oleh M.K.F
Setelah melalui hampir separuh usia Semester 2 kali ini,terasa masa berlalu dengan pantas.Maklumlah,boleh dikatakan ada sahaja cuti setiap minggu.Namun disaat setiap detik berlalu,apa yang kelihatan kini,pelajar Uniten khususnya di kolej kejuruteraan COE kelihatan semakin bertambah jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini.Lihat saja,acap kali translasi kelas berlansung,boleh dikatakan umpama perhimpunan haram yang damai berlaku dipelusuk bangunan BM apatah lagi jika disaksikan ketika waktu tengahari di Food Court.Begitulah gambaran secara ringkas mengenai kuantiti pelajar kita kini.(atau adakah ini petanda pelajar kita semakin rajin ke kelas?)
Namun,persoalan yang timbul bukanlah dari segi kehadiran atau peningkatan jumlah pelajar di Uniten ini. Namun apabila kuatiti atau kapasiti yang ada tidak menggambarkan kualiti kita tersendiri.Maksudnya dari segi pelaksanaan aktiviti dan juga penglibatan pelajar terhadap aktiviti-aktiviti sebagai seorang mahasiswa menampakkan kekurangan.Kalau ada sekalipun,respon yang diterima sekadar di tahap suam-suam kuku.Apabila perkara ini berlaku secara konsisten,maka lama-kelamaan menjadi satu budaya yang negatif kepada pelajar kita khususnya.Apabila pembudayaan perkara sebegini berlaku,akhirnya hasil kerja,baik dari segi akademik mahupun sahsiah pelajar kita akan juga terjejas.
Semuanya maklum akan penubuhan Uniten ini telah melakar satu sejarah awal apabila rentetan kejayaan demi kejayaan serta kecemerlangan pelajar kita terdahulu(yang sepatutnya belajar diluar negara) telah mengangkat nama Uniten selaku universiti swasta yang terulung.Impaknya terasa sehingga kini apabila pelajar kita masih lagi menjadi rebutan industri pekerjaan.Persoalannya,sampai bila kita boleh teruskan perkara begini sekiranya budaya terdahulu telah pun hampir pupus dikalangan mahasiswa kita.Cuba bayangkan kepada mereka yang akan bergelar graduan dalam tahun 2010 dan seterusnya,pasti saingan sudah meningkat jauh apatah lagi dengan IPTA telah maju kedepan untuk bergelar universiti terbilang dan mengurangkan kadar pengganguran mahasiswa mereka.Jadi,dimanakah kedudukan graduan kita di masa akan datang?
Mengikut pendapat daripada beberapa pensyarah yang sudah lama berkhidmat di Uniten turut bersetuju dengan kewujudan dua fasa mahasiswa yang berbeza.Dulu,pelajar Uniten berlumba untuk mencipta kejayaan dan mengharumkan nama universiti.Sekarang,tidak seperti dulu apatah lagi dengan sindrom 'cukuplah' dan 'asal ada' yang semakin menular.Dulu pelajar kita mempunyai keterampilan unggul,kini pelajar kita semakin 'tunggul'.Maka,sampai bila kita ingin kekalkan budaya sebegini?
Lantas,apa yang tercetus dari penulisan saya ini sekadar satu pandangan peribadi melalui satu perspektif yang tidak begitu meluas.Tetapi biarlah dari usaha yang sedikit ini boleh membawa kepada perubahan.Dulu kita ada kejayaan kereta solar,kita ada kereta lumba namun adakah hari ini kita biarkan sahaja ia menjadi lipatan sejarah begitu saja? Gunakan kuatiti agar seiring dengan kualiti.
Sekian,terima kasih kerana membaca.
0 comments:
Post a Comment