UNITEN OH UNITEN.....

. Friday, September 28, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

UNITEN OH UNITEN.....
Oleh: nhisa

First sekali nak ucap tahniah kepada moderator blog. Kewujudan blog nih bagus untuk membuka minda mahasiswa. Tapi berapa ramai mahasiswa yang dah baca blog nih? Harap-harap ramai la. Supaya kita dapat tahu situasi di UNITEN dan dapat berkongsi pandangan.

Seperti mana artikel-artikel dan komen-komen dalam blog ni, tidak dapat dinafikan, mahasiswa UNITEN majoritinya anak- anak orang berada dan mungkin sebelum ini tidak pernah aktif atau terlibat secara serius dengan aktiviti kelab dan persatuan. Dan relitinya di UNITEN ini, mahasiswa-mahasiswa memang suka berhibur dan amat suka kepada program-program yang mereka anggap boleh "enjoy and have fun".

Hal ini dapat kita lihat melalui program-program yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan. Program-program berbentuk sukan dan riadah begitu mudah untuk menarik penyertaaan mahasiswa tetapi jika program berbentuk ceramah atau forum, begitu susah untuk dihadiri mahasiswa UNITEN, sekaligus menggambarkan pemikiran pelajar UNITEN yang hedonisme(suka kepada hiburan).

Apakah yang perlu kita lakukan? Tanggungjawab kita sebagai seorang mahasiswa, kita haruslah mengubah pemikiran dan budaya hedonisme yang telah lama bertapak di UNITEN ini. Sudah tiba masanya kita bangkit dan wujudkan satu fenomena mahasiswa yang terbuka mindanya, berilmu dan matang pemikirannya.

Mengapa dari awal saya gunakan istilah mahasiswa dan bukan pelajar? Kerana mahasiswa adalah penuntut universiti bukan lagi pelajar sekolah. Mahasiswa seharusnya mampu membela nasib mereka sendiri bukan lagi seperti pelajar sekolah yang nasib mereka dibela oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tetapi pada pendapat saya, hak dan kebajikan mahasiswa bukan saja harus diperjuangkan oleh MPP, tetapi harus diperjuangkan oleh seluruh pelajar UNITEN. Kita harus bersatu memperjuangkan hak dan kebajikan kita. Jika kita tidak bersatu, pastinya situasi di UNITEN tidak akan berubah sampai bila-bila. Jika kita tidak berubah, siapa yang akan mengubah kita? Harap-harap lepas ni, kita sama-sama membuka minda dan bangkit berjuang untuk hak dan kebajikan kita semua di bumi UNITEN ini.

5 comments:

Anonymous said...

- Upin dan Ipin -

kepada nhisa, kita hendak memberitahu semua warga uniten mengenai blog ini supaya mereka akan lebih mengetahui mengenai uniten sebenarnya..

saya sokong anda sebenarnya, most of all uniten adalah dari golongan manja yang kaya raya. mereka berfikiran tidak mahu aktif dan tidak mahu terlibat dengan aktiviti... sebaliknya berlaku di kalangan kwan2 kita di ipta.

student uniten lebih suka kan hiburan sahaja. suma program yang d jalan kan oleh tidak akan mendapat sambutan jika program yang d jalankan adalah berbentuk forum atau ceramah. memang susah kita akan melihat prog sebegini akan mandapat sambutan hangat. buatlah mcm mane sekalipun promosi, prog sebegini memang tidak akan mendapat sambutan.

satu lagi masalah uniten adalah, uniten akan mati pada hari minggu. uniten tidak akan meriah jika hari minggu. ini adalah kerana, kebanyakan pelajar uniten adalah dari mereka yang tinggal berdekatan dengan uniten seperti selangor, Kuala Lumpur, negeri sembilan dan laen2.....

pelajar2 uniten... pikir2kan lah wahai kawan ku...

nhisa07 said...

setuju sangat... weekend je blk umah. org yang duk jauh2 ni kadang2 mid term break pun x dpt blk sbb nak handle program...
rasa2nya uniten student x fikir masa dpn sgt kot. just fikir nak dpt result bgs, keje bgs, dah ckp kot bg diorg. Life is more than that... And aku paling x ske bile ada kengkawan ckp x nak aktif program sbb nak concentrate on study. bknnya diorg dpt 4 flat pun, 3.5 pun x jugak. ntah la... bknnya nak study, nak enjoy jer lbh....

UTPtoday admin said...

Assalamualaikum.

good luck uniten student.
Using blog to inspire improvement towards perfection. nice

Anonymous said...

- upin n ipin again -

to utpadmin.. thanks a lots...hope u can help us...

to nhisa... setuju sangat2... student uniten terlalu concentrate more to study. their dont want to join or active club or persatuan..

their dont have any soft skill that we need in our future or for job future. life more than study.. not only pointer but your soft skill went u wanna find out the job...

mahasiswa berkualiti must have good pointer n good leadership... u can get their soft skill went u join or active prog.

saya berharap agar student uniten fikir balik ape yang perlu kita dapat drpd uniten. not only the ilmu or pointer. we must get more than that for our future.

do u wanna spend your money about RM60k++ (for student engine)for the pointer only? or u spend 5 years at uniten to only get degree scroll? thinks about that k...

Anonymous said...

mmg saya juga bersetuju dengan nhisa..ramai kwn2 saya tidak join pn program di uniten ini..saya boleh bilang dengan jari yang menyertai program..sgt sikit bilangan ye..inikan pula yang bergiat aktif berprogram lagi la sikit..jadi tidak heran la kalu balik2 muka yang sama je yang buat program..sy tau sbb saya d antara bilangan yang sikit itu.
saya berpendapat la pelajar di uniten nie tidak nmpak kebaikan menyertai program2 nie la..mereka hanya nmpak yang nyata saja..smpaikan nk tarik org menyertai program pn kene bgtau dpt sijil,makan disediakan@makan percuma la,transpot disediakan dll...kalau semua ini tidak ada dan semata-mata hanya menimba ilmu dan mencari pengalaman..rase ye ade yang nak menyertai x?
pikir2 la wahai kwn2 di uniten pengalaman tidak boleh d kongsi..tidak sama dengan kite dgr pengalaman org dan kita mengalami pengalaman itu sendiri..