Oleh Najwan Halimi
Nurul Izzah Anwar sememangnya nama yang tidak harus diperkenalkan lagi dalam arena politik tanah air. Mengenalinya melalui populariti sejurus selepas pemecatan bapanya pada September 1998, Izzah seterusnya mencipta fenomena di kalangan anak muda.
Mendapat jolokan sebagai Puteri Reformasi, Izzah ternyata bukan calang-calang wanita. Biarpun sudah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata, Izzah masih lagi aktif bergiat sebagai aktivis politik yang tegar dalam agenda memperjuangkan keadilan rakyat.
Graduan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik ini turut memegang ijazah Sarjana Perhubungan Antarabangsa dari Universiti John Hopkins, Amerika Syarikat.
Ketika sesi konvokesyen UNITEN beberapa tahun yang lalu, Izzah muncul di kalangan graduan paling cemerlang dengan pencapaian akademik yang sangat membanggakan. Meski pun dihimpit dengan pelbagai tekanan sepanjang pengajiannya, beliau tetap mampu menamatkannya dengan cemerlang.
Buat teman-teman mahasiswa, barangkali Izzah boleh dijadikan inspirasi buat kita semua. Mahasiswa UNITEN sememangnya berbangga dengan Izzah yang kini mengorak langkah dengan mengumumkan kesediaannya untuk mewakili penduduk Lembah Pantai sebagai ahli parlimen mereka yang baru. Selamat berjaya, Izzah!

11 comments:
ho ho ho!
idola kesayangan aku dah turun! yeargh!
kita tgk sapa yg menang antara Izzah atau Shahrizat!
yeargh!
Nurul Izzah ni bukan ke course Degree Mechanical dulu? kalau tak silap aku lah.. cuba si penulis ni check balik betul2..
Teman,
Saya sudah buat semakan semula. Izzah memang lulusan kejuruteraan elektrik & elektronik.
Terima kasih atas ingatan.
Beliau seorang yang hebat.
Change before disaster,change for dignity.
beliau adalah model pemimpin yang perlu diikuti,bukan kerana latar belakang keluarganya...tetapi diri beliau sendiri...
seorang yang menjaga budi dan pelajaran..tetapi tidak lupa diri...
ayuh...
tahniah buat Nurul Izzah
yeke.xcaye pulak dia student uniten..huhu..ingtkan uia..papepun...berbangga jugak ngan uniten
University of John Hopkis dan University of Georgetown, tempat melahirkan agen perisikan di bawah Central Intelligence Agency (CIA). University of Oxford and University of Cambridge (UK), tempat melahirkan agensi perisikan British dibawah MI-5 (Internal Intelligence) dan MI-6 (External Intelligence) (boleh rujuk Wikipedia). Cerita James Bond yang selalu kiter tgk tuh, sebenarnya cerita intelligence agent under MI-6. Siapa yg pernah belajar kat Oxford? Khairy Jamaluddin. Apa yang dia dah buat kat Malaysia? Dia dah jual separuh Tanah Melayu (Johor dan Melaka) kepada Singapura melalui Iskandar Development Region. Jadi, siapa dia Nurul Izzah? Fikir-fikirkan kerana ayah dia merupakan general degree holder (without honors) in Bachelor of Arts (UM), tetapi dapat jadi visiting profesor kat University of John Hopkins dan University of Georgetown. Fikirkanlah rakan-rakan....Jangan sampai kita pilih pemimpin yang menjual negara....
diharapkan kepada anony diatas..tidak mengeluarkan kenyataan yang berbaur politik di media ini...
saya berharap perkara sebegini tidak berulang dan kami dari mod Uniten Daily tidak teragak2 utk membuat tindakan...
Blog ini khas utk isu-isu berkaitan dengan Uniten sahaja...
saya tidak menghalang kebebasan utk bersuara dan berkarya...tetapi sticks to the rule...
diharapkan sekali lagi tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak berkaitan dengan UNITEN...
utk isu Nurul Izzah...adalah lebih elok kita melihat beliau sebagai satu produk professional yang dihasilkan oleh UNITEN.
to najwan_halimi,
apa2 pun, saya kurang pasti sama ada kursus Mechanical, ataupun Electronics..
walau macam mana pon, saya respect dgn dia..
graduate dari UNITEN dgn menjadi 'Best Muslim Female' Student..
padahal waktu tu dia graduate tu, bapak dia (yg didapati sebenarnya tak bersalah) betul2 baru keluar jail..
Walaupun saya tidak mengenali beliau dengan lebih dekat, tetapi menurut sumber2 terdekat yang boleh dipercayai mengatakan bahawa beliau seorang wanita yang hebat dan tabah.
Malah, beliau merupakan bekas graduan UNITEN dan antara salah seorang pelajar yang cemerlang!
Inilah bukti menunjukkan pelajar UNITEN mampu berdiri sama tinggi dengan graduan IPT2 lain terutamanya IPTA yang lebih lama usianya berbanding UNITEN.
TAHNIAH NURUL IZZAH!
Konek ko bapa die x bersalh.. Mmg macai ko ni
Post a Comment