Fasilitator UNITEN....Persoalan dan DIskusi???

. Thursday, November 22, 2007
55 comments

(oleh Pelajar yang Gemuk V)
Asalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Entri pada kali ini mungkin agak panas bagi sesetengah orang,saya mohon maaf,saya merasakan perkara ini perlu bagi masa akan datang dan menjadi prinsip saya ketika ini utk berkongsi pendapat saya.

Seperti yang anda sekalian sedia maklum,mungkin bagi beberapa orang yang telah lama berkecimpung didalam duni aktiviti siswa siswi di kampus putrajaya ataupun muadzam shah,gelaran fasilitator amat besar maknanya dan berterusan kesinambungannya. Menjadi fsilitator bagi pihak uinversiti yang tercinta ini menjadi satu kebanggaan dan penghormatan kerana ianya dipilih dari yang terbaik dikalangan terbaik.

Fasilitator juga boleh dilihat sebagai flatform terbaik bagi sesetengah kelompok manusia yang ingin memulakan karrier politik kampus mereka. Gelaran ini akan memberikan kenamaan yang sufficient dan reputasi yang besar,mereka akan diingati didalam sejarah,mereka akan sering disebut-sebut sebagai orang yang hebat. Saya tak menafikannya...

Perkara-perkara diatas hanya boleh dicapai jikalau bagi pendapat saya....ikhlas dalam segalanya. Niat yang ikhlas ingin membantu keluarga baru UNITEN akan memberikan self satisfaction yang tinggi dan perasaan puas dan segalanya yang saya sebutkan diatas hanyalah bonus bagi mereka yang ikhlas melaksanakan tanggungjawab mereka. Percayalah rakan-rakan sekalian,saya tidak menipu, dan saya sangat2 bersetuju progam2 seumpama ini terus diadakan kerana ianya dapat melahirkan generasi yang terlatih dan berjiwa patriotik terhadap Kampus kita.

Persoalannya....apakah kriteria dan code yang diguna pakai didalam pemilihan Fasilitator yang berkhidmat kepada UNITEN kita??? Saya ingin menyeru pihak2 yang berkenaan menerangkan kepada semua pembaca media ini persoalan yang saya timbulkan.

Saya ada mengetahui yang pemilihan fasilitator bagi kemasukan Jun memang diadakan telus dan melalui proses2 yang tepat dimana fasilitator dipilih berdasarkan semangat,pengetahuan dan kesanggupan. Saya mengetahui proses temuduga yang sukar dan challenging dilaksanakan oleh pihak2 yang berkenaan. Dan saya sangat2 bersetuju dengan proses tersebut. Akan tetapi saya betul2 mengharapkan pihak yang berkenaan dapat meberikan respon dan jawapan agar pembaca2 sekalian menilai dan mungkin boleh menarik balik atau membetulkan tanggapan mereka terhadap kerjaya yang murni ini.

Disamping itu,saya ingin bertanyakan apakah bentuk pemilihan dan penilaian pemilihan failitator dan orang yang menggerakkan minggu orientasi di UNITEN kita?? Adakah sistem yang digunapakai sekarang menggalakkan pertumbuhan modal insan dan penghasilan bakat2 baru bagi masa-masa akan datang?? Apakah sistem pemilihan dan perlaksanaan dapat melahirkan generasi yang betul2 mantap dan penuh dengan semangat dan idea2 baru??Saya ingin bertanya...Adakah pihak yang bekenaan berniat utk mempelbagaikan aktiviti2 baru dan adakah pihak berkenaan percaya akan prinsip berkongsi peluang dan memberi peluang kepada darah baru yang eager dan bersemangat didalam usaha murni ini???Saya perlukan penjelasan,saya perlukan penerangan agar pembaca2 sekalian dapat menilai perkara ini.Adakah pihak2 yang berkenaan ingin mengekalkan status quo mereka dan tidak ingin mengambil risiko???

Saya sebagai penilai dan pemerhati juga ingin mengambil perhatian pembaca mengenai kualiti dan pengisian orientasi itu sendiri,dan saya mengharapkan agar pembaca2 dapat memberikan komen-komen bernas dan pendapat agar kita kongsi bersama.

