagi satu akta atau sebarang mekanisme khusus yang boleh menghalang mereka ini daripada terus melontarkan pandangan peribadi masing-masing.
Namun demikian,perspektif yang ingin saya bawakan pada artikel ini adalah terletak pada skop pelajar(bloggers) Uniten sahaja.Kini,blog sering kali digunakan para pelajar untuk mencetuskan sentimen-sentimen peribadi mengenai 'ketidakpuashatian' terhadap perkara-perkara kontroversi seperti Majlis Perwakilan Pelajar,yuran pengajian,pengurusan Uniten dan sebagainya.Apabila berlaku perkara sedemikian rupa,segala perkara yang berlaku dibawah bumbung bernama Universiti Tenaga Nasional juga akan diketahui umum.Lantas,terpacul satu persoalan samada tindakan yang diambil oleh pelajar kita adalah satu langkah yang bijak ataupun satu langkah yang penuh kepincangan.
Analisis ini akan dilakukan melalui dua sudut pandangan yang berbeza.Pertamanya kita akan lihat secara holistik akan isu bloggers Uniten ini.Apabila pelajar sering menggunakan medium ini untuk sesuatu isu tanpa ada inisiatif untuk memperjuangkannya secara rasmi di saluran yang betul,menampakkan satu kelemahan utama yang memberi impak kepada Universiti dan pelajar itu sendiri.Contohnya apabila isu Majlis Perwakilan Pelajar sering dibangkitkan.Pelbagai kritikan dilemparkan kepada mereka(MPP) dengan cukup dahsyat.Dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab,tidak peka malah lebih kritikal lagi,apabila mereka ini dilabel sebagai 'syok sendiri' .Jika direnungkan kembali,mereka yang melemparkan kritikan sebegitu pedas adalah satu tindakan yang tidak rasional kepada 'para pejuang sukarela' kita.Mengapa?.Ketika pilihanraya kampus ingin diadakan,mereka(MPP kini) ini tidak pernah meminta untuk dilantik begitu sahaja.Bahkan kita cukup bertuah kerana mereka ini menampilkan diri untuk memperjuangkan nasib kita.Dimana kita(termasuk penulis artikel ini) ketika itu? Maka,apabila kita sendiri tidak menawarkan diri tetapi sering kali hanya berani mengkritik di belakang ,impaknya kita juga yang terima.Universiti dapat nama buruk,MPP diberikan pandangan buruk,lantas kita juga memburukkan diri kita sendiri.
Jika dilihat kepada isu-isu yang lebih menjurus kepada pentadbiran Uniten,pelajar kita cukup 'kencang' dalam melahirkan rasa tidak puas hati mereka.Sehinggakan di laman Wikipedia juga menjadi medan luahan mereka.Persoalan ringkas,adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dahulu sebelum mempertikaikan tanggungjawab orang lain?.Usah memandang jauh,kita lihat,berapa ramai pelajar kita yang melanggar peraturan universiti.Soal etika pakaian dan merokok didalam kampus menjadi perkara rasmi setiap hari.Lantas,mengapa tidak kita perbetulkan diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbetulkan pihak-pihak lain?.
Secara tuntasnya terhadap penilaian pertama ini,dua isu yang sering dibawakan bloggers Uniten ini telah dikupas(secara luaran) melalui pandangan umum,kita sendiri boleh menilai diri dan meletakkan diri kita diantara keberanian atau kebaculan dalam melakukan sesuatu tindakan.Analisis kedua pula akan dilakukan melalui sudut pandangan para bloggers sekalian.Sememangnya isu-isu yang sering ditimbulkan boleh meraih perhatian dari segenap pihak di universiti.Bahkan,ada yang menyokong dan ada yang berada di pihak yang kontradiksi.Persoalannya,mengapa pelajar kita terlalu nekad untuk memaparkan 'isu-isu didalam kelambu' sehingga boleh diketahui oleh masyarakat luar akan keburukan bersama?
Ringkasnya,mungkin adalah disebabkan kekurangan medium(secara rasmi) untuk melahirkan pendapat mereka sendiri.Buktinya,ketika perhimpunan bersama TNC yang lalu,ramai yang berlumba-lumba untuk bertanya dan meluahkan komen-komen mereka terhadap perkhidmatan yang mereka terima sepanjang pengajian mereka.Sehinggakan isu gempa bumi di Murni turut dikemukakan.Lihatlah,pelajar kita terlalu lama memendam perasaan yang akhirnya menjadi barah.Penyelesaianya? Melalui paparan atau provokasi yang dilakukan menggunakan blog,forum dan percakapan antara pelajar sendiri dijadikan tempat segalanya diluahkan.
Keduanya,sememangnya terdapat kelemahan yang berlaku diantara hubungan pihak pentadbiran Universiti dan para pelajar sendiri.Mungkin kerana status berbeza membuatkan tidak wujud kesefahaman diantara kedua-dua pihak.Umumnya,pihak pentadbir Universiti datang dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pengajian di luar negara,maka budaya yang berbeza menimbulkan kesukaran.Ada yang beranggapan pelajar di Uniten ini sama dengan universiti lain.Maka,apabila kolerasi diantara pendapat dan budaya tidak dapat dilakukan dengan baik,timbullah permasalahan tidak puas hati dikalangan pelajar.Perasaan marah yang terkawal mungkin masih boleh menyelamatkan keadaan,namun sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku,membuatkan provokasi sering bertukar arah.Pentadbiran tunding pelajar,pelajar tunding pentadbiran dan terus berlarutan.
Secara kolektifnya melalui penilaian kedua ini,menampakkan pelajar kita sebenarnya berada didalam keadaan yang terdesak.Saya percaya,niat para pelajar ini sebenarnya ingin menegakkan hak dan keadilan bagi diri mereka.Satu pujian boleh diberikan kepada mereka diatas keberanian mereka.Namun demikian,apabila analisis dilakukan secara menyeluruh,satu pihak akan katakan tindakan pelajar atau bloggers ini bacul,tetapi sebelah lagi katakan ini berani.Lantas,perkara pokoknya,adalah kerjasama.Dasar kita yang goyah meleretkan pelbagai isu menjadi gundah juga.
Akhirnya,berbalik kepada diri kita sendiri.Kehidupan di Uniten bukan sekadar melakar memori cinta luka,namun biarlah ia menjadi memori indah kita bersama.Adakala kita perlu mengkritik,adakala kita perlu menyokong.Saya sendiri memberikan artikel yang memburukkan diri saya sendiri,namun alangkah indah jika akhirnya keburukan itu boleh bertukar menjadi suatu yang indah.Ayuh kita bermuhasabah dengan penuh hikmah,wassalam.
M.K.F
Quality quote
by oic but blinded.
A'ha, talking about quality, I'm not sure if they are into that, but if quatity,that i'm sure of. Well the more admission,the more money they can make. Well this is actually a comment but its to long be posted on the previous matter posted by M.K.F (Editor: link added and author corrected).
I hope that our university will not join the rat race of taking more students and neglecting the quality of education.I'm not sure if they ever think about the problem they are about to face.With the lack of lecturers,limited apartment units,large quantity of students per class,dysfunction labs, etc...
If such problem they can't overcome, then i hope they're not thinking of increasing the number of student.Well there's nothing much we can do,if they are planning to do so,but at least,have the courtesy to think abt the problem the student will face,especially when we are talking quality of lecturers,and limited accomodation.
So,does quantity shows the quality of a university? Or do they try to fool the public.I fear that,the more student this university is going to take,there will definitely be a drop in students quality,if certain expect of improvement in management does not taken into consideration.More student means more facilities and work force needed.
Lets have a look at what Uniten have educate us about Quality,shall we.
"Quality is never an accident; it is always the result of high intention, sincere effort, intelligent direction and skillfull execution; it represents the wise choice of many alternative" - Willa A. Foster.
Yup,you can see this quote on the biilboard at the COE (ground floor,in between the boys and girls toilet),and COIT college.
So basically,it was never an accident,but the result of a high intention. what high intentions? thats something we must ponder together.
I personally like the "sincere" part.Here,its the effort.Now lets ask them,how sincere are they in helping us? their sincerity in educating us? their sincere effort in fulfilling their original mission? (the 1st purpose uniten was created),etc. As for me,to a certain knowledge,sincerity can be measured and we can clearly see it through the effort they put to accomplish they job.
We can hear the word sincere being used many times by the TNC in the meeting with the student at MPH.He was telling us,if we are sincere in helping the university,we should get ourself involved in the SRC,but if we do sincere in helping our beloved university,how about them? Are they sincere in doing thier job? Or more holidays when more proposal are being hand over for approval?
"Intelligent direction",oh ok,so where are we heading? or more precise,where are Uniten heading? Bankruptcy? Quantity vs Quality? More bribery? etc3. only time will tell us.
"Skillfull execution; it represents the wise choice of many alternative" yup,we are leaving it to the skillfull people, making the wise choice for the betterment of our beloved university.So I guess,this shows that,the Master's and Phd's holders are learned and wise people.
One thing for sure,they have forgotten something,that is,to place the quote board at the Administation building,or maybe i havn't bump into it yet.Because for me,if the educator wants to educate us about this quality thing,they have to show it 1st,and i strongly suggest that they place more of those in admin,more specific tingkat 2,sebelum masuk pejabat akademik,just nice to place such quotes there.
Once again,lets think deeply here,are we producing quality graduates? or quantity but no quality? or quantity and quality? its up to the management to decide.Or just hope that its not a hanging quote to be looked at without pondering.
Only God knows.
Pengurusan Kewangan Uniten:Berlaku Isu Ketirisan?
oleh M.K.F
Ketirisan; merujuk definisi secara linguistiknya adalah bermaksud kebocoran.Namun apabila berbicara menggunakan istilah ini dengan berbekalkan aspek ekonomi,ia juga boleh membawa maksud kepada penyelewengan.Maka,apabila pengurusan kewangan sesebuah institusi itu dikatakan wujud isu ketirisan ,maka boleh dijatuhkan hukum, wujud masalah intergriti juga.
Cukup bagi saya untuk memberikan satu mukadimah agar artikel ini akan lebih mudah untuk difahami dan diteliti.Di dalam artikel ini,secara asasnya,bukannya saya berniat untuk cuba menimbulkan satu polemik mengenai pengurusan kewangan Uniten,namun biarlah isu ini menjadi satu titik kesedaran untuk kita sama-sama menganalisis sambil bermuhasabah agar tidak wujud syakwasangka diantara hubungan pelajar dan pihak Universiti.
Apabila pihak kewangan cuba memudahkan pembayaran yuran para pelajar,mereka telah melaksanakan satu sistem 'pemotongan berdasarkan pinjaman' pada semester 1 (2007/2008).Contohnya,jika seseorang pelajar itu mendapat pinjaman penuh,maka Uniten akan secara automatik mengambil dahulu RM5,500 dan lebihnya akan disalurkan kepada akaun pelajar.Namun pada semester 2 didalam tahun akademik yang sama,pihak kewangan meletakkan sistem baru dengan mengambil secara total(berdasarkan yuran pelajar) daripada pinjaman mereka,dan lebihannya akan disalurkan ke akaun pelajar itu.Contohnya,jika seseorang itu mendapat pinjaman RM8,250 untuk 1 semester dan yurannya berjumlah RM5,000.Maka,pelajar itu akan menerima RM3,250 terus ke dalam akaunnya.Untuk kes tertentu,tindakan susulan perlu diambil pelajar mengikut pinjaman masing-masing.
Seharusnya,pihak Uniten perlu diberikan pujian kerana berjaya memudahkan para pelajar daripada turun naik pejabat kewangan untuk menyelesaikan hutang masing.Syabas dan tahniah diucapkan.Namun demikian,apabila sistem ini dilaksanakan,wujud satu senario 'ketidakadilan' khususnya bagi para pelajar.
Apabila pihak kewangan Uniten memotong terus duit yang sepatutnya diterima para pelajar tanpa sebarang makluman rasmi dan persetujuan bersama,bagi saya,itu adalah tindakan yang menutup hak pelajar itu sendiri.Pertamanya,mengikut perjanjian asal yang ditandatangani bersama PTPTN,tidak wujud satu klausa yang membolehkan pihak Uniten mengambil duit tanpa persetujuan pelajar sendiri.Keduanya,pihak Uniten seolah-olah boleh mengenakan sebarang kenaikan yuran tanpa berbincang atau mendapatkan maklum balas pelajar terlebih dahulu.Menutup lagi hak pelajar.Ketiganya,pihak Uniten tidak memberikan maklumat secara terperinci seperti yuran-yuran tambahan atau denda/saman yang dikenakan kepada pelajar.Apa yang dilakukan hanyalah dengan menunjukkan jumlah yuran pada keterangan ledger balance pelajar.Keempatnya,boleh wujud satu kesangsian terhadap pengurusan kewangan ini dan mempunyai potensi untuk berlaku isu ketirisan hasil daripada tindakan-tindakan yang dilakukan pihak Universiti tanpa mendapatkan persetujuan para pelajar terlebih dahulu.
Mengikut analisis yang dilakukan,sememangnya tindakan yang dilakukan oleh pihak Uniten perlu diperkemaskan lagi.Maka,ini adalah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak universiti agar tidak menghalang hak pelajar untuk mendapatkan maklumat yang jelas terhadap isu kewangan ini.
(i) Pihak universiti perlu mendapatkan persetujuan dari pelajar untuk memotong sendiri duit yang diterima daripada PTPTN.Maka,pelajar boleh memilih untuk membiarkan pihak kewangan memotong secara automatik atau ingin melakukan pembayaran sendiri.
(ii)Keterangan atau maklumat perlulah diperincikan secara halus melalui ruangan ledger balance setiap pelajar.
(iii)Penyaluran maklumat perlulah lebih telus dan mudah diketahui oleh para pelajar.
Sememangnya tindakan yang dilakukan amat dipuji kerana memudahkan para pelajar.Namun,dalam kesempatan yang ada,mereka seharusnya menambah baik tindakan itu agar pelajar mendapat haknya tersendiri.Selain itu,apabila mekanisme yang dicadangkan boleh dijalankan,ia sekurang-kurangnya boleh mengelakkan dari berlakunya 'gharar' atau dengan bahasa mudahnya ketidakpastian dalam menjalankan urusniaga.
Tuntasnya,segala tindakan yang diambil oleh pihak universiti seharusnya perlu lebih berdiplomasi khususnya bagi para pelajar.Sememangnya mudah apabila pelajar kini tidak lagi berani melenting untuk mempertahankan hak mereka namun tidak perlu untuk kita menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan pelajar kepada pihak universiti.Berdasarkan motto Uniten dan penaakulan mantik yang dilakukan:
UNITEN PENJANA PROFESIONAL
INTERGRITI PENJANA PROFESIONALISME
PROFESIONAL = PROFESIONALISME
UNITEN = INTERGRITI
Moga,hak kita sebagai pelajar tidak terus dicabuli malah lebih dihormati selepas ini.Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi.
Kuantiti Tidak Menggambarkan Kualiti
oleh M.K.F
Setelah melalui hampir separuh usia Semester 2 kali ini,terasa masa berlalu dengan pantas.Maklumlah,boleh dikatakan ada sahaja cuti setiap minggu.Namun disaat setiap detik berlalu,apa yang kelihatan kini,pelajar Uniten khususnya di kolej kejuruteraan COE kelihatan semakin bertambah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.Lihat saja,acap kali translasi kelas berlansung,boleh dikatakan umpama perhimpunan haram yang damai berlaku dipelusuk bangunan BM apatah lagi jika disaksikan ketika waktu tengahari di Food Court.Begitulah gambaran secara ringkas mengenai kuantiti pelajar kita kini.(atau adakah ini petanda pelajar kita semakin rajin ke kelas?)
Namun,persoalan yang timbul bukanlah dari segi kehadiran atau peningkatan jumlah pelajar di Uniten ini. Namun apabila kuatiti atau kapasiti yang ada tidak menggambarkan kualiti kita tersendiri.Maksudnya dari segi pelaksanaan aktiviti dan juga penglibatan pelajar terhadap aktiviti-aktiviti sebagai seorang mahasiswa menampakkan kekurangan.Kalau ada sekalipun,respon yang diterima sekadar di tahap suam-suam kuku.Apabila perkara ini berlaku secara konsisten,maka lama-kelamaan menjadi satu budaya yang negatif kepada pelajar kita khususnya.Apabila pembudayaan perkara sebegini berlaku,akhirnya hasil kerja,baik dari segi akademik mahupun sahsiah pelajar kita akan juga terjejas.
Semuanya maklum akan penubuhan Uniten ini telah melakar satu sejarah awal apabila rentetan kejayaan demi kejayaan serta kecemerlangan pelajar kita terdahulu(yang sepatutnya belajar diluar negara) telah mengangkat nama Uniten selaku universiti swasta yang terulung.Impaknya terasa sehingga kini apabila pelajar kita masih lagi menjadi rebutan industri pekerjaan.Persoalannya,sampai bila kita boleh teruskan perkara begini sekiranya budaya terdahulu telah pun hampir pupus dikalangan mahasiswa kita.Cuba bayangkan kepada mereka yang akan bergelar graduan dalam tahun 2010 dan seterusnya,pasti saingan sudah meningkat jauh apatah lagi dengan IPTA telah maju kedepan untuk bergelar universiti terbilang dan mengurangkan kadar pengganguran mahasiswa mereka.Jadi,dimanakah kedudukan graduan kita di masa akan datang?
Mengikut pendapat daripada beberapa pensyarah yang sudah lama berkhidmat di Uniten turut bersetuju dengan kewujudan dua fasa mahasiswa yang berbeza.Dulu,pelajar Uniten berlumba untuk mencipta kejayaan dan mengharumkan nama universiti.Sekarang,tidak seperti dulu apatah lagi dengan sindrom 'cukuplah' dan 'asal ada' yang semakin menular.Dulu pelajar kita mempunyai keterampilan unggul,kini pelajar kita semakin 'tunggul'.Maka,sampai bila kita ingin kekalkan budaya sebegini?
Lantas,apa yang tercetus dari penulisan saya ini sekadar satu pandangan peribadi melalui satu perspektif yang tidak begitu meluas.Tetapi biarlah dari usaha yang sedikit ini boleh membawa kepada perubahan.Dulu kita ada kejayaan kereta solar,kita ada kereta lumba namun adakah hari ini kita biarkan sahaja ia menjadi lipatan sejarah begitu saja? Gunakan kuatiti agar seiring dengan kualiti.
Sekian,terima kasih kerana membaca.
Kepentingan Medium Berkomunikasi
oleh Pelajar yg Gemuk V
Asalammuaikum dan Salam Sejahtera
Komunikasi yang berkesan dalah salah satu faktor dimana kestabilan dan keharmonian sesuatu organisasi tejaga. Komunikasi dibahagikan kepada 3 asas iaitu,penyampai,medium penyampaian dan penerima.
Jikalau kita mengambil kes-kes yang berlaku kebelakangan ini, saya boleh menklasifikasikan MPP/Pengurusan UNITEN adalah Penyampai Mesej dan Mahasiswa/siswi adalah Penerima Mesej.
Tradisi atau justifikasi MPP sendiri adalah sebenarnya Medium saluran maklumat antara Pengurusan UNITEN dan Mahasiswa. Akan tetapi MPP sendiri haruslah mempunyai medium atau saluran penyampaian maklumat yang betul dan efisyen agar tugas mereka sebagai jambatan antara penyampai maklumat dan penerima berfungsi.
Saya tidak meragui adanya laman web rasmi MPP didalam internet, tetapi janganlah mengharapkan kepada laman web semata-mata. Seharusnya MPP mempunyai pelbagai alternatif saluran penyampaian maklumat seperti buletin dan lain-lain.
Di Kampus kita yang indah ini sudah wujud kuasa media utama yang sering menjadi rujukan dan perbincangan antara siswa/siswi. Didalam pengetahuan saya, saya akui dan memuji kepantasan MPP sekarang mewujudkan talian bersama-sama media terbabit, malangnya ia hanya memayungi siswa/siswi didalam Kampus. Bagaimana dengan siswa/siswi yang tinggal diluar???
Wujudnya blog maklumat seperti Uniten Daily ini seharusnya menjadi peluang keemasan kepada MPP untuk menyalurkan maklumat kepada siswa/siswi kita???
Persoalannya kenapakah laman-laman berkongsi seperti Uniten Daily ini dianak tirikan oleh MPP sendiri?? Kenapakah tidak digunakan sebaiknya?? Adakah kerana kalian telah melabelkan laman ini sebagai pengkritik,penyebar khabar angin,penagih sokongan??
Moderator laman ini sendiri memaklumkan kepada pembaca didalam entri yang lepas dimana, laman ini akan menyokong penuh usaha MPP untuk menjaga kebajikan pelajar. Laman ini akan membantu MPP menyebarkan info-info yang perlu demi siswa/siswi bersatu demi kebajikan mereka.
Mengenai isu kritikan yang mungkin pihak MPP terima dari Uniten Daily sendiri. Jikalau kritikan-kritikan ini dianggap sebagai membina dan boleh dijadikan sebagai check and balance prestasi MPP,saya yakin MPP akan menjadi organisasi yang berpengaruh dan dihormati siswa/siswi. Penghuni kampus kita akan beranggapan MPP adalah satu badan yang merendah diri diri dan benar-benar mengorbankan diri demi siswa/siswi.
Saya sendiri selaku penulis jemputan di laman ini akan menyokong MPP jikalau prestasi kalian membanggakan dan akan membantu menyebarkan isu-isu dan mangadakan perbincangan demi kebajikan seswa/siswi kita. Agenda pembangunan siswa/siswi kita akan teratur dan efektif jikalau MPP mendapat sokongan penuh semua.
Pihak pengurusan UNITEN akan berhati-hati berurusan dengan kalian malah menghormati kalian. Perbualan saya dengan bekas Presiden MPP yang menerima anugerah Canselor pada Konvokesyen yang lepas merumuskan bahawa MPP seharusnya menganggap pihak pengurusan UNITEN sebagai rakan dan menghormati mereka sebagai ibu bapa kita. Berikan impression yang kalian MPP adalah orang dewasa yang mampu berfikir secara kritikal dan kritis.
Demi MPP disanjung dan diberi harapan kembali oleh siswa/siswi UNITEN,kalian harus berinteraksi dan sering berhubung dengan siswa/siswi. Mereka memerlukan maklumat tanpa henti, barulah mereka akan sentiasa rapat dan memberi sokongan kepada MPP. Dengan adanya sokongan daripada siswa/siswi kita,barulah MPP akan mendapat mandat penuh dan kuasa menegakkan isu-isu kebajikan siswa/siswi kita. Barulah Pihak Pengurusan akan mengambil serius setiap aduan dan desakan MPP.
Saya mnyeru kepada semua agar bersatu dan kepada MPP...kembalikan diri anda kepada siswa/siswi kita. Berdepan lah dengan mereka. Jangan takut dengan kritikan. Anggaplah siswa/siswi kita sebagai sahabat. Menangilah hati mereka.
maka
Kalian MPP akan menjadi berbisa dan diperlukan.
Draw the line!! ( Student + MPP and Administration ).
by oic_but_blinded
Everyday, we bump into many sort of people, many character, attitude, behaviour, which result in either proper education, improper education, family background or the way we are brought up.
Liars, Hypocrites, Conman, Casanovas, Players, Money Minded (suckers), etc... u named it. We bump into them every single day due to us being a social creature. At times, if u think back, there is nothing you can do much to educate this people once their mindset is set, and it cannot be change. But there are something we can do; to learn about them, their characteristic and to draw a line (minimal contact with such people).
Let talk about drawing a line between us. In this case, i'm refering to the Students + MPP's and the Uniten's Administration. WE have to bare in mind that WE are the student (client), and the admin is our worker (its harsh to use worker, but...). WE, pay them for services, to educate us. So basically we have the right to ask what kind of services they're providing us, and we can demand if the service provided is not up to our satisfaction or the standard that they have promised.
I've notice this many times that some of the student, they didn't know how to step up for themself as the client of a university. Most of us are either ignorant or prefer to sit back and relax and being bullied all the time. Thats the use of MPPs, to backup those ignorant, to fight for them and to help those needy. But to some extend, i noticed that the MPP which in now elected by the Uniten instead by the student (due to our fault not getting ourselves involve, sending more candidates and having an election), did not play their part, or maybe they did, but not enough to bring that great impact to the administration.
This is maybe caused of the one that the administration choose (to be a student representative) is among those whom they knew, who cannot fight them in a professional way or in a more systematic and upfront approach and ignoring their dirty politics (not all, only their mastermind). This become more worse when we come to know that these people whom offer themselves (as MPP's) are the people who have personal interest and close with the admin people. 'Bodeking', 'Kipasing', 'Angkating', 'Sataying' and all sort of method were used, neglecting their responsibilities, or should i say, forget that they themselves are student. We have to draw a line!! We have to know that WE are the student!! Their client!!. Have a firm stand!! Your (the irresponsible MPP's) personal interest doesn't last!!
We got to bare in mind that, we (and the generation after us) are the loser if we fail to stop their hunger and greed for money. How can we do that? We have to study them (administration), each of them, their characteristic, their mood, their strength and weakness in order to face them. I agree that its not easy, but as long as we, the STUDENTS are together, we can do that. Beside that, we have to collect every single data/info available, such as legal action that can be taken on us and to them, using the press and media (got to bare in mind that, they are playing the dirty game), so we got to back ourselves up with the corrupted law yet usable.
Once again, drawing the line is the one that will safe our life. No matter where we are or in what situation, knowing the limits, helps. As for them (admin), they have drawn their line from the beggining with certain golden rules that we can argue, debate and to ask for our rights. Its up to the student to be smart enough to drill a hole in their system/rules. After all, its a man made rulez and regulation, there will be flaws. Gud luck to us.
P/S : this article in not to put a blame on anyone, its more of sharing a solution, or mayb and to open everybody eyes towards the mistakes we've not seen from the beginning.God knows.And for the current MPP, stop thinking on how to organize to help the 'mangsa banjir', but concentrate on this matter (the increase of tuition fee), you can somehow sub to those 47 clubs n societies, they'll be glad to help, take it this way, ur the manager of those 47 clubs and societies, (u don't organize but u ask others to help to organize) not to the admin, so hav a firm stand againts their request!
oic_but_blinded.