Sembang Siswa : AL-KISAH BLOG DAN ANDA!!!

. Tuesday, February 19, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA..

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERSATUAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA UNITEN AKAN MENGADAKAN SEMBANG SISWA 1 (SEMSIS 1)

BERIKUT ADALAH BUTIR-BUTIR PROGRAM:

TAJUK : AL-KISAH BLOG DAN ANDA
LOKASI : DEWAN KULIAH, KOLEJ TEKNOLOGI MAKLUMAT
TARIKH : 25 FEBRUARI 2008
MASA : 8.00 P.M - 10.30 P.M
MODERATOR : Mohd Izwan Bin Salih
AHLI PANEL :

Saudara Najwan Halimi (Penulis blog www.riwayathayat.blogspot.com)
Saudara Izwan Iskandar Ishak (Pegawai CyberSecurity Malaysia)
Pensyarah Uniten (dalam perbincangan)


BAHASA PERANTARAAN : BAHASA MALAYSIA

PADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI FORUM INI, SILA DAFTARKAN DIRI ANDA DI BOOTH SEMBANG SISWA DI BM DAN COIT. PENYERTAAN ADALAH PERCUMA. PENYERTAAN ADALAH TERBUKA UNTUK SEMUA PELAJAR UNITEN SAMA ADA AHLI PRS ATAU BUKAN AHLI PRS. BOOTH AKAN DIBUKA DARI 18 FEB - 22 FEB.

BAS AKAN DESEDIAKAN PADA 7.00 P.M DIKELOMPOK MASING-MASING.

" WE CARE, WE SHARE"

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
HANIFA - 017-9683304
NUR AZZA - 019-6134735

7 comments:

Anonymous said...

Saya mengharapkan agar Timbalan Naib Canselor(HEP) Prof. Ghazali Abod yang akan menjadi salah seorang ahli panel untuk forum tersebut.Rasionalnya cadangan ini adalah bagi menemukan satu pertembungan idea yang menarik untuk difikirkan bersama.Maklum tahu akan larangan yang pernah dikeluarkan oleh Prof.Ghazali sendiri berkenaan isu blog di UNITEN ini.Jadi,untuk memastikan forum ini dapat memberikan penjelasan sewajarnya,mohon agar idea ini diteliti semula.

Tahniah PRS kerana tampil dengan program sebegini rupa.Moga,langkah ini dapat memberi satu anjakan paradigma kepada bloggers dan UNITENDAILY serta penulis sendiri.


Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi.

Anonymous said...

kenapa jemput najwan halimi? tak bahaya ke? bukan ke tnc ghazali abod tak suka dia sebab dia selalu kritik HEP??? tambah2 lagi time isu yuran naik dulu...apa pun, aku mesti dtg!!! bukan selalu dpt ada program2 mcm ni.tahniah PRS!

Aidi-Safuan said...

ala,nk takot apenyer...juz sharing knowledges wif each other...

ok jer tu

KHATEEB said...
This comment has been removed by the author.
KHATEEB said...

Memang bagus sangat-sangat kalau perbincangan ilmu dan isu semasa seperti forum blog ini diadakan seterusnya disuburkan sebagai budaya terpenting dalam uniten.
Sepatutnya para pelajar perlu diterapkan dengan budaya cintakan ilmu,bukannya cintakan hiburan yang melalaikan seperti Akedemi fantasia dan Msian Idol.
Satu usaha yang baik daripada PRS.Tahniah!

Anonymous said...

kepada anon,

kalau takut akan risiko, usah bicara tentang perjuangan

Anonymous said...

Ayuh rakan-rakan kita ke forum ini. Gunakan manfaat ini untuk bersua dangan blogger "panas", Najwan, yang juga pelajar tahun dan semester akhir. Saya cabar anda semua untuk ke forum ini untuk membuktikan bahawa anda sebagai mahasiswa yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Mahasiswa kelas pertama bukan hanya tahu baca buku sahaja. Mereka adalah insan yang dapat mengimbangi semua aspek dalam kehidupan sebagai mahasiswa, termasuklah berseronok, belajar, berpersatuan, bersosial, beriadah dan sebagainya. Ayuh rakan-rakan. Datanglah untuk ilmu, manfaat dan pengalaman bukan untuk makanan atau sijil yng disedaikan.