Sudah seminggu berlalu, dan nampak gayanya pelajar UNITEN sudah tidak sabar menanti perubahan yang akan dibawa oleh barisan kepimpinan MPP yang baru. Kedengaran disetiap sudut kelas, lorong, dan juga meja makan, akan cakap-cakap mengenai harapan dari diri, rakan, dan juga kelompok sosial masing-masing.
Nampaknya kini medium alternatif menjadi semakin popular dikalangan pelajar untuk menyuarakan isu-isu mereka. Seorang rakan menghantar pesanan instan (instant messaging) mengenai kewujudan web ini yang diwujudkan untuk memberitahu MPP akan masalah dan ketidak-puasan hati pelajar. Deskripsi web ini juga menyatakan bahawa pelajar bebas mengutarakan pendapat, idea, serta masalah harian; dan MPP harus bertindak bagi pihak mereka.
Nampak gayanya, bara kemarahan pelajar terhadap pimpinan MPP yang lalu masih bernyala dan kini mereka mengharapkan agar MPP yang baru dilantik ini mampu membela nasib mereka dengan membawa permasalahan populis seperti parking, bayaran apartmen juga kos yuran pengajian.
Tiada bulan madu bagi kepimpinan baru kali ini. Pelajar sudah tidak sabar untuk melihat perubahan, dan perubahan itu perlu ditonjolkan oleh MPP 08/09. Diharap MPP yang baru dilantik kali ini akan terus berusaha dalam memperbaiki imej MPP di mata pelajar.
Di sini pihak moderator berharap agar pihak MPP dapat mewar-warkan usaha dan juga tindakan yang telah diambil oleh MPP di dalam blog UnitenDaily. Dengan itu, imej MPP yang 'membuat' kerja akan dapat di pancarkan kepada seluruh warga kampus Uniten, baik yang menginap di dalam kampus, luar kampus, kampus putrajaya, mahupun kampus muadzam syah.
Selamat Bertugas YB, dan kami di UnitenDaily boleh menjadi rakan baik, juga menjadi musuh terhebat.
0 comments:
Post a Comment