Petang semalam selepas kuliah, saya menghadiri majlis ramah mesra dan dialog dengan pimpinan perwakilan mahasiswa universiti. Apa yang mengejutkan ialah kehadiran Timbalan Naib Canselor (HEP), Prof. Ghazali Abod yang menjadikan majlis tersebut sebagai platform beliau untuk mempertahankan dasar-dasar dan polisi pentadbiran universiti yang semakin mengelirukan dan membebankan aktivisme mahasiswa. Majlis yang seharusnya menampilkan sesi dialog bersama pimpinan mahasiswa bertukar menjadi sesi pertanyaan bersama Timbalan Naib Canselor. Apa yang mengecewakan ialah bila mana persoalan yang dibangkitkan oleh mahasiswa dipesongkan beliau melalui respon naif dan tidak meyakinkan.
Prof. Ghazali turut menzahirkan kemarahannya terhadap fenomena blogging di kalangan mahasiswa Uniten yang semakin rancak sejak akhir-akhir ini. Blog-blog mahasiswa dikecam sebagai memberikan impak negatif kepada imej universiti. Beliau kemudiannya secara lantang mengumumkan polisi barunya yang melarang semua kakitangan universiti daripada melayari, membaca dan memberi respon terhadap blog-blog yang dikendalikan oleh mahasiswa kampus.
Majlis berakhir jam 11.30 malam dengan pelancaran laman web pimpinan mahasiswa serta buletin khas yang bakal diterbitkan kelak. Saya ucap tahniah atas perkembangan ini. Mudah-mudahan pimpinan mahasiswa akan lebih komited dalam usaha memperjuangkan isu-isu yang meyentuh kebajikan mahasiswa. Usah ulangi kecelaruan pimpinan terdahulu!

NAJWAN HALIMI
10 comments:
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang....
Saya menyokong penuh kenyataan dari saudara najwan bahawa TNC HEPAP kita terlalu naif dalam memberi respon kepada persoalan yang diutarakan oleh para pelajar pada malam mesra@mpp.
Segala jawapan yang diberikan beliau langsung tidak menjawab soalan pelajar.
Saya sungguh tidak faham kenapa 'manusia' yang memegang jawatan penting di Uniten ini tidak melambangkan sebagai seorang pemimpin,kerana hujah yang digunakan beliau langsung tidak berasas dan tiada bukti kukuh.
'Manusia' ini hanya suka bercakap tanpa mengkaji dahulu tentang isi kandungan yang ingin disampaikan kepada orang lain.
Adakah 'dia' sedar tentang apa yang 'dia' telah cakap sebelum ini???
Tahukah 'dia' tentang kesan dan akibat daripada ucapan dan dasar-dasar yang 'dia' amalnkan sekarang???
Sebenarnya 'manusia' ini langsung tidak faham tentang masalah pelajar,persekitaran pelajar dan hal-hal yang berkaitan dengan pelajar kerana 'dia' langsung tidak turun padang untuk bertemu dengan wakil-wakil kelab,pelajar yang banyak menyumbang untuk Uniten dan pelajar-pelajar yang lain.
Beliau hanya tahu tentang hal-hal pelajar setakat pada permukaan shj tanpa berusaha untuk menyelami perkara-perkara yang melibatkan isi-isinya sekali.
Sedarlah wahai 'manusia', kami bukan kambing untuk ditambat sebagaimana yang anda lakukan pada MPP sesi kini.
Kami sebagai suara pelajar akan tetap menegakkan kebenaran walaupun ia akan melalui laluan yang sukar.
Tahukah kenapa malam mesra mpp tidak mempunyai ramai pelajar hadir?
1. Pelajar pernah melalui sesi dialog sebegini pada semester lalu di mph
2. Pelajar sudah bosan dengan alasan yang bakal diberikan
3. Soalan tidak dijawab dengan baik
4. Bila soalan anda akan dipertimbangkan, kemungkinan akan dilupakan.
5. Tiada penjelasan yang jelas ttg masalah yang telah diujarkan. Hanya berkata, akan berbincang dengan ***.
6. HEP telah dianugerahkan ISA, sepatutnya berfungsi seperti yang diiktirafkan.
7. MASA ADALAH EMAS.
semenjak sy masuk ke uniten, jun 06 sampai la skrng, sy xdapat lihat pun sebarng perubahan yang berlaku dalam uniten yang membawa kebaikan kepada pelajarnya... keadaan menjadi semkin "buruk" dengan meningkatnya yuran pengajian, sewa apartment, dan yurn2 smapingan... TNC HEP penah bagi tau akan "buat" cendi menjadi tempat tinggl yang lebih selasa... tp sampai sekrng xde ape2 peubahan pun... Internet semakin slow.. prosedur untuk wat progrm jd semakin sukr( xsalah tp pikir2kanlah pasal kehidupan pelajar),MPP semakin penakut dengan HEP dan semakin gila kuasa dengan pelajar... Saya xkate semua MPP cam tu... tp ade la sorng dua... tp sorng dua ni lah yang merosakkan nama MPP... Kalu saya sebagai Mr Pres da lame sya buang bdk cam nie... tp tu la hakikatnye... smapai sekarng masih ramai yang tidak mengenali pres MPP...
[quote]Anonymous said...
Tahukah kenapa malam mesra mpp tidak mempunyai ramai pelajar hadir?
1. Pelajar pernah melalui sesi dialog sebegini pada semester lalu di mph
2. Pelajar sudah bosan dengan alasan yang bakal diberikan
3. Soalan tidak dijawab dengan baik
4. Bila soalan anda akan dipertimbangkan, kemungkinan akan dilupakan.
5. Tiada penjelasan yang jelas ttg masalah yang telah diujarkan. Hanya berkata, akan berbincang dengan ***.
6. HEP telah dianugerahkan ISA, sepatutnya berfungsi seperti yang diiktirafkan.
7. MASA ADALAH EMAS.
[/quote]
ini masalah dengan student.. bila dah diberi alasan yg x releven.. terus xnk berjuang untuk hak sendiri.. patut nya student lagi harus bertanyakan soalan berterusan.. sehingga dapat penjelasan yg boleh diterima pakai.. memang tidak dinafikan masalah nih.. tapi kalau dah bosan dengan majlis nih.. dah taknak turun untuk hadir majlis nih.. buat apa nak complain banyak2 nih..? majlis tak nak hadir.. tetapi complain byk.. sile renung.. masa tu emas? takde masa nk turun ke majlis sebegitu? tp ada masa tuk tulis blog yg memanjang begini? apa cerita? asal ada student yg boleh turun untuk tny soklan hadir kat majlis tu? pada pandangan sy, if student x turun ke majlis cam mesra@mpp atau apa2 yg dianjurkan oleh mpp.. bermaksud student x support barisan mpp yg ada.. bile hep x nmpk support yg diberi oleh student.. maka dia org akan pijak barisan mpp nih.. contoh.. kalau kita complain kat mpp, mpp je yg bawa masalah ni tanpa support student, pihak management mayb tny.. sure ke ada masalah ini? takde student yg support.. takde student yg complain.. dah diberitau.. medium blog ni tidak diterima oleh management sebagai medium utk complain and so on.. aku quote apa yg dikata oleh liew exco kebajikan "why not u print the blog and write ur name and id, i accept it as complain letter, details will be private". bg sy.. kalau boleh tulis blog yg berjela nih.. nape x tulis surat complain yg hanya satu page or maybe dua dan hantar? skrg semua nak hitam putih.. bukti.. takde guna nk blog kt cni.. memang xkan selesai.. mcm tncp kata.. nk details betul2.. nama pegawai.. time.. bile.. sume tu.. dah antar surat tu if xde tindakan jgn putus asa.. antart lagi.. cuba tny.. ape jadi.. nih putus asa.. complain cni.. kalau student dah putus asa.. mcm mane mpp nk tolong.. sedangkan student sendiri xnk tlg dengan mpp..
btw, yes.. barisan mpp ni menang tnp bertanding.. sprt prof kata.. thy mayb nt the best.. but the got the guts to stand as mpp.. korbankan masa diaorg.. studies.. sendiri xnk bertanding/calon.. tp xnk approve abrisan mpp nih.. klaka la..
