oleh : Panerai
Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 melalui Sekretariat Kelab dan Persatuan mengadakan sebuah mesyuarat rasmi yang dihadiri semua pemimpin-pemimpin pelajar UNITEN pada hari Jumaat 17 Oktober 08,bertempat di Dewan Kuliah COIT. Mesyuarat atau Majlis yang telah lama ditubuhkan ini bertujuan menghimpunkan pemimpin-pemimpin Kelab/Persatuan di Kampus Putrajaya ini. Saya memperoleh info mengenai intipati Majlis ini dari sahabat-sahabat yang menghadirinya.
Saya mengganggarkan Majlis ini adalah medium penting bagi pihak MPP bersua muka dan membincangkan sebarang isu secara serius dan rasional bagi menyelaraskan pembangunan pelajar di Universiti kita. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memuji usaha pihak MPP yang zahirnya telus dalam perjuangan hak-hak pelajar dan penghasilan graduan-graduan yang kompeten kelak.
Saya juga ingin memetik ucapan sulung Presiden MPP 08/09, Saudara Syafeeq:
Kelab/Persatuan umpama kerajaan-kerajaan negeri yang bernaung dibawah kerajaan pusat(baca:MPP). Kerajaan-kerajaan negeri ini diberi kebebasan mencorak hala-tuju,mentadbir pengurusan dan memelihara tradisi dan identiti. MPP pula kerajaan Pusat yang menjadi tunjangnya.
Saya amat meminati perumpamaan ini. Jelas kematangan politik pelajar-pelajar kita harus dipuji. Menggunakan konsep kerjasama utuh diantara kerajaan negeri dan Pusat bagi menggapai visi dan misi ulung,Generates Professional. Kesatuan atau Persekutuan ini boleh menjamin kebebasan kelab/Persatuan dan pada masa yang sama MPP dapat menjalankan amanah mereka sebagai badan tertinggi pelajar.
Ini harus diambil perluang oleh semua pelajar-pelajar baik pimpinan atau tidak. MPP sesi ini cuba menonjolkan pembawakan yang rasional dan menghormati entiti-entiti lain didalam UNITEN ini.Ini juga jelas menunjukkan MPP 08/09 cuba bertindak adil dalam menyelaraskan pergerakkan dunia aktiviti pelajar kita. Seharusnya Kelab/Persatuan membalas penghormatan ini dengan menghormati MPP dan sentiasa bermesyuarah dan menyokong sebarang usaha-usaha yang mengembalikan keyakinan pelajar kepada pemimpin-pemimpin mereka khususnya dan kebaikan semua pelajar UNITEN amnya.
Disamping itu,kedengaran MPP mengeluarkan polisi atau cadangan baru dalam membantu Kelab/Persatuan didalam mengatasi masalah kekurangan dana menganjurkan program-program. Sumber rapat MPP mendedahkan mereka akan menggalakkan,membantu dan memudah-carakan Kelab/Persatuan mendapatkan dana-dana tambahan berbentuk penajaan luar UNITEN seperti dari Korporat,NGO dan Kerajaan dan sebagainya. Malah MPP akan mengadakan satu kursus khas melatih dan memberikan pendedahan kepada Kelab/Persatuan berkenaan proses dan prosedur mendapatkan penajaan serta teknik-teknik berurusan dengan penaja-penaja. MPP juga dikatakan akan mengeluarkan senarai-senarai penaja-penaja yang berpotensi.
Saya kira ini adalah satu usaha yang bagus dan sangat-sangat diperlukan dikala kesukaran memperoleh dana Tabung Aktiviti Pelajar. Inisiatif ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi membantu Kelab/Persatuan. Saya menyeru Kelab/Persatuan menyokong MPP dalam usaha ini. Saya juga menyeru agar MPP berusaha keras membantu rakan-rakan pimpinan kalian di UNITEN ini.
MPKP seharusnya bukan sekadar mesyuarat atau perjumpaan biasa. MPKP seharusnya menjadi Majlis yang dihormati dan disegani. Majlis ini menghimpunkan hampir semua kepala-kepala organisasi pelajar. Saya ingin mengambil kesempatan menyeru MPP supaya serius didalam hal MPKP. Jadikan MPKP ini medan pemutus dasar dan polisi untuk mentadbir Kelab/Persatuan. jadikan ia sebagai jambatan kukuh menghubungkan MPP dan Kelab/Persatuan. Bersatu dan Bermesyuarahlah agar dunia aktiviti pelajar kita kukuh umpama Persekutuan Malaysia dan 13 Negeri-Negerinya
1 comments:
anybody that need a service for pcb etching / pcb layout / project design can call 0196230426 or email at mat.pcb@gmail.com.
Price are negotiable.
Post a Comment