H.E.P:Berubah Pusat,Berkurang Pesat

. Wednesday, January 30, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Setelah hampir seminggu menyepi,penulis ingin kembali membawakan isu yang sering menjadi bualan dan polemik para pelajar.Keluhan dan rintihan kerapnya tamat diakhir bualan tanpa dapat disalurkan dengan menggunakan platform yang sempurna.Maka,kali ini,penulis ingin meninjau pula apakah permasalahan yang membelengu mahasiswa Uniten(yang penulis temui) terutamanya yang membabitkan aktiviti kokurikulum.

Umum tahu akan penambahbaikan yang berlaku pada organisasi Hal Ehwal Pelajar baru-baru ini.Setelah dilantik seorang Timbalan Naib Canselor yang khusus,Hal Ehwal Pelajar juga telah diasingkan dari pentadbiran asas Uniten dengan menjadi sebuah pusat untuk menguruskan hal-hal berkenaan pelajar.Syabas Uniten diatas kejayaan in.Tetapi pada asasnyanya,apabila sesuatu penambahbaikan itu berlaku,respon yang diterima seharusnya mendatangkan kesan yang baik.Namun,perkara yang sebaliknya berlaku.

Kerenah demi kerenah bersilih ganti sehingga kian bernanah.Ini bermula dari peringkat atasan sehinggalah ke peringkat bawahan.Pada hari ini,untuk pelajar mengadakan program,pelbagai desakan yang cukup remeh disertakan sekali.Contohnya,dari segi penyediaan kertas kerja.Baru-baru ini telah diadakan perincian baru yang wajib untuk disertakan didalam kertas kerja.Kononnya akan melicinkan perjalanan kelulusan program tersebut.Masalah timbul apabila perincian-perincian yang diinginkan menimbulkan kesukaran bagi para pelajar.Bayangkan,jika anda ingin membuat kewangan untuk makanan;anda terpaksa memberikan beberapa harga(survey) dari kedai-kedai yang ingin ditempah.(Kedai A:RMXXX Kedai B:RMXXX Kedai C:RMXXX).Perkara yang sama juga berlaku untuk mendapatkan penginapan di luar kampus.Maknanya,kerja yang perlu dilakukan pelajar bertambah.Tidak cukup dengan itu,pelajar perlu memberikan spesifikasi-spesifikasi secara terperinci sehingga boleh dikatakan untuk menyiapkan assignment lebih senang dari menyiapkan kertas kerja!.

Lantas persoalan timbul disini,apakah motif sebenar yang diinginkan oleh HEP.Kalau benar perkara-perkara ini boleh melicinkan proses kelulusan,mengapa masa untuk meluluskan sesuatu kertas kerja masih lagi di tahap yang sama.Cuba fikirkan,sekiranya ada beberapa spesifikasi tidak dipersetujui,terpaksalah pelajar turun naik HEP dan menangguhkan lagi lama program untuk diluluskan kerana kesemuanya disertakan didalam satu kertas kerja(berbanding dahulu,poster dan sebagainya boleh dihantar kemudian).Adakah HEP memudahkan pelajar? Tepuk dada tanyalah selera.



Maka,demi mencari konklusi yang mutlak,penulis cuba menganalisis dengan lebih mendalam.Mengapa HEP seolah-olah ingin membebankan pelajar sekaligus mengurangkan semangat pelajar untuk bergiat aktif didalam aktivti kokurikulum? Lantas,penulis menemui 2 perspektif jawapan yang berbeza.Pertama,penulis melihatkan kebanjiran 'orang-orang akademik' yang mula menerajui HEP.Faham-faham sajalah,orang akademik ini suka memandang kepada CGPA dan akademik pelajar berbanding aktiviti lain.Keduanya,penulis menganggap Uniten ingin mengurangkan kos aktiviti pelajar dengan mengenakan pelbagai prosedur baru yang cukup melecehkan.

