Kami menyokong Prof Ibrahim...

. Wednesday, November 7, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Kami menyokong Prof Ibrahim...

(oleh : Pelajar yang gemuk V)

Asalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Peperiksaan akhir semester ini sudah pun berlalu,saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin kepada muslimin sekalian dan Selamat Hari Deepavali bagi rakan-rakan berbangsa India kita. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berjaya kepada semua rakan-rakan sahabat UNITEN yang telah habis peperiksaan final kita dan Selamat Bercuti dan diharapkan dapat berjumpa kembali Sem 2 nanti.

Saya ingin memohon maaf atas ketiadaan saya buat masa yang lama di http://unitendaily.blogspot.com, kerana kesibukan saya membuat persediaan peperiksaan saya. Sebagai anak yang taat saya harus berusaha walaupun sedikit untuk berjaya dan ayah saya sering menyatakan yang kejayaan saya adalah kenangan terindah beliau nnt dan satu hadiah yang paling bermakna utk beliau.

Berkata-kata mengenai ayah,bapa,abah…saya teringatkan seorang pegawai pengurusan tertinggi Universiti kita iaitu Prof Dr. Ir. Ibrahim bin Hussein. Beliau adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik) UNITEN. Saya mengenali beliau pertama kali sebagai Dekan Kolej Kejuruteraan. (COE). Pada waktu itu saya masih belum berpeluang utk mengenali baliau lebih rapat dan saya amat takutkan pengurusan tertinggi ketika itu.

Detik-detik saya mula mengenali beliau secara lebih dekat apabila saya diberi peluang berjumpa dengan beliau utk menguruskan beberapa acara. Perkenalan itu telah membuka mata saya TNC (A) kita amat friendly dan mesra,beliau ramah dan sangat murah senyumannya. Setiap kali saya berpeluang bersemuka dengan beliau,senyuman tidak luak dan sentiasa mengambil berat kebajikan pelajar. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan sekalian,satu ketika sebentar dahulu,UNITEN lar satu-satunya Universiti bagi saya yang TNC(A) nya amat open door. Saya tak nafikan,Prof Ibrahim amat senang apabila pelajar-pelajar berjumpa dengan beliau,tidak seperti sesetengah orang yang lain,kadang-kadang pangkatnya rendah,tetapi nak jumpa kena lalu PA lah,appointment lah dan mcm2 lagi.Bersama beliau amat mudah untuk kita berkongsi masalah dan pandangan.

Prof. Ibrahim bagi saya amat menyokong pelajar,bagi beliau pelajar lar jiwa penting kepada Universiti itu,Pelajar lar identiti Universiti itu. Saya pernah bersua dengan beliau di Pusat Islam Uniten,beliau masih mengenali pelajar2 beliau dan pelajar yang pernah berurusan dengan beliau. Beliau sangat menyokong kuat terhadap pembangunan aktiviti pelajar di Uniten. Pernah dahulu sekali beliau sanggup membantu menjayakan program-program bertahap Persatuan,demi pelajar-pelajar beliau,Beliau sering bertanyakan kemajuan dan masalah-masalah kelab/Persatuan di Uniten.Beliau amat menitik beratkan kebebasan pelajar mengadakan aktiviti dengan syarat pemantauan oleh unit HEP.

Prof. Ibrahim amat menggalakkan kita pelajar-pelajar kita keluar mepromosikan UNITEN kita. Beliau amat mempercayai yang pelajar-pelajar lah medium terbaik bagi Universiti mempromosikan kursus yang ditawarkan dan keunikan Uniten itu sendiri.

Terus terang saya ingin nyatakan disini,saya amat merindui adanya Prof. Ibrahim dalam dunia aktiviti pelajar kita. Prof. Ibrahim amat mesra dan mudah didekati. Saya amat merindukan teguran-teguran dan nasihat yang beliau kemukakan. Saya merindui tandatangan beliau di ulasan-ulasan kelulusan program kita.

Bukan saya ingin menonjolkan favouritisme dikalangan Pengurusan Tertinggi UNITEN,tetapi saya amat sedih apabila Prof. Ibrahim tidak lagi menaungi aktiviti pelajar UNITEN kita. Saya pernah menyuarakan perkara ini kepada beliau satu ketika dulu,tetapi saya mengakui transformasi yang ingin dilakukan oleh UNITEN penting bagi pembangunan Universiti kita yang telah mencapai 10 tahun.

Prof Ibrahim menjalankan tugas sebagai seorang Pentadbir,Guru,Bapa dan Rakan yang baik….sesungguhnya dunia aktiviti pelajar akan merindui beliau dan saya mengharapkan agar rakan-rakan terus memajukan dan mewarnai dunia aktivit pelajar kita di bawah naungan Prof. Ghuzz…serta mengharapkan sikap dan semangat kita yang berkobar-kobar dahalu semasa kita bersama bapa kita Prof.Ibrahim diteruskan….

Saya tidak menafikan yang saya amat merindui Prof Ibrahim….kami menyokong Prof Ibrahimdan sentiasa menyokong beliau….kami masih memerlukan beliau didalam membentuk kami sebagai insan yang berketerampilan dan berjaya.

Kami merindui beliau…kami sentiasa menyokong beliau…100% sokongan terhadap beliau

1 comments:

Anonymous said...

sangat2 bersetuju dgn apa yang dikatakan oleh pelajar gemuk V.sy mengenali prof ibrahim di karnival amanah.walaupun itu kali pertama bersua muka dengan beliau,beliau telah meununjukkan keramahannya kepada sy.sangat2 berharap beliau akan sentiasa bersama di samping pelajar pada masa akan datang.tahniah prof ibrahim!