Kenaikan Kos Yang Ketara Kali Ini…

. Wednesday, December 5, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

(oleh Pelajar yg Gemuk V)

Sesi Add & Drop dibuka sejak dari hari Isnin yang lepas,seperti biasa kebanyakan siswa/siswi sibuk mengatur kembali jadual dan berusaha memasuki kelas-kelas yang mereka sepatutnya mendaftar pada pra prendaftaran subjek semester lepas. Pada minggu ini jugalah akan kita dengari rungutan dan rintihan siswa/siswi kita mengenai kekurangan seksyen yang dibuka,seksyen yang ingin dimasuki telah penuh dan pelbagai rayuan diajukan kepada Ketua Jabatan untuk memenuhi kehendak akademik mereka.

Tetapi hanya segelintir yang menyedari mengenai nombor yang tertera diatas jadual-jadual mereka. Saya menerima rungutan dari seorang sahabat saya mengenai perubahan yang besar hampir 10% lebih tinggi dari harga semasa pra-pendaftaran subjek. Sahabat saya sangat kecewa dengan perubahan itu dan menyatakan perkara ini sepatutnya diadakan notis sejak awal lagi.

Rakan-rakan siswa UNITEN sekalian. UNITEN telah melancarkan sebuah program sebelum ini iaitu UNITEN 10. Rancangan tersebut dikeluarkan oleh Strategic and Corporate Planning Centre UNITEN (SCP). Ia dilancarkan bagi meningkatkan keupayaan UNITEN untuk maju dan memperbaiki prestasi semasa UNITEN. Didalam UNITEN 10 terdapat 10 inisiatif yang akan dilaksanakan merangkumi pelbagai aspek pentadbiran dan akademik UNITEN.

Salah satu inisiatif tersebut adalah Increase Revenue of UNITEN,dibawah inisiatif ini dicadangkan 3 perkara yang dapat meningkatkan perolehan UNITEN iaitu:

1) Penetapan minimum kredit hour per semester bagi setiap pelajar

2) Meningkatkan bilangan pelajar bagi kedua belah kampus kepada 12000 org pelajar

3) Meningkatkan yuran pengajian sebanyak 10%

Ini sudah menjawab perubahan nombor didalam jadual sahabat saya sebelum ini. Disamping itu ada juga sumber-sumber media lain di UNITEN melaporkan mengenai kenaikan yuran-yuran lain seperti yuran aktiviti pelajar,yuran rayuan kembali ke UNITEN dan yuran menyemak kertas peperiksaan.

Dengan ura-ura kenaikan minyak dan barang-barang keperluan lain pada tahun hadapan saya dapat menjangkakan wujud ketidak-puasan hati daripada sebilangan rakan-rakan siswa/siswi mengenai kedudukan kewangan mereka. Sebilangan besar pelajar-pelajar kita adalah daripada pinjaman PTPTN dan kenaikan kos didalam dan diluar pagar UNITEN ini akan membebankan mereka.

Saya menyeru pihak Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN (MPP) dapat mengambil perkara ini serius dan dapat menemui formula terbaik hasil perbincangan pihak MPP dan Pihak Pengurusan UNITEN disamping mengadakan perjumpaan dengan pihak PTPTN mengenai perkara ini.

11 comments:

Anonymous said...

if nk upkan PTPTN maka hutang setiap student akan bertambah, malah akan membebankan pelajar..
adakah selama ini yuran yang dibayar tidak mencukupi? kenapa perlu naikkan lagi yuran? tidak dinafikan academic uniten adalah terbaik. tetapi perkhidmatan yang disediakan amatlah tidak memuaskan....adalah yuran yang mahal setimpal dengan perkhidmatan yang disediakan?

hasrat kerajaan hendak malahirkan modal insan yang berketrampilan...namun jika yuran yang dibayar tidak berbaloi dengan perkhidmatan bagaimana? hendak salahkan pihak mana? janji hanya tinggal janji....mana pihak yang boleh memperjuangkan hak pelajar//pelanggan? piawaian mana yang digunakan oleh pihak universiti? sila jelaskan kemusykilan saya...

-encik musykil-

Anonymous said...

kita masih tatau keseluruhan plan UNITEN 10,mebe ada sebabnya diorg naikkan???
harap ada pihak yg dapat memberikan pejelasan menyeluruh mengenai kes ini..

aku yg ingin penjelasan

Anonymous said...

assalamualaikum..

ada buku kecil ttg Uniten10.
cb mnta pd pihak yg berkenaan mengenai buku trsebut.

assalamualaikum..

Anonymous said...

isu yang menarik untuk dibincangkan..

mungkin hanya segelintir sahaja yang sedar akan kenaikan ini, tetapi bagaimana pula bagi mereka yang tidak sedar?

dan bagaimana pula dengan mereka yang tidak melakukan sesi add and drop? barangkali mereka ini juga langsung tidak sedar akan kenaikan ini..

satu persoalan ingin saya ajukan. mengapa kenaikan ini tidak diberitahu kepada pelajar secara menyeluruh? dan mengapa pihak MPP tidak membangkitkan perkara ini ketika mesyuarat mereka dengan pihak pengurusan? bukankah dikalangan MPP juga ada yang menerima tajaan dari pihak PTPTN yang sememangnya kita ketahui, amat terhad dari segi jumlah tajaannya jika dibandingkan dengan YTN, atau JPA (sekadar contoh)..

perkara ini melibatkan kepentingan para pelajar..adakah kenaikan ini terhad kepada pelajar yang baru masuk? atau pun hanya kepada pelajar2 yang baru mendaftar bagi sesi kemasukan 2007/2008?

amat tidak adil pada hemat saya jika semua pelajar terpaksa menanggung kenaikan ini..bayangkan tekanan kewangan yang dihadapi oleh pelajar yang hanya mendapat tajaan separa daripad pihak PTPTN yang jumlahnya lebih kurang RM50,000 bagi keseluruhan tempoh pengajian..

satu tindakan pantas perlu diambil sebelum terlewat..atau nasi akan menjadi bubur..