Justeru itu,siapakah yang akan menyelamatkan hak pelajar? Saya bertanya kepada para pelajar.Rata-ratanya jawapan berbunyi negatif.Dimana MPP? Rupa-rupanya MPP juga mengenakan prosedur-prosedur yang lebih membebankan juga.Dengarnya,ada juga terdengar cerita dimana program tidak diluluskan MPP diperingkat awal lagi.(Bila masa MPP ada kapasiti melakukanya ya?).Lebih teruk dengan itu,hendak mendapatkan sokongan MPP juga lebih sukar untuk mendapatkan tandatangan artis!.Adakah MPP memperjuangkan HEP atau memperjuangkan pelajar? Fikirkan bersama.

Diakhir kalam,penulis ingin memberikan satu nasihat kepada 'insan' yang kononnya mengecam bahawa blogging ini menggugat imej Universiti.Seseorang yang inginkan kejayaan,akan sanggup menerima pelbagai kritikan.Seseorang yang dahagakan kejayaan,akan sanggup menyelongkar kelemahan demi mengurangkan kesalahan.Namun,seorang yang inginkan kegagalan,akan cuba mendiamkan kelemahan demi menunjukkan beliau sudah meniti kejayaan.Fikir-fikirkan.Anda susahkan kami,kami senangkan anda.Adakah itu satu kenyataan yang adil?

Tingkatkan prestasi,kurangkan kontroversi.
M.K.F

18 comments:

Anonymous said...

apa motif diorang agaknya... bila panggil utk talk, diorang akan cakap "dalam berpersatuan jangan tinggalkan akademik". Tapi kalo byk sangat procedure utk wat paperwork cmni, macam tak nak bg kita study je... Macam keje kita ni, full time wat program plak...

Anonymous said...

tahniah kepada mpp kerana telah berjaya menjalankan mesra@mpp pada isnin lepas.untuk pertama kalinya saya merasakan mpp uniten adalah sangat mengecewakan.bermula daripada masuknya VIP yang tidak terurus(tanpa dijemput dan tanpa usher),sistem teknikal yang terok(lagu UNITEN yang dipasang sangat terok bunyinya),dan juga kelewatan majlis daripada pukul 8 malam hingga 11.30 malam(walaupon kedatangan pelajar hanyalah sedikit).sekalung terima kasih diucapkan kepada TNCP kerana telah berjaya menyelamatkan MPP daripada diserbu dengan pelbagai killer question pada malam tersebut.

soalan pertama saya,setelah 60 hari(30/1/2008) mpp melangkah naik,apakah yang BERJAYA mpp lakukan?(soalan saya adalah achievement yang "TELAH" MPP capai.bukan achievement yg sedang MPP hendak capai)

soalan kedua,mengenai apa yang saudara M.K.F. nyatakan.ramai yang tidak bersetuju dengan perubahan-perubahan yang dijalankan,so,apakah yang MPP ambil tindakan terhadap perkara tersebut?

soalan ketiga,apakah VISI dan MISI MPP kali ni?ingin mewakili pelajar atau ingin mewakili HEP?

sekian saja komen saya kali ni.sebelum saya menamatkan komen saya ni,ingin saya bertanya kepada para MPP sekalian.


Adakah anda Majlis Perwakilan Pelajar atau anda Majlis Perwakilan HEP?

Anonymous said...

Saya berasa MPP telah cuba menolong kami(pelajar). Bukan mudah bagi MPP untuk bercakap dengan pihak HEP kerana kuasa tetap terletak ditangan HEP.
Bagilah mereka masa untuk memperbaiki struktur organisasi. Untuk menjalankan aktiviti bersama orang yang baru dikenali adalah tidak mudah. Masing-masing mempunyai idea yang berbeza-beza. Jangan kita "pressure" MPP. Kami sebagai pelajar biasa tidak tahu banyak apa yang berlaku didalam.

saudara kassim,
Pada pendapat saya, bukan TNCP telah menyelamatkan MPP.
Pelajar yang hadir pada hari itu, adalah untuk "berinteraksi" dengan TNCP. Semua soalan adalah dituju kepadanya, bukannya MPP. MPP hanya boleh "forward" msg kepada TNCP dan cuba "back us up". Kuasa adalah pada TNCP.
Biarpun semua adalah killer question tetapi adakah TNCP kita menjawab kesemuanya dengan baik? Adakah pelajar tinggal perpustakaan dengan hati senang atau penuh dengan persoalan?
Adakah kami pelajar akur dengan penjelasan yang tak tepat??

Fikirkan bersama, no matter mpp or what so ever club, we student back ourself up. cz we are students of uniten. not HEP ppl

Anonymous said...

kalu nak wat MESRA@MPP biar la MPP ngen student je ade.. jangan la nak ajak TNC... die bukan MPP...
Saya rase TNC da tau kalau die x pegi kat majlis tu mesti ramai la MPP yang cabut lari xtahan mendengar soalan2 killer dr 30 orng yang "menyokong" majlis tu...
prosedur untuk wat program da makin sukr start ngan nak dapat sign mpp lg... untuk dapatkan sign die kene ade semua detail untuk program..
sebagai contoh, kalau nak wat aktiviti kat kampung... nnti kene wat research pasal kampung tu... kene tau sape tok penghulu, lokasi, dan every detail abaout that kampung... mende tu xsalah... tp membebankan... cbe cri cara yng senang... kate ikut standard ISO...

Anonymous said...

mesti ada sbb tncp diajak.. aku pasti yg mpp tau bahawa student nk communicate dengan mpp sendiri.. mane tau.. x ajak tncp majlis tu hep xluluskan majlis tu? pernah fikir? tncp tu pon satu.. klu nk pon buat la majlis sendiri.. jgn kaco majlis mpp.. hish..

Anonymous said...

sesungguhnye..mesra mpp tu mmg utk student n mpp..tetibe plak tncp wt hal, nk btlkn program la..nk join skali la..kecelaruan dr segi program n protokol bkn slh phk penganjur, it's tncp own accords.die xdjemput pun sbnrnye.bknaan m'jwp so called killer questions..student bpuas ati ke ngan jwpn tncp tu?
to en kassim, cube tnye phk penganjur problem yg dorg hadapi utk laksanakn program 'mesra@HEP' tersebut..xyah r nk bntai mpp o ajk mpp sgt (w'pun mmg de yg ptut kne bantai!)dorg pun tensen gak.. =)

Anonymous said...

jgn view masalah dr ur point je.. cube view masalah dr point mpp or ajk yg melaksanakan.. mesti ada sbb

Anonymous said...

ok2.. i went to mesra@ mpp and i talk to them...
kepada mahasiswa sekalian, TNCP tak dijemput ke majlis tersebut, dia yang pandai2 datang sendiri pas tu siap mintak MPP cancelkan mesra@mpp tuh...
budget pun die tak bagi..
don't blame mpp for that...
tapi, kisah2 lain terpulang kat korang la ek..
kalo apa yang korang cakap tu btul, kena terima la jugak kan?
Sesungguhnya, kbenaran itu memang pahit....

Najwan Halimi said...

Membaca komen teman-teman mengenai kesukaran utk mendapatkan kelulusan sesuatu projek mengingatkan saya kepada filem Tamil, Sivaji The Boss.

Dalam filem tersebut, Sivaji, seorang jutawan berhati mulia berhajat besar utk mendirikan universiti sendiri bagi menyediakan perkhidmatan pendidikan percuma kepada anak-anak India yg tak berkemampuan. Pun begitu, kertas kerja beliau mengenai projek tersebut gagal mendapat kelulusan disebabkan oleh pelbagai prosuder tidak masuk akal yg dilaksanakan oleh kerajaan India.

Mungkin pihak HEP boleh mempertimbangkan semula prosuder yg digunapakai sekarang ini dengan mengolahnya supaya pelajar lebih mudah untuk menjalankan aktiviti. Jangan sampai suatu masa pelajar muak dan bosan dengan karenah HEP sehingga sudah putus syahwat utk beraktiviti!

Anonymous said...

kehadiran TNC P adalah bagus dan barangkali sesuai sangat2....
beliau boleh menajawab terus dari sudut pandangan pihak pentadbiran...

tetapi...

itu adalah program MPP,adalah lebih elok daripada 3 jam program itu, 1 jam meluangkan masa bersama TNC P dan the rest utk MPP berinteraksi dengan siswa/siswi.

Jikalau Yg Berbahagia Prof ingin lebih masa,adalah lebih baik pihak penganjur program memohon agar TNC P berundur dan MPP akan mempengerusikan soalan2 selepas itu,dan fowardkan permasalahan kepada beliau kelak. Saya merasakan perkara itu akan meningkatkan krediliti MPP utk berhadapan sendiri dengan pelajar.

benar peluang utk menyuarakan permasalahan kepada TNCP susah hendak dapat,tetapi bukannya mustahil.

kita kena mejadikan MPP kita yang ingin mengorbankan diri mereka kepada siswa sebagai suara. selepas ini biorlah MPP mengumpulkan semua permasalahan dan ajukan kepada Yg.Bhg Prof.

Yg,Berbhg Prof tidaklah kepenatan utk mengendalikan semua. Tugas beliau amat besar.....bukan utk HEP sahaja.

kepada MPP..good effort but not good enuf to gain student support. but dun worry, i believe 100% if MPP fight for student..not the admin,you'll be honor and respected...

Our MPP chosen from student,speak for the student(eg movie, "Senate is chosen from the people,speak for the people",Senator Grachus,Gladiator.)

im sure all MPP understand the most fundamental aspect of MPP....

pelajar yg gemuk V

Anonymous said...

Pada pendapat saya,pada malam mesra@mpp mmg ptt pun TNC HEPAP bersama2 barisan pimpinannya dtg pada majlis itu KERANA:

1. Biarlah TNC berdepan dengan para pelajar secara teramg-terangan dan mmg patut mereka diasak bertubi-tubi dengan pelbagai soalan. Jangan ingat bila dah kerja di dalam pejabat yang berhawa dingin dengan sewenang-wenangnya mereka boleh membuat sebarang keputusan tentang masa depan uniten dengan sesuka hati tanpa merujuk kepada pelajar-pelajar.

2. Walaupun jumlah pelajar yang hadir pada malam itu terlalu sedikit, akan tetapi jumlah pelajar yang tampil ke hadapan untuk bertanya soalan kepada Tnc cukup nyata menunjukkan bahawa pelajar Uniten sudah lama menderita dengan masalah yang membelenggu sejak dari dahulu dan di tambah lagi dengan masalah yang baru ditimbulkan oleh 'TUAN' tnc kita. Kuantiti tidak melambangkan kualiti.

3. Pada malam itu juga, para pelajar jelas kelihatan lebih kecewa dengan pengurusan baru Uniten berbanding dengan masalah mpp kita. Maka, apakah kesimpulan yang boleh kita buat? Hep kita sbnrnyer lebih teruk berganda2 daripada mpp kita.

Tahniah kepada semua sahabat-sahabat pelajar uniten kerana mempunyai kesedaran tentang permasalahan yang sedang menimpa kita semua.
Malah saya juga ingin menyeru kepada semua rakan-rakan seperjuangan bahawa janganlah menghentam barisan mpp yang ada pada ketika ini kerana mereka juga 'saudara2' kita. Tanpa mereka siapalah golongan pelajar di uniten ini. Berilah mereka peluang dan pada masa yang sama marilah kita bersama2 untuk menunjukkan jalan yang betul kepada barisan mpp kita bermula sesi ini hinggalah pada sesi mpp yang seterusnya. Mpp lah jantung,hati dan nyawa pelajar uniten. jika mereka lemah,maka lemahlah kesemua pelajar uniten. Jika mereka kuat,maka nasib pelajar uniten akan terbela.

Anonymous said...

untuk makluman..TNCP tak diajak pon time tuh... erm...dan pasal protokol tuh.........sepatutnya mereka tunggu kita jemput masuk..yg gatei2 masuk menonong pehal..dahla nak duk atas..padahal VIP duk bawah..krusi atas tu tuk slot bersama HEP then slot bersama MPP...perkara sebenarnya..protokol malam tu hancur abes dibuat oleh pihak pengurusan sendiri..dorang datang majlis kita, wat cam majlis sendiri..nak tegor kang dah TUA..ish ish..ape cer???

Anonymous said...

untuk makluman..TNCP tak diajak pon time tuh... erm...dan pasal protokol tuh.........sepatutnya mereka tunggu kita jemput masuk..yg gatei2 masuk menonong pehal..dahla nak duk atas..padahal VIP duk bawah..krusi atas tu tuk slot bersama HEP then slot bersama MPP...perkara sebenarnya..protokol malam tu hancur abes dibuat oleh pihak pengurusan sendiri..dorang datang majlis kita, wat cam majlis sendiri..nak tegor kang dah TUA..ish ish..ape cer???

Anonymous said...

marilah kita support MPP kita....tapi ada syarat...MPP kena show to public yg diorg ada fightkan sesuatu utk pelajar kita....menang kalah lain cerita..janji fight sefightnya....

kalo kami tau dan mengikuti proses itu....kami akan menyokong MPP,sentisa mengimarahkan program MPP

kerana MPP fight utk kami...
so isu SOP baru pengurusan program..sila fight utk kami

-pelajar yg gemuk V-

Anonymous said...

uhuhu.. 1st tyme masuk blog nie.. agak menarik... neway.. i'm just dropping by my point of view... terutamanye kpd MPP UNITEN, g la baca balik visi dan misi korg.. apa yg korg patut buat... mmg kitorg suruh korg fight 4 us, tp jgnla nk g kurang ajar ngn org atasan.. ckp la elok2.. tp jgn la gak bila jmpe ngn org atasan.. duk goyang pale mcm korg kuli batak diorg.. bare in ur mind.. korg tu wakil pelajar.. bukan kuli batak UNITEN..dont take da post of MPP juz of da sake of name... ingat skit.. korg tu pgg amanah.. non muslim pun kengkdg tau apa tu amanah and mcm mana susahnye nk jg amanah.. org yg muslim 2, pandai sendiri la.. xkn nk kasi tazkirah pasal amanah kot? and dear MPP's... juz remember.. yall have da power of student.. tgk la bilangan student ngn staff uniten.. brape kerat la sgt diorg tu.. mcm ckp pelajar gemuk v...klu MPP fight utk kami, mmg student akan support MPP nye.. jgn jd tunggul kayu.. do ur job.. (sori la klu bhs kurang ajar sgt, but wake up la.. yall need 2 do sum changes... kate remaja pemimpim negara, nk memimpim negara cm mana klu xdpt memimpim universiti sendiri..neway.. sori again.)

Anonymous said...

assalamualaikum ya sahabat..


boleh saya berjumpa dengan anda wahai anesah86..

saya sgt perlukan org2 macam ni...

Anonymous said...

saya sanggup bertemu anda walau dimana anda berada.. set kan masa tetapkan tarikh... tempat saya cadangkan di BM. rencanakan agenda... saya kan turun mencari anda...


-al-hashimi-

anesah86 said...

kpd saudara al-hashimi, maaf sy br bc balik reply anda.. jika penting anda blh email sy di anesah_86@hotmail.com