Bloggers Uniten:Di Antara Keberanian Dan Kebaculan?

. Wednesday, January 16, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Oleh M.K.F

Jurnal atau lebih dikenali dengan istilah 'blog' bukan lagi satu perkara baru khususnya bagi rakyat Malaysia.Usai kita meninggalkan tahun 2007,tahun yang memaparkan pelbagai isu berkaitan dengan blog.Ada yang penuh dengan kerancuan fakta,falsafah pendirian malahan penyalahgunaan medan ini.Maka,setidak-tidaknya tempias perkara ini juga terasa oleh mahasiswa atau pelajar kita khususnya.

Apabila kita mempersoalkan mengenai tindakan 'bloggers'(istilah yang sering digunakan bagi mereka yang menulis blog) itu adalah satu tindakan yang berani mahupun tidak,kita akan melihat kepada isu-isu yang diketengahkan didalam blog mereka.Memandangkan blog ini lebih kepada pandangan peribadi seseorang,maka,setakat ini masih belum ada lagi satu akta atau sebarang mekanisme khusus yang boleh menghalang mereka ini daripada terus melontarkan pandangan peribadi masing-masing.

Namun demikian,perspektif yang ingin saya bawakan pada artikel ini adalah terletak pada skop pelajar(bloggers) Uniten sahaja.Kini,blog sering kali digunakan para pelajar untuk mencetuskan sentimen-sentimen peribadi mengenai 'ketidakpuashatian' terhadap perkara-perkara kontroversi seperti Majlis Perwakilan Pelajar,yuran pengajian,pengurusan Uniten dan sebagainya.Apabila berlaku perkara sedemikian rupa,segala perkara yang berlaku dibawah bumbung bernama Universiti Tenaga Nasional juga akan diketahui umum.Lantas,terpacul satu persoalan samada tindakan yang diambil oleh pelajar kita adalah satu langkah yang bijak ataupun satu langkah yang penuh kepincangan.

Analisis ini akan dilakukan melalui dua sudut pandangan yang berbeza.Pertamanya kita akan lihat secara holistik akan isu bloggers Uniten ini.Apabila pelajar sering menggunakan medium ini untuk sesuatu isu tanpa ada inisiatif untuk memperjuangkannya secara rasmi di saluran yang betul,menampakkan satu kelemahan utama yang memberi impak kepada Universiti dan pelajar itu sendiri.Contohnya apabila isu Majlis Perwakilan Pelajar sering dibangkitkan.Pelbagai kritikan dilemparkan kepada mereka(MPP) dengan cukup dahsyat.Dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab,tidak peka malah lebih kritikal lagi,apabila mereka ini dilabel sebagai 'syok sendiri' .Jika direnungkan kembali,mereka yang melemparkan kritikan sebegitu pedas adalah satu tindakan yang tidak rasional kepada 'para pejuang sukarela' kita.Mengapa?.Ketika pilihanraya kampus ingin diadakan,mereka(MPP kini) ini tidak pernah meminta untuk dilantik begitu sahaja.Bahkan kita cukup bertuah kerana mereka ini menampilkan diri untuk memperjuangkan nasib kita.Dimana kita(termasuk penulis artikel ini) ketika itu? Maka,apabila kita sendiri tidak menawarkan diri tetapi sering kali hanya berani mengkritik di belakang ,impaknya kita juga yang terima.Universiti dapat nama buruk,MPP diberikan pandangan buruk,lantas kita juga memburukkan diri kita sendiri.

Jika dilihat kepada isu-isu yang lebih menjurus kepada pentadbiran Uniten,pelajar kita cukup 'kencang' dalam melahirkan rasa tidak puas hati mereka.Sehinggakan di laman Wikipedia juga menjadi medan luahan mereka.Persoalan ringkas,adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab kita dahulu sebelum mempertikaikan tanggungjawab orang lain?.Usah memandang jauh,kita lihat,berapa ramai pelajar kita yang melanggar peraturan universiti.Soal etika pakaian dan merokok didalam kampus menjadi perkara rasmi setiap hari.Lantas,mengapa tidak kita perbetulkan diri kita terlebih dahulu sebelum kita memperbetulkan pihak-pihak lain?.

Secara tuntasnya terhadap penilaian pertama ini,dua isu yang sering dibawakan bloggers Uniten ini telah dikupas(secara luaran) melalui pandangan umum,kita sendiri boleh menilai diri dan meletakkan diri kita diantara keberanian atau kebaculan dalam melakukan sesuatu tindakan.Analisis kedua pula akan dilakukan melalui sudut pandangan para bloggers sekalian.Sememangnya isu-isu yang sering ditimbulkan boleh meraih perhatian dari segenap pihak di universiti.Bahkan,ada yang menyokong dan ada yang berada di pihak yang kontradiksi.Persoalannya,mengapa pelajar kita terlalu nekad untuk memaparkan 'isu-isu didalam kelambu' sehingga boleh diketahui oleh masyarakat luar akan keburukan bersama?

Ringkasnya,mungkin adalah disebabkan kekurangan medium(secara rasmi) untuk melahirkan pendapat mereka sendiri.Buktinya,ketika perhimpunan bersama TNC yang lalu,ramai yang berlumba-lumba untuk bertanya dan meluahkan komen-komen mereka terhadap perkhidmatan yang mereka terima sepanjang pengajian mereka.Sehinggakan isu gempa bumi di Murni turut dikemukakan.Lihatlah,pelajar kita terlalu lama memendam perasaan yang akhirnya menjadi barah.Penyelesaianya? Melalui paparan atau provokasi yang dilakukan menggunakan blog,forum dan percakapan antara pelajar sendiri dijadikan tempat segalanya diluahkan.

Keduanya,sememangnya terdapat kelemahan yang berlaku diantara hubungan pihak pentadbiran Universiti dan para pelajar sendiri.Mungkin kerana status berbeza membuatkan tidak wujud kesefahaman diantara kedua-dua pihak.Umumnya,pihak pentadbir Universiti datang dari Institut Pengajian Tinggi Awam dan Pengajian di luar negara,maka budaya yang berbeza menimbulkan kesukaran.Ada yang beranggapan pelajar di Uniten ini sama dengan universiti lain.Maka,apabila kolerasi diantara pendapat dan budaya tidak dapat dilakukan dengan baik,timbullah permasalahan tidak puas hati dikalangan pelajar.Perasaan marah yang terkawal mungkin masih boleh menyelamatkan keadaan,namun sekiranya perkara yang sebaliknya berlaku,membuatkan provokasi sering bertukar arah.Pentadbiran tunding pelajar,pelajar tunding pentadbiran dan terus berlarutan.

Secara kolektifnya melalui penilaian kedua ini,menampakkan pelajar kita sebenarnya berada didalam keadaan yang terdesak.Saya percaya,niat para pelajar ini sebenarnya ingin menegakkan hak dan keadilan bagi diri mereka.Satu pujian boleh diberikan kepada mereka diatas keberanian mereka.Namun demikian,apabila analisis dilakukan secara menyeluruh,satu pihak akan katakan tindakan pelajar atau bloggers ini bacul,tetapi sebelah lagi katakan ini berani.Lantas,perkara pokoknya,adalah kerjasama.Dasar kita yang goyah meleretkan pelbagai isu menjadi gundah juga.

Akhirnya,berbalik kepada diri kita sendiri.Kehidupan di Uniten bukan sekadar melakar memori cinta luka,namun biarlah ia menjadi memori indah kita bersama.Adakala kita perlu mengkritik,adakala kita perlu menyokong.Saya sendiri memberikan artikel yang memburukkan diri saya sendiri,namun alangkah indah jika akhirnya keburukan itu boleh bertukar menjadi suatu yang indah.Ayuh kita bermuhasabah dengan penuh hikmah,wassalam.

M.K.F

5 comments:

Anonymous said...

salam..

saya agak bersetuju dengan pendapat penulis artikel ini. cadangan beliau pada akhir artikel adalah sesuatu yang patut kita semua usahakan.
ya, memang kita semua kekurangan medium untuk bersuara.dan ada juga diantara kita yang tidak tahu bagaimana untuk menyuarakan hak-hak, pendapat, dan juga permasalahan mereka.
di sini letaknya tanggungjawab MPP. sebagai saluran untuk para pelajar bersuara. Majlis Perwakilan Pelajar, daripada pelajar, untuk pelajar. sebagai wakil pelajar dalam pentadbiran universiti.

bukannya saya mahu memperlekehkan barisan kepimpinan MPP sekarang, akan tetapi mengapakah mereka tidak bertindak sebagai wakil pelajar? keluh kesah, rungutan pelajar bagai langsung tidak dilayan, dan jika diketahui, maka alasannya ialah 'kami akan usahakan'.
saya sendiri sudah jelik dengan alasan itu. hanya bercakap memberi alasan namun tiada 'feedback' yang dikembalikan kepada pelajar. ya, ada yang mengatakan MPP bekerja dibelakang tabir, tetapi berilah sedikit maklum balas, 'update' tentang permasalahan yang telah diutarakan.

tiada siapa mahu membuka cerita dalam kelambu.kebanyakan daripada kita hanya mahukan penjelasan, mahukan medium untuk bersuara, akan tetapi semua itu kurang, dan kadangkala tiada. maka kita, pelajar bagaikan tersepit. orang yang tersepit hanya mampu menjerit dengan harapan jeritannya itu dapat didengari. dan blog hanyalah salah satu medium bagi menyampaikan jeritan tersebut.

sedikit pertanyaan. apakah benar para 'pejuang' sukarela kita ini benar-benar memperjuangkan hak kita ataupun berjuang demi nama mereka? jika yang terdahulu itu benar, maka marilah kita berjuang bersama.

Anonymous said...

salam.

setiap pelajar malah juga pensyarah dan staf Uniten, ada saja keluh kesah yang ingin mereka utarakan. Itu adalah HAK KEBEBASAN masing-masing.

