Apakah Ada Muslihat Di Sebalik Notis Yuran Subjek?

. Friday, December 28, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Oleh Najwan Halimi

Seorang teman memaklumkan kepada saya siang tadi tentang notis terkini daripada pihak pentadbiran universiti berkenaan dengan isu kenaikan yuran subjek yang saya bangkitkan tempoh hari. Setelah meneliti notis tersebut yang bertarikh 27 Disember 2007 (klik pada imej di atas untuk resolusi lebih jelas), saya dapat simpulkan bahawa ianya bersifat mengelirukan. Apa pun, saya ucap terima kasih kepada pihak pentadbiran universiti kerana mengeluarkan juga notis tentang yuran subjek walaupun sudah hampir tiga minggu sesi kemaskini jadual kuliah berlalu.

Jika diteliti notis yang dikeluarkan semalam, jelas bahawa pihak pentadbiran universiti cuba menyamarkan isu kenaikan yuran dengan tidak menyatakan langsung tentang perkara tersebut. Notis dimulakan dengan ayat:

Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, maka ayat tersebut sebetulnya berbunyi: "Adalah diingatkan bahawa yuran tuisyen yang dicaj didalam invois anda adalah MUKTAMAD". Persoalannya ialah, apakah sebenarnya yang cuba "diingatkan" kepada mahasiswa? Apakah sebelum ini pihak universiti ada mengeluarkan notis maka dari itu mahasiswa perlu diingatkan kembali? Dan penekanan pada perkataan FINAL (muktamad) itu boleh disifatkan sebagai salah satu percubaan pihak universiti untuk menutup ruang perbincangan serta penerangan kepada pihak mahasiswa. Kekeliruan saya terus bertambah sebaik meneliti jadual caj yuran yang turut dipamerkan (rujuk jadual di bawah):

Merujuk kepada jadual tersebut, apakah caj yuran subjek yang dinyatakan adalah caj untuk subjek teras atau subjek elektif? Atau caj tersebut merangkumi kedua-dua kategori subjek terbabit? Agak aneh kerana pihak universiti (melalui notis ini) langsung tidak membangkitkan berkenaan kadar kenaikan caj yuran subjek sebaliknya cuba menggambarkan seolah-olah caj yuran subjek ini sememangnya telah ditetapkan seperti dinyatakan di dalam Surat Tawaran Kemasukan ke Uniten.

Saya sendiri kurang pasti apa sebenarnya motif pihak universiti mengeluarkan notis ini. Apakah sekadar untuk menunjukkan bahawa tuntutan mahasiswa (yang mempersoalkan kenaikan caj yuran subjek tanpa makluman) ini sudah pun dipenuhi? Sebetulnya, mahasiswa mahukan notis sebelum kenaikan yuran dilaksanakan. Apa yang dilakukan oleh pihak universiti ialah dengan mengeluarkan notis selepas para mahasiswa selesai mendaftar subjek dan mencetak jadual. Jika pihak kerajaan mampu untuk memaklumkan kepada rakyat akan jangkaan kenaikan harga dan kos (seperti minyak dan tol), maka tidak bolehkah pihak universiti melakukan perkara yang sama kepada mahasiswa?

Saya sebetulnya masih lagi keliru dengan notis tersebut. Atau mungkin pihak universiti menganggap para mahasiswa Uniten ini bodoh dan tidak akan ambil peduli? Saya masih menunggu tindak balas dari barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkenaan isu ini. Apakah mereka sedang merencana tindakan, atau sekadar mengeluh kesah?

15 comments:

encikmasen said...

salam,

ako sendiri seperti saudara najwan, tertanya2 mengenai tujuan sebenar dikeluarkan notis ini..tapi mengikut kefahaman ako, yuran yang perlu dibayar adalah mengikut kos subjek semasa kita mendaftar sebagai student uniten (ie. kalo ako yg masuk intak e jun 04, maka subjek2 yang kosnya rm1215, akan kekal rm1215 sampai ako grad)..

tapi agak tak pasti sekiranya (ie. ako laa) repeat subjek tu..masih dikira rm1215 ataupun mengikut harga semasa..di sini ada sedikit rasa terkilan kerana pihak pengurusan tidak memaklumkan / memberi penjelasan mengenai perkara ini awal-awal..kalau awal-awal, bolehlah kita merancang kewangan kita supaya dapat membayar yuran pengajian dan juga menampung kos sara hidup..

ya..

ako pun masih menunggu maklum balas mppuniten..apercer beb?

Anonymous said...

ala.. kes ni sama jer mcm kes sewa umah dulu... sewa dah naik baru notis kluar kan? aku rakan2 MPP lepas dah pernah bermeeting dengan management dan dah menegaskan pada diorang kalo yuran apa2 akan naik, kluar notis awal(at least 1 onth before) and maklumkan jugak pada mpp. Kalo kita tanya MPP skang, info yang diorang tahu pun sama je macam kita. Bknnya management nak bgtau diorang fees naik. Kalo management bgtau be4 fees naik, of course la mpp mati-matian dah fight. Diorang pun kene bayar fees gak kan? So, encikmassen apa nak wat? ada idea?

Anonymous said...

hehe..

korang nak tau tak.. minyak dah naik.. harga brg dah naik.. inflasi yg tak nampak dah naik..

sape yg paham politik paham la..ape pasai fees uniten dah naik..
aku tak nak cite kat sini..

tapi..
pasai mpp uniten nih kita assume..
bak kata lecturer aku.. assume..

hahah.. mpp student sume pun nak stadi dan mengisi CV mereka dgn jawatan sbg mpp(void=takde perjuangan) aka tak boleh pakai..

dan admin terutama finace dept yg mmg "peka" bersama "ayat yg nampak intteligent" yg mmg tak abih abih nyusahkan tidak berkadaran dgn servis mcm gomen

maka..
sape yg ade masa lepas test nanti boleh la jumpe person2person dgn (dey,jgn lupa la bwk surat...)

Menteri Tenaga dan Komunikasi dan ADUN Putrajaya(kate kampus putrajaya)

jgn risau .. diorang tak marah kalu nak jumpe walaupun leceh skit.. pasai diorang gomen..

btw, nak dkt dah pilihanraya negara.. so baik mintak reduction of fees yg rendah.. sume politician nak juara meh.. masa masa nihla korang boleh mintak sesuatu dari gomen beb!

kenapa aku tak buat?
psl aku dah penah mengadakan diskusi hangat(hehe) dgn registra dulu.. so aku dah penah buat.. at least org tua tuh tau la muke aku.. dia dah pencen laa.. dan aku nak stadi untuk test!~ wohoo... so bagi yg rasa ade kelapangan sila la..

takpe.. nanti aku tulis surat dkt suratkhabar ok!

tp sume nih untuk yg berani la.. yg saja nak baca boleh dukung ideologi saja.. pun takpe..hehehe

so.. korang.. u guys shud know.. admin is reading this! resistance is in your way!

oh ya.. senior aku yg dah grad 2-3,4 tahun pun dah lama ckp admin uniten nih mmg semacam laa.. haiyaaa..

Anonymous said...

hmm...aku pun pelik la management uniten ni, suka-suki je naik fees x inform awal2, xkan dorg x pikir yg student akan t'tanya2 camni

aku ade gak tanya membe aku yg mpp baru ni, die kate dorg da pegi mintak p'jelasan kat management, tp kena tendang sana sini, sume x mau bg penjelasan n cakap yg department lain b'tanggungjawab psl benda ni, xkan la management sndiri pn xtau sape pnye keje yg menaik-naikkan fees ni slalunye smpai tendang2 mpp

aku harap la mpp bawa perkara ni trus ke NC, kate ade meeting ngn NC dalam masa terdekat ni, sooo ape lg...harap student2 sume sabo la ye ape feedback management lps meeting tu....harap2 mpp bleh bawa kabar gembira lps tu...=>

Anonymous said...

memang2...aku dulu penah jugak di tendang2 smpai aku malas da nak b'urusan ngan admin,
susa betul...!!
ape pon, lain kali patut bagitau dulu klu nak naikkan ape2 yuran
xde la org nak marah2....

Anonymous said...

hoho~ tak pueh hati lak aku ble yuran naik ni..

harap mpp kali ni dapat perjuangkan mengenai mende ni...

aku budak baru..so..tak mahir ngt mende2 ni...taktau nak ckp pe sgt. so..harap rakan2 len lehla bg cadgn kat mpp tu camne nak selesaikan masalah ni... ble student bersatu menyokong mpp barula dorang kuat n leh tolong kite rasenye......

trutame abg najwan tu...cam mahir n banyak idea...kalo leh jumpe mpp n bg idea kan best...


sekian..

Najwan Halimi said...

anonymous,

Saya sudah bertemu dgn Timbalan Presiden MPP, sdri Maisarah tempoh hari dan ada berbincang ttg permasalahan ini.

Saya bersama beberapa orang teman juga telah ke Pejabat Kewangan untuk mendapatkan temu janji dengan Eksekutif Kewangan. InshaAllah, Isnin ini kami akan cuba dapatkan penjelasan dari pihak kewangan.

MPP seharusnya punya medium komunikasi mulai dari sekarang. Aplikasi laman web dan laman blog sewajarnya dipertimbangkan. Usah ulangi kesilapan pimpinan terdahulu.

NAJWAN

Anonymous said...

first,aku xslhkn mpp sbb dorg pn br tau psl ni n dorg pn da ambik tindakan utk setelkn mslh ni..syabas for them..
second,aku pelik ngn management kt uniten..nape dorg xbg notis awl2 b4 naekkn fees kita..(xkn xprepare lgsg b4 student nk bt add drop..aku rs dorg still keje kot ms kita cuti..)
third,aku nk tauuu sgt napela dorg suke naekkn fees kita tiap2 sem..(ehem2,ade pape keww..kalu ade btau jela,xyah dok maen suka suki naek cantu..)

Anonymous said...

sape tak nak duit?

"korang nih bagus la.. baik hati.. aku pun suka..

mcm nih satu hari nanti aku cume perlu bagi notis je..3bulan awal pun takpe.. tp fees mesti mau naik!"

sape pk camni eh?

O.I.C but Blinded! said...

Weird? why weird? there's nothing to be weird of with the uniten administration.its simply showing their attitude, and not to forget, their way of playing such dirty game.

This people are just a bunch of sellfish, merciless humanbeing who doens't think the difficulty of others. What they hav in mind is just to drain out our money to the max and be filled in their pockets.

This is what happen when u make education into business.Yup, education is business now, and we understand that business is business,but at least have the curtesy to tell us whats going on,don't just simple increase the tuition fee without notice,its so not professional.Don't espect us to understand your situation if you don't inform us.We can only tolerate if we understand each other,not other wise.Don't you think so?

Get back to the root!! what is universities for? how far do you think you've given that extra ordinary experience in learning process? Have the Admin forgetten their goals, to be among the leading university in engineering and related field?

Or how abt your motto "Uniten Generates Professional" ? How do you generates professional when you yourself are not professional? Its like "ketam mengajar anaknya berjalan lurus".

Its shamefull to the admin, for the student to notice such flaws attitude in managing us.Its not a very good example from the professional to the 'scholars', don't you think so?

Bare in mind that the new generation that is going to manage the contry one day, and the future of this, our beloved country, rely closely to the level of education in the society, if university fails to give a proper education, and people surrounding failed to show a good example, then just prepare for the worse,we are seeing it now.

oic_but_blinded

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Nice said. If only Uniten management sees this.

Anonymous said...

Kenapa fees naik x da notis???
pendapat aku la kan, kalo die inform awal2, student mesti ar dah bising. And ramai la orang2 yang prihatin naik turun HEP dan Kewangan... And may be gak diorang takut student mengamuk.. bila naikkan fees dulu baru kuar notis, student panic, and ada gak mahasiswa yang bersikap, aku tak peduli. So diorang tak kisah la fees naik ke tak...
Or may be juga, management dah lupa yang takkan ada universiti di dunia ni yang boleh buat untung...
Sebab universiti memang kena pentingkan kebajikan. Kalo student asyik sibuk fikir duit tak da, duit tak cukup and nak pegi wat part time lagi, no wonder la student UNITEN ramai cgpa below 3.

Anonymous said...

aku pon bengang gak..
dr 960 naik smpai 1215..da la 4 subjek $1215..aku shot dekat seribu tau..
aku tanya kewangan..hampeh tol..dorg cam tatau aper2 jer..da la aku ptptn..ader la baki 400 utk 1 sem..cam ner nk idup?seratus sebulan..at least uniten bitau la awal2,dpt la aku bajet kewangan..mmg bengang giler..
yer la..aku bergantung kat ptptn jer..maner der duit tambahan...aper la nasib org cam aku nie..kat saper la nak ngadu..

Anonymous said...

thats not a dirty game.thats a strategy.anyway,by doing that,uniten also generates us to be profesional by planning a good strategi to get something.

kalo dier bagitau awl-awal,mesti la sume org mara and complain.so,strategi nye camni la.tunggu and then attack!
huhu...dont know wat to do now...:(

Anonymous said...

alaaa...xyah je naik..kalu nak naik pon..<50 utk tiap2 sbjct bole la dipertimbangkan..
ni smpi 2-3 ratus
kalu dorg bgtau awal2 pon bukan kita leh buat apa kan..the amount is still there...
juz kesian jelar ngan bbudak ptptn nih...macam aku..baki tinggal rm10 je utk whole sem..ngan lecturer bising suruh beli buku..
yang budak-budak tajaan senang sikit larr kan..yuran semua tajaan yg uruskan siap dapat duit poket lagik..kene yang tak bernasib baik macam aku nih..aku dah malas nak mintak..pointer okay cuma mintak tajaan semua kene reject..aku pn xtau nape.nak kata loaded..aku rasa kete pon aku xde nih...jangan kata kete, lesen pon aku xmampu nak amik...