RM 0.00

. Thursday, July 3, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Apabila melihat kepada tajuk, pasti anda sudah sedia maklum bahawa artikel ini akan memperihalkan tentang kewangan.Ya, memang kali ini penulis membawakan lagi isu mengenai kewangan.Semua sedia maklum,tatkala musim cuti(bagi mereka yang tidak mengambil semester khas), kita sering kali mengendahkan perkara berkaitan Uniten.Namun demikian,bagi mereka yang aktif dengan aktiviti-aktiviti kelab pasti berasa gusar mengetahui perkara ini.

Mengikut daripada sumber dalaman, sumber kewangan bagi aktiviti/ kebajikan pelajar sudah pun menunjukkan angka sifar.Memang perkara ini agak mengejutkan.Penulis sendiri berasa hairan.Hendak katakan perkara ini tidak sahih,sukar juga.Ini kerana penulis sendiri masih gagal mendapatkan wang dari pihak HEP yang sudah pun tertangguh selama beberapa bulan.Malahan, ada yang lebih teruk lagi apabila terdapat kelab yang masih belum menerimanya lagi sejak bulan Januari.Lebih buruk lagi, peruntukan baru akan diterima pada bulan Ogos tatkala semester baru dimulakan.

Kali ini, tiada tundingan jari perlu dilakukan.Tetapi seharusnya kita menyiasat perkara ini sebaiknya.Mengapa begitu cepat sekali tabung aktiviti pelajar 'kekeringan'.Maka, penulis mengambil beberapa teori untuk disahkan:-

1) Pelajar menggunakannya melebihi had.Terdapat segelintir kelab menggunakan peruntukan yang berlebihan.Sedangkan setiap kelab hanya boleh mencapai maksimum RM 15,000.Tetapi jika difikirkan, terdapat juga kelab yang tidak aktif yang hanya menggunakan sedikit sahaja peruntukan.Mungkin dalam lingkungan RM1000-5000 sahaja.Bagaimana boleh kurang juga?

2) Perubahan sistem.Apabila sistem kewangan di bahagikan mengikut jabatan masing-masing contohnya diantara PPH dan HEP.Peruntukan untuk pengangkutan yang boleh dikatakan tinggi harganya membuatkan tabung aktiviti pelajar dihabiskan dengan cepat.Adakah perkara ini terjadi sebelum ini apabila jabatan-jabatan tidak dipisahkan?

3) Konspirasi.Pengaliran wang aktiviti pelajar disalurkan kepada penggunaan pihak Universiti untuk mempromosi dan orientasi.Maklumlah, kini promosi agak hebat dengan iklan ala kolej swasta biasa di radio tempatan memerlukan harga yang tinggi juga.Bagaimana pula dengan pengubahsuaian pejabat HEP,adakah mendatangkan manfaat kepada pelajar dengan membuat dinding kaca? Namun demikian,penulis enggan memfitnah mana-mana pihak.

4) Penjimatan kos.Maklum tahu bahawa Uniten boleh diumpamakan suatu liabiliti kepada TNB khususnya di Muadzam.Mungkin juga,saluran kewangan di agihkan pada jabatan lain yang lebih memerlukan kerana TNB sekarang juga goyah akan kewangannya.

5) Pilihanraya? Adakah wang kita digunakan untuk peruntukan pilihanraya.Terlalu jauh rasanya teori ini dibuktikan.Haha

Maka,teori yang digariskan ini kemungkinan besar boleh diselidik.Mungkin juga perkara yang dibawakan penulis ini tidak sahih.Maka,sekiranya perkara ini berlaku,maka penulis mohon agar artikel ini tidak disiarkan lagi.Namun,sekiranya benar,mungkin kita perlu lakukan sesuatu.

MKF

0 comments: