Khabar Angin:Ya/Tak?

. Monday, March 10, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

oleh : MKF

'Khabar angin';dua perkataan yang digabungkan menjadi satu serta cukup sinonim dengan masyarakat kita.Perkataan 'khabar' itu boleh membawa makna berita.Dalam masyarakat kita,khabar juga sering digunakan dalam perbualan.Contohnya,apa 'khabar','khabar' berita dan sebagainya.Angin pula boleh dikonotasikan dalam pelbagai perspektif.Kata orang,pokok tidak akan bergoyang kalau tiada 'angin'nya.Walaupun angin tidak kelihatan melalui mata kasar,tetapi impaknya boleh diterima kepada diri kita.Paling tidak,apabila orang buang angin,pasti menusuk juga bau-bau ke dalam hidung.Jadi,apabila digabungkan,kedua-dua perkataan ini,membawa satu maksud yang boleh diinterpratasi kepada positif mahupun negatif.Tuntasnya,khabar angin ini boleh dianggap sebagai suatu berita yang belum pasti akan kesahihannya,namun bisa meninggalkan impak kepada orang yang menerima atau mendengarnya(seperti mana pengertian maksud 'khabar' dan 'angin').

Baru-baru ini,penulis telah pun menerima beberapa khabar angin yang boleh dikatakan kurang enak bagi sesetengah pihak.Sememangnya penulis jarang menulis sesuatu tanpa berteraskan fakta dari sumber yang autoritatif atau yang boleh dipercayai.Namun,anggaplah artikel kali ini sebagai bekalan untuk kita bersiap-siaga dengan apa jua keadaan yang akan mendatang.
Berkenaan dengan yuran penginapan.Satu isu yang agak sensitif bagi sesetengah pelajar yang menginap didalam kampus.Sebelum ini, kita pernah mendengar akan kejayaan MPP yang terdahulu mempertahankan yuran penginapan dari dinaikkan.Namun,kini yuran penginapan telah pun dinaikkan tetapi dalam masa yang sama,perkhidmatan internet diberikan secara percuma.Satu taktik mendapatkan keuntungan yang menarik oleh pihak universiti.Namun,penulis menganggap,situasi ini boleh dikatakan situasi 'menang-menang' dimana kedua-dua pihak mendapat kelebihan tersendiri.

Tetapi kedengaran baru-baru ini,yuran penginapan akan dinaikkan lagi.Kadar kenaikan masih lagi belum dinyatakan secara jelas.Ada ura-ura bahawa bilik yang dahulunya RM180 akan menjadi RM200.Jika tidak silap penulis,yuran penginapan sebelum ini rendah kerana diberikan diskaun.Maka,sekiranya yuran penginapan dinaikkan lagi,pelajar akan lebih terbeban.Walaupun perkara ini masih lagi belum disahihkan,tetapi biarlah suara kita sudah dahulu menyatakan pendirian,gusar apabila sindrom 'sudah terhantuk baru nak tengadah' terjadi lagi.

Penulis juga ada mendengar khabar angin mengenai target kemasukan pelajar untuk pengambilan Jun nanti adalah sebanyak 2700 orang.Jumlah yang agak tinggi.Tetapi penulis mengambil pendirian untuk tidak mengupas secara mendalam mengenai perkara ini kerana tidak mendapat maklumat yang cukup rapi.Namun,penulis ingin mengajak pelajar Uniten menawarkan diri untuk menjadi sukarelawan/fasilitator untuk kemasukan Jun ini nanti.
Kesimpulannya,khabar angin mengenai kenaikan yuran ini sememangnya telah lali bagi pelajar Uniten.Namun,terpulang kepada kita,samada untuk menyatakan pendirian kita sebelum 'diserang' atau menunggu 'diserang' baru ingin bertahan.Samada anda ingin percaya atau tidak,terpulang kepada anda kerana kepercayaan anda adalah rahsia anda(pengaruh pilihanraya).

Sekian

7 comments:

Anonymous said...

