(oleh Pelajar yg gemuk V)
Asalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Rakan-rakan sahabat UNITEN sekalian....pada entri yang lepas saya mencadangkan penggunaan Key Performance Indicator (KPI) didalam Kelab/Persatuan. Ada beberapa komen dan pendapat menyatakan sistem tersebut baik dan perlu dilaksanakan bagi melicinkan dan meningkatkan tahap professionalisme personel-personel yang mentadbir organisasi2 tersebut.
Saya ingin menambah sedikit lagi berkenaan revolusi atau transformasi ini. Selain daripada KPI diimplementasi....kita perlu berusaha utk menanamkan sikap dan pemahaman mengenai budaya kerja yang sama sekali sgt2 baru dan moden. Kebanyakan personel-personel yang mengendalikan organisasi2 ini sgt berbakat dan berusaha. Akan tetapi....tahap professionalisme mereka masih kurang memuaskan,mohon maaf dari saya kerana mungkin saya kurang ajar,tetapi saya perlu membangkitkan perkara ini.
Masih ada yang mentadbir secara sambil lewa dan tidak mengikut etika. Seharusnya mereka perlu mengadaptasikan sistem "business is business,nothing personal". Tidak seharuskan faktor-faktor luaran seperti kawan-kawan,sahabat,emosi dan kepentingan peribadi diutamakan.Jika kita lihat organisasi yang dimana ketuanya mementingkan result dan cara pengurusan yang baik serta tidak memasukkan emosi didalam keputusan,dan jika ada subordinate tidak memberikan keputusan yang dikehendaki oleh board,maka personel trbabit sudah fail didalam tugas mereka,organisasi yg melakukan perkara seperti ini akan muncul sebagai organisasi yg kuat sekali.
Tetapi....bukan ketuanya sahaja perlu berbuat demikian,semua subordinate juga harus mempunyai etika professional yg mantap. Anak buah yang mantap akan menerima teguran dan kritikan yang dikemukakan malah sanggup membaiki prestasi dalam keadaan tertekan. Disamping itu,semua personel pentadbiran tidak kira ketua atau pengikutnya seharusnya mempunyai sifat dimana.....hal-hal pentadbiran tidak boleh dibawa keluar bilik meeting.
Jikalau seorang ketua menegur anakbuahnya secara keras kerana perlu,apabila selesai meeting,mereka boleh minum dan ketawa bersama-sama,no hard feelings,anak buah pula seharusnya menerima kritikan dan meminta maaf serta memperbaiki prestasi dan masih boleh minum dan ketawa bersama-sama ketuanya. dan anak buah tersebut tidak boleh berkata belakang dan memburukkan kepalanya....
Beginilah....jika kita mengambil modus operandi sesebuah syarikat diguna pakai di Kelab/Persatuan di UNITEN kita..kita akan lihat perubahan besar dari segi pemikiran,kematangan dan progress dan hasil Kelab/Persatuan itu.
Kepada semua pimpinan Kelab/Persatuan di UNITEN termasuk MPP sekalipun....ingatlah dan sematkan lah bahawa siswa-siswi kita adalah pelanggan-pelanggan anda.Kelab/Persatuan adalah service provider bagi siswa-siswi kita menjadi a better person. Mereka memerlukan guidance dan peluang utk menjadi insan yang berguna,maka saya meyeru semua presiden-presiden kelab/persatuan dan MPP agar mementingkan siswa-siswi ini daripada kepentingan anda...sesungguhnya semua tanggungjawab dan jawatan bagi saya adalah satu sumpahan yang kejam,kerana kita akan berkhidmat utk manusia sepanjang tempoh pimpinan kita,hidup kita kurang dipentingkan,hak-hak dan privasi kita akan diambil org secara senyap,maka...berusahalah wahai pemimpin2 pelajar sekalian....sesungguhnya andalah yang akan membantu siswa-siswi kita
0 comments:
Post a Comment