(oleh Pelajar yang Gemuk V)
Pada entri yang lepas saya mengumumkan sokongan 100% kepada Prof Ibrahim dalam mencorakkan agenda pembangunan UNITEN kita. Kini saya ingin meyeru rakan-rakan sekalian agar kita juga memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada beliau…
Entri pada kali ini,saya ingin mengulas,memberikan cadangan dan kritikan kepada pihak-pihak yang berkenaan mengenai pengurusan dan pembangunan Kelab/Persatuan yang berdaftar di UNITEN kita ini…
Bagi pendapat saya,Kelab/Persatuan di UNITEN ini adalah komponen penting dalam pembangunan universiti dan pelajar didalamnya. Peranan yang dibawa oleh badan ini amat signifikan sekali kerana mereka-mereka ini lah yang paliang mendekati pelajar-pelajar kita. Walaupun saya akui pelajar-pelajar kita masih kurang memberikan kepercayaan yang badan-badan ini amat penting dalam menyediakan mereka sebagai graduan yang berketerampilan dan bersedia,tetapi kita tidak boleh berhenti begitu sahaja.
Oleh itu,bagi kita memulihkan reputasi dan kepercayaan pelajar terhadap Kelab/Persatuan dan MPP sendiri,rombakan dan transformasi yang menyeluruh dilaksanakan. Saya tak mengharapakan perkara ini dilakukan secara drastik dan cepat.
Pertama,saya mencadangkan agar pihak MPP dan HEP membuat satu kertas cadangan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan melakukan penyiasatan dan kajian mengenai keberkesanan MPP dan Kelab/Persatuan didalam pembangunan siswa di UNITEN. Jawatankuasa tersebut hendaklah dianggotai sendiri oleh pihak Pentadbiran,kakitangan akademik UNITEN dan Siswa. Jawatankuasa ini hendaklah mengadakan kajian meyeluruh dan mencadangkan perkara-perkara yang bersesuaian dilaksanakan atau diimplementasi utk memulihkan kepercayaan siswa terhadap organisasi ini.
Kedua,setelah jawatankuasa ini diwujudkan dan kewujudannya hendaklah dimaklumkan secara meluas kepada semua pelajar dan hasil-hasil kajian hendaklah di siarkan tanpa sebarang sekatan bagi makluman pelajar-pelajar kita. Saya mencadangkan agar system KPI (Key Perfromance Indicator) dilaksanakan kepada semua organisasi pelajar-pelajar kita tidak kira MPP,Kelab/Persatuan dan Kelompok. Sistem ini dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi itu,disamping ini memudahkan pihak pentadbiran UNITEN memantau dan menilai prestasi dan kejayaan sesuatu organisasi itu.
Saya tidakmengharapkan perlaksanaan system ini secara drastik seperti yang saya utarakan diatas…biarlah jawatankuasa yang dilantik itu memberikan cadangan masa yang bersesuaian bila ianya dapat dilaksanakan dengan mengambil kira semua factor seperti tenaga manusia,budaya kerja,kewangan,factor-faktor luaran dan semua kemungkinan.
Dsini juga saya ingin mengambil kesempatan memberikan sedikit buah fikiran kepada semua pihak yang bakal terlibat jika cadangan saya diberikan perhatian yang tinggi. Saya merasakan kita akan mengalami satu revolusi budaya kerja yang dapat kita lihat hasilnya nanti. Bayangkan semua kelab/persatuan bersaing satu sama lain secara sihat seperti syarikat-syarikat bersaing merebut pasaran,membuat keuntungan,Ini akan menyemarakan suasana pembelajaran di UNITEN kita,secara tidak langsung Siswa kita didedahkan secara awal dan komprehensif mengenai dunia pekerjaan di luar sana.Pihak Pentadbiran UNITEN dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti,menjimatkan banyak kerja dan usaha memajukan UNITEN kita lebih mudah dan tersusun.
Sebelum saya menutup entri saya ini….saya sangat-sangat mengimpikan UNITEN yang meriah dan professional….Cubalah rakan-rakan memikirkan idea saya ini dan bayangkan hasilnya,apabila ini berjaya dilaksanakan barulah
“UNITEN GENERATES PROFESSIONALS”