Disaat Malaysia sedang berteka-teki berhubung debat minyak di kaca televisyen, namun itu semua tidak menjadi satu kekangan bagi para pelajar Uniten untuk turut sama menyertai bazaar kelab dan persatuan yang julung kalinya diadakan di Upten.Walaupun dihimpit dengan kesempitan ruang, namun kendalian program yang diketuai oleh saudara Kanesh, Exco kelab dan persatuan MPP telah membawa satu kejayaan dan anjakan paradigma terhadap budaya Uniten.
Penulis juga berasa sukacita melihatkan keadaan santai di Upten.Sememangnya ini budaya baru yang mungkin boleh diambil oleh MPP untuk mendekati para pelajar. Tidak pernah penulis bayangkan seorang pelajar mendaftar diri untuk menyertai kelab pilihan mereka dengan berseluar pendek, berpakaian kasual disulami dengan suasana yang cukup meriah(terutama apabila penari dari Astena memulakan muzik dan rentak tari mereka.) sebelum ini.Namun demikian, dengan keadaan sedemikian rupa, pelajar lama dan baru umpama sudah akrab serta melupakan status senior dan junior yang ada sekaligus menimbulkan semangat Uniten( bak kata ahli PRS,Cintaku tertinggal di Uniten).
Penulis juga berkesempatan untuk bertemu dengan mantan Presiden MPP sesi 2005/2006 yang turut mengakui keberkesanan program bazaar ini dijalankan ditempat yang santai. Walaupun demikian, penulis mencadangkan agar pihak MPP seharusnya menjadikan medium ini sebagai wadah bicara hati ke hati bersama pelajar. Mungkin mereka boleh berlegar-legar dan bertegur sapa bagi merapatkan ukhuwah diantara pemimpin dan pelajar sendiri.
Semoga disaat senja barisan MPP sedia ada ini, menjadi satu titik tolak kepada satu peralihan budaya yang lebih segar.Ucapan tahniah buat barisan kepemimpinan yang diketuai saudara Naufal.Akhir kalam,siapa kata MPP tak buat kerja?
P/s: Tahniah kepada Wawasan kerana masih unggul sebagai pilihan pelajar.
MKF
6 comments:
Tahniah kepada ASTENA -> Booth tercantik
Tahniah kepada WAWASAN -> Pakaian paling kemas dan seragam.
:)
Tahniah kepada MPP
Sememangnya menarik dan menambah seri kehidupan kampus UNITEN.
Saya mencadangkan agar persembahan spt dari Astena diadakan sebulan sekali utk menarik perhatian Uniteners dari balik umah ujung minggu.
Tahniah kepada kelab2 dan persatuan...saya denagr khabar,kenaikan mendadak dari jumlah recruitment kali ini...
semoga semangat ini diteruskan...
jangan takut berjuang utk pelajar...kalo betul yg anda buat,nescaya siswa/siswi kita akan menyokong
-pelajar yg gemuk V-
tahniah buat saudara kanesh dan MPP!! dan tahniah juga pada kelab2 yg berjaya meraikan bazaar tersebut...
terima kasih.
-wakil ahli kelab wawasan
salam.tahniah kpd mpp.satu usaha yg baik sy rasa.
walaubagaimanapun,diharap MPP lebih "concern" dgn keadaan sekeliling slps ini.
cthnya spt;
1-azan berkumandang ;ttp ada yg terpekik & terlalak bersuka ria.ISLB tak ajar mcm tu.
2-aktiviti menari? shgga kini,sy xdpt apa konklusinya.yg sy ingt hanyalah,"memakai tudung ttp sanggup bergoyang-goyang di hdpn ramai org"- kalau aku seorang perempuan melayu - aku malu !! ISLB tak ajar mcm tu.
smg apa yg terjadi dapat dijadikan pengajaran.kita hidup ada tuhan.jangan sampai lupa tanah didaratan.
//tahniah pd semua tenaga penggerak!
Salam.
Sempat meluangkan masa lebih kurang 3 jam di Upten pada hari tersebut. Syabas saya ucapkan. Memang meriah. Walaupun pertama kali diadakan di Upten (less formal) namun sambutan sangat menggalakkan.
Apapun, kita tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Apa yang baik kita teruskan, apa yang kurang elok sama-sama kita jadikan sempadan. Wallahu'alam.
Syabas buat MPP Uniten!
Post a Comment