Petikan entri anda - "Analisis ini akan dilakukan melalui dua sudut pandangan yang berbeza.Pertamanya kita akan lihat secara holistik akan isu bloggers Uniten ini.Apabila pelajar sering menggunakan medium ini untuk sesuatu isu tanpa ada inisiatif untuk memperjuangkannya secara rasmi di saluran yang betul,menampakkan satu kelemahan utama yang memberi impak kepada Universiti dan pelajar itu sendiri.Contohnya apabila isu Majlis Perwakilan Pelajar sering dibangkitkan.Pelbagai kritikan dilemparkan kepada mereka(MPP) dengan cukup dahsyat.Dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab,tidak peka malah lebih kritikal lagi,apabila mereka ini dilabel sebagai 'syok sendiri' .Jika direnungkan kembali,mereka yang melemparkan kritikan sebegitu pedas adalah satu tindakan yang tidak rasional kepada 'para pejuang sukarela' kita.Mengapa?."

Mengapa?
Kerana sesetengah golongan "para pejuang sukarela" tidak mengendahkan langsung pendapat para pelajar yang cuba menyampaikan sesuatu tetapi di balas dengan sikap kurang sopan.

Bukankah "para pejuang sukarela" harus menepati janji-janji manis mereka ini kepada pelajar?

Jangan berjanji jika tak boleh tepati janji wahai para pejuang sukarela.

Bukankah para pejuang sukarela ini telah mengangkat sumpah untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik dan BERETIKA?

Bukankah?

Sedangkan saya juga telah mengangkat sumpat sewaktu minggu orientasi dahulu sebagai pelajar Uniten untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar.

Haruslah suadara/saudari ingat, blog itu adalah medium untuk mereka-mereka ini mengutarakan apa sahaja pendapat mereka. Baik A sampai Z. Memanglah tidak elok jika menceritakan keburukan/kelemahan sistem pentadbiran/pengurusan di Uniten ini di ruangan blog persendirian, tetapi, "mereka-mereka" yang tidak mahu mendengar keluh kesah pelajar ini membuatkan para bloggers meluahkan segala2nya di blog mereka. Harap saudara/saudari jelas mengenai hak kebebasan bloggers.

Kenapa tiada kotak cadangan/maklumbalas di Uniten? Jika ada kotak cadangan/maklumbalas di bilik MPP, admin Uniten, COIT, COE, dan bilik setiap kelab, mungkin masalah ini dapat di atasi dengan mudah.

Mudah bukan? Malangnya, tiada.

Manusia mahupun organisasi tidak akan maju tanpa kritikan dan haruslah menerima kritikan/komentar itu dengan positif untuk menjadi satu organisasi yang gah di mata dunia selari dengan peredaran zaman yang semakin canggih.

Anonymous said...

saudara penulis...

bagi saya...bloggers ini adalah puak minoriti yang concernkan permasalahan yang ada...

benar saya tak nafikan,kemungkinan sesetengah nukilan agak panas dan mungkin membuka aib sendiri...itu jikalau anda berfikiran sedemikian.

jikalau kita melihat perkara yang diutarakan adalah untuk membina sesuatu dan menjadikan sesuatu keadaan menjadi lebih baik..

apa salah nya...

soal kebaculan atau keberanian...
kami amat,saya katakan amat memahami level authority sesuatu organisasi atau department dalam UNITEN ini,kami mestilah nak gunakan MPP memperjuangkan hak kami...

jikalau MPP sendiri tamau dengar suara kami,amik enteng,terpaksalah kami "menjerit". bukan utk menunjukkan kami pandai atau kami bagus....kami nak MPP mendengar "jeritan" kami dan buat sesuatu utk kami tidak "menjerit" lagi...

Saya paham apa yg tuan penulis ingin suarakan....kami terpaksa menjerit kerana kami kecil dan minoriti,sapa kami,nak jumpa org atas pun payah,apatah lagi ank meetin atau membantah...

majoriti pulak amik tak endah permasalahan yang ada...ada ckp semua okay kerana majoriti tak bising,itu kerana mereka tak concern,kami yg minoroti concern...

jangan lar salah fahami kami "menjerit"utk tunjukkan kami hebat,kami "menjerit" utk didengari sahaja,kami akam menyokong penuh MPP jikalaui mereka serius dalam usaha memberhentikan kami dari "menjerit"

pelajar yg gemuk V

Najwan Halimi said...

Teman-teman,

Saya terhidu aroma yg cuba membawa budaya "haramkan kebebasan bersuara" di Uniten melalui artikel ini.

Anonymous said...

kitog xnak jadik wakil MPP sbb kitorg tangk MPP mcm boneka or kuli (dalam bahasa kasar) HEP. MPP terpaks ikut ckp HEP sbb HEP lebih berkuasa... Standard la..bila kita tak berkuasa, yg lelain mesti pijak kepala kita... apa yg penting..belajar rajin2, dapat gred bagus, then blah kuar dr uniten. xyah pk pasal hal ni lagi dah