Berdasarkan khabar angin yang saya terima pula, kejayaan yang dicapai oleh MPP yang dahulu itu disusuli dengan penjanjian dengan pihak UNITEN. Apa yang saya dengar ialah, dalam tempoh beberapa tahun(kurang pasti berapa tahun) yuran penginapan kana naik sebanyak RM5. Jadi, ketika penjanjian itu dipersetujui, yuran penginapan untuk Twin Sharing adalah RM170 dan Single adalah RM235. Pada semester lepas didapati bahawa yuran penginapan telah naik sebanyak RM10 denagan alasan pelajar mendapat kemudahan internet percuma. RM5 daripada kenaikan itu adalah daripada perjanjian, dan baki RM5 adalah untuk yuran kemudahan internet.
Jika alasan yang ingin diberikan oleh pihak UNITEN adalah disebabkan oleh cas utiliti (elektrik, air dan internet) maka diharapkan alasan yang dikemukakan itu mesti beserta dengan bukti yang sahih. Menyentuh kepada penggunaan elektrik. Seperti yang kita tahu, Kelompok Amanah kini telah pun didiami oleh pelajar-pelajar asing yang mejoritinya daripada Timur Tengah. Kebanyakan daripada mereka telah memasang air-cond, water heater, peti sejuk dan macam-macam lagi alat elektrik yang terang-terang menyalahi peraturan kelompok dan menyumbangkan kepada penggunaan elektrik yang tinggi di Amanah. Tetapi ini semua DIBENARKAN oleh pihak UNITEN.
Mungkin ini adalah salah satu daripada strategi yang telah dirancang untuk menarik lebaih ramai pelajar-pelajar asing untuk belajar di UNITEN. Ingin saya tegaskan sekali lagi, apa yang saya perkatakan ini adalah khabar angin sahaja.

Anonymous said...

salam....
berdasarkan sumber2 saya...
perjanjian antara MPP dan pihak UNITEN adalah seperti berikut:

kenaikkan RM 5.00 setiap 5 tahun sekali...dengan syarat MPP berpuas hati dengan tahap penyelenggaraan dan kepuasan pelajar....

ini telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah UNITEN Sdn.Bhd yang diterajui oleh Pengerusi TNB, Tan Sri Dato Amar Leo Moggie.

so jikalau sumber saya salah,saya mohon maaf....tetapi saya harap perkara ini diteliti dan diambil serius oleh MPP sekarang...

diharapkan MPP dapat mengeluarkan perjanjian lama tersebut utk direview kembali....

-pelajar yg gemuk V-

Anonymous said...

Ish...korg ni. Student kena study je la. Ini dh kira politik Uniten dh ni. Tak le terlibat dan bincang perkara sebegini. Ini dh kira politik Uniten dh ni. Kita dtg Universiti utk study je. Tido, study. Makan, study.

Itulah intipati yg aku dpt dari kata2 seorang budak satu2 persatuan kt Uniten. Kerja kita study, dan study, dan study, dan study, dan study, dan study, dan.............

Anonymous said...

Terlalu asyik study,akhirnya universiti yang bersemadi..

Anonymous said...

apa bezanya mahasiswa dulu dengan sekarang? satu sahaja jawapannya : mahasiswa dulu digalakkan untuk berani bersuara... bahkan diwujudkan sudut2 pidato di dalam kampius untuk mahasiswa berdebat tak kira la apa isu sekalipun (termasuk politik)... tapi bila mahasiswa dihalang bersuara, maka lahirlah mahasiswa2 yang jumud...

syabas mkf! teruskan perjuangan anda... berkatalah yang benar dan perjuangkanlah kebenaran biarpun ia pahit untuk ditelan... semoga bakal2 pemimpin masa depan yang sedang menuntut di Uniten juga seberani anda...

perjuangkanlah hak mahasiswa... pertahankan hak anda!

Anonymous said...

nak nek lgek kew???
kalo btol...apew alasan die????
nak wut wireless ka???
hahahha....

Anonymous said...

ek eleh....
kaya leh r nk nek2 yuran..
kitorang yg sengkek ni???
da r mmg fee apartment bapak ak yg bayo kan...
cian r ngn bapak ak.
klu bapak ak CEO xpela...
adik ak lg ha...xblaja plak??
xkan sebab ak dorang kne masuk ipta...
xnk la ak cm2...cian dorang ...
eeeeeeee...
da la ilmu double xbukak...
dush3..
mcm ramai je nk masuk uniten ni ha..
ke nk reserve kan utk dak muadzam final year??
atau pun nk tengok skill student uniten nganto surat tiap2 kali nek sem??
nk penuh kan file system kat dalam opis 2 ke??
eeeee....marah ak ni ha...
yeah...have fun....