oleh Pelajar yg Gemuk V
Asalammuaikum dan Salam Sejahtera
Komunikasi yang berkesan dalah salah satu faktor dimana kestabilan dan keharmonian sesuatu organisasi tejaga. Komunikasi dibahagikan kepada 3 asas iaitu,penyampai,medium penyampaian dan penerima.
Jikalau kita mengambil kes-kes yang berlaku kebelakangan ini, saya boleh menklasifikasikan MPP/Pengurusan UNITEN adalah Penyampai Mesej dan Mahasiswa/siswi adalah Penerima Mesej.
Tradisi atau justifikasi MPP sendiri adalah sebenarnya Medium saluran maklumat antara Pengurusan UNITEN dan Mahasiswa. Akan tetapi MPP sendiri haruslah mempunyai medium atau saluran penyampaian maklumat yang betul dan efisyen agar tugas mereka sebagai jambatan antara penyampai maklumat dan penerima berfungsi.
Saya tidak meragui adanya laman web rasmi MPP didalam internet, tetapi janganlah mengharapkan kepada laman web semata-mata. Seharusnya MPP mempunyai pelbagai alternatif saluran penyampaian maklumat seperti buletin dan lain-lain.
Di Kampus kita yang indah ini sudah wujud kuasa media utama yang sering menjadi rujukan dan perbincangan antara siswa/siswi. Didalam pengetahuan saya, saya akui dan memuji kepantasan MPP sekarang mewujudkan talian bersama-sama media terbabit, malangnya ia hanya memayungi siswa/siswi didalam Kampus. Bagaimana dengan siswa/siswi yang tinggal diluar???
Wujudnya blog maklumat seperti Uniten Daily ini seharusnya menjadi peluang keemasan kepada MPP untuk menyalurkan maklumat kepada siswa/siswi kita???
Persoalannya kenapakah laman-laman berkongsi seperti Uniten Daily ini dianak tirikan oleh MPP sendiri?? Kenapakah tidak digunakan sebaiknya?? Adakah kerana kalian telah melabelkan laman ini sebagai pengkritik,penyebar khabar angin,penagih sokongan??
Moderator laman ini sendiri memaklumkan kepada pembaca didalam entri yang lepas dimana, laman ini akan menyokong penuh usaha MPP untuk menjaga kebajikan pelajar. Laman ini akan membantu MPP menyebarkan info-info yang perlu demi siswa/siswi bersatu demi kebajikan mereka.
Mengenai isu kritikan yang mungkin pihak MPP terima dari Uniten Daily sendiri. Jikalau kritikan-kritikan ini dianggap sebagai membina dan boleh dijadikan sebagai check and balance prestasi MPP,saya yakin MPP akan menjadi organisasi yang berpengaruh dan dihormati siswa/siswi. Penghuni kampus kita akan beranggapan MPP adalah satu badan yang merendah diri diri dan benar-benar mengorbankan diri demi siswa/siswi.
Saya sendiri selaku penulis jemputan di laman ini akan menyokong MPP jikalau prestasi kalian membanggakan dan akan membantu menyebarkan isu-isu dan mangadakan perbincangan demi kebajikan seswa/siswi kita. Agenda pembangunan siswa/siswi kita akan teratur dan efektif jikalau MPP mendapat sokongan penuh semua.
Pihak pengurusan UNITEN akan berhati-hati berurusan dengan kalian malah menghormati kalian. Perbualan saya dengan bekas Presiden MPP yang menerima anugerah Canselor pada Konvokesyen yang lepas merumuskan bahawa MPP seharusnya menganggap pihak pengurusan UNITEN sebagai rakan dan menghormati mereka sebagai ibu bapa kita. Berikan impression yang kalian MPP adalah orang dewasa yang mampu berfikir secara kritikal dan kritis.
Demi MPP disanjung dan diberi harapan kembali oleh siswa/siswi UNITEN,kalian harus berinteraksi dan sering berhubung dengan siswa/siswi. Mereka memerlukan maklumat tanpa henti, barulah mereka akan sentiasa rapat dan memberi sokongan kepada MPP. Dengan adanya sokongan daripada siswa/siswi kita,barulah MPP akan mendapat mandat penuh dan kuasa menegakkan isu-isu kebajikan siswa/siswi kita. Barulah Pihak Pengurusan akan mengambil serius setiap aduan dan desakan MPP.
Saya mnyeru kepada semua agar bersatu dan kepada MPP...kembalikan diri anda kepada siswa/siswi kita. Berdepan lah dengan mereka. Jangan takut dengan kritikan. Anggaplah siswa/siswi kita sebagai sahabat. Menangilah hati mereka.
maka
Kalian MPP akan menjadi berbisa dan diperlukan.
6 comments:
Naufal,
Sila letak jawatan!
woho...lek ar mr anonymous.beliau still blom buat keja lg.so jangan la nk judge beliau awl lg.
come on,chill la sket.bagi beliau peluang menunjukkan karisma beliau semasa memegang tampok pemerintahan mpp sesi kali ni.mungkin beliau nampak diam tetapi jangan lupe,diam-diam ubi berisi.
so,tunggu dan lihatlah ape yang akan beliau lakukan sepanjang sesi kali ni.
http://www.uniten.edu.my/mpp
tiada apa-apa pun isinya..masih guna gambar kepimpinan lama..
masih kosong begitu saja..tiada apa..
cuma agak tertarik dengan kenyataan misi dan visi mppuniten..
mission and vision imposibble mungkin?
heh..
let them prove themselves first...
we will judge them later
pelajar yg gemuk V
Dalam terang ia sembunyi.Sabar kengkawan.Tunggu dan lihat.Tak boleh sangat kita je yang naik suarakan benda ni.Sabar ya.Sabar itu kan separuh dari iman... :)
btui tu saudara yuzy...
kalo tak saba sgt.. kite je la pi bantah... cakap je tak gune..
Post a Comment