Bosan dan Hambar!!!!
(Oleh : Pelajar yang gemuk V)
Asalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakan-Rakan UNITEN sekalian.
Bosan dan Hambar..begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas MPP UTP mengenai situasi politik kampus di Universiti Teknologi Petronas.
"Cuma saya tak mampu menyembunyikan kekecewaan saya terhadap prestasi badan tertinggi pelajar itu akhir-akhir ini. Sebagai badan tertinggi, kewujudan MPPUTP perlu disedari bukan setakat di pihak mahasiswa, tetapi juga di pihak pentadbiran kampus. Jika dahulu, bila kami membawa isu ke pihak atasan, mereka mengatakan kami hanya mewakili 25% mahasiswa kerana itulah jumlah yang turun mengundi. Tahun depan, mungkinkah pihak atasan boleh mengatakan, who are you representing? No one, right? Apa yang mampu dijawab balik oleh MPPUTP kala itu?"
Dari sedikit kenyataan diatas jelas menunjukkan senario yang berlaku di UTP selaku IPTS yang setaraf dengan kita di UNITEN ini. UTP dan UNITEN adalah universiti yang diwakili oleh GLC yang besar dan berpengaruh,tetapi malangnya semangat dan keghairahan utk menuntut hak-hak selaku pelanggan amat lah mengecewakan. Barangkali ini disebabkan kita terlalu selesa dengan kehidupan kita. Entri saya sebelum ini mengutarakan yang pelajar-pelajar kita mudah lupa,mengambil jalan senang,hanya memikirkan mengenai diri sendiri. Mohon maaf saya unjurkan.Kenyataan saya bukan utk memburukkan pelajar-pelajar kita tetapi itulah hakikat yang terjadi.
Komentar yang saya ambil diatas juga menyentuh mengenai kemenangan tanpa bertanding. Penulis menyifatkan ianya adalah satu kekelahan dalam kemenangan yang amat memalukan. Rakan-rakan,bayangkan hanya 8 orang calon sahaja yang berani menyahut cabaran mengendong permasalahan pelajar UNITEN,jikalau mereka diberikan kemenangan percuma,percayalah mereka tidak mempunyai mandat yang cukup dan kuat utk memperjuangkan hak-hak kita.
Oleh itu,marlah kita menyahut cabaran ini,saya menyeru agar rakan-rakan UNITEN supaya bermuhasabah dan memikirkan sejenak mengenai perkara ini. Saya ingin anda sekalian melihat betapa bersatunya kita untuk menuntut hak kita.
http://utptoday.blogspot.com/2007/09/kemenangan-dlm-kekalahan.html
7 comments:
V,
Budak-budak IPTS ni rata-rata anak orang kaya yang manja. Tak pernah kenal erti susah. Malas bergerak dan khayal dengan dunia mereka yg tersendiri!
Dan barangkali juga kebanyakannya tidak pernah aktif sewaktu di bangku menengah dulu. Maka dari itu, keghairahan utk berpersatuan, berjuang menuntut hak seolah-olah tidak sampai. Barangkali kebanyakan mahasiswa di Uniten ini "mandul" idealisme.
Perkara yang sama mungkin kau boleh lihat berlaku juga di UTP, MMU dan UNITAR.
Pun begitu, berbeza dgn gerakan mahasiswa di IPTA. Mereka lebih ghairah berorganisasi. PRK saban tahun hangat dan memberahikan!
Apakah mungkin kerana faktor mereka di sana yang didokongi oleh unsur-unsur politik luar (Aspirasi-UMNO, PMI-Pembangkang) menyebabkan gerakan kampus menjadi cukup matang dan mengujakan?
Mungkin elemen-elemen politik kepartian dari luar harus disuntik ke dalam jiwa mahasiswa Uniten ini?
Sekadar melontar hujah. Apa pula pandangan kalian?
najwan...
