Uniten:Satu Agenda Politik

. Thursday, February 14, 2008
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Bahang kian terasa apabila media massa mula mengembar-gemburkan suasana pilihan raya yang semakin hampir dengan kita.Sememangnya sebagai mahasiswa/i,kita dilarang sama sekali untuk menceburi bidang ini memandangkan fokus kita masih lagi kepada pelajaran semata-mata.Namun pada kali ini,penulis ingin mengupas perkara yang sedikit berbeza dan kelihatan ketara dinihari.Penulis ingin membawakan kupasan ke dimensi luaran dari Uniten.Bukan ingin mengkritik secara terbuka,namun perlu untuk 'mereka' dengari jua,agar kita tidak lagi diperalatkan oleh kuasa-kuasa politik diluar sana.

Umum tahu akan pembinaan kampus Muadzam di Pahang boleh dikatakan sebagai satu agenda politik.Maklumlah,apabila bergelar universiti swasta dan membuka secara tiba-tiba kampus cawangan di ceruk sana,pasti menimbulkan persoalan.Jadi apabila diselidik,barulah diketahui akan seseorang yang berkuasa dalam TNB mahupun kabinet telah pun mengarahkan Uniten dibuka dikawasan tempat beliau memerintah.Pada pendapat penulis,sememangnya beliau adalah ahli parlimen yang berdedikasi memperjuangkan nasib rakyat.Namun,kealpaannya melihatkan masalah dalam jangka masa panjang,menjadi satu kebobrokan dan impak negatif kepada semua pihak.

Pembukaan kampus Muadzam adalah satu pecaturan yang salah,apatah lagi menambahkan bebanan kerugian yang hebat kepada UNITEN.Sehinggakan bilangan pelajar yang ingin mendaftar juga merudum dan lari ke IPTS yang unggul seperti MMU.Sememangnya perkara ini disedari oleh semua.Namun mengapa tidak ada yang menentang? Adakah kerana kita terpaksa tunduk kepada mereka yang berkuasa semata-mata?.Lantas,apabila pembukaan cawangan di tengah hutan itu tidak mendatangkan hasil,maka tindakan UNITEN secara hendak tidak hendak adalah dengan mencari alternatif untuk mengurangkan kerugian.

Antara tindakan yang ingin diambil adalah memindahkan pelajar perakaunan tahun akhir ke kampus Putrajaya.Namun,disaat perkara itu ingin dilaksanakan,tentangan dari ahli parlimen berlaku.Ini disebabkan desakan masyarakat desa di Muadzam inginkan kampus disana dikekalkan.Lantas,perkara itu dibatalkan.Tetapi sebenarnya kuasa-kuasa besar ini tidak tahu akan derita yang dialami oleh pelajar Muadzam.Sudahlah kerap kali dipandang serong oleh masyarakat di sana,malah tekanan untuk hidup di ceruk hutan juga menambahkan lagi desakan kepada para pelajar. (Mengapa penduduk Muadzam talam dua muka?!)

Jadi,apa yang perlu dilakukan oleh Uniten untuk hidup dan terus diperhambakan oleh kuasa-kuasa luar ini? >Letakkan bebanan itu pada para pelajar.Naikkan yuran setinggi langit.Tekan pelajar sehabis baik.Maka itu adalah konklusi terbaik untuk ditatapi oleh pelajar Uniten.Sememangnya kita tiada kuasa untuk menentang apabila diri kita dipolitikkan,namun,apa yang termampu adalah terus menegakkan kebenaran dan terus buangkan kebatilan.Usah politikkan intitusi pendidikan kita demi mencapai keuntungan peribadi.

Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi
MKF

8 comments:

Anonymous said...

alahai budak MKF ni, nak jadi pejuang la pulak! ckp berdegar2, ada bukti ke?

nak tolong kempen utk pilihanraya pun takut, pastu poyo nak buka pekung uniten la apa la...

sudahla MKF wei, stakat tulis pakai nama samaran serupa baling batu sembunyi tangan!

bacul!

Anonymous said...

Syabas Saudara Azim,anda sungguh berani untuk bersuara dan mengadu domba.Sekali lagi saya akan menjawab dengan penuh diplomasi.

Jikalau hendakkan bukti lisan,pergilah bertanyakan mana-mana pelajar Muadzam yang cintakan universiti mereka.Jikalau hendakkan bukti empirikal berbentuk figura,lihatlah statistik bilangan pelajar baru disana untuk membuktikan hujah saya.

Untuk makluman,saya tidak pernah ingin membuka pekung didada.Sedangkan nama blog ini pun UNITENDAILY,sah-sahlah artikel saya berkenaan Uniten,baik yang elok waimah yang tidak elok agar sama-sama kita adakan perubahan(seperti yang dikehendaki saudara Azim).Maka,saya tidak menggunakan medium ini untuk berkempen kerana menghormati pelajar lain yang mempunyai fahaman politik masing-masing.

Saya juga tidak pernah takut untuk berkempen pilihanraya,tetapi alangkah lebih baik sekiranya saya melibatkan diri dengan kempen pilihanraya kampus dahulu.Apatah lagi,selaku mahasiswa,kita seharusnya tahu apa tanggungjawab yang datang dahulu.

Jika ingin mempertikaikan dari segi nama yang digunakan,saya rasa tidak ada apa-apa permasalahan pun.Kerana apa yang penting adalah isi yang ingin disampaikan,bukan siapa yang menyampaikan.Lagipun,saya tidak menggunakan nama samaran ini untuk memfitnah waimah menggunakan kata-kata yang kasar.

Justeru,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan syabas buat saudara Azim kerana berjaya membangkitkan provokasi untuk saya sendiri memperbaiki diri.Anda hebat,saya bacul.Anda kuat,saya lemah.

"Its almost like me,but im sure its me"

Anonymous said...

Abosolutely agree with this writer , there is no sense for UNITEN ( BETTER if to be known as UTN) to open another campus in the middle of outskirt area where problems especially transportation is an everyday worry. Left alone that problem , definitely no ones like being in an undeveloped places where opportunities are much more limited. In addition to that , UNITEN got plenty of undeveloped land that left to rot.

I am very dissapointed with those responsible for making Muadzam campus possible to be seen today.

KHATEEB said...

Seperti yang kita tahu, uniten tidak akan terlepas daripada menghadapi masalah politik dan sememangnya ia berlaku di semua tempat. Walau bagaimanapun,perkara ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan ia berleluasa dan boleh mengganggu gugat kestabilan Uniten keseluruhan.

Pada pendapat saya, Uniten memerlukan pihak yang berani untuk bertindak mengatasi masalah ini. Tidak kiralah sesiapa pun pihak yang mesti tampil ke hadapan, yang penting pihak ini mesti mendapat sokongan semua orang dan usaha ini mestilah berterusan. Mungkin ada cakap-cakap mengatakan bahawa mustahil bagi kita untuk perjuangkan perkara ini memandangkan ahli parlimen tersebut mempunyai kuasa jika dibandingkan dengan kita sebagai pelajar,namun kita boleh gunakan cara berdiplomasi dan tunjuk bukti beserta sebab kenapa Uniten perlu dikembalikan kepada satu kampus sahaja. Gunakan saluran yang sepatutnya. Semuanya terletak kepada kehendak dan usaha warga Uniten yang prihatin. Jangan kita fikirkan tentang kegagalan usaha yang belum kita mulakan lagi, tetapi kita mesti la bersikap positif terhadap semua perkara yang bakal berlaku.

Seperkara lagi, janganlah kita mencari jalan permusuhan antara sesama warga Uniten khususnya para pelajar Uniten kerana ianya tidak akan membantu Uniten malah akan melemahkan prestasi Uniten di masa hadapan dan memusnahkan kecemerlangan yang telah dimulakan dari awal penubuhan Uniten itu sendiri.
Oleh itu,kita cari la persamaan antara kita semua untuk bersatu. Sebagai contoh kita semua sangat sensitif bila kebajikan semua pelajar Uniten terabai,makanya itulah perkara yang kita boleh menyatukan kita semua. Tolak ketepi semua persengketaan yang bersifat individu, kumpulan dan persatuan.

Pelajar Uniten boleh menjadi kuat dan dihormati semua IPT sekiranya kita bersatu dibawah satu panji-panji kebenaran.

Anonymous said...

Saya sebagai pelajar Mechanical Engineering adalah bersetuju sangat dengan apa yg dikatakan penulis itu. Huraian terhadap persetujuan saya adalah tidak perlu kerana sudah dihuaraikan oleh MKF dan "anonymous". Hai.. politik.. politik.. malanglah nasib student yang akan datang mahupun kini.

Anonymous said...

adakah kalian semua mahu kita terus dijadikan kambing hitam bagi mereka2 yang rakus ini...

ada khabar yang saya dengar...tatau samada ianya benar atau tidak...tetapi saya mendengar sendiri dari sahabat kampus muadzam sana...

harga rumah sewa disana saya anggarkan hanya 200-300 sebulan sahaja sebelum kewujudan kampus kita disana...apabila kampus muadzam diadakan oleh TNB,harga rumah sewa naik mendadak hampir sekali ganda dan kebanyakan harga2 keperluan asas juga naik sehinggakan ada yang sama dengan kos kita di kampus putrajaya ini.

anda fikir-fikirkan lah...

benar sudah menjadi tanggungjawab ahli parlimen sana memajukan kawasan tadbirannya...tetapi jangan jadikan TNB dan pelajar-pelajar mangsanya...

tataular...semuanya bukan atas tangan kita lagi...saya kasihan dengan masa depan junior-junior saya....bagaimana kita hendak menyelesaikannya....adakah alternatif2 yang bijak agar win win situation...

adakah??

-pelajar yg gemuk V-

Anonymous said...

sudah stahun lebih x pg muadzam.. macm mane agk2 nye keadaan disna?? bandar yg sepatutnya menjadi bandar terancang tp menjadi bandar koboi... kedai yg pling canggih hanyalah 7E.. pada pendapt sy.. perkara yg menyebabkan ramai student xnak study kat uniten muadzam kerana lokasi nya jauh dari pembangunn dan kemodenn... ditambahkan lg dengan karenah2 yg sedia ada dalam uniten sendiri...

Anonymous said...

Saya setuju dengan penulis... Uniten Muadzam mangsa politik... ahli politik yang sama yang menjadi CEO TNB pada waktu tu... 1st intake selepas kampus Muadzam dibuka, 3000 surat tawaran dikeluarkan tapi yang mendaftar cuma tak sampai 400 orang (maklumat boleh rujuk Pendaftar Uniten)...