Warkah Buat Bongsu

. Sunday, July 20, 2008
1 comments

oleh:MKF

Setelah hampir dua minggu sesi kuliah bermula,sudah mula menampakkan kegigihan para pelajar(khususnya yang baru mendaftar) dalam mendapatkan keputusan terbaik.Anugerah dekan, CGPA waimah cara untuk mengulangkaji pelajaran seringkali menjadi taruhan soalan oleh para pelajar baru kita.Tidak kurang juga bagi para pelajar yang baru sahaja melangkah ke fasa program ijazah didalam sesi pengajian mereka.Oleh demikian, ingin penulis menjadikan sesi penulisan kali ini sebagai sesuatu yang boleh membantu bagi mereka yang masih lagi tercari-cari arah dalam pengajian.

Apabila tiba di alam universiti, anugerah dekan adalah perkara yang sering diidam-idamkan bermula dari saat kita memulakan pengajian sehinggalah tamat pengajian.Bagi para pelajar ijazah, perlu untuk diingatkan bahawa semester 1 pengajian anda adalah semester terpenting dalam mencorakkan perjalanan pengajian anda.Sebenarnya, formula untuk mendapatkan kejayaan tidaklah sesukar mana.Penulis rungkaikan formula itu dengan analisis mudah:

Pergi kelas + buat tutorial + konsisten = anugerah dekan

Pergi ke kelas bukan bermaksud demi untuk tandatangan borang kehadiran, tetapi kerana ingin memahamkan topik yang ingin disampaikan oleh pensyarah.Menjadi satu tabiat bagi pelajar, adalah apabila tidak memahami sesuatu perkara, mereka akan meletakkan tanggapan, 'tidak mengapa, balik boleh revise';'tidak apa, tanya rakan kelas lain' dan pelbagai alasan untuk tidak berusaha mendapatkan kefahaman 100% didalam kelas.Apabila tindakan ini diambil, maka anda akan lebih bergantung kepada nota dan rakan anda sehinggakan bibit-bibit untuk tidak hadir ke kelas mulai timbul.Akhirnya, anda mula untuk ponteng dan belajar sendiri.Ini bukan satu tindakan yang bijak yang akhirnya boleh menjerat anda apabila tiba saat menduduki peperiksaan akhir.

Buat tutorial dan konsisten adalah rumusan terbaik.Buat tutorial bukannya dalam erti kata 'buat-buat' tutorial..Beza dua senario ini.Buat tutorial adalah bertujuan untuk mendapatkan pemahaman konsep dan contoh soalan.'Buat-buat' tutorial adalah bertujuan untuk sekadar siap dan boleh dijadikan sumber untuk mengelak daripada pandangan negatif pensyarah.Jadi anda boleh pilih sendiri.

Ini adalah cara yang mudah untuk mendapatkan anugerah yang diidamkan ini.Mudah.Sukarnya adalah apabila anda keluar daripada landasan dan mula tidak fokus pada pengajian anda.Namun perlu untuk diingatkan, disaat ini, anugerah dekan bukanlah fokus utama, tetapi perlulah seiring dengan nilai tambah yang ada.Nilai tambah bagaimana? Mungkin penulis akan huraikan kemudian hari.Ingat, bila anda memandang perkara ini dengan mudah dengan lagak ego bahawa anda tahu semua yang ditulis ini, maka anda perlu berfikir semula kelak.Bukan pemahaman formula yang diberikan ini menjadi kepentingan, tetapi pengaplikasian perkara ini perlu diinterpratasikan dahulu.

Sekian.
MKF

Tempat Letak Kereta:Pelajar Dipinggirkan?

. Thursday, July 17, 2008
5 comments

Usai segala kemeriahan mengenai bazaar, penulis dapat mengesan satu permasalahan baru yang akan timbul tidak lama lagi.Isu berkenaan tempat letak kereta bagi para pelajar khususnya di COE.Penulis beranggapan bahawa tiada masalah besar bagi para pelajar di COIT berkenaan isu yang diutarakan ini memandangkan kapasiti ruang tempat letak kereta di sana mencukupi.

