Program MPP Dan HEP:Matlamat Menghalalkan Cara

. Monday, January 21, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

oleh M.K.F

Bukan niat penulis pada kali ini ingin membawa satu ideologi ataupun satu arahan tanpa rasmi kepada pelajar Uniten.Namun,apabila membacakan tajuk diatas,secara amnya,pasti terlintas sejenak akan pelbagai idea ataupun tanggapan yang hadir kedalam jiwa setiap insan.Penerimaan tajuk ini sekaligus boleh diletakkan diatas paksi yang negatif atau sebaliknya bergantung kepada individu itu sendiri.

Untuk memudahkan pemahaman setiap pembaca,isu yang ingin dibawakan pada kali ini adalah merujuk kepada program-program yang dilaksanakan oleh kedua-dua organisasi penting ini khususnya untuk kelab-kelab yang ada di Uniten seperti Program 3P yang diadakan baru baru ini .Sememangnya,usaha yang dijalankan adalah satu usaha yang murni untuk mewujudkan kerja yang sistematik dan efektif dalam memudahkan aliran pelaksanaan sesuatu projek bagi sesebuah kelab.Namun demikian,apabila pemberian maklumat dilakukan dalam cara persis ugutan/paksaan agar menyertai program mereka,saya secara peribadi merasakan ia adalah sesuatu yang tidak wajar untuk dilakukan.

Memetik kata-kata yang diberikan,

"anda dikehendaki menghantar nama 3 orang wakil yang akan menyertai
program 3P pada 19/1/08 till 20/1/08 selewat lewatnya sebelum jumaat
petang ini. emailkan nama nama itu kepada *** ataupun
***. kegalan berbuat demikian akan
menyebabkan semua permohonanan anda akan dibekukan serta merta."

Sengaja penulis meletakkan penekanan pada ayat yang terakhir.Bukannya ingin mencetuskan api-api kontroversi atau provokasi,tetapi anggaplah ruangan kali ini sekadar untuk sama-sama kita memperbaiki diri.Umum tahu,untuk mendapatkan sokongan pelajar terhadap sesuatu program,adalah amat sukar.Ya,penulis bersetuju bahawa pelajar Uniten cukup sukar untuk melibatkan aktiviti-aktivi yang berbentuk bengkel,ceramah dan seumpamanya.Namun,tidak semestinya untuk kita mencapai matlamat yakni untuk mendapatkan kehadiran pelajar,kita perlu menghalalkan segala apa jua metadologi yang digunakan.

Seingat saya,jikalau ada pilihanraya kampus,calon-calon sering menjanjikan kesenangan pelajar.Sekalipun calon menang tanpa bertanding,mereka seharusnya bertindak untuk memudahkan para pelajar terhadap sesuatu perkara.Berbalik kepada isu tersebut,seharusnya mereka perlu menggunakan bahasa yang lebih berdiplomasi bukannya dengan menggunakan kata-kata; permohonan anda akan dibekukan serta merta.Konsiderasi terhadap kata-kata juga boleh menjamin ke arah pencapaian matlamat yang lebih berkesan.Bayangkan,dengan ayat sebegitu 'keras'(boleh dianggap ugutan/paksaan),dari segi psikologi,pelajar akan rasa seolah-olah diancam.

Seharusnya,pihak mereka perlu lebih berlembut didalam kata-kata walaupun ingin mewujudkan unsur penegasan.Mungkin boleh menggunakan ayat-ayat yang lebih memberikan motivasi."Bersatu memudahkan kerja kita bersama" ; "Kerjasama anda kepuasan kami" dan banyak lagi yang berbentuk diplomasi dan akhirnya nilai-nilai murni yang dibawa akan selari dengan cara mereka.Saya percaya,tanpa ugutan begitu,HEP dan MPP akan lebih disanjungi dan dihormati di masa akan datang.Penulis tidak berniat untuk menggembar-gemburkan isu yang dianggap remeh ini,namun,keremehan itu sering dipandang enteng.Akhirnya,keentengan ini membawa keburukan yang lebih besar.

Lantas,diakhir penulisan ringkas kali ini,kita perlu sama-sama renung kembali.Jika kita berkhidmat untuk membantu,jangan sampai ia membantut.Kalau benar niatnya ikhlas,ia tidak seharusnya berasa culas.Jikalau benar untuk pelajar,bukakan hati untuk belajar.Akhir kata,budi bahasa budaya kita.

"Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi"

2 comments:

Anonymous said...

Pada pendapat saya, HEP skrg sbnrnyer lebih hipokrit drpd dlu. Dasar yg diamalkan mereka mmg jelas dan nyata menunjukkan mereka lbh condong ke arah kepentingan mereka. Antara bukti sifat hipokrit mereka ialah:


1. Suruh student&kelab buat proposal yang detail,lengkap dan awal seterusnya program yg ingin dijalankan ada manfaat dan gempak tp pd masa yg sama mereka lbh teruk drpd pelajar dalam pengurusan yang melibatkn pihak luar. Mereka lambat tmpah mknn utk sebarang kursus di uniten,cth je...

2. Beri syarat utama kpd semua pelajar untuk jaga akademik dan galakkn student dptkn cgpa 3 ke atas, tp pd mase yg same bebankan student dalam urusan kelulusan proposal aktiviti pelajar dan perjalanan aktiviti pelajar.(komen saya: manusia semua xde yg perfect termasuk la HEP@UPP,jd jgn paksa student jd perfect..ibarat ketam mengajar anaknya bjalan lurus ke dpn, tp diri sndiri pun jln ke tepi..)

3. Bab duit no satu,dah la yuran pengajian naik. Duit utk aktiviti bg stiap kelab pun kene potong,tp yuran aktiviti pelajar x kurang pulak. Bila ditanya ttg kenaikan semua yuran yg bkaitan,pandai lak diorang menjawab(HEP+Kewangan laa..). Tp pd mase yg same drg x beritau ke mana lebihan wang pelajar pergi.Ini lah dinamekan x telus+x jujur. Bile org lain kate diorang pecah amanah n makan duit student,nnt marah lak. Buat report kt Pak Lah(PM Malaysia) baru tau, beliau dh lame tekankan integriti dalam pengurusan tp Uniten x pulak amalkan.

Rasenyer stkt ni je la nk komen..nntkan komen2 pedasku pada mase akn dtg..pada yg terasa pedasnya mintak maaf la..kita kan org Melayu,suka mkn pedas2...tol x??? Alah bisa tegal biasa. Ambil la mane yg positif,cuba muhasabah diri masing2.Bg keburukan pulak dijadikan sebagi sempadan. Kebajikan pelajar mesti dijaga,InsyaAllah kita akan mendapat ganjaran x terhingga drpd Allah dan di Syurga kelak sekiranya kita amanah dlm menjalankan tanggungjawab.

Anonymous said...

Pada minggu kursus 3p dijalankan, terdapat banyak test 1 dijalankan pada hujung minggu tersebut. HEP seharusnya mempertimbangkan kesusahan pelajar untuk menghadiri kursus jika mempunyai exam. Biarpun HEP menyatakan bahawa jika tidak dapat hadir diri, hantarkan wakil. Bayangkan siapa yang rela hati untuk menghadiri kursus jika mereka tidak memegang sebarang pangkat dalam persatuan atau kelab tersebut. Pelajar yang hadir cuma hanyalah pengarah, timbalan pengarah, setiausaha atau bendahari.
Saya berharap HEP dapat merancang ativiti ini dengan lebih teliti supaya tidak membebankan pelajar yang ingin berkhidmat dalam persatuan atau kelab dan pada masa yang sama ingin mengekalkan CGPA mereka.
HEP tidak patut menyatakan "aktiviti kelab atau persatuan akan dibekukan" dalam emel. Ini akan menyebabkan peajar tidak puas hati kepada HEP kerana secara tidak langsung mengugut pelajar.
Jika kelab atau persatuan tersebut ingin mengembangkan persatuan mereka, pastinya akan hadir untuk kursus tersebut.