Selamat Bertugas Prof.Dr. Ghazz

. Saturday, September 29, 2007
4 comments

Selamat Bertugas Prof. Dr. Ghazz

(oleh Pelajar Yang Gemuk V)

Hari Jumaat yang lalu bersamaan dengan 28 oktober 2007 mencipta satu sejarah kerana majlis itu adalah pertama kali diadakan setelah hampir 3 tahun saya berada di UNITEN tercinta ini. Ini lah kali pertama Pihak Pengurusan UNITEN berani bersemuka dengan pelanggan-pelanggan utama mereka. Saya yang juga menghadiri majlis tersebut mendapati Pihak Pengurusan kali ini berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kepercayaan pelajar-pelajarnya. Bukan sahaja TNC (HEP,Alumni,Pengurusan) yang hadir memberikan komitmen,hampir semua kepala-kepala jabatan dibawah seliaan beliau menghadirkan diri.Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada mereka.

Akan tetapi saya amat-amat mengharapkan hasil dari perjumpaan raksasa dapat dituai dengan baik dan dirasai oleh semua pihak. Respon yang saya perolehi daripada kuasa media utama yang lain di UNITEN ini,rata-ratanya benar-benar mengharapkan perubahan.Malah mereka telah berjaya menggariskan 9 perkara yang dijanjikan oleh Pihak Pengurusan untuk diambl tindakan,

1) membaik pulih cendiakawan
2) memperbaiki perkhidmatan bas
3) memperbaiki perkhidmatan internet
4) mempertimbangkan pemberian cuti tambahan bagi pelajar2 berbangsa india yang menyambut depavali/diwali
5) Pihak Pengurusan yang transparent
6) Penjenamaan semula MPP UNITEN
7) Memohon kerjasama pelajar-palajar UNITEN utk bekerjasama dengan pihak Pengurusan supaya Pengurusan dapat membantu pelajar
8) Memperkemaskan Perpustakaan UNITEN dengan melengkapkan kemudahan buku rujukan
9) baik pulih kemudahan UNITEN sebaik mungkin

Ini yang sempat saya ambil dari sumber tersebut setakat ini.Dan mungkin ada banyak lagi yang saya tertinggal,mohon maaf dari saya.

Saya mencadangkan agar MPP yang baru akan memastikan 9 perkara ini berjaya dilaksanakan dan jika ada lagi perkara-perkara berbangkit mohon MPP dapat berusaha utk merealisasikanya. Saya mencadangkan agar pihak Pengurusan dapat menunjukkan keikhlasan mereka terhadap MPP dengan menganugerahkan mereka insentif-insentif tambahan agar mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih baik. Saya ada menjelaskan sebelum ini,perkara ini bukan sebagai bonus atau gaji,tetapi mereka telah mengambil tangungjawab yang sebahagian besarnya mengelak.Mereka hanya beroleh RM 100.00 sebulan dengan alasan ianya cukup menanggung duit komunikasi dan petrol kereta.

Saya mencadangkan kepada pihak Pengurusan untuk merangka kembali insentif MPP dan bukan menggunakan Tabung Aktiviti Pelajar kami membiayai insentif tersebut. Pihak Pengurusan seharusnya menyediakan bajet khas daripada dana Universiti utk membiayainya.

1) Kemudahan Apartment percuma (Ilmu,Amanah,Murni dan Cendiakawan)
2) Kenaikkan elaun khas MPP dari RM 100.00 ke RM 200.00 sebulan
3) Pengecualian maksimum 3 kredit bagi setiap semester bagi tahun mereka menjadi MPP.
4) Akses terhad terhadap perbelanjaan keluar masuk Tabung Aktiviti Pelajar ( Sekadar Memantau).

Jika kita sudah berbangga dengan 10 tahun tertubuhnya UNITEN,saya rasa sudah tiba masanya kita menggangkat peranan MPP lebih tinggi lagi. Jikalau Universiti-Universiti terkemuka yang lain menggangggap MPP sebagai salah satu agen pembangunan Universiti,visi kita untuk mencapai status universiti premier menjelang 2010 mungin tercapai.

Oleh itu,saya mengambil peluang sekali lagi atas perlantikan Prof.Dr.Ghazz ke fortfolio yang mencabar iaitu HEP agar mengambil berat atas apa yang pelajar-pelajar harapkan. Jumaat lepas memberikan satu sinar baru kepada pelajar-pelajar UNITEN setelah lama ketandusan kasih sayang pihak Pengurusan. Saya boleh rasanya yang Prof. Dr sendiri membaca blog ini.Saya berharap Prof. Dr dapat mengambil kira pendapat saya. InsyaAllah sekalian pelajar akan terus menyokong Prof. Dr jikalau perkara yang dijanjikan dan dituntut dizahirkan.

Kami akan membantu Prof.Dr jikalau Prof.Dr membantu kami....

