18 September 08: Kerajaan Baru MPP Terbentuk

. Thursday, September 4, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

oleh: panerai

Apabila melihat tajuk diatas,saya tergelak kecil kerana ianya sangat hampir dengan desas-desus politik luar kampus kita menyatakan ada kerajaan baru juga terbentuk. Cukup menggelikan hati.

tumpuan kita bukan mengenai 16 september 08,tetapi pilihanraya kampus 08 yang dijadualkan pada 18 September 08.

Kini sudah rasmi MPP 07/08 dibawah pimpinan saudara Naufal melengkapkan tempoh berkhidmat, saya secara peribadi mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dicapai dan terima kasih kerana berbakti tatkala yang lain tidak ingin berbakti. Sesungguhnya nama saudara akan berada didalam lipatan sejarah kerajaan pelajar di UNITEN pusaka tersayang ini.

Saya juga terdengar mengenai byk kelab/persatuan juga melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka minggu ini. AGM-AGM poster bertampalan dimana-mana notice board di dalam Kampus kita ini. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah,bak entry saya sebelum ini semangat demokrasi harus disuburkan dari akar umbi lagi.

berbalik kepada soal Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UNITEN, saya masih bersikap sceptisme apabila mendengar nama ini(org berubah,polisi kekal=bosan).Sudah sampai masanya MPP kita dijenamakan semula untuk mengembalikan kepercayaan siswa/siswi kita.
Kita tidak mahu MPP yang bermodus-operandikan seperti kelab/persatuan.Kita tidak mahu MPP mempunyai desk officer seperti kelab/persatuan.Kita tidak mahu MPP kita hanya menjadi search engine tenaga kerja program2 dalam dan luar universiti.

Sudah sampai masa kita mempunyai MPP yang bertindak sebagai pemudahcara,penegak hak-hak dan juga bertindak sebagai check and balance Hal Ehwal Pelajar UNITEN.
Sudah sampai masanya MPP kita akan dihormati,menjadi organisasi pelindung pelajar,penggerak pelajar,pemangkin kemajuan modal insan pelajar.

Saya berharap agar siswa2 kita menjadikan medan 18 September sebagai detik permulaan baru sejarah MPP kita. detik 18 September ini dijadikan medan bagi menunjukkan betapa pentingnya pelajar dalam pembangunan sesebuah institusi pendidikan tinggi,betapa pentingnya siswa kita kepada UNITEN.

3 comments:

Anonymous said...

Sistem pemilihan yang masih lagi bergantung kepada individu semata-mata menyebabkan MPP sukar untuk dibentuk sebagai satu pasukan yang mantap.Justeru, adalah dicadangkan bahawa cara pakatan atau solidariti antara individu-individu dihalalkan ketika kempen dijalankan.

Anonymous said...

ya..saya juga bersetuju dengan cadangan di atas..ada lebih baiknya untuk membenarkan calon-calon membuat pakatan..selain dapat membentuk pasukan yang baik, kos ketika berkempen juga dapat di kurangkan..jgn timbulkan isu-isu bahawa akan timbul pakatan2 berunsur perkauman..pelajar uniten sudah cukup matang dalam membuat keputusan mereka..

Anonymous said...

can do like prs?upload the picture/list of nominees?