UNITEN: Menjana Profesional atau Menjana Duit?

. Thursday, December 27, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

oleh Najwan Halimi

Jika semester lepas saya tersentak gara-gara kenaikan sewa kolej penginapan(yang dilaksanakan tanpa sebarang makluman), hari ini saya tersentak lagi selepas mendapat tahu mengenai kenaikan yuran subjek elektif, juga tanpa
sebarang notis dan makluman dari pihak universiti.


Sebetulnya kenaikan yuran ini sudah pun berlaku lebih awal iaitu untuk subjek
Projek (II), kursus khas yang diwajibkan kepada semua pelajar tahun
akhir yang bakal tamat pengajian. Untuk mahasiswa yang mengambil kejuruteraan
mekanikal, kursus ini disimbolkan dengan kod MPRB424. Saya mulai
menyedari kenaikan yuran kursus ini pada 10 Disember yang lalu, selepas
mengemaskinikan jadual kuliah melalui sesi "gugur tambah" subjek ketika
semester baru di buka tempoh hari. Untuk rekod, sesi pendaftaran subjek
untuk semester ini telah pun dijalankan pada 6 dan 7 Oktober yang lalu, iaitu
sebelum peperiksaan akhir semester lepas.

Ketika mendaftar subjek pada 6 Oktober yang lalu, caj yuran yang dicatatkan
dalam jadual kuliah saya untuk subjek Projek (II) ialah RM 1208 dan caj yuran untuk satu subjek elektif pula ialah RM 906. Pun begitu, pada 10 Disember,
ketika menyemak jadual kuliah yang baru dikemaskini, saya terkejut kerana caj
yuran untuk kursus Projek (II) telah berubah dan meningkat menjadi RM 1620,
iaitu peningkatan sebanyak RM 412, tanpa sebarang makluman! Pun begitu,
caj yuran untuk subjek elektif masih kekal sama.

Dan hari ini kenaikan caj yuran subjek berlaku lagi. Kali ini melibatkan yuran
untuk subjek elektif pula. Pada 6 Oktober dan 10 Disember yang lalu, caj
yuran untuk subjek elektif mencatatkan nilai RM 906, dan hari ini, tanpa
sebarang notis dan makluman dari pihak universiti, caj yuran untuk subjek
tersebut meningkat kepada RM 1215, peningkatan sebanyak RM 309. Maka
jumlah keseluruhan kenaikan caj yuran yang terpaksa saya tanggung untuk
semester ini berjumlah RM 712!

Mungkin nilai ini adalah kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang
terbeban ke atas para mahasiswa yang lain. Ada beberapa orang teman yang
mengadu terpaksa menanggung beban kenaikan yuran sehingga lebih dari RM
1000! Apa yang dikesalkan ialah tiada sebarang notis dikeluarkan oleh pihak
universiti berhubung dengan kenaikan ini. Dan yang paling malang sehingga
kini, wang pinjaman PTPTN masih belum diterima oleh mahasiswa!

Kami mungkin tidak akan melatah dan hilang kewarasan jika sekiranya perkara
ini dimaklumkan terlebih dahulu. Saya tegaskan, meskipun pihak universiti
tidak punya alasan yang konkrit untuk melaksanakan kenaikan yuran ini,
mahasiswa tetap tidak akan melatah dan mempertikaikannya jika sekiranya pihak
universiti, setidak-tidaknya mengambil inisiatif memaklumkan kepada kami
tentang perkara ini terlebih dahulu.

Mungkin ini ujian awal terhadap barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
universiti yang baru menduduki kerusi kepimpinan beberapa bulan yang lalu.
Saya secara peribadi mengharapkan suatu tindakan diambil oleh pihak MPP
berhubung dengan kenaikan ini. Seandainya tiada apa-apa perubahan yang
berlaku, tidak mustahil kami, mahasiswa
biasa yang tidak punya apa-apa jawatan akan turun sendiri menuntut penjelasan
dari pihak universiti berkenaan dengan pencabulan hak yang dilakukan secara
senyap ini.

Jika dalam hal menghormati hak pelanggan pun Uniten masih belum mampu
melakukannya, maka apakah mungkin misi untuk melahirkan mahasiswa profesional
yang selama ini dilaung-laungkan melalui slogan "UNITEN Generates
Professionals" (UNITEN Menjana Profesional) mampu direalisasikan?

Dengan tidak memaklumkan kepada para mahasiswa (yang merupakan pelanggan
kepada perkhidmatan yang ditawarkan universiti) tentang kenaikan yuran
kolej kediaman dan yuran kursus/subjek, jelas pihak pentadbiran Uniten tidak
bersikap profesional. Apakah moto UNITEN Menjana Profesional itu masih
sesuai digunakan lagi? Atau seharusnya ditukar menjadi: "UNITEN Menjana Duit"
atau lebih glamour; "UNITEN Generates Income"!

NAJWAN HALIMI
http://riwayathayat.blogspot.com

8 comments:

Anonymous said...

harga tol naik..kerjaan awal2 dah umumkan..harga minyak naik pun awal2 lagi kerajaan dah umumkan..tapi kenapa yuran naik pihak atasan UNITEN tak buleh umumkan awal2? Banyak sangat ke student UNITEN sampai jadi satu masalah untuk dimaklumkan kpd student? Harap perkara ini dapat perhatian sebaiknya. Sssskkiannn!

Anonymous said...

Great! Another achievement for Uniten.

Anonymous said...

mppuniten di mana?

Anonymous said...

tuk bdk dlm campus ley refer matter ni di link nih..

http://aibob/forum/index.php?s=&showtopic=10376&view=findpost&p=250564

Anonymous said...

http://www.uniten.edu.my/mpp
website rasmi mpp uniten

Anonymous said...

uniten punye pegawai kewngan xleh nak pikir panjang kot... asyik2 nak kenekan student je... kalu uniten da nak bankrup kerah duit ngan student gak... die ingat kite nie dapat duit senng2 ke?? kalu budk scholar bleh la... ni ptptn.. ptptn pun sekepale ngan uniten... ytn lak asyik cakap "awak xlayak... awak bukan anak TNB"... yuran mahal2 facilities hancor gak... pondok bas pun nak kene harapkan budak moral je tolong cat...

Anonymous said...

akuu sgt2 setuju..aku rugi 1000 utk sem nie..uni10 suke2 jer naik kan yuran...mpp mener korg sumer nie...tolong la mainkan peranan anda..anda yg nak diberi tangungjawab so jlnkn tanggungjawab anda(mpp kan menang tanpa bertanding)so anda tunjuk la anda mmg benar2 berkaliber,bertanggungjawab,bkn giler kuasa semata2...

moeis73 said...

memang uniten manjana duit,,student semua kena tipu...tolong sebarkann