Mengenai dengan perkara pertama yang kau utarakan mmg tidak dinafikan, PRK di IPTA sememangnya memberahikan dan menghairahkan. Jika kita tinjau akbar kosmo,mereka memperuntukkan hampir 3 mukasurat didalam akhbar mereka bagi membuat liputan mengenai PRK.
Walaupun telah jelas dinyatakan didalam AUKU melarang adanya affiliasi dengan parti-parti politik,mereka amat bijak menggunakan kelemahan-kelemahan definasi AUKU utk memwujudkan badan-badan seperti pro-aspirasi dan pro-pembangkang. Adakah kita di UNITEN sudah bersedia utk mengambil peluang menggunakan kelemahan-kelemahan itu. Kita sudah arif yang pro-aspirasi itu berkaitan dengan kerajaan yang memerintah dan pro-pembangkang disokong oleh pembangkang. Saya secara peribadi rasakan kita sudah mampu berbuat demikian di UNITEN ini.
Adakah kita perlukan elemen2 itu didalam PRS UNITEN?? Susah nak dikatakan,kadang-kadang apabila diselidik,siswa kita sungguh manja,tetapi ada juga yang pernah menyuarakan hasrat supaya PRK bersifat pertembungan 2 pihak lebih menarik daripada bertanding secara individu.
Jika kita fikir kembali,pihak pengurusan tak perlu lagi nak adakan induksi MPP,kerana
mereka sudah bersatu utk bekerja bersama. betul betul betul...
menang sahaja terus bekerja....
hahaha...tatau aku menjawab atau tidak..moga2 ko paham lar
-pelajar yg gemuk V-
PRK Uniten bukan PRS UNiten....
-pelajar yg gemuk V-
- upin dan ipin -
pelajar2 sekalian, turun la mengundi... tunjukkan kepada pihak management yang kita semua ini still lagi bersatu... yang di luar sana, jgn la anda berdiam diri saja, tunjjuk yang anda ini sayangkan uniten n anda care about uniten...
as i said.. we care we share...
pelajar uniten, jika anda rasa anda seeorang yang bertanggungjawab as a student of UNITEN, anda sepatutnya turun mengundi jika election ada...
ini menunjukkan anda adalah seorang pelajar yang bertanggungjawab terhadap persekitan kehidupan anda... election ini adalah sebagai batu loncatan anda dalam proses mengundi jika anda menjadi warga malaysia pada masa akan datang... jika election dalam kampus pun anda tidak bole jalan kan, mcm mane jika ada election pada peringkat nasional pada masa akan datang... fikir2 kan lah wahai kawan2 ku........
balik-balik senario yang sama....
adakah kita ketandusan pemimpin (yang boleh wat keja la)...
bak kata najwan.....budak-budak ipts kebanyakkannya terdiri daripada golongan yang berada.....
hanya sebahagian kecil yang berasal dari pada golongan pertengahan....namun hanya sebahagian kecil yang mengambil berat tentang fungsi mpp....
kenapa perlajar tidak mahu mengundi? mengapa kita masih mengalami kekurangan calon? dari pandangan rambang aku...pelajar itu sendiri tidak tahu apa itu mpp dalam erti kata sebenar kerana sejarah mpp di uniten tidak mencapai tahap kegemilangan seperti di ipta...suara mpp masih lemah....masih bergantung terhadap keputusan pihak pengurusan...dan rata-rata mpp kita pro-pengurusan.....jika mereka menentang pengurusan maka mereka akan di ugut dengan pelbagai cara...so solution yang terbaik ialah menyedarkan masyarakat kampus uniten tentang hak-hak mereka...kita adalah pelanggan....sebagai pelanggan kita wajar mendapat layanan dan perkhidmatan yang memuaskan.....
-hantugaz-
do not consider UTP into this matter. MPPUTP helpless
to
utptoday admin
moga-moga kita dapat menjalinkan hubungan yang lebih akrab bagi mengembangkan gelombang kesedaran.Moga-moga Putrajaya dan Tronoh akan menghasilkan generasi2 yang betul2 menzahirkan perubahan-perubahan dan kemajuan kelak
Post a Comment