oleh M.K.F
Ketirisan; merujuk definisi secara linguistiknya adalah bermaksud kebocoran.Namun apabila berbicara menggunakan istilah ini dengan berbekalkan aspek ekonomi,ia juga boleh membawa maksud kepada penyelewengan.Maka,apabila pengurusan kewangan sesebuah institusi itu dikatakan wujud isu ketirisan ,maka boleh dijatuhkan hukum, wujud masalah intergriti juga.
Cukup bagi saya untuk memberikan satu mukadimah agar artikel ini akan lebih mudah untuk difahami dan diteliti.Di dalam artikel ini,secara asasnya,bukannya saya berniat untuk cuba menimbulkan satu polemik mengenai pengurusan kewangan Uniten,namun biarlah isu ini menjadi satu titik kesedaran untuk kita sama-sama menganalisis sambil bermuhasabah agar tidak wujud syakwasangka diantara hubungan pelajar dan pihak Universiti.
Apabila pihak kewangan cuba memudahkan pembayaran yuran para pelajar,mereka telah melaksanakan satu sistem 'pemotongan berdasarkan pinjaman' pada semester 1 (2007/2008).Contohnya,jika seseorang pelajar itu mendapat pinjaman penuh,maka Uniten akan secara automatik mengambil dahulu RM5,500 dan lebihnya akan disalurkan kepada akaun pelajar.Namun pada semester 2 didalam tahun akademik yang sama,pihak kewangan meletakkan sistem baru dengan mengambil secara total(berdasarkan yuran pelajar) daripada pinjaman mereka,dan lebihannya akan disalurkan ke akaun pelajar itu.Contohnya,jika seseorang itu mendapat pinjaman RM8,250 untuk 1 semester dan yurannya berjumlah RM5,000.Maka,pelajar itu akan menerima RM3,250 terus ke dalam akaunnya.Untuk kes tertentu,tindakan susulan perlu diambil pelajar mengikut pinjaman masing-masing.
Seharusnya,pihak Uniten perlu diberikan pujian kerana berjaya memudahkan para pelajar daripada turun naik pejabat kewangan untuk menyelesaikan hutang masing.Syabas dan tahniah diucapkan.Namun demikian,apabila sistem ini dilaksanakan,wujud satu senario 'ketidakadilan' khususnya bagi para pelajar.
Apabila pihak kewangan Uniten memotong terus duit yang sepatutnya diterima para pelajar tanpa sebarang makluman rasmi dan persetujuan bersama,bagi saya,itu adalah tindakan yang menutup hak pelajar itu sendiri.Pertamanya,mengikut perjanjian asal yang ditandatangani bersama PTPTN,tidak wujud satu klausa yang membolehkan pihak Uniten mengambil duit tanpa persetujuan pelajar sendiri.Keduanya,pihak Uniten seolah-olah boleh mengenakan sebarang kenaikan yuran tanpa berbincang atau mendapatkan maklum balas pelajar terlebih dahulu.Menutup lagi hak pelajar.Ketiganya,pihak Uniten tidak memberikan maklumat secara terperinci seperti yuran-yuran tambahan atau denda/saman yang dikenakan kepada pelajar.Apa yang dilakukan hanyalah dengan menunjukkan jumlah yuran pada keterangan ledger balance pelajar.Keempatnya,boleh wujud satu kesangsian terhadap pengurusan kewangan ini dan mempunyai potensi untuk berlaku isu ketirisan hasil daripada tindakan-tindakan yang dilakukan pihak Universiti tanpa mendapatkan persetujuan para pelajar terlebih dahulu.
Mengikut analisis yang dilakukan,sememangnya tindakan yang dilakukan oleh pihak Uniten perlu diperkemaskan lagi.Maka,ini adalah tindakan yang sepatutnya diambil oleh pihak universiti agar tidak menghalang hak pelajar untuk mendapatkan maklumat yang jelas terhadap isu kewangan ini.
(i) Pihak universiti perlu mendapatkan persetujuan dari pelajar untuk memotong sendiri duit yang diterima daripada PTPTN.Maka,pelajar boleh memilih untuk membiarkan pihak kewangan memotong secara automatik atau ingin melakukan pembayaran sendiri.
(ii)Keterangan atau maklumat perlulah diperincikan secara halus melalui ruangan ledger balance setiap pelajar.
(iii)Penyaluran maklumat perlulah lebih telus dan mudah diketahui oleh para pelajar.
Sememangnya tindakan yang dilakukan amat dipuji kerana memudahkan para pelajar.Namun,dalam kesempatan yang ada,mereka seharusnya menambah baik tindakan itu agar pelajar mendapat haknya tersendiri.Selain itu,apabila mekanisme yang dicadangkan boleh dijalankan,ia sekurang-kurangnya boleh mengelakkan dari berlakunya 'gharar' atau dengan bahasa mudahnya ketidakpastian dalam menjalankan urusniaga.
Tuntasnya,segala tindakan yang diambil oleh pihak universiti seharusnya perlu lebih berdiplomasi khususnya bagi para pelajar.Sememangnya mudah apabila pelajar kini tidak lagi berani melenting untuk mempertahankan hak mereka namun tidak perlu untuk kita menyalahgunakan kepercayaan yang diberikan pelajar kepada pihak universiti.Berdasarkan motto Uniten dan penaakulan mantik yang dilakukan:
UNITEN PENJANA PROFESIONAL
INTERGRITI PENJANA PROFESIONALISME
PROFESIONAL = PROFESIONALISME
UNITEN = INTERGRITI
Moga,hak kita sebagai pelajar tidak terus dicabuli malah lebih dihormati selepas ini.Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi.
1 comments:
urm~
tol gak...
xpenah tepk pown b4 nieyh...
thanx~
Post a Comment