UNITEN Cup 08 Grand Finale : AC Milan VS Sao Paolo

. Friday, January 25, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Oleh Pelajar yg Gemuk V

“Diatas kertas AC Milan dijangkakan memenangi kejohanan berprestij ini”komen peminat-peminat bola sepak yang ditemui sebentar tadi. Bahang perlawanan akhir kini sudah kian memuncak dan pihak penganjur menjangkakan mini stadium UNITEN akan dibanjiri penyokong dan peminat bola sepak UNITEN.

Berdasarkan statistic,jelas menunjukkan AC Milan hanya dibolosi 1 gol sahaja sepanjang kempen musim kali ini. Sao Paolo yang berjaya melangkah ke pentas final selepas mengharungi perlawanan yang mendebarkan dan menyaksikan Burn menyumbatkan gol tunggal perlawanan 5 minit sebelum perlawanan berakhir.

AC Milan yang layak dengan menewaskan nama-nama besar seperti AS Monaco,FC Colo-Colo dan AZ Alkmaar dijangkakan mempunyai peluang cerah. Dengan berbekalkan jumlah jaringan yang banyak dan bolos yang sedikit, barisan serangan AC Milan berpotensi merobek pertahanan Sao Paolo yang diketuai oleh Saudara Zhariff.

Sao Paolo pula yang layak dengan menewaskan Kaizer Chief,Celtic FC,dan Corinthians juga menjanjikan cabaran keatas pilihan utama perlawanan akhir. Barisan pemain-pemain Sao Paolo dijangkakan akan menerima sokongan padu dari peminat dan penyokong mereka. Sao Paolo yang diketahui ramai mempunyai penyokong yang ramai pasti akan memenuhkan mini stadium kita dan gegak gempita sokongan mereka boleh dijadikan pemangkin kepada semangat pasukan ini.

AC Milan yang juga mempunyai sokongan tidak berbelah bahagi dari penyokong mereka. Mini Stadium UNITEN dijangkakan akan penuh dan sesak,pihak penganjur memberikan jaminan keadaan akan terkawal dan mereka akan mencuba sedaya upaya bagi memberikan semua peminat dan penyokong ruang untuk bersama-sama memeriahkan UNITEN Cup 08 final.

Berdasarkan kenyataan rasmi Sao Paolo,mereka mempunyai masalah kecederaan yang minor dan dijangkakan semua pemain dapat cergas sepenuhnya untuk beraksi di medan idaman pemain-pemain bola sepak UNITEN. “Kami akan memberikan yang terbaik kepada penganjuran kali ini dan kami akan mencuba sehabis baik dan cuba menjulang piala keramat itu untuk penyokong-penyokong kami” ujar jurucakap Sao Paolo.

AC Milan pula dijangkakan akan menurunkan kesebelasan utama yang menundukkan Naib Juara tahun lepas, AS Monaco. Kelibat tonggak utama mereka, saudara Moga dan kekentalan penjaga gol, saudara Ramesh pasti akan memberikan kesukaran untuk barisan serangan Sao Paolo menembusi benteng Sao Paolo. Kenyataan awal mereka sebelum UNITEN Cup bermula,”Target kami hanya 1,dan kami nampak hanya 1, UNITEN Cup” nampaknya hampir menjadi kenyataan.

Apa pun, perlawanan akhir ini juga diharapkan mengekalkan rekod bersih kejohanan. Ramai penganalisis menyifatkan penganjuran kali ini sebagai paling bersih dan sistematik. Ianya akan lengkap dengan kehadiran semua pada hari Ahad ini, 27 Januari 2008 jam 3.00 petang. Pihak penganjur UNITEN Cup 08 akan cuba memberikan kelainan pada perlawanan akhir kali ini dan kejutan-kejutan bagi semua pihak memperoleh kenangan manis dan berbeza.

"Let us Kick Racism Out Of Football"
"Hail UNITEN Cup 08"

0 comments: