Tempat Letak Kereta:Pelajar Dipinggirkan?

. Thursday, July 17, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Usai segala kemeriahan mengenai bazaar, penulis dapat mengesan satu permasalahan baru yang akan timbul tidak lama lagi.Isu berkenaan tempat letak kereta bagi para pelajar khususnya di COE.Penulis beranggapan bahawa tiada masalah besar bagi para pelajar di COIT berkenaan isu yang diutarakan ini memandangkan kapasiti ruang tempat letak kereta di sana mencukupi.

Maklum tahu akan pelaksanaan palang keselamatan automatik menggunakan konsep 'touch n go' yang akan dilaksanakan di kedua-dua kolej.Pelaksanaan ini adalah bagi menyediakan ruang khas bagi para staff dan pensyarah untuk meletakkan kereta sekaligus memudahkan mereka tanpa perlu 'bersaing' dengan para pelajar. Sememangnya satu pelaksanaan yang baik memandangkan perkara ini akan membuatkan pensyarah tiba di kelas tepat pada masanya tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk mencari tempat letak kereta.

Namun demikian, kita juga dapat saksikan bagaimana pertambahan jumlah kenderaan sangat ketara dinihari khususnya kenderaan para pelajar.Kalau difikirkan secara logik, sekiranya palang automatik itu dilaksanakan(yang mencakupi ruang tempat kereta berhadapan dan bersebelahan bangunan BM), ruang yang tinggal untuk para pelajar sememangnya tidak cukup sama sekali.Jadi timbul persoalan, kenapa tidak disediakan atau ditambah ruang untuk para pelajar bagi mewujudkan situasi menang-menang?

Penulis perlu berlaku adil disini,khususnya bagi mereka yang memiliki kenderaan.Memang mengikut pihak Universiti, terdapat kuota tertentu yang mengehadkan bilangan kenderaan pelajar berdasarkan kepada pelekat kenderaan(baik dalam atau luar kampus).Namun demikian, perlu kita menjadi lebih realistik.Bilangan pelajar yang tinggal di luar kampus semakin ramai.Jadi, satu-satunya cara untuk hadir ke kelas adalah dengan membawa kenderaan sendiri.Oleh yang demikian, untuk mengehadkan bilangan kenderaan yang dibawa oleh para pelajar bukanlah satu idea yang baik.

Seharusnya pihak universiti menjadi lebih proaktif dalam menangani masalah ini.Andai tindakan tidak diambil dengan pantas, lama kelamaan, akan kelihatan senario di mana pelajar meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan sekaligus mewujudkan kesesakan lalu lintas.Ini belum ditambah lagi dengan suasana peperiksaan akhir kelak.Pernah sewaktu pilihanraya kampus suatu ketika dahulu, ada calon yang bertanding menampilkan manifesto untuk menambah ruang tempat letak kereta di COE.Jelas menunjukkan permasalah ini telah berjaya dikesan sejak dari awal namun sehingga kini tiada tindakan diambil..Sebaliknya, pelajar makin dipinggirkan.

Mungkin di era kini, kenderaan menjadi satu keperluan asas bagi setiap pelajar di Uniten.Maka seharusnya pihak Universiti menilai kembali agar tidak statik keperluannya seperti 10 tahun yang lalu.Penulis tidak kisah andai pensyarah atau staff didahulukan, tetapi jangan sesekali dipinggirkan nasib pelajar yang boleh diibaratkan sebagai 'pelanggan setia' di Uniten ini.Kalau di penginapan, katil sanggup ditambah(sekaligus menjanjikan pulangan kepada Uniten), mengapa tidak Uniten juga mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membuat ruang tempat letak kereta baru.Andai alasan tiada tempat, cuba lihat kawasan berumput didepan food court COE.

Sekian,
MKF

5 comments:

Anonymous said...

Apa yang dapat dilihat kini ialah, UNITEN sekarang seperti mahu menaiktaraf fasiliti yang ada. Sesuatu yang positif dapat dilihat, namun jika ini akan dijadikan alasan untuk kenaikan sewa apartment dan yuran pengajian, sy rasa ini sesuatu yang tidak adil.

Semester ini merupakan semester pertama saya tinggal di luar kampus, sememangnya parking lot di coe agak terhad. Jika datang pada pukul 8 pagi, kebanyakkan parking sudah penuh. Jika UNITEN mempunyai inisiatif untuk mengehadkan penggunaan kenderaan oleh pelajar, ya boleh saya bersetuju, tp bukan untuk pelajar luar kampus sebaliknya pelajar dalam kampus.

Pengeluaran sticker untuk dalam kampus pada saya harus dihadkan dan menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan bas yang disediakan. Tapi antara alasan utama kenapa pelajar malas untuk menggunakan bas ialah kerana lambat. Pelajar kata naik bas lambat, naik basikal lagi cepat. Cadangan saya, tidak boleh kah kualiti perkhidmatan bas itu dipertingkatkan? bukankah pelajar telah membayar untuk perkhidmatan itu?

Anonymous said...

masalah:

budak bru banyk msuk uniten ----> student lame tak dapat apartment ----> kene duk luar -----> jadual xsme ngan housemate -----> kene bawak kerete/moto sendiri -----> budak bru masuk yg sepatotnye xleh bawk kenderaan, bawk gak -----> kete/moto dah banayk kat coe, admin, coit ----> xde tempat nk letak kete -----> letak kete tepi jalan -----> kadng2 kene geser -----> kene saman lg...

solution:
1)klau xdapt provide more parking space.. so.. dont saman kete student...
2) wat parking lot bru.. kt padng depan coe fudcourt.. klau bleh wat parking bertingkat...
3) kate bdk bru xleh bawak kenderaan.. diorng yg duk luar ok la.. ni yg duk dalam... saman orng yg xde stiker... student bru yg duk dalam SEPATUTNYE xdapat stiker... bdk lame yg xde stiker tu, masalh korng la... sape suh x apply sticer...

Anonymous said...

About parking lots,
seriously, i got no comment on the infrastructure in uniten,
some unnecessary place build for unknown usage, misleading roadsigns...
well, there's lots of place to improve, but I still don't see any increment of parking lots.

and restricting parking, so called stickers, will not solve any, but to increase the vehicle roaming around the campus,

and one thing,
uni must not limit distribution of vehicle pass or something.
I don't see any problem is other university like monash and stuff.
they are effective, but we are not.

construct more parking lots in effective way pls, nuff said

QAYYIM HAFIDZI said...

isu parking lot makin ketara hari ini..bila pelajar ambil inisiatif sendiri dengan parking di bahu jalan, disaman pula RM50.

saya agak terkilan dengan sistem palang yang dipasang depan parking lot BM. katanya kawasan tu khas untuk pensyarah, tapi kawasan belakang (depan tangga coe foodcourt ke BM) masih tak digunakan sepenuhnya. malahan siap 'chop' lagi tempat lama parking pensyarah. kan dah berlaku pembaziran kawasan!?

cadangan saya: construct laluan kereta ke kawasan belakang (depan tangga coe foodcourt ke BM) dari kawasan tempat letak kenderaan pelajar.maknanya, depan BM mmg khas untuk lecturer..kwsn yg memang tak pakai tuh mintaklah diberikan kepada pelajar. tak payah pon teroka kawasan baru..

tapi kalau teroka kawasan dekat2 untuk buat parking lot baru pon apa salahnya.

dengan rasa berharap, mintak pihak universiti teliti betul2 isu ini.saya yakin pihak universiti mahukan yang terbaik buat pelajar, tp mungkin terlepas pandang.

Anonymous said...

Sepatutnya padang hijau yang terletak di antara foodcourt coe dan bus stop bertentangan dengan bangunan BV tu dijadikan tempat parking...

Pada pendapat aku, bukan susah sgt pun untuk kambus padang tu bubuh tar jalan.. Pastu nak bubuh palang automatik ka, pak guard sampai sepuluh orang ka pun bubuh lah..