oleh cakapbelakang
Hari Raya Aidiladha datang lagi dan disambut dengan penuh meriah oleh umat Islam di seluruh dunia. Sambutan yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban ini adalah untuk mengingati peristiwa di mana Nabi Allah Ibrahim a.s mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail a.s demi mematuhi perintah Allah S.W.T.
Apabila menyebut tentang pengorbanan, saya tertarik untuk menulis artikel ini selepas mendengar luahan hati seorang rakan yang telah banyak berkorban untuk menjayakan aktiviti-aktiviti pelajar di UNITEN. Beliau merupakan salah seorang tulang belakang dalam menjayakan aspirasi universiti terutamanya untuk melatih tenaga penggerak minggu orientasi.
Beliau agak terkilan dan agak tidak berpuashati dengan karenah birokrasi yang terlalu remeh dan melampau. Apa tidaknya, jika kertas kerja program yang sepatutnya mendapat sokongan penuh daripada pihak HEP masih tidak diluluskan sedangkan ianya telah dihantar hampir sebulan yang lalu. Pelbagai alasan telah diberikan oleh pihak HEP berhubung penagguhan tersebut akan tetapi masih tiada tindakan drastik di ambil sedangkan program tersebut akan berlangsung di dalam masa yang terdekat.
Bagi saya, adalah amat merunsingkan apabila program yang hendak di laksanakan masih belum mendapat surat kelulusan sedangkan tarikh kejadian semakin hampir. Bagaimanakah hendak dijalankan kerja-kerja selanjutnya seperti teknikal dan promosi sedangkan masih tiada kelulusan? Ini belum mengambil kira masa yang perlu ditolak juga akibat karenah birokrasi di bahagian-bahagian lain (PPH, KMC dan sebagainya).
Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Saya merasakan penubuhan Pusat Hal Ehwal Pelajar hanya makin merumitkan lagi urusan perlaksanaan program. Sudahlah belanjawan dihadkan, kelulusan kertas kerja pula dilengah-lengahkan. Bukan itu sahaja, malah kertas kerja untuk menjalankan satu aktiviti bagi mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan bagi mengharumkan nama UNITEN juga telah ditolak mentah-mentah. Atas alasan apa, saya sendiri pun tidak diberitahu. Akan tetapi, ini adalah untuk kebaikan pihak universiti juga, dan ianya atas inisiatif pelajar yang sayang akan UNITEN dan mahu menaikkan nama UNITEN.
Adakah ini salah satu daripada kesilapan yang disengajakan untuk melemahkan semangat kelab dan persatuan daripada terus melaksanakan aktiviti? Ataupun ianya berpunca daripada kelemahan pengurusan dan juga akibat halangan birokrasi yang maha hebat? Adakah perlu bagi para pelajar, terutamanya mereka yang aktif berpersatuan untuk berpiket bagi memprotes keadaan ini. Harapan saya tidaklah sampai begitu.
Cerita mengenai kelemahan pengurusan bukannya sesuatu perkara yang baru. Lazimnya para pelajar senior sudah begitu arif akan keadaan ini. Perlu ada ‘plus-minus’ 15-30minit daripada waktu urusan pejabat yang tertera di pintu kaca tingkat 2 bangunan pengurusan. Kadangkala apabila ditanya di mana, jawapan yang selalunya diberi adalah, keluar, mesyuarat, mahupun bercuti. Walhal jika diperhatikan, individu yang dicari itu ada di kafe, upten, mahupun dilihat bersembang bersama rakan sekerja yang lain.Bukannya saya hendak mengatakan semua tetapi ada segelintir yang begitu. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
Kebelakangan ini pula saya perhatikan bahawa terdapat satu trend pergi berkursus, ataupun keluar ‘outstation’ bagi pegawai pengurusan sehingga terdapat urusan-urusan tertangguh. Lebih menyedihkan lagi, tiada pegawai yang dapat menggantikan tempatnya dalam melaksanakan urusan-urusan tersebut. Sangat menyedihkan bagi saya melihat keadaan ini. Bagaimana hendak kami melaksanakan aktiviti sedangkan pegawai yang berkenaan selalu sahaja tiada di pejabat, baik kerana mesyuarat, kursus, bercuti, mahupun outstation. Apakah tiada pengganti mahupun orang lain yang boleh memangku jawatan tersebut agar segala urusan dapat berjalan dengan lancer. Dari apa yang saya diberitahu dan fahami, perkara ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar, malah turut berlaku kepada ibu bapa mahupun penjaga pelajar yang mahu berurusan dengan pihak universiti.
Sangat memalukan bagi saya. Maka di atas kesempatan ini saya mengharapkan agar berlaku sedikit perubahan. Mungkin pihak pengurusan dapat mencontohi system yang digunapakai oleh pihak bank dan juga jabatan kerajaan bagi melancarkan urusan-urusan permohonan perlaksanaan aktiviti serta urusan-urusan kaunter. Bukan semua orang mempunyai jadual waktu yang sama dan tetap, terutamanya pelajar yang masing-masing mempunyai jadual waktunya sendiri.
7 comments:
hopefully, cepat la paperwork lulus... dah dekat 2 bulan sebnrnya hantar paperwork, tapi sangkut lagi...
hmm.. pas ni test banyak, mesti students susah nak pegi program.
tension2....
alah, diorang pun manusia gak, bosan keje.. keje sekadar nak cari makan.. berkhidmat? asal skema sgt.. relik la.. dulu kerja dgn gomen boleh relek.. kenapa skang tak leh relek? swasta? alah... student ape boleh buat? student mana2 uni kat msia lebih kurang jee.. kalu nak cpt kene buat baik ngan kitorang lee.. kitorang pun manusia gak.. eh silap.. melayu..kitorang melayu gak.. kalu siap awal keje nanti takde keje.. gaji sama jee.. naik skit la psl keje ngan swasta..
p.s
pengajarannya..
jika bekerja dgn manusia hendak lah ikhlas.. kalu korang nanti keje sekadar nak ade pencen, nampak bergaya masa keje, dan malas, gaji besar etc..elok duduk rumah..
abis tu, kalo rilek sgt sampai dah menyusahkan orang tu buatpe..
itulah pasal..student takley buatpe..mpp ade pun bukannye bley guna pakai pun..sibuk merencana kepentingan masing2..
kesimpulannya, memang sengaja nak menyusahkan student
Aku dah lama sangat nampak trend ni.Aku terpanggil untuk menulis tentang isu ni dah lama.Tapi aku masih punya perasaan bertolak-ansur.Nak kecoh-kecoh pun dorang bukan ambil port rasanya.Sama je.
"Jangan tanya apa yang universiti boleh buat untuk kita,sebaliknya tanya apa yang kita boleh buat untuk universiti"
Pernah dengar?Ada pro dan kontra nya.Pronya,semangat sukarelawan di kalangan pelajar membuak-buak.Kreativiti untuk menjalankan sesuatu program mengalir deras dari benak otak pemimpin-pemimpin kelab.Pihak Universiti juga selalu mengharapkan suatu program yang segar dari sesebuah kelab.Maka perancangan dibuat dan terhasil suatu idea yang bernas hasil kesepakatan pelajar.Bila bajet dihantar,dipotong di sana sini kerana tidak menepati kehendak/standard.Alasan atau mengajar supaya pelajar berdikari mencari penaja luar,itu tepuk dada tanya selera.Proses untuk mendapatkan penaja dari pihak HEP pula,well another story.
Nak program yang bagus,bajetnya juga kena bagus.Dan sokongannya juga perlu lebih bagus.Seolah-olah semangat pelajar direntap dan dipersia apabila bajet yang dikemukakan tidak mendapat kelulusan.Seolah-olah juga,semangat itu dibiarkan terkubur.Tapi,bagusnya mereka (pelajar) ini tidak langsung berputus-asa.Kalau bagini situasinya,mana kilang pengeluar professional?
Sebenarnya di kalangan kakitangan Uniten (HEP dan ke atas) sendiri patut bertanya kepada diri mereka,apa yang kamu boleh bagi kepada pelajar sebelum pelajar bertanya soalan yang sama pada diri mereka.Sebabnya mudah,kami membayar untuk perkhidmatan kamu semua dan bukan sebaliknya.Jadi apa yang hak,kami tuntut.Tapi rasionalnya kami masih berada di Malaysia,maka pendekatan itu mungkin masih halus.Kamu (HEP) patut bersyukur kerana bukan menjadi HEP di universiti luar (indonesia/Korea/Thai) di mana pelajarnya lebih kuat dan terbuka.Malangnya,kesempatan atas kelembutan pelajar disalahgunakan kamu.Bukan semua,ya aku faham.Komen ini khas ditujukan kepada yang mahu berfikir dan mahu berubah.
Untuk para pelajar pula,kita sudah sedia maklum bahawa karenah yang sama dari dulu sampai sekarang tidak ada perubahan.Mungkin ini juga salah satu faktor kenapa Alumni kita kurang berbangga atau bernafsu untuk kembali ke Pusaka Tersayang ini.Maka,kita semua tidak perlu berputus-asa.Kita semua mesti bersatu dan sepakat dalam sesuatu isu.Kita semua harus menyediakan diri dalam memperkemas idea dan kertas-kertas kerja kita.Minta penjelasan dan minta mereka(HEP/MPP) luangkan masa untuk berbincang bukan hanya semasa Kursus Protokol dan Etiket.
MPP juga harus memainkan peranan penting dalam memperjuangkan hak pelajar.Kamu mewakili pelajar dan bukan mewakili HEP.Ingat!Akhir kata,aku mohon maaf sekiranya terkasar bahasa.Kalau generasi aku tidak sempat mengecapi perubahan aku redha,tapi aku cuba perjuangkan setakat yang termampu untuk adik-adik dan anak-anak yang bakal memasuki Pusaka Tersayang ini suatu hari nanti,InsyaAllah.
bismillahirrahmanirrahim...
Masalah birokrasi??Hmm..satu perkara yang besar.Kalau dibiarkan ia berpanjangan maka makin parahlah masalah yang bakal membelenggu warga kampus uniten khususnya bagi pelajar-pelajar..
Secara jujurnya,saya tidak pernah terbabit dalam urusan yang melibatkan HEP. Namun begitu saya terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang menyokong dari belakang. Walaupun ia kedengaran tidak penting, akan tetapi kelulusan program akan mempengaruhi kerja-kerja belakang tabir sesuatu program.
Pada pandangan saya, masalah birokrasi ini sebenarnya berpunca daripada sikap individu tersebut. Kakitangan Uniten(baik HEP mahupun bahagian2 lain) yang lalai dalam pekerjaan akan meneyebabkan kesusahan pada pihak lain. Suka saya ingatkan pada semua saudara/saudari bahawa semua pekerjaan yang kita lakukan adalah satu amanah.Amanah dari siapa??? Jika anda bekerja sebagai kerani maka anda mempunyai tanggungjawab dengan ketua bahagian anda. Ketua anda pula mempunyai tanggungjawab dengan TNC. TNC pula mempunyai amanah dengan NC. Begitulah yang berlaku seterusnya dari NC kepada BOD Uniten,TNB,kerajaan Malaysia dan kembali semula kepada rakyat Malaysia(hal ini disebabkan oleh wang rakyat). Akhirnya amanah yang diterima dalam satu rantaian panjang ini akan terus kepada Allah subhanallah Taala. Jika sesuatu amanah itu tidak dijalankan, sesungguhnya mereka berdosa kerana tidak menjalankan tanggungjawab yang diberi oleh Allah. Apakah mereka tidak berasa berdosa??? Atau lebih tepat lagi,adakah mereka tidak takut kepada Allah??? Oleh it, setiap perkara mestilah dilakukan secara ikhlas kerana Allah. Apabila niat kita dari awal sudah betul, maka segala tugasan yang diberi akan dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab. Bila perasaan malas datang dalam hati, ingatlah Allah kerana kita akan segera menunaikan segala kerja yang diamanahkan disebabkan oleh perasaan takut kepada Allah.
Namun begitu, bukan semua kakitangan Uniten yang tidak amanah. Hanya segelintir sahaja yang bertindak sedemikian rupa. Tetapi golongan ini diibaratkan seperti setitis nila, yang boleh merosakkan susu sebelanga. Kerana setitis nilalah maruah Uniten boleh terjejas. Integriti Uniten akan jatuh dan sebagainya.
Sebagai kata-kata akhir, tulisan ini hanyalah sebuah peringatan bagi kakitangan Uniten yang amanah lagi bertanggungjawab pada masa akan datang. Tetapi ia merupakan satu amaran keras bagi kakitangan yang lalai dalam menunaikan tanggungjawab mereka. Sekian.
Assalamualaikum...
Sdr Moderator blog, saya merupakan pelajar baru Uniten sesi kemasukan awal bulan lalu dan cukup tertarik dengan kewujudan blog ini. Amat bagus sekali sebagai suatu sumber buat pelajar2 baru seperti saya untuk mengetahui perkembangan dan hal ehwal universiti.
Saya cuma ada satu permintaan, boleh tak tuan moderator mempamerkan link-link ke blog-blog yg ditulis oleh pelajar2 uniten? sebab saya ada dengar dari beberapa orang pelajar senior bahawa di Uniten terdapat ramai pelajar2 yang menulis blog dan adaa antaranya sudah punya nama yg cukup established sbg blogger yg dikenali.
Cuma saya tak tahu blog-blog mana yg dimaksudkan...
Harap dapat bantu..mungkin moderator boleh meletakkan link blog blog itu dibawah link ke website Uniten...=)
Terima kasih
-Acap
cam same je ngan kes aku.
1st kes,drp sem lpas anta sampai da lpas tarikh program pon xlulus lagi.ish2...da ilang kot paperwork tu.
2nd kes,pasal bajet.ble da di"cut" oleh desk officer sampai 1 tahap,tau2 je tyme dapat surat kelulusan dapat hampir 50% lari drp bajet yg da ok.pernah jadi,drp rm1.3k nye bajet yg da lpas oleh desk officer,tau2 tyme dapat surat kelulusan jadik rm450.bler nk penjelasan oleh org yg bertanggungjawab,xde kat bilik la.xnak jumpe student wat masa ni la.bizi la.well...a little disappointed la jugak.but,nothing to do to change it rite?
so,terpakse sabar jerla ngan kerenah mereka ini.
Post a Comment