Melihatkan kepada senario semasa dan analisa corak kepimpinan selama dua tahun, boleh dikatakan program atau aktiviti yang dijalankan oleh Majlis Perwakilan Pelajar agak statik dan kekal kepada tradisi.Antaranya, mesra@MPP dan KKM.Walaupun kedua-duanya adalah aktiviti yang baik, namun masih tiada lagi unsur pembaharuan berlaku.Pembaharuan ataupun transaksi budaya bukanlah menjurus kepada penghasilan perkara yang baru,namun anjakan dari aspek pendekatan(approach) juga boleh dikatakan sebagai satu bentuk pembaharuan.
Tidak dapat dinafikan lagi, pembaharuan ini pasti dijadikan satu bentuk manifesto bagi calon-calon yang baru akan bertanding kelak.Namun, perlu diingatkan, pembaharuan itu jangan diletakkan sebagai tindakan populis meraih undi, tetapi sejauh mana fokus perkara ini hendak dilaksanakan.'Penjenamaan semula' adalah satu frasa yang sering diungkapkan.Ini bertujuan untuk menunjukkan bahawa MPP yang terbaru seolah-olah baru lahir dan perlu dilupakan segala kesilapan lampau.Tetapi sebenarnya, tindakan ini juga boleh menjerat diri sendiri andai frasa ini tidak dilaksanakan sebaik mungkin apatah lagi jika pelajar mula membandingkan dengan kepimpinan mantan yang terdahulu.
Maka, penulis cadangkan bagi mereka yang bergelar pejuang kelak, agar mula merangka strategi jangka pendek dan panjang dalam merealisasikan perubahan khususnya bagi pelajar Uniten.Pertamanya, MPP perlu berani untuk meletakkan pendirian yang objektif dan lebih kepada kebajikan pelajar.MPP perlu keluar dari kepompong yang meletakkan organisasi ini sebaris dengan kelab atau persatuan pelajar.Mungkin perjumpaan sekali sebulan bersama pelajar perlu dilaksanakan.Keduanya, anjakan yang besar boleh dilakukan adalah dengan mewujudkan budaya bahawa MPP ini sebagai tempat rujukan pelajar.Ini yang mungkin tiada selama ini.Yang ada, budaya mengkritik dan menghentam MPP secara semberono.Justeru, perkara ini perlu diubah.
Walaupun perkara ini sukar untuk dilaksanakan, namun masih lagi tiada mustahil untuk diaplikasikan.Sekalung apresiasi buat mereka yang pernah berusaha dan berjuang dalam MPP.Semoga barisan baru kelak akan berjaya melakukan anjakan paradigma baik dari sudut budaya mahupun program yang dilaksanakan.Sekian, berjumpa lagi kelak.
MKF
2 comments:
1.Perlu pilih pemimpin yang paling bijak berdiplomasi.Ibarat menarik rambut di dalam tepung,rambut dapat tepung tak berselerak.
2.Ketakutan mengatasi kelantangan seseorang pemimpin pelajar di mana dia akan risau tentang prestasi akademiknya 'disukarkan' sekiranya terlalu lantang menyuarakan isu pelajar.
3.Pusat Alumni perlu memikirkan peranan untuk menjadi pihak pendesak kepada pentadbiran universiti sebagai medium selamat sekiranya takut untuk bersuara.
4.Itupun,kalau keadaan memaksa.Setakat ini,semuanya OK memandangkan pelajar uniten jarang merungut dan hanya banyak memunggut.
Nak jadi pemimpin universiti kena ada kemahiran.
Bukan kemahiran masuk bakul angkat sendiri ataupun kemahiran bancuh kopi...
Ini cakap berdengkung-dengkang tapi kerja lintang-pukang. Kemahiran diplomasi dan komunikasi langsung tak diambil perhatian.
Kampus Uniten lengang seolah2 macam kampus tinggal. Takde aura mahasiswa. Cuba bandingkan dengan jiran seberang jalan di Serdang nu.
Jangan dok nak salahkan Pengurusan walaupun memang ada sesetengah mentol lip-lap kat situ. Dah bangka lah katakan. Menopaus dan SPU pon ramai kot.
Mahasiswa kena kuatkan diri sendiri. Ada aktiviti tak perlu kos tinggi, siap boleh minta bantuan khidmat nasihat alumni lagi. Soalnya MPP baru nanti peduli atau tak peduli.
Jangan dapat MPP yang sibuk lengkung-lengkang tapi belajar lintang-pukang. Itulah yang sekarang dok terjadi, last-last huruhara negara dek sebab dia ajak orang lompat parti...
Post a Comment