Kenapa ramai menolak MPP

. Sunday, September 23, 2007
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Amat mengemparkan,hanya 8 orang calon sahaja menampilkan diri sewaktu penamaan calon tempoh hari?? Calon di Kampus KHSAS juga tepat2 5 orang,juga tiada pilihanraya.kenapa situasi ini terjadi???Saya ingin bertanya kepada rakan-rakan pelajar sekalian. Adakah rakan-rakan merasakan fungsi MPP ini tidak relevan lagi didalam kampus kita??
Pada pandangan saya,pelajar-pelajar kita memang sudah hilang harapan pada badan induk pelajar ini. Bukan saya ingin menyalahkan mana2 pimpinan terdahulu atau terkini,tetapi inilah realitinya. Saya masih ingat satu ketika dahulu.pimpinan MPP diketuai oleh saudara Mohd fairuz dari kampus KHSAS,saf pimpinan beliau menumpukan hanya pada kebajikan pelajar,saf pimpinan beliau berjaya menyekat hasrat pihak pengurusan utk menarik balik diskaun penginapan apartment kita,anda tahu mengenai perkara itu atau tidak??

Pimpinan selepas itu,mungkin tidak sebaik yang sebelumnya...tetapi hasil usaha mereka berjaya ,mengadakan semula program-program yang hampir 5 tahun hilang dari takwim aktiviti pelajar UNITEN.Kemudian selepas itu???? minta maaf saya katakan disini..pimpinan sesi 06/07 gagal menghasilkan sesuatu utk pelanggan utama mereka iaitu pelajar-pelajar. Mereka diam dan kadang2 kita bertanya adakah atau tidak badan begelar MPP pada tahun itu???

Pada pandangan saya,UNITEN sangat-sangat ketandusan golongan yang bergelar pemimpin. Pelajar-pelajar juga mengambil mudah perkara ini dengan tidak menyokong usaha-usaha melhirkan pemimpin,sifat pentingkan diri masih ada,tetapi lumrah pelajar-pelajar kita,hanya berbunyi kuat dibelakang dan apabila hendak dianugerahkan tangungjawab,denga pantas menjawab "biarlah budak-budak kelab setelkan!!!" betul atau tidak??

Pelajar-pelajar kita kurang mengambil berat faktor kepimpinan,komunikasi,bekerjasama didalam kumpulan. Saya ingin menarik perhatian pelajar-pelajar sekalian dengan satu fakta yang kukuh saya perolehi dari sumber-sumber dunia pekerjaan saya. banyak syarikat-syarikat besar di luar sana mengkehendakkan graduan yang mempunyai kualiti-kualiti yangs sebut diatas.Saya tak katakan silibus UNITEN tidak menyediakan kualiti2 tersebut,ada seperti subjuk tech Comm,It Comm dan semua,tetapi...itu hanyalar basic bukan memberikan kualiti-kualiti yang benar2 kuat dan tidak diragui lagi.Kelab/Persatuan ada di UNITEN ini,tetapi pelajar-pelajar kita ambil mudah kewujudan badan-badan ini.Fikirkan lah rakan-rakan mengenai perkara ini.

berbalik mengenai hal MPP,simple dan mudah,jikalau MPP sebelum ini tidak menunjukkan prestasi yang bagus dan diharapkan,MPP sebelum ini dikritik hebat,MPP yang tidak memberikan pelajar apa2 perkhidmatan,nescaya pada tahun berikutnya saya jamin kita tidak akan mengadakan pilihanraya dan kita kekurangan calon utk mengisi kerusi yang diperuntukan.Semuanya hilang,melarikan diri,enggan menanggung masalah yang diwujudkan sebelum ini,benar??

dan jikalau MPP itu berjaya,maka berpusu-pusu lar manusia yang ingin menjadi pemimpin kepada 6000 student di kampus Putrajaya dan 3000 di kampus KHSAS.Benarkan???

Jelas menunjukkan golongan yg betul2 ingin menjadi pemimpin sudah hilang,hanya tinggal sedikit sahaja golongan yang ingin belajar dan membuat perubahan pada pelajar,tetapi sgt2 sedikit,tetapi golongan yang mengambil peluang untuk mencantikkan resume dan ingin glamor mmg ramai,sudahlah kurang ilmu selepas itu sombong dan enggan belajar,mcmaner???

Rakan-rakans sekalian....sebelum saya mengakhiri entri ini,saya ingin menarik perhatian rakan-rakan pelajar sekali lagi....kita sudah kehilangan pemimpin,jangan lar kita mementingka diri,fikirkanlah nasib adik-adik kita yang sedang menuntut di Foundation dan bakal2 pelajar yang akan enrol nanti.Fikirkan lar...

3 comments:

Anonymous said...

salam..
actually bila baca menda ni suma..i dont think this is weird.
benda ni dah boleh agak akan berlaku. kenapa? sebab management. MANAGEMENT.kalau x kerana management rasenya ader lagi student2 yang berani tampil menawarkan diri untuk memimpin. Kenapa saya katakan management? ok,buat apa MPP perjuangkan hak atau kehendak student kalau semua keputusan di tangan management? dan mmg management susah nak terima cadangan walaupun cadangan tu berikan kebaikan kepada pelajar? keadaan ni macam memperjuangkan sesuatu yg pasti x kan dapat..so? dari dicemuh oleh rakan2 dan student lain..lebih baik berdiam diri jer. sy rase MPP akan bekerja dengan lebih gembira kalau management lebih prihatin akan hal ehwal pelajar. sy bukan bercakap pada sebelah pihak sahaja. tp bekas lecturer pun ada yang x puas hati dengan management.so,kalau lecturer pun x puas hati inikan pula student. ini pada saya adalah salah satu cara untuk boikot, sebab student tahu, ada MPP pun macam xder fungsi pun.
sebab MPP uniten xder kuasa untuk pengaruhi keputusan pihak management. Pada pendapat sy kenapa MPP dahulu berjaya kerana management pada waktu itu dibarisi oleh individu-individu yang prihatin akan hal ehwal pelajar.
sy bukan la nak salahkan sesiapa, tp sy melihat MPP di uniten tidak berfungsi seperti MPP di universiti2 lain.
Sekian.
-kalau ada yang terkasar/terasa harap maaf,sy hanya berbicara dari hati dan pemerhatian.sy org baru disini.jadi itu yg dapat sy luahkan disini.

Anonymous said...

it's nice to see a blog that is dedicated to our cause. hopefully this blog can be a safe haven for great minds to gather and discuss and may perhaps be of benefit to the students in the long run. kudos.

Anonymous said...

Hmmm... MPP x da fungsi. mungkin berbalik kepada management. semua keputusan di UNITEn bukan di tangan student tapi, management. Mungkin MPP boleh hantar memorandum, boleh bersemuka dengan management tetapi, perlaksanaannya terletak di tangan board management jugak...
Sejauh mana MPP buat keje or sejauh mana diorang x buat keje Kita sendiri tak tahu. Cuma, kita tak nampak perubahan yang ketara di UNITEN ni.... Tapi, berapa ramai student yang kisah tentang kebajikan pelajar??? Berapa ramai yang prihatin? Kalau kita x puas hati dgn MPP sekarang, dan kita prihatin dengan kebajikan pelajar, kenapa bukan kita yang mengambil tanggungjawab hantar borang pencalonan utk jd MPP? (untuk diri sendiri jugak nih) Fikir-fikirkan...