Anonymous said...

yuran sekarang cm tak seragam la... dulu kalu amik 3 sbject yang 4 credit hour, sumer harga same..ni harga berbeza2...
then yeke yuran da naik? xprasan plak...patut la ptptn makin negative bakinya...utk bbdak yg ytn n jpa sumer senang ler dorg...yuran lain dari duit poket...but utk bbdak ptptn 'sakit' jugak la....
nak wat cmne...uniten a tau da yang nak ke xnak ke..mahal ke murah ke...kita as a student kene ikut jugak...
if xnak ikut rules dorg, i think they will 'kick' us from here...
wut to do??

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Out of curiosity..
Ada x pihak uniten inform atau memberitahu perihal Uniten 10 kpd student.

Setahu saya lah, klau ditanya rata2 student x tahu menahu mengenai Uniten 10.

Persoalan saya, mengapa bende ni tidak diberitahu kepada student (betulkan saya jika saya salah yer =) ) sedangkan Uniten ni milik kita bersama. Student adalah pengguna Uniten itu sendiri.

Bukankah pengguna itu sendiri ada hak2 mereka juga?

Maaf yer klau saya ad tersilap maklumat atau apa2.

Assalamualaikum..

Rima Ramadhany said...

hmmm.. ye ker yuran naek? dah check info uniten tapi takde perubahan pape pon.. semua harga credit masih tetap sama...

ker budak2 final sem jer yg masih dibagi harga yg dulu but budak2 baru dpt harga baru for per credit hour?

tak paham.. nk kena tengok yg mana satu ni?

huhuhu...

-maafkan atas kebodohan saya-

Anonymous said...

korang nih.. ape lah.. dulu member aku ex-president mpp uniten. ape yg berjaya die buat?

die telah berjaya menghalang kenaikan yuran sewa bilik kat uniten dan kemasukan org luar mengguna padang uniten.

ape yg die buat? tgh pendaftar ngan lagi sorang pegawai admin lepak ngan leo mo gi dkt satu majlis die serahkan memorandum kat leo mo gi. padahal sebelum tu leo mo gi tanya samaada student uniten ade masalah ke tak.

ape yg die kene? die kene tabo la ngan pegawai uniten.lepas tu la.. biasala.. org tua pun ade air muka.. air muka org tua yg tak reti buat keje..

so, kenapa uniten perlukan duit lebih? kenapa? kerana uniten punye kewangan dept byk masalah(politik). byk kene robek la.. so, student la tanggung. tp ape nak buat, itu org atas punye masalah la.. bukan org bwh yg buat.. kan kan? hahaha.. tp nasib baik depa staff, so student la kene bayar! alah, student uniten kan kaya.. lantak laaa.. lain kali tayang la kete mak bapak korang masuk uniten.. hehehe..

korang nak penjelasan kewangan? cuba tanya ceo tnb. che khalib.

tp kan.. bukan ape la.. mpp uniten nih tak mampu nak buat hape la.. psl depa nak keje nanti senang, ade la nak isi cv tu ngan sesuatu.. tp takde perjuangan.. biasa la..

Anonymous said...

assalamualaikum..

kenaikan tanpa notis awal..dan hanya diumumkan selepas pendaftaran subjek berlangsung boleh disifatkan sebagai penganiyaan kepada para pelajar. Diharapkan juga pihak atasan dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin dan secara professional yang boleh. Kami tidak mahu isu ini sampai ke pihak KPT dan media, kerana sudah pasti, ini merupakan satu kerugian buat kami, para mahasiswa(ini bakal menyukarkan graduan memperoleh pekerjaan kelak) serta pihak Uniten sendiri(populariti Uniten bakal merosot dikalangan orang luar). Diharap ambil serius hal ini, kerana jika dibiarkan berlarutan akan menyusahkan keseluruhan warga Uniten kerana reputasi kita yang terjejas.Dan kepada para mahasiswa sendiri, jangan lakukan sebarang tindakan luar emosi seperti menaikkan isu ini ke pihak media ataupun KPT.Pasti ada penyelesaiannya yang lain.
sekian..

kerambitkarat

Anonymous said...

patut nyer uniten bg notis awal2..
nie x..
da abih add&drop..br bg notis..
adil ke?
kiter msk sini bkn free..sumer benda kita byr ngan duit bkn nyer pasir..
x adil..
tp suara kiter saper yg nak dengar?hanya mpp tempat kita sandarkan..
tolong la settle secepat mungkin..pasal duit..x ler wat main2..uniten da melampau..da menidakkan hak kite..
maner hak kiter?mpp tolong la...

Anonymous said...

nie lagi 1..
naper ptptn msk ikut kemasukan ipta..
bayangkan la sem nie..sebulan lebey br msk..
aper dorg pkr..mkn bayar pakai pasir ke?
uniten kalo bab utang berkira walaupan $1.50 tp pasal hak kiter x nak amik tau plak..
patut nyer pihak uniten selaraskanlah biler pinjaman msk..
ikut biler kiter msk br sem, nie p ikut ipta..
kalo kiter msk awl 2 bln dr ipta..2bln la br msk duit..adil ke?nk mkn aper?pasir?hampagas tol
ipta ngan ipts its different!!!
maner hak kami????