(oleh Pelajar yang Gemuk V)
Pada entri yang lepas saya mengumumkan sokongan 100% kepada Prof Ibrahim dalam mencorakkan agenda pembangunan UNITEN kita. Kini saya ingin meyeru rakan-rakan sekalian agar kita juga memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau…
Entri pada kali ini,saya ingin mengulas,memberikan cadangan dan kritikan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai pengurusan dan pembangunan Kelab/Persatuan yang berdaftar di UNITEN kita ini…
Bagi pendapat saya,Kelab/Persatuan di UNITEN ini adalah komponen penting dalam pembangunan universiti dan pelajar didalamnya. Peranan yang dibawa oleh badan ini amat signifikan sekali kerana mereka-mereka ini lah yang paliang mendekati pelajar-pelajar kita. Walaupun saya akui pelajar-pelajar kita masih kurang memberikan kepercayaan yang badan-badan ini amat penting dalam menyediakan mereka sebagai graduan yang berketerampilan dan bersedia,tetapi kita tidak boleh berhenti begitu sahaja.
Oleh itu,bagi kita memulihkan reputasi dan kepercayaan pelajar terhadap Kelab/Persatuan dan MPP sendiri,rombakan dan transformasi yang menyeluruh dilaksanakan. Saya tak mengharapakan perkara ini dilakukan secara drastik dan cepat.
Pertama,saya mencadangkan agar pihak MPP dan HEP membuat satu kertas cadangan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan melakukan penyiasatan dan kajian mengenai keberkesanan MPP dan Kelab/Persatuan didalam pembangunan siswa di UNITEN. Jawatankuasa tersebut hendaklah dianggotai sendiri oleh pihak Pentadbiran,kakitangan akademik UNITEN dan Siswa. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan kajian meyeluruh dan mencadangkan perkara-perkara yang bersesuaian dilaksanakan atau diimplementasi utk memulihkan kepercayaan siswa terhadap organisasi ini.
Kedua,setelah jawatankuasa ini diwujudkan dan kewujudannya hendaklah dimaklumkan secara meluas kepada semua pelajar dan hasil-hasil kajian hendaklah di siarkan tanpa sebarang sekatan bagi makluman pelajar-pelajar kita. Saya mencadangkan agar system KPI (Key Perfromance Indicator) dilaksanakan kepada semua organisasi pelajar-pelajar kita tidak kira MPP,Kelab/Persatuan dan Kelompok. Sistem ini dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi itu,disamping ini memudahkan pihak pentadbiran UNITEN memantau dan menilai prestasi dan kejayaan sesuatu organisasi itu.
Saya tidakmengharapkan perlaksanaan system ini secara drastik seperti yang saya utarakan diatas…biarlah jawatankuasa yang dilantik itu memberikan cadangan masa yang bersesuaian bila ianya dapat dilaksanakan dengan mengambil kira semua factor seperti tenaga manusia,budaya kerja,kewangan,factor-faktor luaran dan semua kemungkinan.
Dsini juga saya ingin mengambil kesempatan memberikan sedikit buah fikiran kepada semua pihak yang bakal terlibat jika cadangan saya diberikan perhatian yang tinggi. Saya merasakan kita akan mengalami satu revolusi budaya kerja yang dapat kita lihat hasilnya nanti. Bayangkan semua kelab/persatuan bersaing satu sama lain secara sihat seperti syarikat-syarikat bersaing merebut pasaran,membuat keuntungan,Ini akan menyemarakan suasana pembelajaran di UNITEN kita,secara tidak langsung Siswa kita didedahkan secara awal dan komprehensif mengenai dunia pekerjaan di luar sana.Pihak Pentadbiran UNITEN dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti,menjimatkan banyak kerja dan usaha memajukan UNITEN kita lebih mudah dan tersusun.
Sebelum saya menutup entri saya ini….saya sangat-sangat mengimpikan UNITEN yang meriah dan professional….Cubalah rakan-rakan memikirkan idea saya ini dan bayangkan hasilnya,apabila ini berjaya dilaksanakan barulah
“UNITEN GENERATES PROFESSIONALS”
5 comments:
I understand the ideas u dreamt about bro.
"UNITEN umpama sebuah negara.
Para siswa siswi umpama rakyat produktif.
Kelab dan Persatuan umpama syarikat-syarikat yang menyediakan peluang pekerjaan kepada para siswa siswi.
"
Result : sebelum graduate, para graduan sudah professional bukan sahaja dari tahap knowledge,bahkan dari tahap professionalisme dalam melaksanakan tugas/kerja.
Persoalan :
Dalam mencapai negara maju, adakah syarikat2nya bersaing sesama sendiri merealisasikan visi mereka sendiri atau bergabung,bekerjasama dalam merealisasikan visi negara itu sendiri? =)
Sebab tu 'syarikat2' elok mempunyai visi/matlamat seiring dengan visi/matlamat 'negara' itu sendiri supaya keuntungan bukan sahaja smpai kepada negara tapi juga kepada syarikat2 yg terlibat.