Maklum tahu akan pelaksanaan palang keselamatan automatik menggunakan konsep 'touch n go' yang akan dilaksanakan di kedua-dua kolej.Pelaksanaan ini adalah bagi menyediakan ruang khas bagi para staff dan pensyarah untuk meletakkan kereta sekaligus memudahkan mereka tanpa perlu 'bersaing' dengan para pelajar. Sememangnya satu pelaksanaan yang baik memandangkan perkara ini akan membuatkan pensyarah tiba di kelas tepat pada masanya tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk mencari tempat letak kereta.

Namun demikian, kita juga dapat saksikan bagaimana pertambahan jumlah kenderaan sangat ketara dinihari khususnya kenderaan para pelajar.Kalau difikirkan secara logik, sekiranya palang automatik itu dilaksanakan(yang mencakupi ruang tempat kereta berhadapan dan bersebelahan bangunan BM), ruang yang tinggal untuk para pelajar sememangnya tidak cukup sama sekali.Jadi timbul persoalan, kenapa tidak disediakan atau ditambah ruang untuk para pelajar bagi mewujudkan situasi menang-menang?

Penulis perlu berlaku adil disini,khususnya bagi mereka yang memiliki kenderaan.Memang mengikut pihak Universiti, terdapat kuota tertentu yang mengehadkan bilangan kenderaan pelajar berdasarkan kepada pelekat kenderaan(baik dalam atau luar kampus).Namun demikian, perlu kita menjadi lebih realistik.Bilangan pelajar yang tinggal di luar kampus semakin ramai.Jadi, satu-satunya cara untuk hadir ke kelas adalah dengan membawa kenderaan sendiri.Oleh yang demikian, untuk mengehadkan bilangan kenderaan yang dibawa oleh para pelajar bukanlah satu idea yang baik.

Seharusnya pihak universiti menjadi lebih proaktif dalam menangani masalah ini.Andai tindakan tidak diambil dengan pantas, lama kelamaan, akan kelihatan senario di mana pelajar meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan sekaligus mewujudkan kesesakan lalu lintas.Ini belum ditambah lagi dengan suasana peperiksaan akhir kelak.Pernah sewaktu pilihanraya kampus suatu ketika dahulu, ada calon yang bertanding menampilkan manifesto untuk menambah ruang tempat letak kereta di COE.Jelas menunjukkan permasalah ini telah berjaya dikesan sejak dari awal namun sehingga kini tiada tindakan diambil..Sebaliknya, pelajar makin dipinggirkan.

Mungkin di era kini, kenderaan menjadi satu keperluan asas bagi setiap pelajar di Uniten.Maka seharusnya pihak Universiti menilai kembali agar tidak statik keperluannya seperti 10 tahun yang lalu.Penulis tidak kisah andai pensyarah atau staff didahulukan, tetapi jangan sesekali dipinggirkan nasib pelajar yang boleh diibaratkan sebagai 'pelanggan setia' di Uniten ini.Kalau di penginapan, katil sanggup ditambah(sekaligus menjanjikan pulangan kepada Uniten), mengapa tidak Uniten juga mengeluarkan sedikit peruntukan untuk membuat ruang tempat letak kereta baru.Andai alasan tiada tempat, cuba lihat kawasan berumput didepan food court COE.

Sekian,
MKF

Bazaar Meriah, Tahniah MPP!

.
6 comments

Disaat Malaysia sedang berteka-teki berhubung debat minyak di kaca televisyen, namun itu semua tidak menjadi satu kekangan bagi para pelajar Uniten untuk turut sama menyertai bazaar kelab dan persatuan yang julung kalinya diadakan di Upten.Walaupun dihimpit dengan kesempitan ruang, namun kendalian program yang diketuai oleh saudara Kanesh, Exco kelab dan persatuan MPP telah membawa satu kejayaan dan anjakan paradigma terhadap budaya Uniten.

