Selingan sementara menanti 18 September

. Tuesday, September 9, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

PRK 2008 semakin hampir dan saya pasti pelbagai isu pasti akan dicanang oleh para calon-calon yang akan bertanding. Samada pilihanraya akan ada kali ini atau tidak, saya ingin berkongsi sedikit artikel 'Surat dari Pembaca' akhbar Berita Harian 9 September 2008.

p/s: Ambil perhatian dan fahami apa yang saya bold kan di dalam artikel ini.


Idealisme mahasiswa kian tersasar


Sebagai graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), saya mengucapkan terima
kasih kepada kerajaan terutama Kementerian Pengajian Tinggi berhubung pindaan
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pindaan itu menyatakan
bahawa pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada
pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan juga beberapa pindaan
lain.

Namun begitu, saya berpandangan bahawa, pindaan AUKU ini bukanlah
penentu bagi kejayaan dan kecemerlangan seseorang mahasiswa. Hal yang demikian
adalah kerana idealisme dan keprihatinan mahasiswa zaman sekarang adalah jauh
bezanya dengan idealisme mahasiswa zaman dulu.



Kelesuan
dan budaya anti-intelektual di kalangan mahasiswa kini dan kadar keprihatinan
mereka terhadap isu semasa, luntur. Jika adapun mahasiswa yang masih prihatin
terhadap isu kini, bilangan mereka adalah dalam skala yang amat kecil berbanding
dengan mahasiswa yang majoritinya kurang prihatin.


Hal ini
dibuktikan dengan kajian Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Prof Datuk Dr Aminah Ayob yang menyatakan tabiat anti intelektualisme
yang merebak di kalangan pelajar universiti bukan saja menjejas prestasi mereka
ketika pengajian, malah menggugat kualiti mahasiswa sebagai pewaris kepemimpinan
negara.

Banyak tingkah laku dikesan di kalangan pelajar IPT ketika ini
termasuk
tidak melaksanakan tugasan diberikan kepada mereka; tidak
menyumbang dalam perbincangan kelas kerana tidak berpengetahuan; suka merungut
mengenai tugasan diberikan; membazirkan masa dengan aktiviti tidak berfaedah
seperti tidur dan menonton video; tidak membuat persediaan untuk kuliah atau
ujian; tidak ambil peduli kerja tambahan atau mengambil inisiatif berbincang
dengan pensyarah serta rakan berhubung topik yang tidak difahami
.

Bertambah parah apabila ada di kalangan pelajar yang bangga menyatakan
dia tiada masa untuk belajar serta
berpuas hati dengan pencapaian 'cukup
makan' serta malas membaca, manakala peraturan akademik pula dianggap
menyusahkan serta mengganggu masa lapang.


Apa yang diluahkan
Naib Canselor itu, adalah lumrah yang berlaku di mana-mana pusat pengajian di
negara ini. Bilangan mereka ini adalah mengatasi jumlah mahasiswa yang sedar dan
prihatin akan permasalahan yang berlaku di sekelilingnya.

Pindaan AUKU ini juga tidak akan memberi kesan kepada mahasiswa
jika pihak pentadbiran universiti sendiri tidak memberi ruang secukupnya kepada
mahasiswa untuk bergerak aktif dalam aktiviti luar kampus dan meluahkan
aktivisme dan keprihatinan mereka
.

Secara keseluruhannya, hasil
kajian itu dapat disimpulkan bahawa pindaan AUKU ini bukanlah jalan yang
menentukan kecemerlangan seseorang mahasiswa.

Kita perlu jelas bahawa
proses menyedarkan mahasiswa akan realiti masa kini adalah sepatutnya yang
menjadi agenda utama, bukan hanya membuat pindaan ke atas AUKU semata-mata dan
mengharapkan mahasiswa mempunyai daya intelektualisme yang tinggi.

ROZAIDI RUSMIN,
Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia
(PKPIM) Kuala Lumpur.


1 comments:

Anonymous said...

Secara kesimpulannya mahasiswa generasi ini adalah BANGANG nad PEMALAS.

Tapi betulke ni? BANGANG DAN PEMALAS ke kita ni?

Ha.. tepuk dada tanya le selera! Buat lah daily checklist:

Berapa jam anda tidur = 7 jam
Berapa jam anda solat = 3 jam
Berapa jam anda kelas = 5 jam
Berapa jam anda study = 2 jam
Berapa jam anda makan = 3 jam
Berapa jam anda sukan = 2 jam
Berapa jam anda tepon = 1 jam
Berapa jam anda mandi = 1 jam
JUMLAH 24 jam

Tapi ada yang checklist dia macam ni:
Berapa jam anda tidur = 10 jam
Berapa jam anda solat = 0 jam
Berapa jam anda kelas = 2 jam
Berapa jam anda study = 0 jam
Berapa jam anda makan = 5 jam
Berapa jam anda sukan = 0 jam
Berapa jam anda tepon = 3 jam
Berapa jam anda mandi = 2 jam
JUMLAH 24 jam

Itu belum campur benda lain:
Berapa jam anda main game?
Berapa jam anda layan dvd?
Berapa jam anda surf porn?
Berapa jam anda chatting?
Berapa jam anda berdating?
Berapa jam anda baca manga?
Berapa jam anda melepak?
Berapa jam anda melepek?

Dan lain-lain..

Yang menarik tu gejala ini adalah seolah2 hak mutlak dan eksklusif satu bangsa je di Malaysia nih...