Pelajar-Pelajar UNITEN mudah lupa!!!!!

. Tuesday, September 25, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Pelajar-Pelajar UNITEN mudah lupa!!!!!
oleh: Pelajar yang gemuk V

Benarkah kenyataan diatas itu???Pelajar-pelajar kita mudah lupa??
Barangkali Ya...barangkali tidak..
Tetapi didalam pengamatan saya...hampir sebahagian besar pelajar-pelajar kita tidak mengambil berat situasi politik kampus kita sekarang.Mengapa agaknya??
Dalam temubual rambang yang saya buat keatas sample 10 orang pelajar..mereka menyatakan ada atau tidak MPP di UNITEN ini,tidak mempengaruhi kehidupan mereka sebagai pelajar di Universiti Terbaik Negara ini (kononnya). Ini jelas menunjukkan semangat bersatunya antara pelajar-pelajar masih lemah. Sifat tidak mempercayai antara satu sama lain,curiga tanpa sebab dan perasaan hasad dengki. Maaf saya katakan disini,apabila kita melihat masih ada segelintir pelajar-pelajar kita mencuba nasib menjadi calon-calon Pilihanraya kampus,ada sahabat-sahabat kita mengambil peluang membuat kenyataan yang bukan mencerminkan semangat kesatuan,ukhwah antara pelajar.

Ada diantara mengutuk dan menyatakan mereka ini akan menjadi boneka Pihak Pengurusan UNITEN. Rakan-rakan sekalian tahukah anda...kerana kita bersikap pentingkan diri dan mengambil enteng ,masa depan Universiti ditolak ketepi.

Ada yang berkata"pedulilah aku akan grad dalam 2-3 sem lagi,janji aku selamat grad n dapat kerja,pedulilah MPP ke,Kelab/persatuan ker,bukannya mereka menolong aku"
Sampai begitu sekali reaksi nya.

Sedih rakan-rakan sedih...Pihak Pengurusan dapat menidakkan hak kita sebagai pelanggan di UNITEN ini kerana kita tidak bersatu. Didalam entri sebelum ini melaporkan ada yang ingin memboikot pilihanraya,sangat2 tidak bertanggungjawab. Itu akan menidakkan hak kita untuk menuntut sesuatu. Pihak Pengurusan akan mengambil sikap sambil lewa kerana meraka tahu hanya segelintir sahaja yang menyokong MPP.Meraka akan berkata" Takyah ambil berat arr,baru 30% mengundi dah nak bising-bisng",mereka akan menganggap baki 70% akan menyokong pihak Pengurusan.

Nah...kita yang terkena,selepas itu apabila timbul konflik atau masalah,mulalah golongan-golongan yang ingin memboikot itu mencari MPP,membuat alasan,menyebarkan komen2 tidak puas hati,mula lah menyalahkan MPP kerana tidak membuat sesuatu kepada mereka.

Oleh itu,saya menyeru agar kita semua pelajar-pelajar bersatu dalam menghadapi Pilihanraya kampus nanti. kita buktikan kepada pihak Pengurusan bahawa pelajar-pelajar kita tidak lalai dan alpa lagi,kita tidak lupa lagi hak kita,Kita cetuskan gelombang pelajar agar Pihak Pengurusan mengambil kira setiap permasalahan,kebajikan,tuntutan kita sebagai pelanggan utama UNITEN. Dengan meningkatkan peratusan pengundi yg mengundi cukup memberikan mandat kepada bakal2 pemimpin kita memperjuangkan hak kita.

Kepada bakal-bakal MPP sekalian..perbetulkan niat anda untuk memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar-pelajar nescaya sepanjang tempoh MPP anda akan menjadi baik dan smooth.
Percayalah...

6 comments:

undefined said...

erm......sal mpp eh?
sbb mpp kita xckop kuat==student byk xamik tahu???so xeran la kalo ada student yang dh give up ngn mpp kita nih....

erm....
pendapat aku la...
kalo nk wujudkan suasana kampus yang lebih mesra pelajar + mpp pn leh nmpk wat kje....
wat la aktiviti yang menyeluruh....
bukan individu tertentu je dpt manfaat....contoh mcm program borneo tuh....apa objektif???
then apa hasil yang dpt lps g jelajah borneo?
tuh mungkin satu aktiviti yang pihak mpp buat....tp aku masih xnmpk apakah rasional nya....
nih just opinion....bkn saja2 nk titik mana2 pihak...
then blog nih pn wujud untuk cuba memperbetulkan/memperelokkan mpp...

Anonymous said...

YaALLAH..kenape la orang yang tulis nie emo sgt..rilek..rilek..
Aku selaku wakil budak uniten tak la rase kiteorang mudah lupe..sape kate kiteorang mudah lupe..maybe de tapi sikit jer..
Aku pun baru tahu kewujudan blog korang nie..
Ape kate korang bagitahu dekat semua student uniten pasal blog nie..
Baru la ko tau luahan rase semua student uniten..

Anonymous said...

Salam.mr/mrs anony..
blogger ini bukanlah emo,tp cuba memperlihatkan realiti keadaan di Uniten sekarang.Mungkin betul apa yang dikatakan.kita ni,sebagai pelajar,kita lupa apa hak kita disini,hak kita as pelanggan kepada Uniten.kita lupa kebajikan kita disini telah pun diabaikan kerana tidak bersatu.jadi blogger ni membawa kita untuk sedar kembali mana silap kita.cuba perbetulkan mana yg x betul agar hak kita akan terbela kelak.walaupun bukan untuk kita tp untuk junior kita,atau anda x kesah pasal ni?fikir2kanlah..
sy berharap ada perubahan dibuat oleh bakal-bakal barisan baru mpp sesi 07/08 ni.dengan perlantikan baru TNC,diharapkan hak kebajikan pelajar dapat diperbaiki dengan lebih baik.
jadi mari kita sahut kempen blogger ini.mari semua kluar untuk mengundi.tunjukkan pada management bahawa kita still bersatu padu.tegakkan hak kebajikan kita disini sebagai seorang pelajar Uniten,universiti terbaik di malaysia(ramai yg cakap).pd pandangan sy,uniten terbaik dari segi akademiknya,namun ada sedikit kecacatan pada pihak pentadbiran yang perlu diperbetulkan...dan langkah ini harus diambil oleh pihak mpp sebagai agen bagi pelajar untuk menyuarakan suara pelajar.jadi harapan sy mpp sesi baru ini dapat membawa perubahan ini,walaupun sedikit tp biarlah nampak perlaksanaannya,kembalikan kepercayaan pelajar itu adalah objektif utama mpp sesi ini.sekian.

Anonymous said...

la...korg mengaku korg
'pelanngan Uniten?'

aku rase..klu boole takde org nak mengaku student is customer..what the hal...

student is more more n more than customer....

Anonymous said...

mr anony...

terangkan maksud student is more more n more than customer...
asaya cdgkan mr anony,gi check apa maksud customer kat fomca

Anonymous said...

saya amat berterima kasih kepada abg Najwan kerana telah membuka pandangan saya dan kengkawan saya, betapa pentingnya utk student uniten turut terlibat sama dalam memperjuangkan hak kita semua. Terima kasih kenana membuka mata kami. Terusan usaha anda.