Penulis juga berasa sukacita melihatkan keadaan santai di Upten.Sememangnya ini budaya baru yang mungkin boleh diambil oleh MPP untuk mendekati para pelajar. Tidak pernah penulis bayangkan seorang pelajar mendaftar diri untuk menyertai kelab pilihan mereka dengan berseluar pendek, berpakaian kasual disulami dengan suasana yang cukup meriah(terutama apabila penari dari Astena memulakan muzik dan rentak tari mereka.) sebelum ini.Namun demikian, dengan keadaan sedemikian rupa, pelajar lama dan baru umpama sudah akrab serta melupakan status senior dan junior yang ada sekaligus menimbulkan semangat Uniten( bak kata ahli PRS,Cintaku tertinggal di Uniten).

Penulis juga berkesempatan untuk bertemu dengan mantan Presiden MPP sesi 2005/2006 yang turut mengakui keberkesanan program bazaar ini dijalankan ditempat yang santai. Walaupun demikian, penulis mencadangkan agar pihak MPP seharusnya menjadikan medium ini sebagai wadah bicara hati ke hati bersama pelajar. Mungkin mereka boleh berlegar-legar dan bertegur sapa bagi merapatkan ukhuwah diantara pemimpin dan pelajar sendiri.

Semoga disaat senja barisan MPP sedia ada ini, menjadi satu titik tolak kepada satu peralihan budaya yang lebih segar.Ucapan tahniah buat barisan kepemimpinan yang diketuai saudara Naufal.Akhir kalam,siapa kata MPP tak buat kerja?

P/s: Tahniah kepada Wawasan kerana masih unggul sebagai pilihan pelajar.

MKF

UNITEN Pusaka Tersayang.

. Monday, July 14, 2008
2 comments

oleh : Panerai

(entri ini dipengaruhi oleh blog seorg teman Panthera Leo Parsica)
Salam Semua,

Saya ingin berkongsi dengan kalian pelajar-pelajar UNITEN sekalian, isu tergempar yang belaku tidak lama dahulu di Malaysia telah meletakkan Uni kita dimata dunia.
Saya amat bersedih, saya ingin menyatakan..kita sebagai siswa/siswi UNITEN adalah yang terbaik di kalangan graduan2 masa kini.

Graduan kita mempunyai reputasi yang tinggi. Pengajaran dan Pembelajaran yang kita perolehi daripada pensyarah2 kita telah membentuk jatidiri yang unik dan sentiasa dikejar oleh majikan-majikan di luar sana.

Kualiti pembelajaran bertaraf dunia dan graduan yang telah diakui mempunyai ciri-ciri yang diinginkan. Penuh semangat dan mempunyai tahap interpersonal skills yang baik dan membanggakan.

Rakan-Rakan sekalian...isu berkaitan dengan bekas pemimpin kita itu,tidak haruslah menjadi pelemah semangat. Saya mendengar komen dari rakan2 yang menjalankan latihan industri baru-baru ini,mereka geram kerana majikan bertanyakan mengenai perkara bekas pemimpin itu,malah ada yang menerima panggilan dari rakan2 sekolah,dan keluarga dari jauh menanyakan perkara ini.

Sabar wahai rakan2 sekalian. saya berbangga dengan Universiti Tenaga Nasional ini, saya akan mendabik dada menyatakan UNITEN Pusaka Tersayang.

sila klik bagi melayari coretan seorang teman mengenai nasihat kepada semua. siswa/siswi kita.

Salah Siapa?

. Friday, July 11, 2008
0 comments

Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut, ingin dengan besar hati saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa individu yang mempunyai usaha tinggi dalam mewujudkan blog ini sebagai medium melontarkan suara mahasiswa di samping individu-individu lain yang berusaha mengutarakan pendapat dan permasalahan yang berlaku di pusaka tersayang kita ini. Saya merupakan pelawat tetap Uniten daily untuk beberapa bulan sebelum ini berikutan promosi dan buah mulut yang meluas tentang blog ini di kalangan warga Uniten.

Tidak dinafikan kebanyakan pendapat-pendapat dan ulasan-ulasan yang dipaparkan di sini amat bernas, membina dan membuka mata kita sebagai warga Uniten. Tetapi sejauh mana ini semua dapat memberi impak kepada mahasiswa-mahasiswa Uniten?

Inilah permasalahan yang saya cuba utarakan kali ini. Saya tidak mempersoalkan keberkesanan atau pun fungsi Uniten Daily dalam memberi impak kepada mahasiswa tetapi persoalan saya adalah tentang pendirian dan penerimaan mahasiswa dalam segala isu kebajikan mereka sendiri.

Mari kita lihat, usaha telah ada. Ya, kita punya MPP, kita punya Uniten Daily (walaupun dilanda kontroversi, nah, Uniten Daily masih gagah berdiri!) tetapi di mana pendirian mahasiswa kita? Setiap kali sesuatu isu berlaku di dalam kampus, mereka hanya pandai merungut dan memprotes tapi apa yang mereka lakukan dalam mempertahankan hak mereka, hal ketidakpuasan hati mereka?

Tiada.

Tidak. Jangan terlalu asyik menuding jari terhadap pucuk pimpinan MPP dengan mendakwa mereke tidak berbuat apa-apa untuk kita, di sisi lain yang perlu kita semua renung adalah, adakah kita sentiasa di belakang mereka?

Mari kita undur sedikit masa ke belakang. Ya, mungkin mereka ada silapnya.

Tetapi, sebagai mahasiswa kita perlu berada di belakang mereka supaya suara kita yang diwakili mereka ini lebih mantap, lebih kukuh, dan yang paling penting, undeniable. Ini tidak, kita lebih suka duduk di bilik, menghadap PC dan laptop sambil melayari internet dan setiap kali connection perlahan dan 'server down', kita hanya tahu memaki KMC.

Ya, sila mengaku, setiap dari kita pasti begitu dan persoalan serta permasalahan yang acapkali diutarakan hanya kita pandang sepi dan barangkali hanya mengomel-ngomel kecil sesama rakan-rakan.

Sebagai contoh, isu yang diutarakan oleh saudara MKF berkaitan dengan isu baki tabung aktiviti pelajar yang didakwa sudah tidak berbaki lagi. Isu ini amat besar sebenarnya, memandangkan ia adalah hak kita, dikutip hasilnya dari setiap seorang dari kita pada setiap semester. Bagi mereka-mereka yang berpersatuan saya percaya mereka lebih tahu nilai setiap sen dari tabung ini. Jadi mereka prihatin dengan isu ini, tetapi bagaimana pula dengan segelintir, ouh maafkan saya, bukan segelintir tetapi sebahagian besar mahasiswa di luar sana yang tidak aktif berpersatuan?

Rata-rata jawapan yang diterima mudah. Antaranya :

"Ouh aku tidak aktif kelab, so malas amik pot"

"Aku bukannya ada kelab pun, malas nak fikir"

Jadi mari berhenti sejenak untuk melihat konklusi yang boleh disimpul dari situasi di atas.

Jika setiap seorang pelajar bersikap di atas, tidak acuh dengan isu yang tidak berkaitan dengan diri mereka, bilakah suara mahasiswa akan bersatu?

Bila?

Sahabat-sahabat sekalian, sama ada isu itu berkaitan dengan diri kita atau tidak, tidak timbul. Selagi isu dan permasalahan itu berkaitan dengan mahasiswa, maka isu dan permasalahan itu adalah berkaitan dengan setiap dari kita.