Mungkin bila ada masa boleh la aku sambung lagi sikit2.
Skang xde masa,bz sket tgh prepare diri.
p/s: hanya pandangan dari seorang pelajar yang sedang mengubah kematangan dirinya ke arah yang lebih baik lagi sebagai lelaki dewasa. ;)
salam odin...
menarik persoalan yang diutarakan...susah gak nak menjawabnya...begini lar...syarikat2 tersebut mempunyai identiti merekayang tersendiri... Di UNITEN ada sesetengah syarikat mempunyai market value yang sama seperti PRS dan WAWASAN...mereka mengejar target pasaran yang sama tetapi kaedah dan budaya kerja yang berbeza..
Saya amat berminat dan bersetuju jikalau syarikat2 ini bersaing secara sihat utk menguasai pasaran luas dan membuat keuntungan...
bagi saya utk mencapai visi negara dan syarikat berkenaan,bergabung dan bergerak berasingan boleh dilaksanakan,tiada halangan kerana ini adalah polisi syarikat terbabit...
Saya mengharapkan agar syarikat yang mempunyai pasaran yang sama seperti PRS dan WAWASAN dapat bergabung utk membentuk penguasaan pasaran yang besar dan produktif...
Mereka boleh mengadakan perbincangan dan membuat satu keputusan dan perjanjian bersama bagi membolehkan aset dan kemahiran PRS dan WAWASAN dimaksimakan pengunaannya dan dioptimumkan hasilknya...
Syarikat2 lain yang ada seperti PPI,SRM,dan lain2 mereka boleh mengadakan pakatan strategik antara mereka secara bertulis dan persefahaman utk mencapai target keuntungan perlaburan mereka.
Saya sering menyatakan keuntungan berdasarkan perolehan dan perlaburan yang dibuat...keuntungan yang dimaksudkan tidak semestinya bersifat kewangan,bagi saya keuntungan itu boleh dilhat dalam bentuk kadar penganjuran program,kadar keberkesanan program dan penghasilan produk2 manusia yang baik dan pengurusan persatuan yang efektif....
Saya menyeru agar rakan2 sekalian dan odin dapat melihat perkara ini didalam skop yg amat luas dan bukannya tertutup berdasarkan definasi sesuatu ternm itu.
-pelajar yang gemuk V-
saya sangat2 bersetuju dgn cadangan KPI ini.sangat2 berguna jika digunakan nanti.terutamanya untuk meningkatkan mentaliti pelajar-pelajar yang aktif ini untuk lebih berdaya saing,open minded(boleh menerima kritikan,pertanyaan dan sebagainya),boleh menerima perubahan drastik dan banyak lagi kebaikannya yang boleh diperolehi jika dimulakan sistem KPI ni.
-kassim-
Keuntungan yg saya maksudkan itulah keuntungan secara menyeluruh. Bukan kepada dari segi kewangan. ;)
Saya hanya menyampaikan pandangan dari segi general term tidak terperinci ke arah mana2.
Mengenai sistem KPI, saya juga menyokong jika sistem ini dapat diterapkan suatu hari nanti.
p/s : hanya pandangan biasa dari seorang pelajar biasa. ;)
erm....KPI nih bagus....
apa salah nya jika dipraktikan diperingkat universiti....
atleast boleh jugak memberi sedikit pendedahan terhadap sistem yang diguna pakai di alam pekerjaan....
so komen-komen yang mangatakan KPI ni tak seswai dijalankan di universiti nampaknya seolah-olah masih lagi berada di takuk lama...
tidak mahu menghadapi arus perubahan...mungkin selesa dengan sistem sekarang dimana penglibatan semua pelajar berada pada tahap yang mengecewakan...balik-balik muka tuh je....
nape tak ramai pelajar mahu menyertakan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan?
adakah persoalan dari exco-exco persatuan bahawa mereka bosan kerana kurang beraktiviti....sedangkan sebelum ini meraka telah menyertai pelbagai aktiviti....
namum sekarang kebanyakan diberikan kepada ahli baru untuk merasai, para exco boleh bersungut? mana perginya peluang untuk semua orang.....itu tidak termasuk bagi exco-exco yang tidak sanggup mengambil ahli-ahli baru untuk membantu mereka dalam menjalankan aktiviti..
alasan yang diberikan "ahli baru tak tahu buat kerja" "saya lebih mempercayai exco-exco untuk menjadi comitee saya" persoalan ini juga perlu diberi perhatiaon oleh setiap pemimpin kelab/persatuan....peluang yang kita dapat seharusnya dikongsi dengan individu lain sekaligus dapat menyediakan barisan pelapis pada masa akan datang.....
serta isu loyalty tehadap persatuan/kelab yang disertai....
anda sebagai pemimpin persatuan tidak ada hak hendak menilai loyalty ahli kelab anda sesuka hati....
justeru itu....berkongsi la peluang sesama kita...untuk kebaikan siapa?
sudah tentu untuk kebaikan kita bersama....
-watak kecil di uniten-
Post a Comment