Kampus medan terbaik debat politik

.
1 comments

Kampus medan terbaik debat politik
Oleh: Datuk Saifuddin Abdullah

Isnin lalu, Universiti Columbia di New York mengundang Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berceramah kepada sekumpulan pelajar dan pensyarahnya. Seperti dijangka, pelbagai pihak di Amerika Syarikat (AS) yang terpengaruh atau bersekongkol dengan Presiden Bush atau mempunyai kepentingan politik tertentu dan menuduh Ahmadinejad dengan perkara yang bukan-bukan mengecam penganjuran ceramah itu, malahan mendesak supaya ia dibatalkan. Tetapi, ceramah itu tetap diadakan. Tidak mengapalah jika Presiden universiti itu, Lee Bollinger, memberikan ucapan pengenalan yang tidak sopan, manakala ucapan Ahmadinejad pula tidak sebaik yang disampaikannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada keesokan harinya. Yang pentingnya ialah universiti itu berpegang teguh dengan kebebasan akademiknya dalam menganjurkan ceramah membabitkan pemimpin politik yang berhaluan bertentangan dan tidak tunduk kepada tekanan politik dari luar, manakala Ahmadinejad membuktikan keberaniannya berhadapan dengan mahasiswa, apalagi dalam keadaan yang diketahuinya akan menjadi panas baginya. Peristiwa ini signifikan kerana kini ada sesetengah universiti kita takut mengundang dan membenarkan pemimpin pembangkang berucap di dalam kampus. Hanya sesekali ada universiti yang berani. Contohnya, pada Ogos 2003, Universiti Utara Malaysia (UUM) membenarkan sebuah forum mengenai pengurusan negara diadakan membabitkan pemimpin Pas, Datuk Husam Musa (ketika itu Ahli Parlimen Kubang Kerian) bersama pemimpin Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Nazri Aziz (ketika itu Menteri Pembangunan Usahawan). Di samping itu, tidak ramai pemimpin kerajaan berani berhadapan dengan mahasiswa. Sering kali mereka menolak undangan ataupun sekadar menghantar wakil. Pada satu masa dulu, kampus adalah pentas perdebatan politik yang sihat membabitkan pemimpin kerajaan dan pembangkang. Contohnya ialah Debat Agung Ekonomi Universiti Malaya. Ia dianjurkan dan ahli panelnya dipilih mahasiswa. Kini, debat politik sedemikian amat jarang diadakan. Yang ada ialah forum membabitkan ahli panel yang sealiran saja. Lebih malang lagi, jika dulu, yang mempengerusikan debat politik itu ialah mahasiswa, tetapi hari ini, ia diambil alih oleh pensyarah. Mahasiswa hanya menjadi penonton kerana universiti menganggap mereka budak sekolah menengah tinggi saja. Alasan untuk tidak membenarkan pemimpin pembangkang berucap di kampus ialah bimbang mahasiswa akan terpengaruh. Persoalannya, adakah mahasiswa semudah itu untuk dipengaruhi? Kalau begitu, jangan benarkan pemimpin pembangkang itu berucap seorang. Sebaliknya, adakan dalam bentuk debat. Undanglah pemimpin kerajaan untuk berdebat dengannya. Kita perlu mempunyai kefahaman yang jelas mengenai politik. Kita jangan takut dengan bayang-bayang sehingga semua yang berkaitan dengan politik dianggap kotor dan semua yang berkaitan dengan pembangkang dianggap berbahaya. Memang ada perbezaan antara politik dengan parti politik, antara isu politik dengan isu parti politik, antara politik kepartian dengan politik non-kepartian dan antara politik partisan dengan politik non-partisan. Ini hanyalah sebahagian daripada ilmu politik. Ilmu politik adalah sebahagian daripada disiplin yang perlu didedahkan kepada mahasiswa. Ia memerlukan pendidikan politik. Di sinilah relevannya debat politik itu. Adakah dinginnya kampus disebabkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), khususnya pindaannya pada 1975? Tahun dari 1965 (atau menurut sesetengah pendapat, dari 1966 atau 1967) hingga 1974 dianggap sebagai zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara ini. Pada 1965 dianggap tahun bermulanya zaman itu berikutan transformasi peranan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) yang tidak lagi terbatas dalam bidang bahasa dan kesusasteraan saja, tetapi mula mencakupi perjuangan lebih luas hingga mencakupi bidang politik, ekonomi, pendidikan dan sosial. Program bersama masyarakat, seperti ceramah, forum dan diskusi mula dianjurkan. Mahasiswa mula berkecimpung dengan masalah penderitaan penoreh, petani dan nelayan. Kemiskinan mula menjadi isu utama yang diperjuangkan mahasiswa. PBMUM juga menentang konsep Malaysian Malaysia yang dikemukakan Lee Kuan Yew. Pada 1966 pula diambil berasaskan fungsi Sudut Pidato (Speaker's Corner) yang ditubuhkan pada 27 Mei tahun itu. Ia penting kerana hampir semua demonstrasi selepas tarikh itu bermula dari situ. Sudut Pidato itu diberikan jolokan sebagai Hyde Park Malaysia. Di sanalah mahasiswa mengadakan dialog dan perbahasan mengenai pelbagai isu mengenai mahasiswa, universiti, masyarakat dan negara dengan bebas. Pada Disember 1967, Kelab Sosialis ditubuhkan, iaitu pertubuhan politik pertama di kampus. Ini menandakan bermulanya, untuk beberapa tahun, penguasaan mahasiswa beraliran sosialis di UM, misalnya, Syed Hamid Ali menjadi Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Sanusi Osman menjadi Presiden PBMUM pada tahun berkenaan dan kemudian diikuti pula oleh Hishamuddin Rais. Jika ada perbezaan mengenai tahun permulaan zaman kemuncak gerakan mahasiswa, tetapi, dalam menentukan tahun akhirnya, pendapatnya adalah sama, iaitu 1974. Pada 1974 digunakan kerana selepas peristiwa demonstrasi Baling pada Disember tahun itu, iaitu demonstrasi terbesar dalam sejarah gerakan mahasiswa negara ini, pada 1975, pindaan dibuat terhadap AUKU dengan tujuan mengongkong gerakan mahasiswa. Selepas pindaan itu, jelas kelihatan berlaku perubahan yang be sar iaitu gerakan mahasiswa mula lembap. Pendapat yang menyatakan bahawa tempoh dari 1965 hingga 1974 adalah zaman kemuncak gerakan mahasiswa negara melihatnya dari segi tindakan mahasiswa yang bercorak politik. Mohammed Abu Bakar (1973) dalam bukunya Mahasiswa Menggugat menulis, tindakan ini termasuklah: seminar dan diskusi mengenai pelbagai isu di mana mahasiswa berbincang dengan tokoh politik dan pensyarah; resolusi bercorak politik dibentang dan dikeluarkan mahasiswa untuk tatapan umum dan kerajaan; penerbitan akhbar, majalah dan risalah atau kenyataan akhbar di mana mahasiswa menyuarakan cita-cita politik mereka; demonstrasi di mana mahasiswa menyampaikan pandangan dan ideal perjuangan mereka; dan sesetengah mahasiswa memegang jawatan dalam parti politik seperti Parti Rakyat. Kita tidak perlu kembali sepenuhnya ke zaman sebelum AUKU. Apa yang perlu ialah kita muhasabah kefahaman dan pemikiran mahasiswa hari ini mengenai politik. Dalam konteks ini, petunjuk terpenting ialah pilihan raya kampus. Mutakhir ini, ada begitu banyak kerusi yang dimenangi tanpa bertanding, malahan ada beberapa universiti yang semua kerusi dimenangi tanpa bertanding. Adakah menang tanpa bertanding begini sesuatu yang baik? Adakah tindakan sesetengah pemimpin universiti yang boleh dipersoalkan dari segi keadilan dan kesaksamaannya dalam pelaksanaan pilihan raya kampus sesuatu yang baik? Adakah perlumbaan dan keseronokan sesetengah pemimpin universiti mengumumkan kemenangan besar calon yang dikatakan prokerajaan sesuatu yang baik? Adakah semua ini berlaku akibat universiti dipengaruhi atau ditekan oleh pihak lain? Adakah keadaan begini kondusif untuk kita melahirkan universiti bertaraf dunia?

Mahasiswa Sambut Baik Perlantikan Prof. Dr. Sheikh Ghazali

.
3 comments

Mahasiswa Sambut Baik Perlantikan Prof. Dr. Sheikh Ghazali
(Oleh Najwan Halimi)

Petang tadi saya bersama beberapa orang teman memaksakan diri untuk turut serta menghadiri sesi perjumpaan bersama Timbalan Naib Canselor (HEP, Alumni & Pengurusan) Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang baru dilantik, Profesor Dr. Sheikh Ghazali Abod.

Di dalam ucapannya, beliau menyentuh tentang kurangnya kesedaran di kalangan mahasiswa dalam memberikan perhatian terhadap isu-isu semasa yang bersifat nasional. Beliau turut mengkritik sikap kebanyakan mahasiswa yang hanya belajar tanpa mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan sosial seperti berpersatuan dan aktiviti-aktiviti kepimpinan.

Seorang teman yang duduk disebelah mengomel dengan menyalahkan AUKU sebagai punca mahasiswa lesu. Kata teman itu, bagaimana kita ingin melihat mahasiswa celik dan punya kesedaran tentang isu semasa jika masih lagi dikongkong oleh akta seperti AUKU. Mungkin benar hujahnya dan saya juga ikut bersetuju, tapi sejauhmanakah mahasiswa kita berani mendepani isu sebegini jika disebut saja "AUKU" pun kebanyakan dari mereka hanya mampu mengangkat bahu?

Di pertengahan ucapan beliau, Dr. Sheikh Ghazali mula menukar nada dengan memperjelaskan peri pentingnya mahasiswa melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kampus. Beliau akhir sekali menjemput mahasiswa agar menawarkan diri untuk menjadi calon pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang kelihatan dingin sekali sambutannya baru-baru ini. Turut diumumkan ialah perlanjutan tempoh penamaan calon demi memastikan kuota penyertaan mencukupi dan pilihanraya boleh dilangsungkan.

Jelas, mahasiswa Uniten barangkali sudah fobia untuk menyertai MPP lebih-lebih lagi jika meneliti rekod pencapaian barisan pimpinan sesi lepas yang penuh kecelaruan. Ada suara-suara yang menganggap barisan perwakilan pelajar sesi lalu adalah yang paling kurang berkualiti dan paling tidak produktif. Hatta, kenaikan yuran penginapan sekalipun mereka tidak dimaklumkan oleh pihak pengurusan!

Apa pun, saya mengalu-alukan majlis pertemuan petang tadi. Di samping menyampaikan amanah dan harapan beliau kepada para mahasiswa, Dr. Sheikh Ghazali turut meluangkan masa untuk mendengar keluhan dan luahan rasa mahasiswa berhubung dengan isu-isu kebajikan dan akademik.

Di akhir majlis, beliau turut memberi jaminan akan cuba melakukan sebaik dan sedaya mungkin dalam memastikan kebajikan dan keselesaan mahasiswa sentiasa terjamin selama belajar di Uniten.

Saya salut sikap rendah diri beliau. Menurut resmi padi; makin berisi makin tunduk. Dan ini nyata berbeza dengan sikap segelintir kakitangan universiti yang adakalanya angkuh dan sombong dengan jawatan yang dipegang. Ada antaranya hanya berjawatan penyelia kolej kediaman tetapi lagaknya mengalahkan seorang Naib Canselor! Seolah-olah kolej kediaman itu dia yang punya.

Sekali lagi, saya mengalu-alukan perlantikan Prof. Dr. Sheikh Ghazali sebagai Timbalan Naib Canselor (HEP, Alumni & Pengurusan) Uniten yang baru ini. Semoga segala perancangan dan perencanaan beliau dalam menambahbaik sistem dan penyampaian dalam urusan kebajikan mahasiswa mendapat sokongan dari seluruh warga Uniten.

Selamat bertugas, Prof!

UNITEN OH UNITEN.....

. Friday, September 28, 2007
5 comments

UNITEN OH UNITEN.....
Oleh: nhisa

First sekali nak ucap tahniah kepada moderator blog. Kewujudan blog nih bagus untuk membuka minda mahasiswa. Tapi berapa ramai mahasiswa yang dah baca blog nih? Harap-harap ramai la. Supaya kita dapat tahu situasi di UNITEN dan dapat berkongsi pandangan.

Seperti mana artikel-artikel dan komen-komen dalam blog ni, tidak dapat dinafikan, mahasiswa UNITEN majoritinya anak- anak orang berada dan mungkin sebelum ini tidak pernah aktif atau terlibat secara serius dengan aktiviti kelab dan persatuan. Dan relitinya di UNITEN ini, mahasiswa-mahasiswa memang suka berhibur dan amat suka kepada program-program yang mereka anggap boleh "enjoy and have fun".

Hal ini dapat kita lihat melalui program-program yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan. Program-program berbentuk sukan dan riadah begitu mudah untuk menarik penyertaaan mahasiswa tetapi jika program berbentuk ceramah atau forum, begitu susah untuk dihadiri mahasiswa UNITEN, sekaligus menggambarkan pemikiran pelajar UNITEN yang hedonisme(suka kepada hiburan).

Apakah yang perlu kita lakukan? Tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa, kita haruslah mengubah pemikiran dan budaya hedonisme yang telah lama bertapak di UNITEN ini. Sudah tiba masanya kita bangkit dan wujudkan satu fenomena mahasiswa yang terbuka mindanya, berilmu dan matang pemikirannya.

Mengapa dari awal saya gunakan istilah mahasiswa dan bukan pelajar? Kerana mahasiswa adalah penuntut universiti bukan lagi pelajar sekolah. Mahasiswa seharusnya mampu membela nasib mereka sendiri bukan lagi seperti pelajar sekolah yang nasib mereka dibela oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tetapi pada pendapat saya, hak dan kebajikan mahasiswa bukan saja harus diperjuangkan oleh MPP, tetapi harus diperjuangkan oleh seluruh pelajar UNITEN. Kita harus bersatu memperjuangkan hak dan kebajikan kita. Jika kita tidak bersatu, pastinya situasi di UNITEN tidak akan berubah sampai bila-bila. Jika kita tidak berubah, siapa yang akan mengubah kita? Harap-harap lepas ni, kita sama-sama membuka minda dan bangkit berjuang untuk hak dan kebajikan kita semua di bumi UNITEN ini.

A Great Leap Forward

.
0 comments

A Great Leap Forward



by cakapbelakang





A good friend of mine once asked me, why UNITEN didn't have any student activity center where we can kill our time properly, maybe with one or two frame of pool or maybe a foosball match, just to fill the gap between classes. Well, i said that i also don't have any idea of why they didn't have one. To be honest, i also wondered why UNITEN does'nt have any student activity center? A place where we can just sit down and relax, take nap, have a proper discussions on projects, play board games, or in my friend word, to kill our time properly; instead of just sitting in KMC, surfing net, checking out profiles of chicks in friendster while listening to streaming audio's.



Hence, i urged you guys to bring a difference in UNITEN. Be a candidate in the next election, and vote for your chosen candidate. If there's still no election this year, do your part to push the elected student representative to do their work. Only we as student knows what do we need. Think as this is a chance for you to make things better. Maybe its hard for us to see the immediate effect, and maybe UNITEN admin would give us a really hard time, but as people say, ' no sacrifice, no victory', and to achieve what we want in our life, we need to sacrifice something. So then, come and stand up, join the line and bring UNITEN to a great leap forward.

Bosan dan Hambar!!!!

.
7 comments

Bosan dan Hambar!!!!
(Oleh : Pelajar yang gemuk V)

Asalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan UNITEN sekalian.

Bosan dan Hambar..begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas MPP UTP mengenai situasi politik kampus di Universiti Teknologi Petronas.

"Cuma saya tak mampu menyembunyikan kekecewaan saya terhadap prestasi badan tertinggi pelajar itu akhir-akhir ini. Sebagai badan tertinggi, kewujudan MPPUTP perlu disedari bukan setakat di pihak mahasiswa, tetapi juga di pihak pentadbiran kampus. Jika dahulu, bila kami membawa isu ke pihak atasan, mereka mengatakan kami hanya mewakili 25% mahasiswa kerana itulah jumlah yang turun mengundi. Tahun depan, mungkinkah pihak atasan boleh mengatakan, who are you representing? No one, right? Apa yang mampu dijawab balik oleh MPPUTP kala itu?"

Dari sedikit kenyataan diatas jelas menunjukkan senario yang berlaku di UTP selaku IPTS yang setaraf dengan kita di UNITEN ini. UTP dan UNITEN adalah universiti yang diwakili oleh GLC yang besar dan berpengaruh,tetapi malangnya semangat dan keghairahan utk menuntut hak-hak selaku pelanggan amat lah mengecewakan. Barangkali ini disebabkan kita terlalu selesa dengan kehidupan kita. Entri saya sebelum ini mengutarakan yang pelajar-pelajar kita mudah lupa,mengambil jalan senang,hanya memikirkan mengenai diri sendiri. Mohon maaf saya unjurkan.Kenyataan saya bukan utk memburukkan pelajar-pelajar kita tetapi itulah hakikat yang terjadi.

Komentar yang saya ambil diatas juga menyentuh mengenai kemenangan tanpa bertanding. Penulis menyifatkan ianya adalah satu kekelahan dalam kemenangan yang amat memalukan. Rakan-rakan,bayangkan hanya 8 orang calon sahaja yang berani menyahut cabaran mengendong permasalahan pelajar UNITEN,jikalau mereka diberikan kemenangan percuma,percayalah mereka tidak mempunyai mandat yang cukup dan kuat utk memperjuangkan hak-hak kita.

Oleh itu,marlah kita menyahut cabaran ini,saya menyeru agar rakan-rakan UNITEN supaya bermuhasabah dan memikirkan sejenak mengenai perkara ini. Saya ingin anda sekalian melihat betapa bersatunya kita untuk menuntut hak kita.

http://utptoday.blogspot.com/2007/09/kemenangan-dlm-kekalahan.html

Pelajar-Pelajar UNITEN mudah lupa!!!!!

. Tuesday, September 25, 2007
6 comments

Pelajar-Pelajar UNITEN mudah lupa!!!!!
oleh: Pelajar yang gemuk V

Benarkah kenyataan diatas itu???Pelajar-pelajar kita mudah lupa??
Barangkali Ya...barangkali tidak..
Tetapi didalam pengamatan saya...hampir sebahagian besar pelajar-pelajar kita tidak mengambil berat situasi politik kampus kita sekarang.Mengapa agaknya??
Dalam temubual rambang yang saya buat keatas sample 10 orang pelajar..mereka menyatakan ada atau tidak MPP di UNITEN ini,tidak mempengaruhi kehidupan mereka sebagai pelajar di Universiti Terbaik Negara ini (kononnya). Ini jelas menunjukkan semangat bersatunya antara pelajar-pelajar masih lemah. Sifat tidak mempercayai antara satu sama lain,curiga tanpa sebab dan perasaan hasad dengki. Maaf saya katakan disini,apabila kita melihat masih ada segelintir pelajar-pelajar kita mencuba nasib menjadi calon-calon Pilihanraya kampus,ada sahabat-sahabat kita mengambil peluang membuat kenyataan yang bukan mencerminkan semangat kesatuan,ukhwah antara pelajar.

Ada diantara mengutuk dan menyatakan mereka ini akan menjadi boneka Pihak Pengurusan UNITEN. Rakan-rakan sekalian tahukah anda...kerana kita bersikap pentingkan diri dan mengambil enteng ,masa depan Universiti ditolak ketepi.

Ada yang berkata"pedulilah aku akan grad dalam 2-3 sem lagi,janji aku selamat grad n dapat kerja,pedulilah MPP ke,Kelab/persatuan ker,bukannya mereka menolong aku"
Sampai begitu sekali reaksi nya.

Sedih rakan-rakan sedih...Pihak Pengurusan dapat menidakkan hak kita sebagai pelanggan di UNITEN ini kerana kita tidak bersatu. Didalam entri sebelum ini melaporkan ada yang ingin memboikot pilihanraya,sangat2 tidak bertanggungjawab. Itu akan menidakkan hak kita untuk menuntut sesuatu. Pihak Pengurusan akan mengambil sikap sambil lewa kerana meraka tahu hanya segelintir sahaja yang menyokong MPP.Meraka akan berkata" Takyah ambil berat arr,baru 30% mengundi dah nak bising-bisng",mereka akan menganggap baki 70% akan menyokong pihak Pengurusan.

Nah...kita yang terkena,selepas itu apabila timbul konflik atau masalah,mulalah golongan-golongan yang ingin memboikot itu mencari MPP,membuat alasan,menyebarkan komen2 tidak puas hati,mula lah menyalahkan MPP kerana tidak membuat sesuatu kepada mereka.

Oleh itu,saya menyeru agar kita semua pelajar-pelajar bersatu dalam menghadapi Pilihanraya kampus nanti. kita buktikan kepada pihak Pengurusan bahawa pelajar-pelajar kita tidak lalai dan alpa lagi,kita tidak lupa lagi hak kita,Kita cetuskan gelombang pelajar agar Pihak Pengurusan mengambil kira setiap permasalahan,kebajikan,tuntutan kita sebagai pelanggan utama UNITEN. Dengan meningkatkan peratusan pengundi yg mengundi cukup memberikan mandat kepada bakal2 pemimpin kita memperjuangkan hak kita.

Kepada bakal-bakal MPP sekalian..perbetulkan niat anda untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar-pelajar nescaya sepanjang tempoh MPP anda akan menjadi baik dan smooth.
Percayalah...

SESI PERJUMPAAN BERSAMA TIMBALAN NAIB CANSELOR (HEP, ALUMNI DAN PENGURUSAN)

.
0 comments

Sempena dengan lantikan TNC (HEP,ALUMNI DAN PENGURUSAN), ProfesorSheikh Ghazali Abod, satu perjumpaanakan diadakan:

Tarikh : 28 September 2007 (Jumaat)
Masa : 3.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Serbaguna (MPH)

Antara objektif utama perjumpaan ini adalah:

1)Penyampaian Amanat TNC(HEP, ALUMNI DANPENGURUSAN) kepada semua pelajar.

2)Membincangkan isu yang berkaitandengan kebajikan, pembangunan dansahsiah pelajar.

Semua pelajar diminta hadir. Kehadiranadalah WAJIB dan akan DIREKODKAN.

Oleh yang demikian, kesemua aktivitiakademik akan ditunda ke satu tarikhyang akan dimaklumkan oleh pihakKolej/ Institut berkaitan.

Terima Kasih

PENGARAH
PUSAT HAL EHWAL PELAJAR

b/p TNC(HEP, ALUMNI DANPENGURUSAN)

Majlis Perwakilan Pengurusan UNITEN ( MPP UNITEN)

.
0 comments

Majlis Perwakilan Pengurusan UNITEN ( MPP UNITEN)
dari : Pelajar yang gemuk V

Peranan MPP didalam pembangunan sesebuah universiti sering kali dipersoalkan oleh mahasiswa-mahasiswi baik di IPTA atau IPTS.Rencana ini akan mengupas lebih lanjut mengenai situasi pimpinan pelajar di sebuah IPTS ternama yang mempunyai sebuah Syarikat Besar berkaitan Kerajaan iaitu UNITEN.

Sering kali pelajar-pelajar UNITEN kebelakangan ini menyatakan Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN tidak layak mewakili pelajar-pelajar,mereka lebih mewakili Pengurusan Universiti kerana kekurangan autonomi bagi memperjuangkan hak-hak pelajar. Saya amat bersedih apabila mendengar kekurangan calon utk mengisi tanggungjawab sebagai suara keramat pelajar ini. Ada menyatakan calon-calon atau individu-individu yang layak,berkaliber,dan berbakat serta mempunyai sifat kempimpnan yang tinggi lebih mementingkan Kelab/Persatuan yang ada di UNITEN.

Jikalau diselidik,memang benar kenyataan ini kerana bagi mereka di Kelab/Persatuan lah mereka dapat merencana plan pembangunan sahsiah dan menjaga kebajikan pelajar.Walaupun kecil skopnya,tetapi bayangkan jika UNITEN mempunyai hampir 15 kelab/Persatuan yang aktif,maka agak ramai juga jumpah pelajar UNITEN yang mereka jaga. Di Kelab/Persatuan mereka mempunyai kebebasan mencorak,merangka,menggubal,melaksanakan. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,walaupun skopnya kecil tetapi Kelab/Persatuan yang lebih memainkan peranan penting membentuk pelapis pemimpin pada masa depan.

Saya bukan ingin memburukkan dan menyalahkan sesiapa,bagi pendapat saya terdapat dua pihak kenapa perkara kekurangan calon MPP berlaku pada pilihanraya pada tahun ini. Pertama, Pihak Pengurusan Universiti sendiri, Pihak Pengurusan Universiti mengambil enteng suara pelajar. Mereka tidak memberiklan peluang kepada MPP-MPP sesi sebelum ini kuasa dan mereka enggan mendengar perkara-perkara yang diusulkan oleh MPP. Pihak Pengurusan agak teragak-agak memberikan kuasa autonomi walaupun bersyarat kepada MPP dan Kelab/Persatuan utk mencorakkan pembanguna pelajar dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar UNITEN. Disamping itu,pihak Pengurusan kurang menjaga kebajikan MPP itu sendiri,jika kita bandingkan MPP di IPTA dan IPTS yang lain,MPP-MPP disana diberikan pelbagai insentif dan kelebihan agar mereka menjalankan tangungjawab mereka dengan lebih efisyen.Elaun yang menarik,perlepasan jan kredit serta kemudahan apartmen yang percuma,perkara-perkara ini akan membuatkan MPP akan bekerja keras utk menjalankan tangungjawab.Bukan ingin menggelapkan mata pelajar utk berpusu-pusu menjadi MPP dan tidak akan ada kes-kes kekurangan calon,tetapi ini tidak mencerminkan niat ikhlas pihak pengurusan utk menjaga kebajikan pelajar,wajarlah saya katakan MPP di UNITEN bukan utk pelajar tetapi utk Pengurusan.MPP kena mengikut kehendak Pengurusan bukannya pelajar.

Pihak kedua yangs saya ingin menarik perhatian pembaca berlakunya permasalahan kekurangan calon ini adalah,maaf saya katakan MPP sesi yang lepas. Mereka tidak mempunyai satu pelan induk pembangunan pemimpin pelapis.Mereka mempunyai hampir 100 orang ahli jawatankuasa membantu mereka didalam setahun,tetapi mereka tidak memberikan peluang dan pengalaman kepada 100 orang ini.Jikalau mereka rapat dan memberikan mereka peluang,serta mereka berkongsi ilmu pengalaman,saya yakin daripada 100 orang itu akan ada hampir 20 orang berminat dan bersedia menjadi MPP.Ini tidak,hanya mengharapkan Kelab/Persatuan utk memberikan calon-calon pilihanraya.

Sebagai konklusi rencana saya pada hari ini,saya ingin menarik perhatian pembaca-pembaca akhbar elektronik ini. Kekuatan MPP yang sebenarnya akan membantu pelajar jikalau pihak Pengurusan benar-benar ikhlas melibatkan badan ini didalam agenda pembangunan UNITEN dan pelajar-palajarnya.Dan jikalau MPP itu kembali disegani dan dihormati dan menjadi wadah utama pelajar,maka ramailah pelajar-pelajar kita akan berminat untuk menjadi pemimpin kerana mereka tahu akan tanggungjawab dan kelebihan yang bakal dirasai dan diperoleh kelak.Apabila MPP sudah ada saf pimpinan yang mantap dan berkaliber serta mendapat sokongan dan autonomi bersyarat dari pihak Pengurusan,maka Kelab/Persatuan juga akan mendapat manfaatnya serta pelajar-pelajar boleh lah mempunyai sebuah suasana kampus yang benar-benar kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran,disamping melahirkan generasi-generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dicari dan dihargai kelak apabila mereka menempuh dunia pekerjaan kelak.

MPPUNITEN 2007.08:Fokus kepada Isu-isu Kebajikan Pelajar

. Monday, September 24, 2007
0 comments

MPPUNITEN 2007/08: Fokus Kepada Isu-isu Kebajikan Pelajar
(Oleh Najwan Halimi)

Khabarnya, hanya lapan orang pelajar sahaja yang menawarkan diri untuk menjadi calon Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (MPPUNITEN) di Kampus Putrajaya dan lima orang pelajar di Kampus Muadzam Shah.

Secara tradisi, sebanyak 12 kerusi diperuntukkan kepada Kampus Putrajaya manakala lima kerusi untuk Kampus Muadzam Shah dan ini sekaligus melayakkan kesemua calon yang menghantar borang penamaan pada Jumaat yang lalu menang tanpa perlu bertanding lagi. Dan yang pasti, beban tugas bakal bertambah kepada mereka yang terpilih memandangkan terdapat empat lagi kerusi yang tidak diisi.

Di sebalik kempen dan promosi besar-besaran oleh pihak Urusetia Pilihanraya MPP Sesi 2007/2008 yang menzahirkan seolah-olah pilihanraya kampus kali ini seakan-akan pesta demokrasi mahasiswa sebenar, realiti yang menjelma adalah sebaliknya.

Pidato Umum yang sepatutnya diadakan pada 24, 25 dan 26 September ini juga dibatalkan lantaran kesemua calon yang menawarkan diri telah diisytihar menang tanpa bertanding. Dan seperti mana saya dan beberapa teman telah ramalkan, pilihanraya kampus kali ini sememangnya bakal berlangsung dalam keadaan hambar dan dingin. Tiada sambutan.

Apa yang berlaku jelas membuktikan bahawa para mahasiswa seolah-olah sudah tidak lagi mengambil peduli tentang apa yang berlaku di dalam kampus. Barangkali mereka juga sudah tidak lagi menaruh sebarang harapan terhadap MPP dalam berperanan sebagai medium rasmi untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa. Pada anggapan mereka, adanya MPP dan tiadanya MPP, sama sahaja. Yuran penginapan tetap naik. Pinjaman PTPTN tetap lambat diterima.

Jika pilihanraya kampus tahun lalu berlangsung dalam suasana yang agak meriah, maka yang sebaliknya berlaku untuk tahun ini. Mungkin inilah harga yang perlu dibayar lantaran kegagalan barisan MPP sesi lalu dalam mengekalkan reputasi dan status mereka sebagai suara keramat mahasiswa.

Saya sebetulnya kecewa melihat perkembangan ini. Begitu pun, saya tetap bersyukur kerana tidak perlu lagi mendengar retorik serta janji-janji kosong para calon sebagaimana yang pernah dilaungkan oleh calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya kampus tahun lalu.

Buat barisan MPP sesi 2007/2008 yang baru, saya ucap tahniah. Jujurnya saya tidak menaruh sebarang harapan. Cukuplah sekadar kalian memainkan peranan dengan memberikan tumpuan khas terhadap isu-isu kebajikan pelajar. Lupakanlah angan-angan untuk mendabik dada di peringkat nasional dan antarabangsa jika ehwal dalaman kampus masih belum terbela!

Kenapa ramai menolak MPP

. Sunday, September 23, 2007
3 comments

Amat mengemparkan,hanya 8 orang calon sahaja menampilkan diri sewaktu penamaan calon tempoh hari?? Calon di Kampus KHSAS juga tepat2 5 orang,juga tiada pilihanraya.kenapa situasi ini terjadi???Saya ingin bertanya kepada rakan-rakan pelajar sekalian. Adakah rakan-rakan merasakan fungsi MPP ini tidak relevan lagi didalam kampus kita??
Pada pandangan saya,pelajar-pelajar kita memang sudah hilang harapan pada badan induk pelajar ini. Bukan saya ingin menyalahkan mana2 pimpinan terdahulu atau terkini,tetapi inilah realitinya. Saya masih ingat satu ketika dahulu.pimpinan MPP diketuai oleh saudara Mohd fairuz dari kampus KHSAS,saf pimpinan beliau menumpukan hanya pada kebajikan pelajar,saf pimpinan beliau berjaya menyekat hasrat pihak pengurusan utk menarik balik diskaun penginapan apartment kita,anda tahu mengenai perkara itu atau tidak??

Pimpinan selepas itu,mungkin tidak sebaik yang sebelumnya...tetapi hasil usaha mereka berjaya ,mengadakan semula program-program yang hampir 5 tahun hilang dari takwim aktiviti pelajar UNITEN.Kemudian selepas itu???? minta maaf saya katakan disini..pimpinan sesi 06/07 gagal menghasilkan sesuatu utk pelanggan utama mereka iaitu pelajar-pelajar. Mereka diam dan kadang2 kita bertanya adakah atau tidak badan begelar MPP pada tahun itu???

Pada pandangan saya,UNITEN sangat-sangat ketandusan golongan yang bergelar pemimpin. Pelajar-pelajar juga mengambil mudah perkara ini dengan tidak menyokong usaha-usaha melhirkan pemimpin,sifat pentingkan diri masih ada,tetapi lumrah pelajar-pelajar kita,hanya berbunyi kuat dibelakang dan apabila hendak dianugerahkan tangungjawab,denga pantas menjawab "biarlah budak-budak kelab setelkan!!!" betul atau tidak??

Pelajar-pelajar kita kurang mengambil berat faktor kepimpinan,komunikasi,bekerjasama didalam kumpulan. Saya ingin menarik perhatian pelajar-pelajar sekalian dengan satu fakta yang kukuh saya perolehi dari sumber-sumber dunia pekerjaan saya. banyak syarikat-syarikat besar di luar sana mengkehendakkan graduan yang mempunyai kualiti-kualiti yangs sebut diatas.Saya tak katakan silibus UNITEN tidak menyediakan kualiti2 tersebut,ada seperti subjuk tech Comm,It Comm dan semua,tetapi...itu hanyalar basic bukan memberikan kualiti-kualiti yang benar2 kuat dan tidak diragui lagi.Kelab/Persatuan ada di UNITEN ini,tetapi pelajar-pelajar kita ambil mudah kewujudan badan-badan ini.Fikirkan lah rakan-rakan mengenai perkara ini.

berbalik mengenai hal MPP,simple dan mudah,jikalau MPP sebelum ini tidak menunjukkan prestasi yang bagus dan diharapkan,MPP sebelum ini dikritik hebat,MPP yang tidak memberikan pelajar apa2 perkhidmatan,nescaya pada tahun berikutnya saya jamin kita tidak akan mengadakan pilihanraya dan kita kekurangan calon utk mengisi kerusi yang diperuntukan.Semuanya hilang,melarikan diri,enggan menanggung masalah yang diwujudkan sebelum ini,benar??

dan jikalau MPP itu berjaya,maka berpusu-pusu lar manusia yang ingin menjadi pemimpin kepada 6000 student di kampus Putrajaya dan 3000 di kampus KHSAS.Benarkan???

Jelas menunjukkan golongan yg betul2 ingin menjadi pemimpin sudah hilang,hanya tinggal sedikit sahaja golongan yang ingin belajar dan membuat perubahan pada pelajar,tetapi sgt2 sedikit,tetapi golongan yang mengambil peluang untuk mencantikkan resume dan ingin glamor mmg ramai,sudahlah kurang ilmu selepas itu sombong dan enggan belajar,mcmaner???

Rakan-rakans sekalian....sebelum saya mengakhiri entri ini,saya ingin menarik perhatian rakan-rakan pelajar sekali lagi....kita sudah kehilangan pemimpin,jangan lar kita mementingka diri,fikirkanlah nasib adik-adik kita yang sedang menuntut di Foundation dan bakal2 pelajar yang akan enrol nanti.Fikirkan lar...

No Election This Time

.

There will be no election this year as only 8 candidates appear during "Hari Penamaan Calon". With that, all 8 candidates are automatically elected as the new Student Representative Council for 2007/2008 session. Four more seats will be decided later by the new leadership or by Student Affair Center.

Its quite sad actually to see low number of candidates running for the SRC's seat. To represent themselves and other students, to practice their rights. Maybe after all that had happened during the 2006/2007 session, have destroyed the trust that the student give to SRC and thus reflected to the number of candidates that decided to run for the seats.

But how many students know what is the use of having a Student Representative Council? Is it just a glamourous post to have? A good place to get nice certs and make your resume look more convincing? NO! Basically that attitude that made the SRC looks bad and rather unconvincing in practicing the student right. When you have great power, you hold big responsibilities. You hold the trust of the people who have voted for you. So you need to fight for them, work for them, hear their problems, delegate it to the administration, and fight for it. Not being a coward by running away like dogs with tails between their legs when being pressured with problems.

As a student, we also have the rights to nominate and choose who we want to represent us, to be our leader, champion our cause. I'd like to share this message that i received from a friend of mine. It seems like it has been circulated in Yahoo Messenger recently. I wonder how many of us have read it either from YM, MSN Messenger, Friendster Bulletin, or maybe Aibob's forums.

Important to all Uniten students!!!
The MPP elections are coming very soon. Please DONT VOTE!! I repeat DONT VOTE. Its a total waste of time,its not as though who got the highest vote is gonna become the president?? u need kulitfication not votes....this is because our f*cked up adminstration have put a golden rule on how the president should be... GOLDEN RULE: He or she who would be our MPP president should be kuning langsat in skin colour with big head without any brains(if there is any,please disregard as it most probably wouldnt work coz too lazy) What has the MPP dont for us? If another non-Muslim wins this time around,he or she is not going to become the president? So,y we non muslim wanna vote?Sorry if I sound racist,Im not-no hard feelings to the muslims,just fedup with the MPP elections.
Y waste your time?i rather sit down and study for finals rather than going to vote... Repost if its true,if not-you are most welcome to sh*t the f*ck up and continue doing what you were doing before-being dumb. those who are scared to speak the truth,dont speak the truth. Sign, VSS Raaj MJ Ming



Ok. I dare to speak the truth. The truth is, who in the first place nominate that kuning langsat with big head without any brain fella to run for the seat? Who in the first place vote for him/her? Its the student right? So if you don't vote, you are the one who should shut up and sit there at the corner without saying anything because you didn't practiced your right. I personally don't care if half of the SRC are filled with non-muslim or even international student AS long as they do their work, and fight for our cause.

We as student have to vote for our candidate, the one we think can bring the change in our life as UNITEN's student. The one who can speak on our behalf. So if you didn't want to vote, who will fill the seat and champion our rights? A lazy and coward fella without brains who thinks he can be future politicians?

If you think you are good enough to make a difference, be a candidate, run for the SRC election. Show that youre someone who can create a great leap forward to UNITEN's student. If you can't do that, atleast VOTE the candidate that you think can do it. Every vote counts, and the one who has been elected should fight for the rights of their voters. President or plain secreteriats, they all have the same common goal and carries the same burden. To champion our cause, the students welfare, speak for on behalf of us. Because they represent us, students.

So for VSS Raaj MJ Ming, if you guys thinks you're good, then you should run for SRC, champion the cause of your non-muslim friends. Speak up and stand out. Don't just yell and whine in the net, saying don't vote for election ( in fact there will be no vote casting since there are no election). Walk the talk lah.

An Introduction

. Saturday, September 22, 2007
0 comments

Here alas, a blog for Uniten's student to hear the latest news about what's happening in the campus and give feedback on the things that happen around them whether it involves them directly or not.

This is not a hate blog, but a place for students to voice up their opinion on any issues, particularly issues that concerns them in Uniten (services, lecturers, campus politics. etc). Opinions can be sent to the admin at speakup.admin@gmail.com.

Last but not least, please respect others while giving comments. The admin would moderate the comments lightly, but that does not meant you can do what ever you wish.