Majlis Perwakilan Pengurusan UNITEN ( MPP UNITEN)

. Tuesday, September 25, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Majlis Perwakilan Pengurusan UNITEN ( MPP UNITEN)
dari : Pelajar yang gemuk V

Peranan MPP didalam pembangunan sesebuah universiti sering kali dipersoalkan oleh mahasiswa-mahasiswi baik di IPTA atau IPTS.Rencana ini akan mengupas lebih lanjut mengenai situasi pimpinan pelajar di sebuah IPTS ternama yang mempunyai sebuah Syarikat Besar berkaitan Kerajaan iaitu UNITEN.

Sering kali pelajar-pelajar UNITEN kebelakangan ini menyatakan Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN tidak layak mewakili pelajar-pelajar,mereka lebih mewakili Pengurusan Universiti kerana kekurangan autonomi bagi memperjuangkan hak-hak pelajar. Saya amat bersedih apabila mendengar kekurangan calon utk mengisi tanggungjawab sebagai suara keramat pelajar ini. Ada menyatakan calon-calon atau individu-individu yang layak,berkaliber,dan berbakat serta mempunyai sifat kempimpnan yang tinggi lebih mementingkan Kelab/Persatuan yang ada di UNITEN.

Jikalau diselidik,memang benar kenyataan ini kerana bagi mereka di Kelab/Persatuan lah mereka dapat merencana plan pembangunan sahsiah dan menjaga kebajikan pelajar.Walaupun kecil skopnya,tetapi bayangkan jika UNITEN mempunyai hampir 15 kelab/Persatuan yang aktif,maka agak ramai juga jumpah pelajar UNITEN yang mereka jaga. Di Kelab/Persatuan mereka mempunyai kebebasan mencorak,merangka,menggubal,melaksanakan. Seperti yang saya sebutkan sebelum ini,walaupun skopnya kecil tetapi Kelab/Persatuan yang lebih memainkan peranan penting membentuk pelapis pemimpin pada masa depan.

Saya bukan ingin memburukkan dan menyalahkan sesiapa,bagi pendapat saya terdapat dua pihak kenapa perkara kekurangan calon MPP berlaku pada pilihanraya pada tahun ini. Pertama, Pihak Pengurusan Universiti sendiri, Pihak Pengurusan Universiti mengambil enteng suara pelajar. Mereka tidak memberiklan peluang kepada MPP-MPP sesi sebelum ini kuasa dan mereka enggan mendengar perkara-perkara yang diusulkan oleh MPP. Pihak Pengurusan agak teragak-agak memberikan kuasa autonomi walaupun bersyarat kepada MPP dan Kelab/Persatuan utk mencorakkan pembanguna pelajar dan menjaga kebajikan pelajar-pelajar UNITEN. Disamping itu,pihak Pengurusan kurang menjaga kebajikan MPP itu sendiri,jika kita bandingkan MPP di IPTA dan IPTS yang lain,MPP-MPP disana diberikan pelbagai insentif dan kelebihan agar mereka menjalankan tangungjawab mereka dengan lebih efisyen.Elaun yang menarik,perlepasan jan kredit serta kemudahan apartmen yang percuma,perkara-perkara ini akan membuatkan MPP akan bekerja keras utk menjalankan tangungjawab.Bukan ingin menggelapkan mata pelajar utk berpusu-pusu menjadi MPP dan tidak akan ada kes-kes kekurangan calon,tetapi ini tidak mencerminkan niat ikhlas pihak pengurusan utk menjaga kebajikan pelajar,wajarlah saya katakan MPP di UNITEN bukan utk pelajar tetapi utk Pengurusan.MPP kena mengikut kehendak Pengurusan bukannya pelajar.

Pihak kedua yangs saya ingin menarik perhatian pembaca berlakunya permasalahan kekurangan calon ini adalah,maaf saya katakan MPP sesi yang lepas. Mereka tidak mempunyai satu pelan induk pembangunan pemimpin pelapis.Mereka mempunyai hampir 100 orang ahli jawatankuasa membantu mereka didalam setahun,tetapi mereka tidak memberikan peluang dan pengalaman kepada 100 orang ini.Jikalau mereka rapat dan memberikan mereka peluang,serta mereka berkongsi ilmu pengalaman,saya yakin daripada 100 orang itu akan ada hampir 20 orang berminat dan bersedia menjadi MPP.Ini tidak,hanya mengharapkan Kelab/Persatuan utk memberikan calon-calon pilihanraya.

Sebagai konklusi rencana saya pada hari ini,saya ingin menarik perhatian pembaca-pembaca akhbar elektronik ini. Kekuatan MPP yang sebenarnya akan membantu pelajar jikalau pihak Pengurusan benar-benar ikhlas melibatkan badan ini didalam agenda pembangunan UNITEN dan pelajar-palajarnya.Dan jikalau MPP itu kembali disegani dan dihormati dan menjadi wadah utama pelajar,maka ramailah pelajar-pelajar kita akan berminat untuk menjadi pemimpin kerana mereka tahu akan tanggungjawab dan kelebihan yang bakal dirasai dan diperoleh kelak.Apabila MPP sudah ada saf pimpinan yang mantap dan berkaliber serta mendapat sokongan dan autonomi bersyarat dari pihak Pengurusan,maka Kelab/Persatuan juga akan mendapat manfaatnya serta pelajar-pelajar boleh lah mempunyai sebuah suasana kampus yang benar-benar kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran,disamping melahirkan generasi-generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dicari dan dihargai kelak apabila mereka menempuh dunia pekerjaan kelak.

0 comments: