Bola Sepak Menyatukan Kita

. Sunday, December 16, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Oleh Pelajar yg Gemuk V

Kebelakangan ini Kampus Putrajaya kita mengalami fenomena yang amat menarik dan mengghairahkan. Saya mengambil kesempatan berjalan-jalan dengan menggunakan motorsikal sahabat saya. Boleh dikatakan,setiap inci padang yang ada di Kampus kita digunakan untuk bermain bola sepak. Sememangnya memberahikan,anak-anak muda bersemangat berlatih unutk kejuaraan dan bergembira bersama-sama rakan. Uniten Cup sememangnya layak diteruskan pada masa hadapan.

Entri-entri saya kebelakangan ini berkisarkan budaya dan tradisi di Uniten. Bagi saya alangkah moleknya jikalau Uniten Cup dijadikan budaya bagi sekalian penghuni Kampus yang indah ini. Molek lah jikalau kita dapat menjadikan setiap kali semester 2 tahun akademik sebagai semester Bola Sepak. Budaya yang saya maksudkan bukan lah untuk pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung menjadi pemain dan penganjur,tetapi diraikan oleh semua penghuni kampus kita.

Bayangkan apabila sampai satu masa di semester 2,semua pelajar tanpa mengira bangsa dan warganegara menjadikan Uniten Cup sebagai satu pesta yang menyatukan semua. Saya mengharapkan akan wujud kelab-kelab penyokong untuk pasukan-pasukan yang bertanding. Kita akan mendengar gegak gempita sokongan penonton. Semua mata dan perhatian tertumpu kearah Bola Sepak. Poster-poster dan kain rentang dinaikkan bukan dari penganjur tetapi dari pelajar-pelajar sendiri untuk menyokong pasukan kegemarannya.

Kita boleh lihat banyak risalah-risalah yang akan membuat semua pelajar-pelajar dalam mood untuk menikmati permainan cantik dan menarik. Kelab-kelab penyokong mengadakan perjumpaan beramai-ramai dengan pasukan mereka. Perlawanan-perlawanan ujian dihadiri oleh penghuni kampus dan sokongan dan teriakan semangat berkemandang dan diteruskan semasa kejohanan telah bermula.

Buletin-buletin yang dikeluarkan oleh pihak penganjur mengenai laporan pertandingan dan ramalan-ramalan keputusan akan membuatkan pelajar-pelajar didalam keghairahan. Bukan itu sahaja,perlawanan pembukaan juga dibanjiri peminat bola sepak ingin menikmati sendiri kehangatan Uniten Cup.

Saya menyeru kepada semua pembaca UnitenDaily agar dapat menyokong penganjuran Uniten Cup kali ini agar ia kita boleh jadikan sebagai budaya dan tradisi kita. Kita tunjukkan kepada pengurusan Uniten yang kita bersatu dan tidak ada timbul isu-isu pergaduhan. Kita bersatu untuk menkmati hiburan terhebat di dunia ini. Saya masih ingat ada cerita,peperangan boleh diberhentikan kerana minatkan dan ingin memnonton bola sepak.

Marilah rakan-rakan sekalian,pilihlah pasukan kegemaran anda, jangan kira anda staff atau student,lelaki atau perempuan,melayu,cina atau india,malaysia ataupun international. Sama-sama kita menjadikan ianya budaya. Jadikan Uniten Cup adalah acara keramat yang berjaya menyatukan semua.Jadikan Uniten Cup sebagai hiburan utama. Jadikan Uniten Cup saluran utama a United Uniten.

"Football Unite People"

"Let Kick Racism out of Football"

"Hail Uniten Cup 2008"

0 comments: