Oleh Najwan Halimi
Bahang pilihanraya mulai terasa. Dalam tempoh dua hingga tiga minggu mendatang, negara akan menyaksikan rakyat keluar mengundi bagi memilih wakil-wakil mereka ke Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
Saya kira kita, sebagai golongan mahasiswa juga sewajarnya ikut melibatkan diri dalam kerancakan pilihanraya yang hanya berlaku julung-julung kali ini. Usah dibelenggu resah dek AUKU. Jika akta itu mengekang kita dari berpartisipasi secara langsung, maka gunakanlah saluran yang tidak menyalahinya. Menulislah di blog, laman web, ruangan buletin laman-laman interaksi seperti Friendster, MySpace dan Facebook. Sebarkan emel dan maklumat-maklumat yang tidak mampu dicapai oleh teman-teman yang lain dengan lebih giat lagi. Jika anda berkebolehan mencipta video atau lagu yang mempunyai mesej-mesej ke arah perubahan, maka Youtube boleh diaplikasikan sepenuhnya.
Jika anda tinggal di desa, rajin-rajinlah berkunjung ke rumah jiran-jiran, saudara mara serta teman-teman dengan menyampaikan mesej-mesej serta informasi-informasi yang tidak akan dilaporkan oleh media semasa. Jika anda pelepak setia di Warung Kopi Pak Abu, Restoran Ah Meng, Restoran Syed, kafe Starbucks atau Coffee Bean, maka mulai hari ini topik perbualan dan sembang-sembang anda sewajarnya ditambah sedikit dengan isu-isu politik dan sosial yang melanda negara ini. Bersembang, berdebat dan berbahaslah sambil-sambil anda meneguk teh tarik atau kopi Mocha. Gunakanlah kemudahan Wi-fi yang disediakan di kafe-kafe tersebut dengan menyebarkan informasi kepada teman-teman anda yang lain.
Proses kempen secara senyap dan halus ini seharusnya kita lakukan bermula sekarang. Kita sudah tidak punya banyak masa. Bantulah semampu yang mungkin, bergantung kepada upaya yang kita ada. Yakinlah bahawa apa yang kita lakukan ialah demi merubah negara ini ke arah yang lebih baik; adil, dinamik dan berdaya saing.
Saya ucapkan salam pilihanraya buat semua teman-teman mahasiswa Uniten. Jangan lupa tanggungjawab anda. Masa untuk perubahan bakal tiba. Ayuh, bersama kita gerakkannya!
3 comments:
Apakah jenis perubahan yang diinginkan? Seolah saudara menggunakan bahasa yang berlapik untuk menuju ke arah proksi pembangkang.Rasanya lebih manis sekiranya nasihat yang diberikan adalah berunsur galakan untuk pergi mengundi berbanding galakan ke arah pihak yang kontradiksi.Nampaknya ada unsur-unsur perjuangan peribadi di sini.
"It can be me,but its not me"
MKF, anda nampak mcm takut dgn perubahan?
Haha, memang dasar mahasiswa bacul!
Lebih baik dipanggil bacul daripada lari dari persoalan dan lebih baik dicop bacul daripada meletakkan tuduhan secara melulu.
Saya cuma bertanyakan jenis perubahan yang diinginkan sahaja.Perubahan itu menarik.Umpama hijrah,satu perubahan yang membawa kejayaan untuk agama tercinta.Jadi saya hanya meminta penjelasan bukannya menjatuhkan hukum sebegitu saja.Bukankah lebih baik menyelidik daripada terus memangkah? Itu juga satu perubahan saudara Azim.
"It cant be me,but its me"
Post a Comment