Jadi bilakah semua mahasiswa kita mampu berfikiran sebegini?

Mari kita sama-sama renungkan.

Salam.



By : NKK

RM 0.00

. Thursday, July 3, 2008
0 comments

Apabila melihat kepada tajuk, pasti anda sudah sedia maklum bahawa artikel ini akan memperihalkan tentang kewangan.Ya, memang kali ini penulis membawakan lagi isu mengenai kewangan.Semua sedia maklum,tatkala musim cuti(bagi mereka yang tidak mengambil semester khas), kita sering kali mengendahkan perkara berkaitan Uniten.Namun demikian,bagi mereka yang aktif dengan aktiviti-aktiviti kelab pasti berasa gusar mengetahui perkara ini.

Mengikut daripada sumber dalaman, sumber kewangan bagi aktiviti/ kebajikan pelajar sudah pun menunjukkan angka sifar.Memang perkara ini agak mengejutkan.Penulis sendiri berasa hairan.Hendak katakan perkara ini tidak sahih,sukar juga.Ini kerana penulis sendiri masih gagal mendapatkan wang dari pihak HEP yang sudah pun tertangguh selama beberapa bulan.Malahan, ada yang lebih teruk lagi apabila terdapat kelab yang masih belum menerimanya lagi sejak bulan Januari.Lebih buruk lagi, peruntukan baru akan diterima pada bulan Ogos tatkala semester baru dimulakan.

Kali ini, tiada tundingan jari perlu dilakukan.Tetapi seharusnya kita menyiasat perkara ini sebaiknya.Mengapa begitu cepat sekali tabung aktiviti pelajar 'kekeringan'.Maka, penulis mengambil beberapa teori untuk disahkan:-

1) Pelajar menggunakannya melebihi had.Terdapat segelintir kelab menggunakan peruntukan yang berlebihan.Sedangkan setiap kelab hanya boleh mencapai maksimum RM 15,000.Tetapi jika difikirkan, terdapat juga kelab yang tidak aktif yang hanya menggunakan sedikit sahaja peruntukan.Mungkin dalam lingkungan RM1000-5000 sahaja.Bagaimana boleh kurang juga?

2) Perubahan sistem.Apabila sistem kewangan di bahagikan mengikut jabatan masing-masing contohnya diantara PPH dan HEP.Peruntukan untuk pengangkutan yang boleh dikatakan tinggi harganya membuatkan tabung aktiviti pelajar dihabiskan dengan cepat.Adakah perkara ini terjadi sebelum ini apabila jabatan-jabatan tidak dipisahkan?

3) Konspirasi.Pengaliran wang aktiviti pelajar disalurkan kepada penggunaan pihak Universiti untuk mempromosi dan orientasi.Maklumlah, kini promosi agak hebat dengan iklan ala kolej swasta biasa di radio tempatan memerlukan harga yang tinggi juga.Bagaimana pula dengan pengubahsuaian pejabat HEP,adakah mendatangkan manfaat kepada pelajar dengan membuat dinding kaca? Namun demikian,penulis enggan memfitnah mana-mana pihak.

4) Penjimatan kos.Maklum tahu bahawa Uniten boleh diumpamakan suatu liabiliti kepada TNB khususnya di Muadzam.Mungkin juga,saluran kewangan di agihkan pada jabatan lain yang lebih memerlukan kerana TNB sekarang juga goyah akan kewangannya.

5) Pilihanraya? Adakah wang kita digunakan untuk peruntukan pilihanraya.Terlalu jauh rasanya teori ini dibuktikan.Haha

Maka,teori yang digariskan ini kemungkinan besar boleh diselidik.Mungkin juga perkara yang dibawakan penulis ini tidak sahih.Maka,sekiranya perkara ini berlaku,maka penulis mohon agar artikel ini tidak disiarkan lagi.Namun,sekiranya benar,mungkin kita perlu lakukan sesuatu.

MKF