Kempen Keselamatan?

. Tuesday, October 14, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Sedar atau tidak, satu kempen keselamatan sedang dijalankan di Uniten. Tiada apa hebahan langsung mengenai bila, dan apa tujuan kempen tersebut. Hanya setelah saya bertanya orang-orang tertentu, baru saya tahu bahawa adanya kempen keselamatan.

Menurut laman web MPP Uniten (saya petik sepenuhnya);

Bermula 13 Oktober 2008, Kempen Keselamatan akan dijalankan selama 2 minggu.Sepanjang kempen itu berlangsung,seluruh komitmen mahasiswa/i diperlukan.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap mahasiswa/i UNITEN :-

Mahasiswa/i dinasihati supaya :

memakai ID sepanjang masa ketika berada di dalam kawasan UNITEN
memastikan stiker kenderaan dilekatkan pada kenderaan dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat.
meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan di tempat yang dibenarkan.
mematuhi Kod Tatakelakuan Pelajar dan Kod Tatapemakaian Pelajar
memastikan pelawat mendapat surat kebenaran dan perlu ditandatangani oleh mahasiswa/i berkenaan.

Penguatkuasaan secara total akan bermula pada 28 Oktober 2008. Kami,pihak MPP, mengharapkan komitmen penuh semua mahasiswa/i demi kelancaran dan keselamatan kita semua. Segala kerjasama yang diberikan oleh mahasiswa/i UNITEN kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.



Ini rupanya kempen keselamatan. Satu markah saya berikan kepada kepimpinan MPP Uniten yang baru kerana mempunyai usaha untuk memberitahu pelajar. Akan tetapi, ini bukanlah kempen anjuran MPP. Sumber-sumber yang dipercayai memberitahu saya yang kempen ini adalah anjuran pihak pengurusan dan dilaksanakan oleh pihak keselamatan.

Isunya di sini bukanlah mengenai MENGAPA Kempen Keselamatan ini DIJALANKAN, tetapi MENGAPA langsung TIADA hebahan mengenai kempen ini? Di mana flyers, poster, banner, mahupun emel kepada pelajar untuk memaklumkan tentang perkara ini? Sedangkan maklumat mengenai promosi bergerak farmasi Watson's pun ada diemelkan, inikan pula satu kempen yang melibatkan seluruh warga Uniten.

Perbincangan dengan rakan-rakan menimbulkan beberapa persoalan, terutamanya mengenai ID, stiker kenderaan, stiker kelompok, juga peraturan keluar malam selepas jam 12. Rata-ratanya (termasuk saya) masih kabur dengan perkara tersebut, lebih-lebih lagi peraturan keluar malam. Adakah pelajar dilarang sama sekali keluar malam? Jika tidak, bagaimanakah prosesnya? Adakah sama seperti proses yang lalu di mana pelajar yang mahu keluar perlu mengisi borang yang diperolehi daripada Residen Kaunselor? Mengenai ID, sekiranya ID pelajar perlu dipaparkan setiap masa di dalam kawasan universiti, adakah ini bermaksud apabila kita beriadah, maka ID pelajar perlu dipakai?

Tempoh 2 minggu yang diberikan adalah panjang. Akan tetapi sekiranya tiada hebahan, tempoh tersebut akan berlalu begitu saja. Apabila tamat tempoh 2 minggu ini, maka peraturan di dalam kod tatakelakuan pelajar akan dilaksanakan secara total, tanpa disedari sebahagian besar pelajar. Ini boleh menimbulkan kegelisahan dan ketidak puasan hati.

Oleh itu saya meminta semua pihak yang berkenaan, MPP, Pengurusan, dan juga Keselamatan untuk tampil dan memberi hebahan kepada pelajar. Kami mahu diberikan maklumat secukupnya agar tidak timbul isu-isu lain dikemudian hari.

5 comments:

Anonymous said...

same jer mpp kali ni.
suara jer kuat,keje xnmpk.

Anonymous said...

Kempen keselamatan? Ini bukan kempen keselamatan, tapi penguatkuasaan undang2 dan cubaan untuk lebih banyak saman.Pihak keselamatan makin menunjuk belang.Patut kontrak ditamatkan saja.

Anonymous said...

"same jer mpp kali ni.
suara jer kuat,keje xnmpk."

aik? MPP gak yang salah? ni kempen MPP ke kempen pihak pengurusan?

Anonymous said...

ini kempen keselamatan?
all i can see is jokers giving out saman out.
even students themselves studying in this uni also kena saman by their own people

so what is all about?

Anonymous said...

Saya tanya encik polis kenapa sampai nak tahan2 yang takdak sticker,alasannya ialah: space untuk parking pekerja x cukup!!!Apa punya alasan nie!student dahla kene bayar hutang fees mahal,apartment pun mahal.Staff?xkene bayar pon.siap dapat gaji lagi.selalu saya tengok staff park kat tempat students,laa nape x saman?student park tempat staf laju je saman