1 je yang aku cakap..kenapa mpp sesi skrg xdpt sokongan dari student?sbb kitaorg xyakin ngan mpp skrg!!cube korang pk..apa korang dah buat dlm tempoh 2 bulan after di lantik menjadi mpp?apa sumbangan korang ke atas student mcm kitaorg ni?cermin diri dlu baru jadi nak jadi mpp..sapa lantik pres mpp sekarang ni?aku rasa better tukar org je la..xmelambangkan seorang pemimpin langsung!!!kalo korang nak ramai dtg masa majlis yg KONONNYE mesra@mpp tu,sepatutnya korang bina dlu empayar korang dlm uniten ni..kalo nak ttbe up,n harapkan student dtg ramai2..sory la..aku tgk uniten cup 2008 lagi ramai org datang..sbb apa??sbb orang minat ngan event tu sendiri..so dari situ korang kena belaja..tektik mcm mana korang kena buat utk tarik minat student ke atas mpp..1 je aku tanye..apa motif korang masuk mpp sedangkan hasil pn tadak!!1 je pesan aku...pemimpin yang cemerlang..adalah pemimpin yang bergerak bersama rakyatnya..bukan duduk dalam bilik..kononnye buat keja..tp habuk pn xdak!!
salam
berkenaan dgn jumlah pelajar yg hadir ke majlis mesra@hep oopss~~ baru baru ini,saye tertanye tanye,kenapa tidak ramai yg datang (selain yg ade exam tu lain cerita)? saya berpendapat,mpp sendiri tidak memainkan peranan 'mengajak' student sendiri ke majlis tersebut.apalah salahnya hantar 2-3 orang perwakilan dtg dari bilik ke bilik utk mengajak pelajar?apalah salahnye dibuat pengumuman di kelas-kelas atau foodcourt COE atau pon UPTEN sendiri?anda MPP beb,anda ade authority nak berbuat demikian.kenapa x buat? ok kalau x buat camtu pon,masih banyak cara lagi,tapi kenapa hanya diadakan promosi secara sambil lewa sahaja?anda jadi mpp sebab nak perjuangkan hak pelajar ke nak jadi batu loncatan utk diri sendiri nak jadi terkenal?ke sebab takut nak jawab persoalan persoalan mahasiswa yang bertimbun x berjawab ni? saye rase kasihan dgn MPP tetapi pada masa sama tidak dapat menolak MPP kurang strategi dalam mendekati pelajar...asek bergaul dgn 'golongan atasan' sahaja umpama 'kera dihutan disusukan,anak dirumah mati kelaparan'....saya akui mereka agak 'berani' dgn menawarkan diri menjadi ahli MPP,tetapi kalau tiada apa apa perubahan yang dapat dilakukan,serupa sahaja kite lantik makcik cleaner di food court COE tu jadi MPP...jadi diharap,MPP dapat berbuat 'sesuatu' utk memperbaiki semua ini.kalau betul HEP tekan anda,buktikan,turun bersama kami,anda sepatutnye berjuang bagi pihak kami,bukanna terus jadi boneka HEP.
[quote]1 je yang aku cakap..kenapa mpp sesi skrg xdpt sokongan dari student?sbb kitaorg xyakin ngan mpp skrg!!cube korang pk..apa korang dah buat dlm tempoh 2 bulan after di lantik menjadi mpp?apa sumbangan korang ke atas student mcm kitaorg ni?cermin diri dlu baru jadi nak jadi mpp..sapa lantik pres mpp sekarang ni?aku rasa better tukar org je la..xmelambangkan seorang pemimpin langsung!!!kalo korang nak ramai dtg masa majlis yg KONONNYE mesra@mpp tu,sepatutnya korang bina dlu empayar korang dlm uniten ni..kalo nak ttbe up,n harapkan student dtg ramai2..sory la..aku tgk uniten cup 2008 lagi ramai org datang..sbb apa??sbb orang minat ngan event tu sendiri..so dari situ korang kena belaja..tektik mcm mana korang kena buat utk tarik minat student ke atas mpp..1 je aku tanye..apa motif korang masuk mpp sedangkan hasil pn tadak!!1 je pesan aku...pemimpin yang cemerlang..adalah pemimpin yang bergerak bersama rakyatnya..bukan duduk dalam bilik..kononnye buat keja..tp habuk pn xdak!![/quote]
klu x yakin ngan mpp sekarang..
napa masa pencalonan x calon kawan2 anda? bila barisan yg sedia ada nih dah naik xnk sokong.. tp mana inisiatif anda tuk involve dalam mpp?
[quote]1 je yang aku cakap..kenapa mpp sesi skrg xdpt sokongan dari student?sbb kitaorg xyakin ngan mpp skrg!!cube korang pk..apa korang dah buat dlm tempoh 2 bulan after di lantik menjadi mpp?apa sumbangan korang ke atas student mcm kitaorg ni?cermin diri dlu baru jadi nak jadi mpp..sapa lantik pres mpp sekarang ni?aku rasa better tukar org je la..xmelambangkan seorang pemimpin langsung!!!kalo korang nak ramai dtg masa majlis yg KONONNYE mesra@mpp tu,sepatutnya korang bina dlu empayar korang dlm uniten ni..kalo nak ttbe up,n harapkan student dtg ramai2..sory la..aku tgk uniten cup 2008 lagi ramai org datang..sbb apa??sbb orang minat ngan event tu sendiri..so dari situ korang kena belaja..tektik mcm mana korang kena buat utk tarik minat student ke atas mpp..1 je aku tanye..apa motif korang masuk mpp sedangkan hasil pn tadak!!1 je pesan aku...pemimpin yang cemerlang..adalah pemimpin yang bergerak bersama rakyatnya..bukan duduk dalam bilik..kononnye buat keja..tp habuk pn xdak!![/quote]
kau rasa.. if barisan ini tak calonkan dia org naik? rasa2 ada x mpp skrg? rasa2 projek2 activiti ko org jalan x? rasa2 complain yg ko org cakap kepada "mpp yg x buat keja nih" smpi ke meja pengurusan tak? example: kenaikan yuran? ckp lebey pandai.. suh naik mpp tamo.. pastu tamo approve/support mpp skrg.. klaka..
hurm...MPP ialah satu majlis... ibarat suatu "persatuan" besar di Uniten..barisan MPP adalah para Exco "persatuan " tersebut... siapakah ahli "persatuan" itu?? tentulah.. SEMUA pelajar UNITEN...jikalau sesebuah persatuan itu tiada ahlinya..tidak bergunalah dan matilah sesuatu persatuan itu..Oleh itu..meraih ahli adalah perkara penting, perkara pokok bg "persatuan" ini. Jikalau "ahli" bersatu dan bersama para exco "persatuan" itu..maka berjalan dan hiduplah "persatuan" tersebut. jgn ditanya kenapa MPP tak mampu melakukan apa2..sedangkan kita belum pernah menyokong dan membantu mereka..bantulah dahulu..baru tahu hasilnya...jgn memandang kegagalan yg lalu, kalau niat nak merubah sesuatu... WASALAM
Dari arahan TNC HEP melarang semua staff UNITEN membaca blog pelajar sudah dapat dihidu bahawa TNC HEP tidak akan menghiraukan pendapat atau kehendak mahasiswa.
TNC hanya mahu mahasiswa UNITEN menjadi robot selepas keluar dari UNITEN atau lebih tepat lagi menjadi seperti diri beliau sendiri.
p/s:Sila kalian record jawapan dan ucapan TNC selepas ini.Mungkin ada gunanya selepas ini.
Post a Comment