Mungkin perkara ini akan berlarutan,saya terpaksa mengundur diri....jumpa lagi lagi dilain masa dan di lain entri...

Merevolusikan Pentadbiran Kelab/Persatuan

. Sunday, November 11, 2007
0 comments

(oleh Pelajar yg gemuk V)

Asalammualaikum dan Salam Sejahtera...

Rakan-rakan sahabat UNITEN sekalian....pada entri yang lepas saya mencadangkan penggunaan Key Performance Indicator (KPI) didalam Kelab/Persatuan. Ada beberapa komen dan pendapat menyatakan sistem tersebut baik dan perlu dilaksanakan bagi melicinkan dan meningkatkan tahap professionalisme personel-personel yang mentadbir organisasi2 tersebut.

Saya ingin menambah sedikit lagi berkenaan revolusi atau transformasi ini. Selain daripada KPI diimplementasi....kita perlu berusaha utk menanamkan sikap dan pemahaman mengenai budaya kerja yang sama sekali sgt2 baru dan moden. Kebanyakan personel-personel yang mengendalikan organisasi2 ini sgt berbakat dan berusaha. Akan tetapi....tahap professionalisme mereka masih kurang memuaskan,mohon maaf dari saya kerana mungkin saya kurang ajar,tetapi saya perlu membangkitkan perkara ini.

Masih ada yang mentadbir secara sambil lewa dan tidak mengikut etika. Seharusnya mereka perlu mengadaptasikan sistem "business is business,nothing personal". Tidak seharuskan faktor-faktor luaran seperti kawan-kawan,sahabat,emosi dan kepentingan peribadi diutamakan.Jika kita lihat organisasi yang dimana ketuanya mementingkan result dan cara pengurusan yang baik serta tidak memasukkan emosi didalam keputusan,dan jika ada subordinate tidak memberikan keputusan yang dikehendaki oleh board,maka personel trbabit sudah fail didalam tugas mereka,organisasi yg melakukan perkara seperti ini akan muncul sebagai organisasi yg kuat sekali.

Tetapi....bukan ketuanya sahaja perlu berbuat demikian,semua subordinate juga harus mempunyai etika professional yg mantap. Anak buah yang mantap akan menerima teguran dan kritikan yang dikemukakan malah sanggup membaiki prestasi dalam keadaan tertekan. Disamping itu,semua personel pentadbiran tidak kira ketua atau pengikutnya seharusnya mempunyai sifat dimana.....hal-hal pentadbiran tidak boleh dibawa keluar bilik meeting.

Jikalau seorang ketua menegur anakbuahnya secara keras kerana perlu,apabila selesai meeting,mereka boleh minum dan ketawa bersama-sama,no hard feelings,anak buah pula seharusnya menerima kritikan dan meminta maaf serta memperbaiki prestasi dan masih boleh minum dan ketawa bersama-sama ketuanya. dan anak buah tersebut tidak boleh berkata belakang dan memburukkan kepalanya....

Beginilah....jika kita mengambil modus operandi sesebuah syarikat diguna pakai di Kelab/Persatuan di UNITEN kita..kita akan lihat perubahan besar dari segi pemikiran,kematangan dan progress dan hasil Kelab/Persatuan itu.

Kepada semua pimpinan Kelab/Persatuan di UNITEN termasuk MPP sekalipun....ingatlah dan sematkan lah bahawa siswa-siswi kita adalah pelanggan-pelanggan anda.Kelab/Persatuan adalah service provider bagi siswa-siswi kita menjadi a better person. Mereka memerlukan guidance dan peluang utk menjadi insan yang berguna,maka saya meyeru semua presiden-presiden kelab/persatuan dan MPP agar mementingkan siswa-siswi ini daripada kepentingan anda...sesungguhnya semua tanggungjawab dan jawatan bagi saya adalah satu sumpahan yang kejam,kerana kita akan berkhidmat utk manusia sepanjang tempoh pimpinan kita,hidup kita kurang dipentingkan,hak-hak dan privasi kita akan diambil org secara senyap,maka...berusahalah wahai pemimpin2 pelajar sekalian....sesungguhnya andalah yang akan membantu siswa-siswi kita