Mahasiswa & Blog

. Wednesday, February 27, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Oleh Najwan Halimi

Semalam saya diundang untuk bercakap dalam sebuah forum anjuran kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) kampus berkenaan dengan fenomena blog serta kesan dan pengaruhnya terhadap mahasiswa. Antara panel yang bergandingan dengan saya ialah seorang penasihat undang-undang dari CyberSecurity dan seorang pensyarah yang merupakan bekas setiausaha kepada bekas ahli parlimen Baling, Dr. Mashitah Ibrahim.

Saya menyentuh pembabitan awal saya dalam dunia penulisan blog, tanggapan negatif yang cuba dibentuk oleh pemerintah terhadap penulis-penulis blog serta peri pentingnya mahasiswa memanipulasi teknologi siber dalam menjadi arus penggerak masyarakat.

Kupasan saya tentang perlunya mahasiswa bersifat kritis dan radikal dibidas secara sinis oleh sang pensyarah yang masih berhujah tentang perlunya kepatuhan terhadap Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU). Sang pensyarah juga cukup lantang dalam mempertahankan fungsi akhbar sebagai sumber utama informasi dengan menganggap laman-laman blog masih belum boleh menandingi keupayaan media milik pemerintah.

Percubaan beliau untuk melabel mahasiswa yang menyanggah AUKU sebagai mahasiswa pro-pembangkang kelihatan cukup tipikal dengan penghujahan ala Menteri Pengajian Tinggi; jika mahu berpolitik, tunggu habis belajar! Respon saya ringkas: jika dengan menunjukkan sokongan kepada gerakan perubahan itu dianggap sebagai pro-pembangkang, maka bersikap pro-pemerintah juga sewajarnya dilarang!

AUKU ini akta gila. Menghalang seseorang itu daripada bersikap memihak sememangnya suatu pencabulan terhadap fitrah manusiawi. Anehnya, masih ada lagi pensyarah yang berhujah mempertahankan akta gila ini!

9 comments:

Anonymous said...

Bukan ingin memihak kepada satu proksi semata-mata.Namun,kebenaran nampaknya semakin nyata.Memang benar apa yang disebut oleh pensyarah itu;apabila rakus berfikir,maka,suntikan emosi juga akan tersemat didalam luahan pemikiran.Penggunaan istilah rakus itu boleh mendatangkan kepada dua analisis.Pertama;sanggup mendapatkan sesuatu ilmu dengan kemahuan yang tinggi.Kedua,rakus sehingga meminggirkan aspek lain.Maka,apabila melihatkan artikel Najwan Halimi ini,saya mengganggap beliau telah pun terbelit dengan emosi sendiri dek penangan idea dan kupasan pensyarah itu sendiri.Cubaan untuk perkembangan tajuk untuk menutup kelemahan,nampaknya menjerat diri sendiri sehingga menunjukkan beliau sendiri telah lari dari tajuk asal yakni Blog dan Mahasiswa.Seharusnya,saudara Najwan perlu bersikap profesional.Jangan terbawa-bawa perbincangan forum sehingga kepada percampuran elemen peribadi seperti perasaan tidak puas hati dan sebagainya.Hasilnya,saudara Najwan cuba merendahkan martabat pensyarah itu sendiri.Adakah ini satu perkembangan yang sihat?
Pada pendapat saya,pensyarah itu bagus dalam kupasannya.Tidak menyebelahi mana-mana jua pihak dalam ideanya.Sayangnya,perkara ini cuba dinafikan oleh insan yang membuat artikel ini.Oh terlupa,mungkin saudara ini terlalu hebat menggunakan teknik singgungnya sehingga lalai menjaga hati yang lain.

Akhir kata,matlamat untuk diadakan sembang siswa itu adalah untuk membuka minda pelajar dengan lebih kritis dan kreatif.Jika ahli panel sendiri terbawa-bawa emosi yang tidak berkesudahan,baik berhati-hati,kelak,ia menempelak diri sendiri.

