Politik kampus di UNITEN??

. Saturday, October 10, 2009
6 comments

Oleh : panerai

Salam sahabat UNITEN sekalian. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ribuan ampun dan maaf kerana sudah alam tidak menulis dan berkongsi idea. Saya sudah berjaya menamatkan pembelajaran di UNITEN dan kini berkhidmat di salah sebuah jabatan awam di Kuala Lumpur. Saya juga ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dan Selamat menyambut Deepavali kepada semua warga Malaysia. Moga kita sentiasa aman dan bergerak maju kehadapan melayari zaman.

Saya tertarik apabila mendapati telah wujud satu lagi medan diskusi maya di UNITEN. Selama ini saya hanya menjadi penulis bebas di Uniten Daily, apabila saya mengetahui mengenai UnitenKini, jiwa saya segar dan menyatakan syukur kerana pelajar-pelajar UNITEN sudah mula sedar akan kekuatan dan keperluan media didalam menyampai,menyebarkan ideologi masing-masing. Syabas kepada pemilik UnitenKini dan saya harapkan Uniten Daily dan UnitenKini akan mejadi medan pencerahan minda kepada semua pelajar-pelajar UNITEN.

Berkenaan dengan perlukah wujudnya replika dwi partisan politik di kampus UNITEN ini? Rata-rata jiwa mahasiswa muda akan segara menyokong perkara ini. Ini akan menyemarak suasana kampus dan melahirkan pemimpin-pemimpin dimasa hadapan. Wujud juga check and balance untuk kelompok yang memenangi pilihanraya untuk memberikan perkhidmatan terbaik jika ingin terus berkuasa dan menjadi lagenda di kampus mereka.

Akan tetapi, jika kita fikirkan kembali secara mendalam, dengan mengambil kira kematangan siswa UNITEN berpolitik, idea ini akan memusnahkan kita dan dijadikan peluang untuk pihak-pihak diluar pagar kampus yang sejak kian lama mengidam melebarkan sayapnya di UNITEN.

Wahai siswa/siwi UNITEN, berdasarkan pengamatan saya sejak berada di UNITEN ini. Saya mendapati pemimpin-pemimpin pelajar kita masih hijau mindanya, masih nipis mentalitinya. Maafkan saya jika ada yang marah, ini adalah kenyataan. Kelompok pemimpin ini tidak ada ideologi asas sebagai suara siswa dan lemah ilmu pentadbiran dan kematangan. Mereka ini sangat mudah di pengaruhi kerana jiwa yang mudah serta ghairah, ditambah dengan semangat politik negara diluar sana, mereka ini kuat bersuara bila tidak memerintah, senyap apabila berkuasa. Takut berdepan kritikan, mudah melenting apabila ditegur, merasakan diri orang hebat dan tidak perlu idea dan bantuan orang lain. ”Aku MPP, korang ikut saja, let me do all the jobs”.

Daripada kita berdwi partisan lebih baik kita bersandarkan prinsip asas demokrasi, direct representation. Saya cadangkan agar semua pelajar dihimpun secara berkala untuk menilai prestasi MPP. Pelajar-pelajar rela memberikan kuasa eksekutif yang kuat kepada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan Exco2nya untuk melaksanakan apa rancangan, program, pembangunan yang difikirkan perlu oleh MPP berdasarkan tempoh masa perkhidmatan termasuk.

Sebagai balasan, MPP haruslah melaksanakan perancangan itu berpaksikan hala-tuju yang ditetapkan oleh pelajar-pelajar. Let you guys have an assembly. A legislative assembly with legislative power to set the direction of student rights. MPP harus bertanggungjawab terus dan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar tanpa ada HEP dan Pengurusan mempegaruhinya. HEP and Management bertindak sebagai Judiciary memastikan pengasingan kuasa dan undang-undang Universiti di tegakkan.

Calon-calon bertanding secara individu tanpa ada partisan. Mereka-mereka ini memperjuangkan isu daripada sibuk menghentam pihak yang lain jika dwi-partisan diadakan. Mereka mengetahui,memahami,mensintesis dan menganalisa isu-isu pelajar dan berkempen memperjuangkan hak-hak pelajar. Kita tidak mahu calon-calon yang menjerit,berjanji dan menghentam pengurusan bagi meraih undi. Tetapi, CALON-CALON YANG BIJAK MENGEMUKAKAN ISU BERSERTA RANCANGAN YANG PRAKTIKAL,DAN BOLEH DICAPAI,MERANGKUMI PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR. TIDAK HANYA BERBICARA MENGENAI PROGRAM-PROGRAM TETAPI, RANCANGAN JANGKA MASA PENDEK DAN PANJANG BAGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN PEMBELAJARAN ILMIAH KAMPUS.

Dari sana siswa-sisiwi akan dilatih menjadi matang. Matang memilih pemimpin dan matang berpolitik. Tidak perlu dwi-partisan, cukup hanya MPP tahu siapa boss mereka,yakni pelajar. MPP harus takut dengan pelajar. MPP harus gerun apabila ditegur pelajar, dan sentiasa memberikan perkhidmatan, informasi, rancangan serta program berkualiti bagi menghasilkan siswa yang kompeten dan matang bagi menghadapi dunia politik negara yang lagi buas dan kejam. MPP harus berani menerima idea-idea baru, jangan jumudkan pemikiran, jangan rasakan diri itu hebat dan berkemampuan membuat semua benda. Gunakan lah sumber manusia yang beribu-ribu di UNITEN itu. Cari bakat-bakat yang ada, latih dan gunakan sebaiknya.

Akhir kata dari saya, matangkan pemikiran kita, jadi seorang yang bertamadun, kalian akan mengadakan sistem dwi partisan,tetapi bukan sekarang. Latihkan diri, cerahkan minda, lengkapkan ilmu, bersihkan hati.

realiti utopia

. Friday, August 28, 2009
2 comments

dulu aku impikan, universiti adalah satu tempat yang agung, di mana semua ilmu di dunia ini dihimpunkan untuk dipelajari, dan dikaji..apa saja perkara bebas untuk ditela'ah dan barangkali mampu membawa satu perubahan di dalam kehidupan insan..kebebasan berbicara, mengaji, dan mena'kul, semuanya diperolehi dialam universiti, sebagai persediaan untuk menghadapi dunia yang penuh pancaroba..

agak romantis fantasi ini, namun utopia jiwa ini beranggapan begitu..

tapi setelah 5 tahun bergelar mahasiswa dan akan bergraduan, utopia yang diidamkan itu sesungguhnya amat jauh dari pandangan jiwa, tiada lagi di mata..kebebasan yang diimpikan, lari dari apa yang dibayangkan..ya, memang seorang mahasiswa/i itu bebas melakukan apa saja yang dimahukan, bebas bergaul, bebas berjalan kesana-kemari..bebas..ya, tidak dihalang untuk melakukan apa yang mahu dilakukan..akan tetapi kebebasan itu tidak termasuk kebebasan intelektual, di mana bebas berbicara, mengaji, mena'kul, apasaja perkara, untuk mempersoal, mencari jawapan, menjana dan mengkritik adia, bertikam lidah, berdebat mengenai sesuatu isu yang mungkin sensitif tapi harus dibedah dan di pulihkan keadaannya demi masa depan yang sempurna..

sesungguhnya mahasiswa/i kini lebih ditekan minda inteleknya, disuap ilmunya berbanding dengan tujuan asal universiti sebagai sebuah gedung ilmu untuk sesiapa yang mahu mengejar ilmu..satu tempat di mana para intelek, ahli fikir, ilmuan dihimpunkan bagi melakukan kajian-kajian dan menghasilkan penemuan yang mampu menerobos pengetahuan ilmu sedia ada..tapi mahasiswa kini hanya disuap dengan ilmu-ilmu yang diharuskan pengambilannya agar mendapat posisi yang mulia di dalam masyarakat..keputusan ujian, yang dijawab dengan menghafal naskah-naskah, menjadi tanda aras keupayaan seseorang..gred menjadi penentu samada menjadi pujaan atau cercaan..walhal semuanya hanyalah 5% daripada apa yang di perolehi sepanjang hidup sebagai mahasiswa/i..dan apa yang diperkatakan dengan soft skills, sesuatu yang penting dan harus dimiliki ataupun diasah bakatnya untuk menjamin kesenangan dikala waktu bekerja..tapi itu hanya 10% daripada apa yang diperolehi dalam hidup mahasiswa/i..

jadi, kemana baki 85% itu? apakah unsur2 yang membina 85% itu? bagaimana mahu memperolehi 85% itu?

adapun ketika anda membaca perenggan di atas, anda sedang mendapatkan 1% daripada 85% itu..penggunaan minda untuk mencari jawapan dari satu persoalan..jawapan yang mungkin akan menimbulkan satu lagi persoalan yang apabila dijawap persoalan itu akan mnimbulkan persoalan yang lain pula..dan dari situ akan bercambah pula idea-idea yang akan dikaji, di debatkan untuk melihat kesesuaiannya..kemudian dilihat samada mampu atau tidak untuk diaplikasikan jawapan, atau idea tersebut..semua ini adalah satu proses pembelajaran yang agung..kamu lihat, kamu hairan, kamu siasat, kamu kaji, kamu fikir, kamu simpulkan..

pepatah melayu ada menyatakan; malu bertanya, sesat jalan..maka sekiranya mahu memperkatakan sesuatu isu, maka haruslah kita baca latarbelakangnya dahulu, sebelum berbicara, dan bila berbicara, perlu ada faktanya, dan yang paling penting tatacara bicara harus dijaga..dan tiada tempat yang lebih sesuai untuk dilaksanakan semua ini melainkan di universiti, dengan kemudahan bahan bacaan, tempat kajian, sumber rujukan serta minda-minda muda yang bersedia untuk digemblengkan dan juga minda-minda tua yang bijaksana yang mampu memberitahu batasannya..biar bebas minda muda ini berfikir, biar diteroka seluruh kemungkinan di dunia, bukannya dikongkong dengan peraturan yang mencengkam minda..kerana akibat cengkaman minda, maka jiwa memberontak dan membawa kacau bilau..