Pemilihan Fasilitator: Asas Kepimpinan Mahasiswa Uniten

. Wednesday, November 28, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

(oleh: Najwan Halimi)


Saya memerhatikan dengan penuh minat respon serta ulasan di dalam beberapa entri terdahulu khususnya yang membincangkan persoalan pemilihan fasilitator untuk minggu orientasi. Perbahasan dalam wacana tersebut sememangnya jelas menzahirkan sikap serta mentaliti segelintir pelajar yang lebih gemar memesongkan pokok perbincangan dengan menyerang peribadi penulis tanpa memahami apa sebenarnya yang cuba dinyatakan.


Perihal pemilihan fasilitator yang dikatakan tidak mengikut prosedur dan kriteria sebenar seharusnya dinilai dan dilihat dari sudut yang lebih konstruktif. Sebetulnya saya bukanlah orang yang layak untuk mempersoalkan atau mendebatkan perkara ini memandangkan saya sendiri sepanjang berada di Uniten tidak pernah menjadi fasilitator minggu orientasi jauh sekali untuk memohon agar dipilih. Pun begitu, secara peribadi saya merasakan bahawa asas kepimpinan mahasiswa itu sendiri sebenarnya bermula dari program fasilitator untuk minggu orientasi.

Jika dilihat kembali zaman saya bergelar freshie empat tahun lalu, rata-rata pelajar senior yang bertanggungjawab sebagai fasilitator minggu orientasi merupakan kumpulan pelajar yang sememangnya aktif dan cergas bergiat dalam aktiviti-aktiviti kepimpinan di kampus. Dan kebanyakan dari mereka kemudiannya menduduki posisi-posisi penting di dalam organisasi kelab dan persatuan seterusnya dipilih menjadi wakil mahasiswa dalam pilihanraya kampus. Faktor akademik sememangnya penting sebagai ukuran untuk melayakkan mahasiswa memegang ijazah pun begitu ianya bukanlah piawaian asas dalam menentukan kemahiran serta kemampuan seseorang dalam menjadi pemimpin.

Apa pun, seharusnya perdebatan tentang pemilihan fasilitator ini dilihat sebagai suatu yang segar dalam usaha untuk memperkasakan lagi gerakan mahasiswa di Uniten ini. Saya ucap tahniah kepada barisan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2007/08 yang baru dipilih menduduki pejabat perwakilan pelajar. Harapan saya dan juga teman-teman mahasiswa seluruhnya agar saf pimpinan perwakilan yang baru ini dapat bergerak secara lebih konsisten dan terus komited dengan agenda kebajikan mahasiswa serta usaha penjenamaan semula MPP yang sebelum ini dilihat layu dan lesu.

NAJWAN HALIMI

http://riwayathayat.blogspot.com

7 comments:

Anonymous said...

Najwan...

kenapa aku baca tulisan kamu kali ini takde isi ya?
bahasa memang berbunga-bunga tapi what is the EXACT point that you're trying to highlight here??

I know that you're trying to address the problem yg diketengahkan "Pelajar yang Gemuk V", but to be honest, after reading that article, aku pon tak paham sangat apa yg dia cuba sampaikan dlm artikel dia tuh...
sama jer, bahasa berbunga-bunga tapi intinya kemana????

susah laa pujangga zaman sekarang... tau menulis guna bahasa berbunga-bunga, tapi akhirnya melupakan inti yang ingin disampaikan...

I wonder, org2 yg sibuk menghentam "Pelajar yang Gemuk V" tu actually paham tak apa yg ditulis org yg berkenaan?

Anonymous said...

saya rase sy paham ape yg najwan cuba smpkan....bkn xde isi, cuma rima kene la pahamkan...kalo baca btol2 rase paham da....

utk org2 yg sibuk2 menghemtam "Pelajar yang Gemuk V" tue...diaorg tau n paham ape yg diaorg dok tulis...cuma bezanye, samada org tu tau x erti kata fasilitator n kriteria pemilihan nyer....

@najwan...utk menjadi fasilitator...mmg la mereka yg layak n sesuai slalunya mereka yg aktif di dlm program n kelab/persatuan...tetapi pointer juga merupakan perkara paling penting utk pemilihan fasilitator... rase2 nyer la.. pemilihan fasilitator berdasarkan kriteria nie:

1. Interview
2. Pointer
3. Year of study
4. Experience's either as fasilitator or event handler
5. Attitude

rase2..nie la kriteria pemilihan utk bergelar seorang fasilitator..

Anonymous said...

Najwan,

Hang tu mengakukan yang hang tu x pernah jadi fasi kan.. So SHUT UP!!

Suka nak tunjuk macam bagus..

Kuat berkokok tapi haram xtau nak buat keja..

Kalau tulis bab MEMBELA NASIB PELAJAR tu beria-ria.. Kalo komen MPP tu pon mcm dia dah byk pengalaman..

Tapi bila suruh bertanding MPP xnk pulak.. Ni yang dikatakan JANTAN XDE TELOR!!

Nak bersuara jadi HERO, jadi MPP.. Buat kerja.. Baru kau tau rasa macam mana jadi PEMIMPIN..

Ini xpernah memimpin nak komen lebih2.. Memanglah semua orang ada hak nak komen, tapi kalau ngan Najwan ni bagi aku meluatlah..

Dah la najwan, budak-budak uniten ni dah meluat dengan kePOYOan kau tu..

-FASILITATOR UNITEN-

Anonymous said...

fasilitator uniten, kalau ko ada telur, tulis komen pakai la nama sendiri, apsal pakai nama samaran.

kau tu yg takde telur. penakut. setakat jadi fasilitator tu apa la sangat.

najwan walaupun tak jadi facie, tak jadi mpp, tp dia lagi terkenal dan networking dia di luar lebih hebat daripada kau.

kau ingat setakat jadi leader kat uniten tu bagus sgt ke? aku kenal najwan, dalam ppi dia banyak membantu dan merencana pelbagai aktiviti.

kau kalau tak tahu menahu ttg org jgn pakai tuduh dan fitnah.

aku nak tanya kau, betul ke semua budak uniten meluat dgn dia? ke kau sorang je yg dengki dan hasad dkt dia? sbb apa? sbb kau tak femes? hahaha!

inilah contoh org yg busuk hati, penakut dan hasad dengki. suka memfitnah org.

kalau tak kerana najwan, semua student senyap je tak kisah hal sekeliling kat uniten ni. sebab dialah semua org celik mata apa yg jadi kat mpp dulu. dan aku boleh ckp, sbb dia jugakla, student2 dah mula amik inisiatif untuk bangkit dan mulai berani bersuara!

unitendaily ni pun kalau nak dikira adalah kesinambungan usaha yg najwan cetuskan masa dia dedahkan hal mpp dulu.

sudahlah fasilitator uniten, cerminlah diri kau tu dulu sebelum mengutuk org lain.

ada najwan kritik kau ke? terasa ke?

hahaha, kalau kau jantan sangat, rileks la..bukak blog, kritik la dia balik!

-

Anonymous said...

10 sbb Fasilitator Uniten dengki dgn Najwan Halimi:

1. Najwan lebih femes dari dia walaupun najwan tak pernah jadi facie atau mpp. HEP pun kenal Najwan, Kementerian Pengajian Tinggi pun ada fail khas utk Najwan.

2. Najwan lebih berani dari dia. Najwan ada blog, dedah macam2, kritik macam2 tapi fasilitator uniten menulis pun pakai nama sendiri.

3. Najwan punya networking dekat luar lebih hebat dari Fasilitator Uniten. Najwan kenal ramai aktivis pelajar, aktivis masyarakat, tokoh politik dan pelbagai lg tp Fasilitator Uniten kenal org HEP dgn budak2 MPP je.

4. Najwan ada blog. Fasilitator Uniten takde blog dan hanya pandai mengutuk org di blog org lain.

5. Najwan menulis pakai akal. Fasilitator Uniten menulis pakai emosi.

6. Najwan tak mencarut bila menulis tp Fasilitator Uniten mencarut. Siap boleh kata telur org kecik lagi. Mungkin telur dia besar kot!

7. Najwan anak jantan sebab dia berani bawa isu-isu berat dalam penulisan dia tp Fasilitator Uniten spt yg kita nmpak hanya tahu suruh org SHUT UP!

8. Najwan berani ambil risiko utk kritik MPP tp Fasilitator Uniten hanya pandai puja MPP. Mcmla MPP tu bagus sgt!

9. Najwan budak PPI dan Fasilitator Uniten mungkin tak tahu yg najwan sgt la aktif dlm ppi dulu.

10. Aku tak kenal Najwan sgt, setakat kenal nama dan selalu baca blog dia je dan aku juga tak kenal Fasilitaor Uniten langsung sebab dia tk berani pakai nama sebenar dia. Tp aku lagi respek najwan dalam hal ini.

Anonymous said...

aku rase la kan...x patut pe yg si "Fasilitator UNITEN" nie tulis... dah guna perkataan yg x sesuai...lagipun komen yg diberikan secara personal dan emosi...lagi satu, x payah la kot tulis nama "Fasilitator UNITEN" sbb nyer bkn ko sorang jer fasi... ramai lagi....inilah yg dikatakan 'disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga'... btol ke x perumpamaan aku nie...maklumla x amek kelas peribahasa...hehe ^_^

@najwan...yg aku kenal ko...stakat nie okay jek...tp kalo dari segi berprogram, pernah tgk skali jek.. mungkin ape yg najwan dah buat menyakitkan hati si "Fasilitator UNITEN"...tp masing2 mempunyai cara masing2 dlm menyuarakan pendapat dan memperjuangkan ape yg dia rase btol....aku kurang gemar cket org tulis pkai nama "Fasilitator UNITEN"...

Najwan Halimi said...

teman-teman,

usah buang masa memperdebatkan ttg saya.

lebih elok jika difokus pada perbincangan mengenai isu yg dibangkitkan.