Tahniah buat PRS!

Hanya AUKU,tidak bermakna perlu memBATU.

Anonymous said...

Saya menyokong atas apa yng diulas oleh MKF. Lihat sesuatu pada fakta, bukan pada emosi. Sebagai umat Islam yang menjunjung kitab Al-Quran dan kesemua hidup kita belandaskan kepada kitab tersebut, termasuk hadis sahih. Al-Quran bukan rekaan manusia, tetapi datang daripada Allah. Ini meupakan fakta. Saya tidak tahu samada Najwan Halimi adalah seorang yang idealistik yang lebih kepada berangan-angan kerana pada saya, mereka yang begitu idealistik ini tanpa bersandarkan fakta, akhirnya mereka akan kecundang, seprti DSAI bersama Agenda Ekonomi Baru, yang kononnya menggantikan Dasar Ekonomi Baru, dan juga berangan-angan menurunkan harga minyak. Ingat, sekiranya harga minyak diturunkan, ekonomi negara akan menjadi lemah memandangkan harga minyak di pasaran dunia melebihi USD100 setong.(tidak perlu saya terangkan bagaimana perkara ini boleh berlaku menamndangkan saya yakin, pembaca yang membaca komen ini boleh melakukan kajian sendiri terhadap perkara ini) Akhirnya, apabila Malaysia muflis, kia terpaksa bergantung kepada International Monetary Fund (IMF), tabung kewangan yang bersandarkan transaksi dagangan Yahudi dan paling akhir, kita akan menanganggung hutang berbilion dollar seperi Indonesia.


Berbalik pada AUKU, AUKU masih lagi relevan. Tahukah pembaca AUKU hanya
dilaksanakan terhadap pelajar IPTA, bukannya IPTS. Nampaknya, Najwan Halimi membicarakan perkara yang tidak kena pada tempatnya. Banyakkan membaca NAjwan. Sekirangya nak berbicara tntang AUKU, carilah blog lain. Mungkin Najwan beranggapan, UNITEN merupakan IPTA. Untuk IPTS, terdapat satu AKta yang dinamakan sebagai Akta IPTS khusu untuk golongan seperti. Adakah Najwan mempunya agenda politik untuk membela rakan-rakan PMI, SMM di luar sana yang terbelit dengan AUKU? Fikir-fikirkan..Jangan jadi oppurtunis Najwan, seprti idola kamu...


Kenapa AUKU masih releven? Sebagai contoh, kita ambil di pihak Barisan Alternatif (BA). Sebagai pelajar, tugas utama kita adalah belajar, dan sekiranya dicampur aduk oleh politik seperti mmegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Cawangan Kg. Dato' Abu Bakar Baginda, keadaan sudah berlainan di mana sebagai sebuah parti politik yang menginginkan kemenangan, sudah tntu kita perlu mendengar masalah rakyat yang ingin diwakili. Selepas itu, cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Itu baru satu masalah, bukan 10 masalah sehari. Itu pun baru peringkat cawangan, bukan bahagian,negeri dan pusat. Mampu ke kita yang masih terbelenggu dengan jadual belajar nak menyelesaikan masalah orang lain. Last sekali, mungkin kita akan diberikan status kedudukan percubaan dan last skali status kedudukan gagal dan diberhentikan. Nak ke kita dengan kedudukan macam tuh? Sama juga seperti menjadi Ketua Putera Umno Cawangan Kg. Sg. Ramal. Dapat ke kita nak menggalas kedua-dua beban tersebut? Fikir-fikirkan...


Untuk makluman Najwan, blum pernah setakat ini para blogger yang terdiri daripada mahasiswa ditangkap oleh pihak pemerintah dan disabitkan kesalahan dibawah AUKU kerana menulis blog. Belum pernah. Belum pernah. Sekiranya ada, seila maklumkan kepada saya. Jika ada, saudara zainulfaqar sudah lama ditahan dibawah AUKU. Jika ada, sudah lama laman web kampusnegara serta harapan-online ditutup oleh pemerintah. Berfikir secara optimis Najwan,jangan main hentam je.


Satu lagi, mengundang Najwan sebagai ahli forum ini merupakan sesuatu yang paling tidak releven. Kerana apa? Najwan bukan seorang blogger yang sejati. Najwan adalah blogger cut and paste. Cuba bandingkan blog Najwan dengan saudara zaharin Yatim [sangkelembai2006.blogspot.com], Ruhani AHmad [puteramaya&kuda kepang], ketua perusuh dan sebagainya. Ini merupakan contoh blogger sejati kerana melontarkan sendiri komen berlandaskan fakta yang logik untuk tatapan pembaca. Tetapi blog Najwan [riwayathayat] hanyalah blog cut and paste yang boleh dibuat oleh sesiapa sahaja. Tiada masa Najwan kerana Thesis tahun akhir? Ini baru blog Najwan, belum lagi menjawat sebarang jawatan parti politik yang dilarang dibawah AUKU. Sekiranya menjawat jawatan parti politik, agak-agaknya mampu ke Najwan belajar dengan baik dan melangkah ke tahun akhir seperti keadaan sekarang? Hanya Najwan yang boleh menjawab.


Akhir kata, berfikirlah secara optimis, bukan idealis yang penuh dengan angan-angan...juga jangan berfikir secara emosi..buruk padahnya

Anonymous said...

AUKU oh AUKU..kenapa perlu ditumbulkan isu ini? sedangkan kita sendiri sebagai mahasiswa yang peka pasti mengetahui bahawa AUKU itu tidak relevan sama sekali kepada kita sebagai pelajar..

pertama, perlaksanaan AUKU itu sendiri sudah melanggar perkara 10 fasal 1(a) perlembagaan malaysia, di mana tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara..

kedua, setiap universiti, baik IPTA mahupun IPTS mempunyai undang-undang mereka sendiri yang diantaranya melarang para pelajar daripada terlibat dalam mana-mana badan politik, dan para pelajar institusi tersebut terikat kepada peraturan tersebut apabila mereka menandatangani perjanjian dengan pihak universiti..

persoalan saya adalah, mengapa perkara AUKU ini perlu diperbesarkan? dan mengapa hak pelajar-pelajar universiti untuk menyuarakan pandangan mereka, baik dari segi sosial mahupun politik, disekat oleh AUKU? sedangkan pada peringkat umur pelajar universiti ini lah mereka mampu memberi idea-idea yang bernas dengan mempertimbangkan semua ideologi yang ada tanpa berpihak kepada mana-mana pihak..

pelajar universiti bukan budak2 lagi..mereka mampu berfikir, dan separuh daripadanya layak mengundi..jadi mengapa hak pemikiran mereka disekat?

dan kepada theguardianofmalaya, mengapa perlu kita kekang pengaruh parti pembangkang di universiti, sedangkan pengaruh parti pemerintah dibiarkan saja? bukankah dengan menyatakan sokongan kepada parti pemerintah juga melanggar AUKU?

Anonymous said...

kepada saudara TheGuardianOfMalaya

Saya dimaklumkan oleh pihak urusetia yang salah seorang ahli panel yang perlu ada di atas pentas perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
1) pelajar UNITEN
2) Blogger
3) Boleh "bercakap"
4) Identitinya bukan rahsia

Jadi, bleh saudara berikat satu calon yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki.

Anonymous said...

sbgi sorg yg cukup mentah dlm bidang yg membabitkan negara,pasaran harga minyak sedunia apatah lagik politik malaya..namun kesedrn saya tehdp AUKU ttp ada walaupon terbatas..
namun bkn lah AUKU yg ingin saya utarakan disini sebaliknya tntg forum yg tlh djlnkan di teater COIT baru2 ini...
pd mulanya kehadiran saya hanyalah kerana markah bonus yg tlh dijanjikan disampin keterpaksaan saya menyokong prgm yg djlnkan oleh temn2 seperjuangan yg tlh ssh pyh mengeluarkan keringart kring hanya utk memastikan prgm berjln lancar...
namun saya akui...pd mlm tersbut..tlh byk perkara diperbahaskan yg akhirnya berjaya 'membuka' mata saya dgn lbh luas lgik ttg blog...
bknlah saya ingin menyokong sesapew, tapi sedikit sebyk saya turut bersetuju dengan saudara najwan ttg perlunya blog sbgi wadah mahasiswa skrg utk melontarkan idea.
saya akui...saya bknlah penggemar blog..menulis blog jauh skali..namun menggunakan blog sbgi perantara antara mahsiswa dgn dunia luar..mungkin inilah jln yg terbaik skali...
mungkin cara lontaran seseorg itu yg membezakan kita dgn insan yg lain....kita ssh utk mengawal emosi drpd kelihatan dri pndgn tulisan...bknkah ade kata yg menyebut..drpd tulisan lah maka kita tahu akan perasaan ssrg???
dgn terselitnya sdkit emosi dan luahan rasa, blog tersbt akan menjadi sbh blog yg dpt menarik minat org rmi utk mengikutinya..dan yg pentink...ia terkecuali drpd disama kategorikan dgn blog2 kosg yg berlambak di alam maya ini...

Anonymous said...

sejak bila ada istilah blogger sejati and blogger cut and paste? setidak2nya najwan menulis dalam bahasa yg baik. pengolahannya ringkas dan tajam.tak timbul isu cut n paste or apa2 je.stakat quote petikan dari blog org lain, biasala tu.nak buat thesis pun kena qoute dari rujukan lain jugak.

theguardianofmalaya mmg nampak bacul.tak berani pakai nama sendiri.berlagak sepeti pembela konon.fakta pun entah apa2.yahudilah, apalah. sudahlah tu, berentilah guna hujah2 dangkal tu.

jika sekiranya najwan ulas ttg AUKU di Uniten pun, apa masalahnya. beliau mahasiswa dan alhamdulillah beliau jalankan tugas membela mahasiswa.di saat pensyarah tu bidas dan sindir mahasiswa, najwan tampil dgn tegas mengangkat mahasiswa sbg agen masyarakat yg tidak kurang pentingnya.

theguardianofmalaya,aku nak tny kau, apa sumbangan kau selama ni kepada mahasiswa?najwan berani ambil tggjwb.mcm dia ckp, dia mengkritik, menegur dn dia sendiri terbuka kpd kritikan.ini tak, kau cemuh dia, tuduh dia tak relevanlah apa segala! kalau berani, dedahkanlah diri kau siapa!bacul!

aku bukan nak bela dia tp lepas aku tgok kesungguhan dia kat forum hari tu. semangat dia time dia bela pelajar,aku yakin dia punya cara sendiri dlm mengerakkan mahasiswa.

satu benda yg paling rugi ialah org sepeti najwan tak berada dlm MPP.

buat najwan yg baru aku lihat dan kenal malam forum hari tu, teruskan menulis. biarlah org ckp apa pun, yg penting kita tahu apa yg kita buat.

belum pernah aku lihat ada mahasiswa yg berani dan yakin mcm kau bila bercakap dihadapan pelajar mcm haritu.

utk guardianofmalaya, go and get some life! u r such a looser man!

Anonymous said...

Kepada azim,

Saya bukan nak membela sesiapa di sini, tetapi ingin saya nyatakan bahawa gerakan Freemason yang digerakkan oleh Yahudi memang wujud dan tujuan utama mereka adalah untuk menghancurkan umat Islam di seluruh dunia. Harap saudara azim peka dengan kedaan ini dan untuk makluman azim pula, memang hujah tersebut tidak dangkal. Diharapkan azim dapat menggunakan kepala otak untuk berfikir, dan bukannya kepala lutut.Diharapkan azim bukan seorang yahudi kerana marah apabila ada pihak yang membicarakan persoalan ini.


