Salah Siapa?

. Friday, July 11, 2008
0 comments

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin dengan besar hati saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa individu yang mempunyai usaha tinggi dalam mewujudkan blog ini sebagai medium melontarkan suara mahasiswa di samping individu-individu lain yang berusaha mengutarakan pendapat dan permasalahan yang berlaku di pusaka tersayang kita ini. Saya merupakan pelawat tetap Uniten daily untuk beberapa bulan sebelum ini berikutan promosi dan buah mulut yang meluas tentang blog ini di kalangan warga Uniten.

Tidak dinafikan kebanyakan pendapat-pendapat dan ulasan-ulasan yang dipaparkan di sini amat bernas, membina dan membuka mata kita sebagai warga Uniten. Tetapi sejauh mana ini semua dapat memberi impak kepada mahasiswa-mahasiswa Uniten?

Inilah permasalahan yang saya cuba utarakan kali ini. Saya tidak mempersoalkan keberkesanan atau pun fungsi Uniten Daily dalam memberi impak kepada mahasiswa tetapi persoalan saya adalah tentang pendirian dan penerimaan mahasiswa dalam segala isu kebajikan mereka sendiri.

Mari kita lihat, usaha telah ada. Ya, kita punya MPP, kita punya Uniten Daily (walaupun dilanda kontroversi, nah, Uniten Daily masih gagah berdiri!) tetapi di mana pendirian mahasiswa kita? Setiap kali sesuatu isu berlaku di dalam kampus, mereka hanya pandai merungut dan memprotes tapi apa yang mereka lakukan dalam mempertahankan hak mereka, hal ketidakpuasan hati mereka?

Tiada.

Tidak. Jangan terlalu asyik menuding jari terhadap pucuk pimpinan MPP dengan mendakwa mereke tidak berbuat apa-apa untuk kita, di sisi lain yang perlu kita semua renung adalah, adakah kita sentiasa di belakang mereka?

Mari kita undur sedikit masa ke belakang. Ya, mungkin mereka ada silapnya.

Tetapi, sebagai mahasiswa kita perlu berada di belakang mereka supaya suara kita yang diwakili mereka ini lebih mantap, lebih kukuh, dan yang paling penting, undeniable. Ini tidak, kita lebih suka duduk di bilik, menghadap PC dan laptop sambil melayari internet dan setiap kali connection perlahan dan 'server down', kita hanya tahu memaki KMC.

Ya, sila mengaku, setiap dari kita pasti begitu dan persoalan serta permasalahan yang acapkali diutarakan hanya kita pandang sepi dan barangkali hanya mengomel-ngomel kecil sesama rakan-rakan.

Sebagai contoh, isu yang diutarakan oleh saudara MKF berkaitan dengan isu baki tabung aktiviti pelajar yang didakwa sudah tidak berbaki lagi. Isu ini amat besar sebenarnya, memandangkan ia adalah hak kita, dikutip hasilnya dari setiap seorang dari kita pada setiap semester. Bagi mereka-mereka yang berpersatuan saya percaya mereka lebih tahu nilai setiap sen dari tabung ini. Jadi mereka prihatin dengan isu ini, tetapi bagaimana pula dengan segelintir, ouh maafkan saya, bukan segelintir tetapi sebahagian besar mahasiswa di luar sana yang tidak aktif berpersatuan?

Rata-rata jawapan yang diterima mudah. Antaranya :

"Ouh aku tidak aktif kelab, so malas amik pot"

"Aku bukannya ada kelab pun, malas nak fikir"

Jadi mari berhenti sejenak untuk melihat konklusi yang boleh disimpul dari situasi di atas.

Jika setiap seorang pelajar bersikap di atas, tidak acuh dengan isu yang tidak berkaitan dengan diri mereka, bilakah suara mahasiswa akan bersatu?

Bila?

Sahabat-sahabat sekalian, sama ada isu itu berkaitan dengan diri kita atau tidak, tidak timbul. Selagi isu dan permasalahan itu berkaitan dengan mahasiswa, maka isu dan permasalahan itu adalah berkaitan dengan setiap dari kita.

Jadi bilakah semua mahasiswa kita mampu berfikiran sebegini?

Mari kita sama-sama renungkan.

Salam.



By : NKK

RM 0.00

. Thursday, July 3, 2008
0 comments

Apabila melihat kepada tajuk, pasti anda sudah sedia maklum bahawa artikel ini akan memperihalkan tentang kewangan.Ya, memang kali ini penulis membawakan lagi isu mengenai kewangan.Semua sedia maklum,tatkala musim cuti(bagi mereka yang tidak mengambil semester khas), kita sering kali mengendahkan perkara berkaitan Uniten.Namun demikian,bagi mereka yang aktif dengan aktiviti-aktiviti kelab pasti berasa gusar mengetahui perkara ini.

Mengikut daripada sumber dalaman, sumber kewangan bagi aktiviti/ kebajikan pelajar sudah pun menunjukkan angka sifar.Memang perkara ini agak mengejutkan.Penulis sendiri berasa hairan.Hendak katakan perkara ini tidak sahih,sukar juga.Ini kerana penulis sendiri masih gagal mendapatkan wang dari pihak HEP yang sudah pun tertangguh selama beberapa bulan.Malahan, ada yang lebih teruk lagi apabila terdapat kelab yang masih belum menerimanya lagi sejak bulan Januari.Lebih buruk lagi, peruntukan baru akan diterima pada bulan Ogos tatkala semester baru dimulakan.

Kali ini, tiada tundingan jari perlu dilakukan.Tetapi seharusnya kita menyiasat perkara ini sebaiknya.Mengapa begitu cepat sekali tabung aktiviti pelajar 'kekeringan'.Maka, penulis mengambil beberapa teori untuk disahkan:-

1) Pelajar menggunakannya melebihi had.Terdapat segelintir kelab menggunakan peruntukan yang berlebihan.Sedangkan setiap kelab hanya boleh mencapai maksimum RM 15,000.Tetapi jika difikirkan, terdapat juga kelab yang tidak aktif yang hanya menggunakan sedikit sahaja peruntukan.Mungkin dalam lingkungan RM1000-5000 sahaja.Bagaimana boleh kurang juga?

2) Perubahan sistem.Apabila sistem kewangan di bahagikan mengikut jabatan masing-masing contohnya diantara PPH dan HEP.Peruntukan untuk pengangkutan yang boleh dikatakan tinggi harganya membuatkan tabung aktiviti pelajar dihabiskan dengan cepat.Adakah perkara ini terjadi sebelum ini apabila jabatan-jabatan tidak dipisahkan?

3) Konspirasi.Pengaliran wang aktiviti pelajar disalurkan kepada penggunaan pihak Universiti untuk mempromosi dan orientasi.Maklumlah, kini promosi agak hebat dengan iklan ala kolej swasta biasa di radio tempatan memerlukan harga yang tinggi juga.Bagaimana pula dengan pengubahsuaian pejabat HEP,adakah mendatangkan manfaat kepada pelajar dengan membuat dinding kaca? Namun demikian,penulis enggan memfitnah mana-mana pihak.

4) Penjimatan kos.Maklum tahu bahawa Uniten boleh diumpamakan suatu liabiliti kepada TNB khususnya di Muadzam.Mungkin juga,saluran kewangan di agihkan pada jabatan lain yang lebih memerlukan kerana TNB sekarang juga goyah akan kewangannya.

5) Pilihanraya? Adakah wang kita digunakan untuk peruntukan pilihanraya.Terlalu jauh rasanya teori ini dibuktikan.Haha

Maka,teori yang digariskan ini kemungkinan besar boleh diselidik.Mungkin juga perkara yang dibawakan penulis ini tidak sahih.Maka,sekiranya perkara ini berlaku,maka penulis mohon agar artikel ini tidak disiarkan lagi.Namun,sekiranya benar,mungkin kita perlu lakukan sesuatu.

MKF