Ramadhan berakhir, Syawal menjelma. Kami di UnitenDaily menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan-tulisan yang dipaparkan di dalam ruangan blog ini menyentuh perasaan mana-mana pihak.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Berhati-hati di jalan raya. Tamat cuti, jangan lupa untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir.
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya
Selamat Bertugas YB
Sudah seminggu berlalu, dan nampak gayanya pelajar UNITEN sudah tidak sabar menanti perubahan yang akan dibawa oleh barisan kepimpinan MPP yang baru. Kedengaran disetiap sudut kelas, lorong, dan juga meja makan, akan cakap-cakap mengenai harapan dari diri, rakan, dan juga kelompok sosial masing-masing.
Nampaknya kini medium alternatif menjadi semakin popular dikalangan pelajar untuk menyuarakan isu-isu mereka. Seorang rakan menghantar pesanan instan (instant messaging) mengenai kewujudan web ini yang diwujudkan untuk memberitahu MPP akan masalah dan ketidak-puasan hati pelajar. Deskripsi web ini juga menyatakan bahawa pelajar bebas mengutarakan pendapat, idea, serta masalah harian; dan MPP harus bertindak bagi pihak mereka.
Nampak gayanya, bara kemarahan pelajar terhadap pimpinan MPP yang lalu masih bernyala dan kini mereka mengharapkan agar MPP yang baru dilantik ini mampu membela nasib mereka dengan membawa permasalahan populis seperti parking, bayaran apartmen juga kos yuran pengajian.
Tiada bulan madu bagi kepimpinan baru kali ini. Pelajar sudah tidak sabar untuk melihat perubahan, dan perubahan itu perlu ditonjolkan oleh MPP 08/09. Diharap MPP yang baru dilantik kali ini akan terus berusaha dalam memperbaiki imej MPP di mata pelajar.
Di sini pihak moderator berharap agar pihak MPP dapat mewar-warkan usaha dan juga tindakan yang telah diambil oleh MPP di dalam blog UnitenDaily. Dengan itu, imej MPP yang 'membuat' kerja akan dapat di pancarkan kepada seluruh warga kampus Uniten, baik yang menginap di dalam kampus, luar kampus, kampus putrajaya, mahupun kampus muadzam syah.
Selamat Bertugas YB, dan kami di UnitenDaily boleh menjadi rakan baik, juga menjadi musuh terhebat.
Harapan Baru Mahasiswa Uniten
Ideologi Pelajar Untuk Pelajar
No Class/Quiz On Friday 3rd October
Heya guys. Good News.
The University has decided that no academic activities are to be undertaken on Friday 3 October 2008.
This means that Foundation students will get a much awaited break prior to the Final Exams on 13 October. Depending how it pans out with your timetables, you may be able to pack off and have a long holiday starting from 27 September until 5 October. That is a whopping NINE days!
For those having classes on Monday on Tuesday (29&30), here's a tip from a Uniten alumni:
Get your classmates to discuss with your lecturers on shifting the class to a later date. My hunch is that your lecturers may want the break as well.
Till then, have a sweet September.
Mr M H Anas
Selingan sementara menanti 18 September
PRK 2008 semakin hampir dan saya pasti pelbagai isu pasti akan dicanang oleh para calon-calon yang akan bertanding. Samada pilihanraya akan ada kali ini atau tidak, saya ingin berkongsi sedikit artikel 'Surat dari Pembaca' akhbar Berita Harian 9 September 2008.
p/s: Ambil perhatian dan fahami apa yang saya bold kan di dalam artikel ini.Idealisme mahasiswa kian tersasar
Sebagai graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi berhubung pindaan
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).
Pindaan itu menyatakan
bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada
pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan juga beberapa pindaan
lain.
Namun begitu, saya berpandangan bahawa, pindaan AUKU ini bukanlah
penentu bagi kejayaan dan kecemerlangan seseorang mahasiswa. Hal yang demikian
adalah kerana idealisme dan keprihatinan mahasiswa zaman sekarang adalah jauh
bezanya dengan idealisme mahasiswa zaman dulu.
Kelesuan
dan budaya anti-intelektual di kalangan mahasiswa kini dan kadar keprihatinan
mereka terhadap isu semasa, luntur. Jika adapun mahasiswa yang masih prihatin
terhadap isu kini, bilangan mereka adalah dalam skala yang amat kecil berbanding
dengan mahasiswa yang majoritinya kurang prihatin.
Hal ini
dibuktikan dengan kajian Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob yang menyatakan tabiat anti intelektualisme
yang merebak di kalangan pelajar universiti bukan saja menjejas prestasi mereka
ketika pengajian, malah menggugat kualiti mahasiswa sebagai pewaris kepemimpinan
negara.
Banyak tingkah laku dikesan di kalangan pelajar IPT ketika ini
termasuk tidak melaksanakan tugasan diberikan kepada mereka; tidak
menyumbang dalam perbincangan kelas kerana tidak berpengetahuan; suka merungut
mengenai tugasan diberikan; membazirkan masa dengan aktiviti tidak berfaedah
seperti tidur dan menonton video; tidak membuat persediaan untuk kuliah atau
ujian; tidak ambil peduli kerja tambahan atau mengambil inisiatif berbincang
dengan pensyarah serta rakan berhubung topik yang tidak difahami.
Bertambah parah apabila ada di kalangan pelajar yang bangga menyatakan
dia tiada masa untuk belajar serta berpuas hati dengan pencapaian 'cukup
makan' serta malas membaca, manakala peraturan akademik pula dianggap
menyusahkan serta mengganggu masa lapang.
Apa yang diluahkan
Naib Canselor itu, adalah lumrah yang berlaku di mana-mana pusat pengajian di
negara ini. Bilangan mereka ini adalah mengatasi jumlah mahasiswa yang sedar dan
prihatin akan permasalahan yang berlaku di sekelilingnya.
Pindaan AUKU ini juga tidak akan memberi kesan kepada mahasiswa
jika pihak pentadbiran universiti sendiri tidak memberi ruang secukupnya kepada
mahasiswa untuk bergerak aktif dalam aktiviti luar kampus dan meluahkan
aktivisme dan keprihatinan mereka.
Secara keseluruhannya, hasil
kajian itu dapat disimpulkan bahawa pindaan AUKU ini bukanlah jalan yang
menentukan kecemerlangan seseorang mahasiswa.
Kita perlu jelas bahawa
proses menyedarkan mahasiswa akan realiti masa kini adalah sepatutnya yang
menjadi agenda utama, bukan hanya membuat pindaan ke atas AUKU semata-mata dan
mengharapkan mahasiswa mempunyai daya intelektualisme yang tinggi.
ROZAIDI RUSMIN,
Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) Kuala Lumpur.
Cadangan Penjenamaan MPP
oleh : panerai
Pecahan Tugas
Timbalan Naib Canselor
-Kuasa Pemutus segala polisi berkaitan dengan pelajar-pelajar UNITEN.
Pusat Hal Ehwal Pelajar
-Pemudah cara didalam pembangunan pelajar UNITEN
-Menguatkuasakan segala Undang-Undang UNITEN
Dewan Perhimpunan Pelajar
-Diketuai oleh seorang Speaker
-Dianggotai oleh semua pelajar-pelajar berdaftar UNITEN
-Badan Penggubal Polisi Berkaitan dengan kepentingan pelajar
-Memberikan check and balance kepada MPP
-Bersidang dua bulan sekali
Majlis Perwakilan Pelajar
-Kuasa Eksekutif Pelajar
-Badan Pelaksana polisi yang telah diputuskan oleh DPP
-Menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan oleh Pusat Hal Ehwal Pelajar dibawah Perlembagaan UNITEN.
Saya menjumpai cadangan ini dari seorang kenalan...ianya agk ekstrim,saya ingin mengetahui sama ada rancangan ini boleh berjaya, dan andainya ianya dilaksanakan,adakah MPP yang bakal dilantik berupaya menangani kuasa yang cukup besar iaitu pelajar-pelajar sendiri??
Persoalan ini kita tunggu sehingga 18 September 2008,samaada newly elected MPP will launch this or reject this??
18 September 08: Kerajaan Baru MPP Terbentuk
oleh: panerai
Apabila melihat tajuk diatas,saya tergelak kecil kerana ianya sangat hampir dengan desas-desus politik luar kampus kita menyatakan ada kerajaan baru juga terbentuk. Cukup menggelikan hati.
tumpuan kita bukan mengenai 16 september 08,tetapi pilihanraya kampus 08 yang dijadualkan pada 18 September 08.
Kini sudah rasmi MPP 07/08 dibawah pimpinan saudara Naufal melengkapkan tempoh berkhidmat, saya secara peribadi mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai dan terima kasih kerana berbakti tatkala yang lain tidak ingin berbakti. Sesungguhnya nama saudara akan berada didalam lipatan sejarah kerajaan pelajar di UNITEN pusaka tersayang ini.
Saya juga terdengar mengenai byk kelab/persatuan juga melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka minggu ini. AGM-AGM poster bertampalan dimana-mana notice board di dalam Kampus kita ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah,bak entry saya sebelum ini semangat demokrasi harus disuburkan dari akar umbi lagi.
berbalik kepada soal Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UNITEN, saya masih bersikap sceptisme apabila mendengar nama ini(org berubah,polisi kekal=bosan).Sudah sampai masanya MPP kita dijenamakan semula untuk mengembalikan kepercayaan siswa/siswi kita.
Kita tidak mahu MPP yang bermodus-operandikan seperti kelab/persatuan.Kita tidak mahu MPP mempunyai desk officer seperti kelab/persatuan.Kita tidak mahu MPP kita hanya menjadi search engine tenaga kerja program2 dalam dan luar universiti.
Sudah sampai masa kita mempunyai MPP yang bertindak sebagai pemudahcara,penegak hak-hak dan juga bertindak sebagai check and balance Hal Ehwal Pelajar UNITEN.
Sudah sampai masanya MPP kita akan dihormati,menjadi organisasi pelindung pelajar,penggerak pelajar,pemangkin kemajuan modal insan pelajar.
Saya berharap agar siswa2 kita menjadikan medan 18 September sebagai detik permulaan baru sejarah MPP kita. detik 18 September ini dijadikan medan bagi menunjukkan betapa pentingnya pelajar dalam pembangunan sesebuah institusi pendidikan tinggi,betapa pentingnya siswa kita kepada UNITEN.
Ayuh!
Dear students,
The MPP Election will be held on 18 Sep 2008. Students who are interested to be candidates in the election, can purchase the nomination form from the COE front desk counter at Level 0 COE Building. The price of the form is RM10. The form can be purchased starting from 4 Sep 2008 to 10 Sep 2008.
Last year the nominations received were very low and those who submitted the forms were automatically elected. Hopefully, we will receive more nominations this year since there are many talented students in COE who can represent more than 8300 students of UNITEN through MPP.
Kita sering mendengar rungutan dan keluhan pelajar Uniten mengenai prestasi MPP. Boleh dikatakan hampir setiap artikel yang dihantar ke laman Uniten Daily ini pasti menyentuh hal-hal yang berkaitan MPP.
Nah! Apa yang dinanti-nantikan sudah tiba. Inilah masanya untuk mengotakan apa yang dikata. Persiapkanlah jentera anda wahai para calon dan pastikan anda berupaya menjana perubahan yang didambakan oleh pelajar Uniten.
Perubahan Lanskap Politik:Kita Bila Lagi? (2)
Melihatkan kepada senario semasa dan analisa corak kepimpinan selama dua tahun, boleh dikatakan program atau aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar agak statik dan kekal kepada tradisi.Antaranya, mesra@MPP dan KKM.Walaupun kedua-duanya adalah aktiviti yang baik, namun masih tiada lagi unsur pembaharuan berlaku.Pembaharuan ataupun transaksi budaya bukanlah menjurus kepada penghasilan perkara yang baru,namun anjakan dari aspek pendekatan(approach) juga boleh dikatakan sebagai satu bentuk pembaharuan.
Tidak dapat dinafikan lagi, pembaharuan ini pasti dijadikan satu bentuk manifesto bagi calon-calon yang baru akan bertanding kelak.Namun, perlu diingatkan, pembaharuan itu jangan diletakkan sebagai tindakan populis meraih undi, tetapi sejauh mana fokus perkara ini hendak dilaksanakan.'Penjenamaan semula' adalah satu frasa yang sering diungkapkan.Ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa MPP yang terbaru seolah-olah baru lahir dan perlu dilupakan segala kesilapan lampau.Tetapi sebenarnya, tindakan ini juga boleh menjerat diri sendiri andai frasa ini tidak dilaksanakan sebaik mungkin apatah lagi jika pelajar mula membandingkan dengan kepimpinan mantan yang terdahulu.
Maka, penulis cadangkan bagi mereka yang bergelar pejuang kelak, agar mula merangka strategi jangka pendek dan panjang dalam merealisasikan perubahan khususnya bagi pelajar Uniten.Pertamanya, MPP perlu berani untuk meletakkan pendirian yang objektif dan lebih kepada kebajikan pelajar.MPP perlu keluar dari kepompong yang meletakkan organisasi ini sebaris dengan kelab atau persatuan pelajar.Mungkin perjumpaan sekali sebulan bersama pelajar perlu dilaksanakan.Keduanya, anjakan yang besar boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan budaya bahawa MPP ini sebagai tempat rujukan pelajar.Ini yang mungkin tiada selama ini.Yang ada, budaya mengkritik dan menghentam MPP secara semberono.Justeru, perkara ini perlu diubah.
Walaupun perkara ini sukar untuk dilaksanakan, namun masih lagi tiada mustahil untuk diaplikasikan.Sekalung apresiasi buat mereka yang pernah berusaha dan berjuang dalam MPP.Semoga barisan baru kelak akan berjaya melakukan anjakan paradigma baik dari sudut budaya mahupun program yang dilaksanakan.Sekian, berjumpa lagi kelak.
MKF
Dari Meja Moderator
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembaca sekalian.
Sudah agak lama rasanya saya tidak menulis apa-apa dalam laman Uniten Daily ini. Mungkin kerana kelemahan diri saya sendiri dalam menguruskan masa sebagai pelajar dan juga sebagai pengurus laman ini. Sepuluh jari saya susun sebagai tanda memohon maaf.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam, dan tidak terlewat juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka ke-51.
Apapun, insyallah saya akan cuba memberikan artikel2 lain selain daripada yang disumbangkan oleh penulis2 yang menghantar nukilan mereka kepada saya di speakup.admin@gmail.com. Sebarang cadangan juga boleh dihantar kepada alamat yang sama.
Terimakasih saya ucapkan kepada mereka yang masih menyokong Uniten Daily.
Uniten Generates Professionals