Blog ini adalah untuk sesiapa yang menyatakan pendapat masing2. Berkenaan pendedahan identity theguardianofmalaya, terpulang kepada dia untuk dedahkan atau tidak. Untuk saya , saya memilih untuk tidak mendedahkan diri saya. Jika azim adalah seorang yang waras dan bukan tin kosong, saudara azim perlulah mendedahkan diri saudara azim terlebih dahulu dengan memberikan nama penuh, no. id dan no. telefon (yang sebenar) dan barulah boleh menuduh sesorang itu sebagai pengecut atau bacul. Azim,pernah dengar tak pepatah, meludah ke langit, kena muka sendiri.Juga seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Nampaknya, azim dah meludah ke langit sekarang.Atau adakah azim seekor ketam?


Mengenai AUKU, saya tidak ingin mengulas panjang kerana saya bukan pelajar undang-undang atau berkait dengan sebarang bentuk undang-undang di Malaysia ini. Apa yang saya tahu, AUKU memang untuk IPTA dan Akta IPTS 1996 memang untuk IPTS seperti uniten.Dalam keadaan uniten yang kelam kabut sekarang, tak perlulah kita menyibukkan diri dengan AUKU kerana takde kena mengena dengan kita.AUKU ader ke, takder ke, yuran kita tetap naik. Management makin teruk. Ghazali Abod makin menonjolkan kekapitalismenya. Apa yang perlu kita buat sekarang, selesaikan masalah dalam uniten dulu. Biler dah setel, baru kita boleh bercakap pasal politik luar.Kepada azim, jadilah seorang yang beradab, jangan biadap. Gunakan akal, jangan gunakan emosi. Sekian.

KHATEEB said...

Assalamualaikum..
Sememangnya kita semua para pelajar UNITEN sedang bergelut dengan masalah yang melibatkan universiti. Hal ini makin jelas kelihatan selepas kewujudan jawatan TNC HEPAP dan jawatan tersebut diisi oleh PROF GHAZ. Persoalan yang ingin saya timbulkan kepada semua rakan-rakan UNITEN ialah apakah sumbangan kita sebagai individu kepada UNITEN?
Adakah kita semua sayangkan UNITEN yang tercinta ini?

Jika ya,kenapakah ada antara kita yang tidak berani berjuang demi menegakkan kebenaran di pihak pelajar? Berjuanglah wahai teman seperjuanganku sekalian walaupun sekecil-kecil usaha kerana jika kita tidak menggunakan masa muda ini perjuangan yang benar lagi suci,maka sia-sialah kehidupan kita ini keseluruhan. Masa muda hanya sekali. Waktu muda inilah kita harus melatih diri dengan melakukan perkara yang mendatangkan manfaatkan diri sendiri,universiti,agama,bangsa negara dan masyarakat dunia.

Pada hemat saya, menulis blog ini merupakan antara cara yang paling releven bagi mahasiswa menyumbangkan sesuatu kepada universiti dan masyarakat. Usah risau dengan cabaran yang sedang menanti kita seperti larangan TNC HEPAP terhadap pembacaan blog. Semakin banyak rintangan yang dilalui,semakin kuat semangat perjuangan kita. Maka semakin terserlahlah kebenaran dan hanya masa shj yang menentukan ketibaan hari kemenangan pelajar UNITEN. Yang penting berapa banyak usaha yang kita laburkan untuk UNITEN,asalkan perjuangan kita berlandaskan kebenaran dan tidak menyalahi undang-undang Ilahi.

Anonymous said...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya cuma nak nyatakan di sini, kebenaran selalunya tak memberi apa-apa makna jika tidak disertai dengan hemah dan adab 'tact and courtesy'.

Satu lagi yang saya amati, sudah jadi lumrah pula apabila yang lantang itu lebih dipercayai walaupun kebenarannya masih diragui.

Kebijaksanaan itu penting, namun kita diberi contoh Azazil. Maka gunalah yang empat itu: Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana.

Semoga Allah merahmati kita semua.

Wassalam