Oleh Najwan Halimi
Saya ucap tahniah buat teman-teman sekampus saya, saudara Mohammad Syafeeq Hashim dan saudara Ahmad Hussaini Zulkeply atas kejayaan mereka terpilih sebagai wakil mahasiswa dalam Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tenaga Nasional (MPP Uniten) untuk sesi 2008/2009 yang akan datang. Dengan meraih undi popular tertinggi, Syafeeq barangkali dilihat antara calon yang paling berpotensi untuk dilantik sebagai Presiden MPP Uniten yang baru.
Saya menaruh harapan semoga barisan kepimpinan baru mahasiswa Uniten yang dipilih dapat menjalankan amanah yang digalas dengan sebaik-baiknya. Keyakinan mahasiswa terhadap aktivisme kampus merosot dengan teruk semenjak barisan kepimpinan mahasiswa yang diterajui oleh Saiful Bukhari Azlan pada sesi 2006/2007 gagal melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.
Badi yang ditinggalkan Saiful Bukhari seterusnya diwarisi oleh barisan kepimpinan sesi 2007/2008 yang turut gagal berperanan sebagai jurubicara mahasiswa secara berwibawa. Mudah-mudahan, kepimpinan baru yang bakal menerajui mahasiswa Uniten untuk tempoh setahun akan datang dapat mengembalikan semula keyakinan warga kampus dan seterusnya memacu pemerkasaan kebajikan mahasiswa secara lebih agresif.
NAJWAN HALIMI merupakan graduan kejuruteraan mekanikal dari Universiti Tenaga Nasional. Beliau menulis di blog www.najwanhalimi.com
2 comments:
Najwan,
Wake up. Kalu ko ader masalah ngn saiful, jgn bising2 kat blog ni. Ni bukan blog ko. Dahla bulan pose, cakap merapu. Ko ngn Anuwar ko tuh sama2 kaki penipu. Baik ko gi teman Anuwar g cari kerusi kat Ikea, Courts, Cavenzi or Flla Design. Pastuh, cari gambar YDP Agong atau Bush or Condolezza Rice. Utk wat angkat sumpah.
Dah lah Najwan. Jangan igt orang suka sangat kat ko. Kalu ko tak kecoh2 dlm blog ko pasal saiful, takder lah org pndang rndah sgt kat budak uniten. Yang ko dh bising2 tuh apasal? Ader masalah, setel r ngn dia. Jangan memekak kat sini. Ingat, KAF yang duk taja ko tu, berkait rapat dengan NED. NED=CIA. Sapa2 yang rajin, g la wat research pasal benda nih.
Dah Najwan Katak. G main jauh2, main kat IKEA ok kot, tgh sale raya ni.
Bagitau kat Abg Kamu yang kuat penipu tuh, skrg time org nak raya. jangan gila meroyan. Org nak beraya je skrg.
Ada Faham
Wake UP!!
najwan,
apa khabar? lama tak dengar cerita?
tahniah sbb dah graduate. kpd anti-katak lompat yg cemburu, pandainya menuduh org itu-ini ye..diri sendiri pun tak terurus, ada hati nak caci maki orang.
pegi main jauh-jauh la wei!
Post a Comment