*pihak Moderator ingin memohon maaf di atas kelewatan meletakkan posting ini berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan sebagai seorang pelajar. Sekali lagi pihak kami memohon maaf*
Disaat pelajar SPM meraikan kejayaan atau menangisi kegagalan,pelajar Uniten masih lagi dalam proses mempersiapakan diri ke medan peperiksaan.Tempohnya tidak lama.Hanya seminggu lebih sahaja lagi.Mungkin masih ramai yang sedang terleka.Mungkin masih ramai bersuka ria.Mungkin masih ramai yang sedang berangan-angan sahaja.
Kehidupan di universiti sememangnya menampakkan identiti seseorang.Ada yang suka menunggu disaat akhir,baru terhegeh-hegeh mencari buku.Ada juga disaat tempoh kritikal ini,baru hendak fotostat nota.Ada juga disaat ini baru hendak berjumpa pensyarah,bukan kerana ingin bertanya,tetapi ingin merayu agar tidak menggagalkan dirinya.
Jarang untuk kita menggamit memori indah ketika mendapat keputusan SPM dahulu.Pastinya keputusan yang cukup menggembirakan.Maklumlah,pelajar Uniten adalah pelajar bijak-bijak orangnya.Namun,sukar untuk kita melihat kebijaksanaan mereka tatkala beranjak ke alam universiti.Mengapa? Adakah kerana apabila pengurusan diri diletakkan pada bahu sendiri membuatkan perkara ini berlaku atau kerana asyik dengan kebebasan yang diterima diri? Cuba untuk seketika,disaat kita berasa malas untuk belajar.Fikirkan kegirangan mendapat keputusan yang cemerlang.Bagi pelajar kejuruteraan,3.5 itu kadangkala dipandang terlalu jauh.Ada yang sampai berkata mustahil.Tetapi dek kerana meletakkan mentaliti ke aras mustahil,akhirnya, yang diimpikan hanyalah atas 2(agar PTPTN tidak ditarik).
Perasaan selesa berada di tahap lingkungan 2 ini membuatkan mereka tidak berusaha dengan lebih baik.Ya,mungkin ada yang berkata mereka sudah melakukan yang terbaik.Memang mereka melakukan yang terbaik,tapi ketika 2 minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir.Sememangnya disaat ini,celoteh dan bebelan untuk mengatakan mereka sudah terlambat adalah sudah tidak relevan.Tetapi cara menyelesaikan masalah mereka adalah cara terbaik. Sememangnya ada cara untuk mendapatkan ilmu peperiksaan akhir dalam keadaan yang singkat.Paling utama sekali,dapatkan tips! Ya! memang ini adalah cara paling senang.Tips ini bertujuan memudahkan fokus pelajar terhadap topik-topik tertentu sahaja.Memang diakui bahawa teknik ini sekadar berteraskan kepada peperiksaan semata-mata,namun,perlu juga diingatkan bahawa pemahaman sesetengah topik lebih baik daripada tidak faham lansung.Setuju?(ayat klise untuk belajar disaat akhir).Jadi,berhubunglah dengan rakan-rakan anda selalu agar mengetahui tentang perkara ini.
Keduanya,adalah dengan cara meminta rakan-rakan anda yang bijak pandai untuk mengajar anda.Cara ini cukup berkesan untuk anda memahami sesuatu topik dengan mudah.Namun berhati-hati,anda mungkin diajar dengan ajaran sesat.Oleh itu,pilihlah calon yang benar-benar memahami topik-topik yang anda ingin pelajari agar tidak melakukan kesalahan yang seiring dan sejalan dengan calon yang mengajar anda itu.
Selain itu,sekiranya anda berada dalam keadaan yang sangat terdesak,maka,pilihan akhir adalah dengan menghafal segala benda.Usah memahamkan bagaimana untuk mendapatkan sesuatu formula itu,tetapi terus sahaja hafal.Namun,kekuatan mental adalah perkara paling penting disini.Jadi,sekiranya anda ingin menghafal,jauhkan mata anda dari melihat perkara-perkara 'liar' dan kotor.
Cara yang terakhir adalah apabila anda tidak tahu dan terlalu terdesak.Cara ini dinamakan sebagai matlamat menghalalkan cara atau lebih popular dengan nama 'toyol'..Penulis melarang sama sekali perkara ini diamalkan pembaca.Namun,saban tahun pasti kita mendengar perkara ini berlaku juga.Diingatkan bahawa,cara ini adalah dilarang sama sekali.Walau terdesak macamana pun,pastikan anda tidak melakukan perkara ini.
Tuntasnya,selalu bagi para pelajar merasa gugup dengan situasi peperiksaan.Namun,amalkan cara anda tersendiri untuk mengatasinya.Baca ayat-ayat kursi mahupu Al-Quran(bagi muslim) untuk menenangkan hati yang lara dan jangan meletakkan atau memikirkan lagi kesan atau keputusan anda.Berjuang dahulu baru tahu.Akhir kata,selamat maju jaya!
MKF
6 comments:
Salam... Menarik ulasan yang diberikan... teringat saat bergelar siswa dahulu... namun ingin saya ulas tentang keputusan SPM yang dinyatakan... untuk perhatian semua mahasiswa, JANGAN LA BANGGA SANGAT DAPAT STRAIGHT A's dalam SPM... NOTHING TO DO WITH YOUR SPM! SPM bukan kayu ukur untuk seseorang mahasiswa berjaya... kenapa?
Jawapannya, SPM saban tahun tak berpegang pada satu aras yang standard... contohnya, kalau tahun 2006 markah pelajar paling tinggi adalah 80%, maka dia layak dapat A... tapi bagi tahun 2007 pula, markah paling tinggi adalah 60%, maka pelajar yg dapat 60% itulah yg dapat A... nampak tak? graf turun bila pencapaian keseluruhan turun... ini adalah fakta sebenar!
tapi sayang 1000x sayang, kita sering dikaburkan dgn kata2 manis kementerian "peratusan lulus cemerlang meningkat"... kalau betul, kenapa markah dirahsiakan???
masalah timbul bila pelajar ni masuk U... yang menerima penangannya adalah pensyarah... tak percaya? tanya pensyarah anda... saban tahun yg dapat straight A's makin ramai masuk Uniten... tapi kualiti saban tahun makin merosot... don't you see?? sebab tu saya katakan NOTHING TO DO WITH YOUR SPM!!!
salah seorang kawan saya dapat sama2 masuk Uniten... dia score 3.54 masa grad... tapi SPM dia sebelum tu cukup makan aje... mcm mana dia boleh berjaya? sebab dia belajar dari kesilapan... dia bangkit dari SPM yang tak memberangsangkan... bahkan dia jadi antara pelajar kebanggaan Uniten yg telah mengharumkan nama Uniten ke peringkat kebangsaan saban tahun... carilah siapa dia...
pokoknya, dia bukan pelajar yang 'buka buku seminggu sebelum exam'... dan dia adalah mahasiswa dinamik yg berani bersuara (mcm MKF juga)...
Untuk semua mahasiswa UNITEN... fikirkan masa depan anda... di tangan anda... jadilah mahasiswa yang sentiasa berilmu, bukan yang dah 'last minute' baru nak buka buku... anda boleh berjaya JIKA ANDA MAHU!
Good luck & all the best!!!
Alaa..haha...
kalau result 4 flat pun bukan nya menjamin seorang tu mulia sangat pun kan....
so..jawapan kepada komen anda tu..apalah sangat dengan result kawan anda yang 3.54 tu...
tapi..apa salahnya...kalau kita memuji seseorang yang memperoleh keputusan cemerlang, tak kira lah di peringkat apa sekali pun SPM atau universiti..
memang isu pendidikan ini ada kaitannya dengan politik, tapi jangan lah kita rendahkan individu yang memperolehi keputusan cemerlang sdalam SPM sekalipun...
"ni manjang nk fikir negatif je"
kalau result 4 flat pun... belum tentu dia hebat di alam pekerjaan...
pikir negatif ni..hahaha
Take it as a positive way... bukan niat nak merendahkan yang cemerlang dalam SPM... maaf 1000x maaf andai ada yang terasa... sekadar nak memberi perangsang pada yang tak berapa bagus dalam SPM dan nak memberi peringatan kepada yang cemerlang agar tak lupa diri dengan kejayaan yang pernah dimiliki... success is not a destiny... tapi saya percaya, warga Uniten bijak menilai apa yang saya katakan...
maaf andai kata2 saya menyinggung perasaan anda di luar sana... maklum la, tak bijak berbahasa...
kawan saya tu... pensyarah di Uniten sekarang... hehehee
=)
To Moderator,
If u have time, please highlight the hot story of our genius muslim, Sufiah Yusof who reading Mathematics in Oxford when she was 12. From the info in Rocky Bru blog, this child, who turn 23 this year, has become a prostitute to support her life in UK. Sufiah's mother from Malaysia and her father being convicted for the case of child sexual abused. What a loss for the Muslim! Maybe this is a kind of humiliation to the rich Muslim people who unabale to help this child.
Wassalam.
uniten should build another hostel for male students. i heard that the cumin jun intake around 2700 students will be enrolled to uni10. the over growing number of students should be balanced with ADEQUATE accomodation. the management should consider students who are from far to be given priority in givind the hostel. hope that this issue will taken seriously from all eyes.
Post a Comment