AUKU Menyekat Atau Mahasiswa Tersekat?

. Friday, February 29, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Sebenarnya penulis tertarik untuk menulis tentang AUKU apabila perkara ini ditimbulkan oleh saudara Najwan Halimi melalui artikel beliau,'Mahasiswa & Blog'.Sebelum ini,memang biasa kedengaran dikalangan mahasiswa/i berkenaan akta yang dikuatkuasakan pada tahun 1971 ini.AUKU atau Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 ini adalah satu akta yang sering dimanipulasikan sesetengah pihak sehingga mendapat tentangan yang cukup hebat daripada golongan mahasiswa sehingga kini.Ada juga yang tertanya-tanya,adakah Uniten sebagai salah sebuah IPTS turut berada dibawah akta ini.Jawapannya terkandung dibawah Seksyen 5(a) yakni:-

5A1) Peruntukan Akta ini tidak terpakai bagi sesuatu institusi

pelajaran tinggi yang bertaraf Universiti yang dibenarkan

ditubuhkan di bawah suatu perintah yang dibuat oleh Yang di-

Pertuan Agong di bawah subseksyen (2) dan mana-mana institusi

pelajaran tinggi swasta yang diberi taraf Universiti atau Kolej

Universiti di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Jadi,bagi Institut Pengajian Tinggi Swasta telah pun diletakkan dibawah Akta IPTS 1996.Secara ringkasnya,ini adalah pengenalan yang mudah untuk pembaca memahami apakah itu AUKU.(Untuk memahami secara lebih mendalam mengenai AUKU,sila rujuk:http://www.agc.gov.my/agc/oth/Akta/Vol.%201/Akta%2030.pdf ).Namun demikian,apa yang ingin penulis bawakan didalam artikel ini bukanlah semata-mata untuk memberi penerangan mengenai akta ini,sebaliknya ingin pembaca sendiri menganalisa dengan lebih jelas,apakah wajar AUKU ini dimansuhkan atau dikekalkan.

Jika diselidik daripada sejarah,kelahiran AUKU ini adalah berpunca dari tragedi 13 Mei 1969.Akta ini digunakan untuk mengelakkan permasalahan perpaduan berlaku didalam kawasan kampus memandangkan suasana ketika itu cukup tegang diantara kaum.Lantas,perkara ini dimuatkan dalam Seksyen 15(1),(2),(3),dan (4) yakni secara rangkumannya:-

Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar

dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai

mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau

diluluskan oleh Naib Canselor.

Disebabkan wujud perkara ini dan diguna pakai sehingga kini,wujud polemik dikalangan mahasiswa/i.Ini disebabkan AUKU ini secara tidak lansung telah pun mengekang mahasiswa/i daripada terlibat dengan politik negara sekaligus menutup ruang kebebasan bersuara mereka.Jika dilihat dari segi aspek perlembagaan juga,akta ini telah pun bercanggah kerana didalam perlembagaan negara; Fasal 2,Perkara 10(Pindaan 1971):

"...tidak boleh menyentuh mengenai hal-hal yang berkaitan dengan Kewarganegaraan,

Bahasa, Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu dan Kedaulatan Raja-raja Melayu.

Walaubagaimanapun rakyat masih lagi diberi kebebasan membicarakan hal-hal lain di negara ini."

Hujah ini memang sering digunakan untuk mempersoalkan mengenai kewajaran AUKU ini.Perkara ini bertambah serius apabila disalahgunakan oleh mereka yang berkuasa terhadap diri mahasiswa/i sendiri.Namun persoalannya,adakah ini punca kepada kelemahan pergerakan mahasiswa/i kini? atau Akta ini dipersalahkan kerana mengganggu-gugat kepentingan parti-parti politik diluar kampus?

Penulis mengganggap akta ini sebenarnya tidak menghalang mahasiswa/i untuk bersuara, sebaliknya sekadar gimik sesetengah parti politik untuk mendapatkan sokongan pelajar semata-mata.Penulis tidak berkata sekadar diatas angin tetapi penulis ingin pembaca sendiri menilai berdasarkan kepada sejarah perjuangan mahasiswa/i itu sendiri.

Jika disingkap,didalam lipatan sejarah ada menyatakan bahawa kebangkitan sebenar mahasiswa Malaysia sebagai suatu pergerakan sosial adalah bermula pada tahun 1967 menerusi Peristiwa Telok Gong.Sebelum tahun itu(era '50an),sememangnya pergerakan mahasiswa boleh hampir disamakan dengan zaman kini.Ini disebabkan golongan mahasiswa pada era '50an terdiri daripada anak-anak golongan elit dan selesa.Maka,apabila tiba tahun '60 an,lambakan pelajar yang majoritinya bukan dari keluarga yang senang,telah menghidupkan satu arus perubahan sehingga gerakan mahasiswa/i ketika itu diangkat oleh rakyat sebagai pejuang mereka.Pada pilihanraya 1969 juga,mahasiswa terlibat secara aktif.

Namun,selepas AUKU dilaksanakan pada 1971,mahasiswa tidak boleh lagi terlibat dengan mana-mana parti politik waimah melibatkan diri dengan kempen-kempen pilihanraya.Tetapi adakah AUKU ini menghalang mahasiwa/i ketika itu untuk terus bersuara dan berjuang? Jawapannya; Tidak.Malah,era'70an menjadi saksi dan bukti perjuangan mahasiswa semakin berbisa dan dijulang sebagai pemimpin rakyat secara tidak lansung.

Peristiwa Tasik Utara dan Peristiwa Baling pada tahun 1974 menjadi kemuncak kepada pergerakan mahasiswa di Malaysia.Sokongan badan pelajar seperti PMUM dan PMUKM sanggup meredah risiko semata-mata untuk menuntut keadilan rakyat ketika itu.Nama-nama seperti Hishamudin Rais,Anwar Ibrahim dan Syed Hamid Ali adalah antara pemimpin kuat pergerakan mahasiswa ketika itu.Jelas,sejarah menunjukkan,suara mahasiswa tidak terbatas walaupun diikat dengan AUKU.Perjuangan menuntut keadilan bukan kerana politik,tetapi kerana nasib rakyat yang ditindas menjadi teras kepada kebangkitan mahasiswa ketika itu.

Sememangnya AUKU sering diangkat sebagai satu tajuk untuk dipolemikkan oleh mahasiswa.Memang logik persoalan yang ditimbulkan;mengapa mahasiswa tidak dibenarkan menyertai politik.Tetapi bagi diri penulis,persoalan itu perlu dibalas,mengapa seseorang mahasiswa itu tidak menghabiskan dahulu pengajiannya untuk menyertai politik.Rasanya,sehingga kini tidak ada kekangan bagi mahasiswa untuk mengundi mana-mana parti politik secara bebas tanpa paksaan.

Tuntasnya,apa yang perlu dilihat adalah mentaliti mahasiswa sendiri.Kita boleh menuju ke arah perubahan,tetapi biarlah perubahan itu didasari nama 'mahasiswa' bukannya kerana propaganda politik.Maka,pilihan terletak ditangan anda,jika anda anggap AUKU itu menghalang dan menyekat suara serta perjuangan mahasiswa,katakan tidak pada akta ini,tetapi jika anda melihat kepada sejarah dan menganggap AUKU itu tidak merencatkan perjuangan,maka,teruskan perjuangan anda tanpa menyalahkan mana-mana pihak.Mungkin akta ini gila,tetapi boleh jadi kita yang gila kerana menyalahkan akta ini.Adakah AUKU menyekat atau mahasiswa sendiri yang tersekat?

Akhir kata,penulis memetik kata-kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya,Datuk Sir Alexander Oppenheim yang membangkitkan semangat pelajar suatu ketika dahulu:

"sekalipun usaha-usaha pelajar patut diberi pujian, saya berharap persatuan pelajar patut memikirkan soal melibatkan gerakannya kepada kebajikan umum yang merangkumi bidang-bidang yang luas".(dipetik daripada idealis-mahasiswa.net)

Selamat Mengundi!

M.K.F

7 comments:

Anonymous said...

untuk makluman saudara, selepas universiti swasta pertama ditubuhkan (saya lupa samada MMU atau UNITEN),kesemua peruntukan undang-undang untuk IPTS diletakkan dibawah Akta IPTS 1996. Menteri Pendidikan pada ketika itu ialah Dato' Seri Najib Tun Razak.

Anonymous said...

Ada dinyatakan diatas.

Nape tulisan besar kecik..pening..pening..

Anonymous said...

ghairah cakap pasal auku dan perlembagaan je. Cuba check undang2uniten, ada dinyatakan tindakan akan diambil kepada pelajar yang melibatkan diri dgn mana2 parti politik (kalo x silap buang Universiti). so sama jer ngan AUKU.

Anonymous said...

betul kata nhisa..

lagi satu, buat apa kita sendiri duk debat, bertegang urat, bertikam lidah tentang auku? sedangkan permasalahan pelajar uniten sendiri 'close one eye'..

daripada duk pung-pang pasal ketidak-adilan auku, baik kita perjuangkan hak-hak pelajar uniten, dan tak usah gentar kerana ianya memang hak kita..

Anonymous said...

Jikalau sama undang-undangnya,maka,intipati dan mesej yang ingin disampaikan juga sama.Maka,tidak perlu melibatkan diri dengan mana-mana parti politik untuk bersuara.Gunakan kapasiti yang ada.Berjuang pada landasan mahasiswa yang sebenar.

KHATEEB said...

Walaupun UNITEN tidak tertakluk kepada AUKU, sebagai mahasiswa UNITEN kita mestilah berjuang untuk dapatkan kebenaran.
Pada saya, perbincangan tentang AUKU yang berpanjangan akan menjejaskan rentak perjuangan dalam kalangan mahasiswa UNITEN sendiri. Tidak kiralah sama ada undang-undang yang diperuntukkan dalam perlembagaan UNITEN berkaitan secara langsung ataupun tidak dengan AUKU,kita sebagai individu mahasiswa mestilah menggerakkan perjuangan mahasiswa secara berpersatuan. Dan melalui persatuan-persatuan yang ada, semua kelab dan persatuan di UNITEN mestilah bersatu di bawah panji-panji wakil pelajar.
Mencari titik persefahaman antara mahasiswa lebih utama daripada bercakaran sesama sendiri. Walau bagaimanapun, saya menyokong usaha mana-mana pihak untuk melakukan kajian mendalam tentang sesuatu perkara yang melibatkan isu mahasiswa.
Tahniah kepada semua mahasiswa yang prihatin termasuklah pihak MKF sendiri!

Anonymous said...

Kesimpulan:

1. Auku tidak wajar(sia-sia) kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Tambahan, tiada dalam sejarah, mahasiswa dihukum kerana Auku kerana tidak pernah dibawa ke mahkamah.

Atas sebab inilah, Auku tidak pernah dibahaskan untuk dikekal atau dimansuhkan.

Sebaiknya dimansuhkan.

2. Mahasiswa tidak perlu takut untuk bersuara

3. Namun begitu, mahasiswa masih terikat dengan undang2 universiti.