Politik kampus di UNITEN??

. Saturday, October 10, 2009
  • Agregar a Technorati
  • Agregar a Del.icio.us
  • Agregar a DiggIt!
  • Agregar a Yahoo!
  • Agregar a Google
  • Agregar a Meneame
  • Agregar a Furl
  • Agregar a Reddit
  • Agregar a Magnolia
  • Agregar a Blinklist
  • Agregar a Blogmarks

Oleh : panerai

Salam sahabat UNITEN sekalian. Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ribuan ampun dan maaf kerana sudah alam tidak menulis dan berkongsi idea. Saya sudah berjaya menamatkan pembelajaran di UNITEN dan kini berkhidmat di salah sebuah jabatan awam di Kuala Lumpur. Saya juga ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya dan Selamat menyambut Deepavali kepada semua warga Malaysia. Moga kita sentiasa aman dan bergerak maju kehadapan melayari zaman.

Saya tertarik apabila mendapati telah wujud satu lagi medan diskusi maya di UNITEN. Selama ini saya hanya menjadi penulis bebas di Uniten Daily, apabila saya mengetahui mengenai UnitenKini, jiwa saya segar dan menyatakan syukur kerana pelajar-pelajar UNITEN sudah mula sedar akan kekuatan dan keperluan media didalam menyampai,menyebarkan ideologi masing-masing. Syabas kepada pemilik UnitenKini dan saya harapkan Uniten Daily dan UnitenKini akan mejadi medan pencerahan minda kepada semua pelajar-pelajar UNITEN.

Berkenaan dengan perlukah wujudnya replika dwi partisan politik di kampus UNITEN ini? Rata-rata jiwa mahasiswa muda akan segara menyokong perkara ini. Ini akan menyemarak suasana kampus dan melahirkan pemimpin-pemimpin dimasa hadapan. Wujud juga check and balance untuk kelompok yang memenangi pilihanraya untuk memberikan perkhidmatan terbaik jika ingin terus berkuasa dan menjadi lagenda di kampus mereka.

Akan tetapi, jika kita fikirkan kembali secara mendalam, dengan mengambil kira kematangan siswa UNITEN berpolitik, idea ini akan memusnahkan kita dan dijadikan peluang untuk pihak-pihak diluar pagar kampus yang sejak kian lama mengidam melebarkan sayapnya di UNITEN.

Wahai siswa/siwi UNITEN, berdasarkan pengamatan saya sejak berada di UNITEN ini. Saya mendapati pemimpin-pemimpin pelajar kita masih hijau mindanya, masih nipis mentalitinya. Maafkan saya jika ada yang marah, ini adalah kenyataan. Kelompok pemimpin ini tidak ada ideologi asas sebagai suara siswa dan lemah ilmu pentadbiran dan kematangan. Mereka ini sangat mudah di pengaruhi kerana jiwa yang mudah serta ghairah, ditambah dengan semangat politik negara diluar sana, mereka ini kuat bersuara bila tidak memerintah, senyap apabila berkuasa. Takut berdepan kritikan, mudah melenting apabila ditegur, merasakan diri orang hebat dan tidak perlu idea dan bantuan orang lain. ”Aku MPP, korang ikut saja, let me do all the jobs”.

Daripada kita berdwi partisan lebih baik kita bersandarkan prinsip asas demokrasi, direct representation. Saya cadangkan agar semua pelajar dihimpun secara berkala untuk menilai prestasi MPP. Pelajar-pelajar rela memberikan kuasa eksekutif yang kuat kepada Presiden Majlis Perwakilan Pelajar dan Exco2nya untuk melaksanakan apa rancangan, program, pembangunan yang difikirkan perlu oleh MPP berdasarkan tempoh masa perkhidmatan termasuk.

Sebagai balasan, MPP haruslah melaksanakan perancangan itu berpaksikan hala-tuju yang ditetapkan oleh pelajar-pelajar. Let you guys have an assembly. A legislative assembly with legislative power to set the direction of student rights. MPP harus bertanggungjawab terus dan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar tanpa ada HEP dan Pengurusan mempegaruhinya. HEP and Management bertindak sebagai Judiciary memastikan pengasingan kuasa dan undang-undang Universiti di tegakkan.

Calon-calon bertanding secara individu tanpa ada partisan. Mereka-mereka ini memperjuangkan isu daripada sibuk menghentam pihak yang lain jika dwi-partisan diadakan. Mereka mengetahui,memahami,mensintesis dan menganalisa isu-isu pelajar dan berkempen memperjuangkan hak-hak pelajar. Kita tidak mahu calon-calon yang menjerit,berjanji dan menghentam pengurusan bagi meraih undi. Tetapi, CALON-CALON YANG BIJAK MENGEMUKAKAN ISU BERSERTA RANCANGAN YANG PRAKTIKAL,DAN BOLEH DICAPAI,MERANGKUMI PENGLIBATAN PELAJAR-PELAJAR. TIDAK HANYA BERBICARA MENGENAI PROGRAM-PROGRAM TETAPI, RANCANGAN JANGKA MASA PENDEK DAN PANJANG BAGI MENINGKATKAN KUALITI HIDUP DAN PEMBELAJARAN ILMIAH KAMPUS.

Dari sana siswa-sisiwi akan dilatih menjadi matang. Matang memilih pemimpin dan matang berpolitik. Tidak perlu dwi-partisan, cukup hanya MPP tahu siapa boss mereka,yakni pelajar. MPP harus takut dengan pelajar. MPP harus gerun apabila ditegur pelajar, dan sentiasa memberikan perkhidmatan, informasi, rancangan serta program berkualiti bagi menghasilkan siswa yang kompeten dan matang bagi menghadapi dunia politik negara yang lagi buas dan kejam. MPP harus berani menerima idea-idea baru, jangan jumudkan pemikiran, jangan rasakan diri itu hebat dan berkemampuan membuat semua benda. Gunakan lah sumber manusia yang beribu-ribu di UNITEN itu. Cari bakat-bakat yang ada, latih dan gunakan sebaiknya.

Akhir kata dari saya, matangkan pemikiran kita, jadi seorang yang bertamadun, kalian akan mengadakan sistem dwi partisan,tetapi bukan sekarang. Latihkan diri, cerahkan minda, lengkapkan ilmu, bersihkan hati.

6 comments:

KHATEEB said...

Salam mahabbah...
saya sangat bersetuju dengan pandangan penulis mengenai kewujudan dwi kelompok dalam kalangan pelajar...kalau ikut pada suasana sekarang, kaedah berkenaan tidak berapa sesuai memandangkan kurang kesedaran berkenaan dengan isu-isu semasa pelajar di uniten apatah lagi isu di peringkat nasional dan antarabangsa...langkah pertama ke arah kecemerlangan pelajar di uniten ialah timbulkan dahulu kesedaran...

Anonymous said...

Salam sahabat,

saya ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya dan berdoa agar kalian dapat mengharungi peperiksaan dengan lancar dan beroleh kejayaan yang membanggakan.

saudara khateeb, terima kasih atas komen anda, sesungguhnya anda bagi saya, terbuka mindanya, terang pencerahan pemikiran dan tenang di dalam catatan penanya.

Apapun wahai saudara, kan molek jika diskusi mengenai perkara ini dihangatkan, kalian sebagai warga uniten yg memperoleh pencerahan bersama-sama mewujudkan satu budaya, satu trend perbincangan untuk menjadikan UNITEN penuh intelektualisme, perbincangan isu-isu yang matang dan membuahkan hasil kelak.

Saya menyeru kepada semua penulis-penulis bebas, penggiat budaya, pemikir intelektual terus menerus menghangatkan debat, membuatkan pelajar2 berfikir...

panerai

Admin Unitenkini said...

aku dah lama tengok/baca post ko ni...
Saturday, October 10, 2009
tarikh ko post...
sampai hari ini, 26 october 2009...
khateeb sorang je respons...
ko nampak x?
bbudak uniten...kalau ko prasan, post aku ttg mpp, kena atas batang hidung mmasing, kejap je komen balik...
tu la realiti bbdak uniten.
Bukannya diorang xbaca blog, blambak yg online...Tapi 90% yg online xamik tahu k'daan semasa M'sia/kampus/uniten....mereka peduli apa??? selagi mana xkena kat diorang...itulah realiti.

Tentang post ko ni yg mngatakan minda plajar/mahasiswa uniten tak sesuai lg untuk masukkan ttg dwi-partisan di kampus,aku kurang bersetuju...

sebab, aku rasa minda bbdak uniten yng xmatang antara sebabnya ialah xada dwi-partisan...ko stuju ke x, aku xkesah...ni pndangan aku.

Anonymous said...

kepada admin unitenkini,

masing2 ada pendapat dan ideologi tersendiri, bergantung kepada takrifan mereka terhadap sesuatu perkara.

berkenaan dengan kewujudan dwi-partisan di UNITEN? beginilah,kita harus menghangatkan lagi perbicangan dan diskusi, biar mereka nampak perang hakikatnya, mereka akan berfikir,

keputusan akhir..terletak kepada student2, jika mereka mengkehendakkan dwi partisan, saya menerima dengan penuh rela, dan akan menyokong kepimpinan yang berwibawa.

renunglah wahai sahabat admin unitenkini, bersediakah kamu?? jika ya..teruslah berjuang

panerai

SISWA UNITEN LEMBIK said...

Sebenarnya kalau bicara soal isu kemudahan pelajar sahaja, ini tidak sekali-kali merancakkan kotak pemikiran siswa-siswi.

Kalau peranan MPP, sekadar membawa isu tempatan, maka serupalah peranannya seperti di sekolah dengan ketua kelas, pengawas, ketua pengawas dan ketua umum.

Pemikiran benak siswa Universiti semestinya lebih luas, isunya bukan lokal, isu Nasional mesti dikupas, berbincang soal idealisme, mengajak siswa/siswi menyumbang idea dan pandangan muda dalam membangun negara khususnya golongan muda.

Tentang sistem dwiparti. Ini tak penting. Yang penting ialah memahami dan memperkenalkan idealisme terlebih dahulu. Tentang parti mana yang sesuai dengan idealisme yang dibawa, itu urusan di luar universiti.

Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT