Selamat Menyambut Deepavali

. Monday, October 27, 2008
0 comments

Saya secara peribadi dan mewakili barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang lain mengucapkan selamat meraikan Hari Deepavali kepada semua pelajar Uniten yang beragama Hindu. Semoga dengan pesta cahaya ini akan merapatkan lagi hubungan kita sesama pelajar dalam mewujudkan perpaduan yang kukuh.

Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dalam mengharungi peperiksaan akhir semester ini.Pastikan kesihatan anda terjaga disaat akhir ini dalam memastikan kondisi kita semua stabil ketika menjawab kertas peperiksaan kelak tanpa gangguan lain.Buat yang beragama Islam, perbanyakkan solat hajat dan bacaan yasin dalam memperkukuhkan jiwa kita ketika kerusingan melanda.

Dikesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada pihak Unitendaily kerana secara sukarela menjadikan medium ini sebagai satu wacana bagi mendapatkan respon balas dari para pelajar.Moga dengan ini, sedikit sebanyak barisan Majlis Perwakilan Pelajar yang ada kini dapat memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti kami dalam memenuhi janji kepada perubahan yang lebih baik.

Akhir kata,diucapkan kepada semua,Deepavali Nal Valthukhal dan selamat maju jaya!

Kualiti, Professional, Integriti

Mohammad Syafeeq Bin Hashim
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Tenaga Nasional.

http://syafeeqc14.blogspot.com

Semangat "Pusaka Tesayang"

. Sunday, October 19, 2008
2 comments

oleh : Panerai

Masih segar diingatan saya, Karnival Mahasiswa 06 adalah majlis rasmi pelajar yang pertama memperdengarkan lagu rasmi UNITEN. Irama indah hasil ciptaan Pak Ngah dan bait-bait semangat nukilan En.Kamal,staff Unit Sukan dan Kebudayaan (USK) kita. Saya masih ingat,bekas Pendaftar yang dikagumi YM Dr Tengku yang memberikan idea dan arahan kepada penganjur ketika itu.

Jika kita halusi bait-bait lagu tersebut,lahir sifat sayang dan bangga dengan UNITEN kita. Saya akui, saya amat berbangga setiap kali menyanyikan lagu itu. Kini lagu itu menjadi lagu yang wajib didendangkan di semua majlis rasmi baik UNITEN ataupun program-program anjuran pelajar-pelajar kita. Apa yang saya harapkan,siswa/siswi kita turut berbangga dengan lagu,jika tidak pun menghormatinya. Malang sekali ianya hanya mencuit sebilangan pelajar dari jumlah populasi 7000 di Kampus Putrajaya.

Mengapa ini berlaku??

Analisis awal atau tanggapan sulung, siswa/siswi kita melihat UNITEN hanyalah tempat atau pusat sehenti untuk memperolehi sekeping kertas yang mempunyai nombor 3 angka. Kertas yang akan menentukan masa depan,sama ada berjaya atau tidak. Saya tak nafikan kepentingan ijazah itu,akan tetapi siswa/siswi kita seharusnya melihat UNITEN sebagai peluang memperbaiki jatidiri,personaliti dan rohani. Ini dapat dilihat sewaktu Alumni Relation Centre (ARC) UNITEN menganjurkan Home Coming dahulu, 11,000 graduan yang dihasilkan hanya kurang 1000 orang sahaja yang hadir dan kurang dari 500 orang aktif didalam ALUMNI UNITEN.

Siswa/Siswi kita tidak mempunyai sifat sayang dan bangga dengan UNITEN.

Saya membuat tinjauan ringkas kepada siswa/siswi kita yang masih menuntut,rata-rata mengatakan

"Jika UNITEN tak menjaga kebajikan kami,bagaimana kami nak bangga dan sayang pada UNITEN"
"Basic things seperti Penginapan Apartment On-Campus pun tak cukup,macamana kami nak sayan UNITEN,mahal skit takper,janji cukup..kami tanak duduk rumah sewa"
"Fees naik,semua naik.minyak naik,PTPTN jer kekal,camner nak hidup"


Apa yang saya boleh katakan,Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sahaja tidak cukup untuk memperjuangkan hak-hak pelajar dan kebajikannya. Seharusnya kerjasama utuh dan saling hormat-menghormati serta bertimbang rasa diantara Pihak Pengurusan dan MPP diperkukuhkan. MPP kena bertanggungjawab sepenuhnya kepada pengundi-pengundi mereka,dan Pihak Pengurusan melihat MPP sebagai rakan dan partner,bukan student biasa yang boleh diarahkan,untuk bersama-sama menjaga kebajikan siswa/siswi kita.

Jika keperluan asas siswa/siswi UNITEN ditahap sangat-sangat memuaskan barulah kita boleh menanamkan sifat bangga dan sayang kepada UNITEN. MPP dapat merencana agenda pembangunan pelajar dan penyemaian semangat pusaka tersayang kepada penuntut-penuntut kita. Pihak Pengurusan juga akan mendapat hasil dan benih yang disemai. Kita jangan mengejar hasil jangka pendek semata-mata,pembangunan seimbang dan bijak bakal menghasilkan buah jangka masa pendek dan panjang.

Kepada siswa/siswi kita,berilah peluang kepada MPP kita,berikan mereka masa yang cukup untuk bersedia dan bertindak. Ambil peluang ini untuk bersatu dan bersama dalam isu-isu yang akan disampaikan kepada pihak Pengurusan UNITEN.

Kita masih mempunyai masa dan peluang. Kita perlu berusaha dan berdoa pada Ilahi.
Akan datang satu masa,dimana apabila kita pulang ke UNITEN selepas 10-20 tahun meninggalkanya,kita akan tersenyum dan bangga.Akan kita dengar anda berkata kepada anak-anak anda:

"Disinilah ayah belajar,disinilah ayah bentuk diri ayah sekarang,disini ayah menang UNITEN CUP dulu,disinilah ayah jumpa mama kamu"

"Mama dapat ijazah kat sini dulu,mama dapat kerja senang dulu pasal mama pemimpin disini,disini jugalah ayah kamu ngorat mama (kat library)"

"Nampak tak nama ayah kat papan hall of fame student tue??,ayah dulu presiden MPP,dengan ijazah ayah dan pengalaman ayah,kamu dapat masuk sekolah elok-elok dan mebe one day,your name on that plate"

Respon Kempen Keselamatan

.
0 comments

Setelah mengetahui berkenaan perkara ini, saya ingin tergelak.Sama ada pihak keselamatan atau MPP cuba bermain retorik bahasa, atau sekadar gimik semata-mata.Ini memandangkan lima kriteria atau nasihat yang diberikan menjurus kepada perubahan penguatkuasaan undang-undang supaya menjadi lebih tegas.Ayuh kita fikirkan bersama:

1)Memakai ID sepanjang masa ketika berada di dalam kawasan UNITEN.
-Masih boleh diterima.Namun,adakah nilai keselamatan itu dapat dipertingkatkan dengan cara begini? Atau selepas ini, hendak masuk tandas pun kena sentuh ID ala-ala di KMC.

2)Memastikan stiker kenderaan dilekatkan pada kenderaan dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat.

3)Meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan di tempat yang dibenarkan.
-Kalau difikirkan, kenapa pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan stiker? Ini bagi menjadikan saman yang dikeluarkan menjadi sah memandangkan setiap stiker akan memastikan rekod kenderaan pelajar.Tetapi, andai kata kita mengambil stiker dan mendaftarkan nombor kenderaan didalam rekod Uniten, tetapi tempat letak kereta masih lagi tidak disediakan dengan cukup, bukankah kita akan disaman dengan lebih hebat selepas tanggal 28 Oktober kelak? Fikirkan

4)Mematuhi Kod Tatakelakuan Pelajar dan Kod Tatapemakaian Pelajar
-Kalau begitu, pelajar perlu bersedia membeli baju formal yang lengkap.Rambut yang panjang sila potong.Bagus Uniten mendisiplinkan pelajarnya.

5)Memastikan pelawat mendapat surat kebenaran dan perlu ditandatangani oleh mahasiswa/i berkenaan.
-Ini macam hendak masuk lawat budak sekolah di asrama.Siap ada surat kebenaran.Alamatnya,universiti kita tidak akan menerima kunjungan pelawat yang banyak selepas ini.Siapa yang reka perkara ini?

Kempen ini juga diakhiri dengan ugutan halus, yakni:
Penguatkuasaan secara total akan bermula pada 28 Oktober 2008.

Maka, saya cadangkan agar, ubah saja nama kempen ini agar lebih mendapat perhatian.Mungkin bunyinya boleh jadi:
Kempen 'Anda Tak Ikut, Kami Saman'
Ugutan rasmi bermula 28 Oktober 2008..

Sekian.
MKF

Majlis Presiden Kelab dan Persatuan UNITEN (MPKP UNITEN)

. Saturday, October 18, 2008
1 comments

oleh : Panerai

Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 melalui Sekretariat Kelab dan Persatuan mengadakan sebuah mesyuarat rasmi yang dihadiri semua pemimpin-pemimpin pelajar UNITEN pada hari Jumaat 17 Oktober 08,bertempat di Dewan Kuliah COIT. Mesyuarat atau Majlis yang telah lama ditubuhkan ini bertujuan menghimpunkan pemimpin-pemimpin Kelab/Persatuan di Kampus Putrajaya ini. Saya memperoleh info mengenai intipati Majlis ini dari sahabat-sahabat yang menghadirinya.

Saya mengganggarkan Majlis ini adalah medium penting bagi pihak MPP bersua muka dan membincangkan sebarang isu secara serius dan rasional bagi menyelaraskan pembangunan pelajar di Universiti kita. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini memuji usaha pihak MPP yang zahirnya telus dalam perjuangan hak-hak pelajar dan penghasilan graduan-graduan yang kompeten kelak.

Saya juga ingin memetik ucapan sulung Presiden MPP 08/09, Saudara Syafeeq:

Kelab/Persatuan umpama kerajaan-kerajaan negeri yang bernaung dibawah kerajaan pusat(baca:MPP). Kerajaan-kerajaan negeri ini diberi kebebasan mencorak hala-tuju,mentadbir pengurusan dan memelihara tradisi dan identiti. MPP pula kerajaan Pusat yang menjadi tunjangnya.

Saya amat meminati perumpamaan ini. Jelas kematangan politik pelajar-pelajar kita harus dipuji. Menggunakan konsep kerjasama utuh diantara kerajaan negeri dan Pusat bagi menggapai visi dan misi ulung,Generates Professional. Kesatuan atau Persekutuan ini boleh menjamin kebebasan kelab/Persatuan dan pada masa yang sama MPP dapat menjalankan amanah mereka sebagai badan tertinggi pelajar.

Ini harus diambil perluang oleh semua pelajar-pelajar baik pimpinan atau tidak. MPP sesi ini cuba menonjolkan pembawakan yang rasional dan menghormati entiti-entiti lain didalam UNITEN ini.Ini juga jelas menunjukkan MPP 08/09 cuba bertindak adil dalam menyelaraskan pergerakkan dunia aktiviti pelajar kita. Seharusnya Kelab/Persatuan membalas penghormatan ini dengan menghormati MPP dan sentiasa bermesyuarah dan menyokong sebarang usaha-usaha yang mengembalikan keyakinan pelajar kepada pemimpin-pemimpin mereka khususnya dan kebaikan semua pelajar UNITEN amnya.

Disamping itu,kedengaran MPP mengeluarkan polisi atau cadangan baru dalam membantu Kelab/Persatuan didalam mengatasi masalah kekurangan dana menganjurkan program-program. Sumber rapat MPP mendedahkan mereka akan menggalakkan,membantu dan memudah-carakan Kelab/Persatuan mendapatkan dana-dana tambahan berbentuk penajaan luar UNITEN seperti dari Korporat,NGO dan Kerajaan dan sebagainya. Malah MPP akan mengadakan satu kursus khas melatih dan memberikan pendedahan kepada Kelab/Persatuan berkenaan proses dan prosedur mendapatkan penajaan serta teknik-teknik berurusan dengan penaja-penaja. MPP juga dikatakan akan mengeluarkan senarai-senarai penaja-penaja yang berpotensi.

Saya kira ini adalah satu usaha yang bagus dan sangat-sangat diperlukan dikala kesukaran memperoleh dana Tabung Aktiviti Pelajar. Inisiatif ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi membantu Kelab/Persatuan. Saya menyeru Kelab/Persatuan menyokong MPP dalam usaha ini. Saya juga menyeru agar MPP berusaha keras membantu rakan-rakan pimpinan kalian di UNITEN ini.

MPKP seharusnya bukan sekadar mesyuarat atau perjumpaan biasa. MPKP seharusnya menjadi Majlis yang dihormati dan disegani. Majlis ini menghimpunkan hampir semua kepala-kepala organisasi pelajar. Saya ingin mengambil kesempatan menyeru MPP supaya serius didalam hal MPKP. Jadikan MPKP ini medan pemutus dasar dan polisi untuk mentadbir Kelab/Persatuan. jadikan ia sebagai jambatan kukuh menghubungkan MPP dan Kelab/Persatuan. Bersatu dan Bermesyuarahlah agar dunia aktiviti pelajar kita kukuh umpama Persekutuan Malaysia dan 13 Negeri-Negerinya

Kempen Keselamatan?

. Tuesday, October 14, 2008
5 comments

Sedar atau tidak, satu kempen keselamatan sedang dijalankan di Uniten. Tiada apa hebahan langsung mengenai bila, dan apa tujuan kempen tersebut. Hanya setelah saya bertanya orang-orang tertentu, baru saya tahu bahawa adanya kempen keselamatan.

Menurut laman web MPP Uniten (saya petik sepenuhnya);

Bermula 13 Oktober 2008, Kempen Keselamatan akan dijalankan selama 2 minggu.Sepanjang kempen itu berlangsung,seluruh komitmen mahasiswa/i diperlukan.

Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap mahasiswa/i UNITEN :-

Mahasiswa/i dinasihati supaya :

memakai ID sepanjang masa ketika berada di dalam kawasan UNITEN
memastikan stiker kenderaan dilekatkan pada kenderaan dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat.
meletakkan kenderaan di tempat yang disediakan dan di tempat yang dibenarkan.
mematuhi Kod Tatakelakuan Pelajar dan Kod Tatapemakaian Pelajar
memastikan pelawat mendapat surat kebenaran dan perlu ditandatangani oleh mahasiswa/i berkenaan.

Penguatkuasaan secara total akan bermula pada 28 Oktober 2008. Kami,pihak MPP, mengharapkan komitmen penuh semua mahasiswa/i demi kelancaran dan keselamatan kita semua. Segala kerjasama yang diberikan oleh mahasiswa/i UNITEN kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.



Ini rupanya kempen keselamatan. Satu markah saya berikan kepada kepimpinan MPP Uniten yang baru kerana mempunyai usaha untuk memberitahu pelajar. Akan tetapi, ini bukanlah kempen anjuran MPP. Sumber-sumber yang dipercayai memberitahu saya yang kempen ini adalah anjuran pihak pengurusan dan dilaksanakan oleh pihak keselamatan.

Isunya di sini bukanlah mengenai MENGAPA Kempen Keselamatan ini DIJALANKAN, tetapi MENGAPA langsung TIADA hebahan mengenai kempen ini? Di mana flyers, poster, banner, mahupun emel kepada pelajar untuk memaklumkan tentang perkara ini? Sedangkan maklumat mengenai promosi bergerak farmasi Watson's pun ada diemelkan, inikan pula satu kempen yang melibatkan seluruh warga Uniten.

Perbincangan dengan rakan-rakan menimbulkan beberapa persoalan, terutamanya mengenai ID, stiker kenderaan, stiker kelompok, juga peraturan keluar malam selepas jam 12. Rata-ratanya (termasuk saya) masih kabur dengan perkara tersebut, lebih-lebih lagi peraturan keluar malam. Adakah pelajar dilarang sama sekali keluar malam? Jika tidak, bagaimanakah prosesnya? Adakah sama seperti proses yang lalu di mana pelajar yang mahu keluar perlu mengisi borang yang diperolehi daripada Residen Kaunselor? Mengenai ID, sekiranya ID pelajar perlu dipaparkan setiap masa di dalam kawasan universiti, adakah ini bermaksud apabila kita beriadah, maka ID pelajar perlu dipakai?

Tempoh 2 minggu yang diberikan adalah panjang. Akan tetapi sekiranya tiada hebahan, tempoh tersebut akan berlalu begitu saja. Apabila tamat tempoh 2 minggu ini, maka peraturan di dalam kod tatakelakuan pelajar akan dilaksanakan secara total, tanpa disedari sebahagian besar pelajar. Ini boleh menimbulkan kegelisahan dan ketidak puasan hati.

Oleh itu saya meminta semua pihak yang berkenaan, MPP, Pengurusan, dan juga Keselamatan untuk tampil dan memberi hebahan kepada pelajar. Kami mahu diberikan maklumat secukupnya agar tidak timbul isu-isu lain dikemudian hari.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2008/2009

. Saturday, October 11, 2008
3 comments

PENGUMUMAN

Dengan ini disahkan bahawa berikut adalah barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2008/2009

Majlis Tertinggi


Presiden: Mohammad Syafeeq Bin Hashim

Timbalan Presiden (I): Norfathin Bt. Rosley (Merangkap exco Akademik dan Kerjaya KSHAS)

Timbalan Presiden (II): Noor Shafawati Bt. Mufid

Setiausaha Agung: Ahmad Hussaini Bin Zulkeply

Timbalan Setiausaha Agung: Hanisah Bt. Hamdan (Merangkap exco Kelab dan Persatuan KSHAS)

Bendahari Kehormat: R. Kanesaraj a/l Ramasamy (Merangkap exco Informasi dan Penerbitan)

Timbalan Bendahari Kehormat: Mohd Izhar Bin Rahmat (Merangkap exco Sukan dan rekreasi KSHAS)


Exco-exco

Latihan dan Kepimpinan: Nur Hidayah Bt. Saidin

Informasi dan Penerbitan: R. Kanesaraj a/l Ramasamy

Perhubungan Awam: Mohd Muazan Bin Mohd Mohsin

Kebudayaan dan Integrasi (P): Prathib a/l Sooria Demudu

Kebudayaan dan Integrasi (M): Umapathy a/l Ponnusamy

Kelab dan Persatuan (P): Aliff Irsyad Bin Ngah

Kelab dan Persatuan (M): Hanisah Bt. Hamdan

Sukan dan Rekreasi (P): Muhammad Shah Rezza Bin Saari

Sukan dan Rekreasi (M): Mohd Izhar Bin Rahmat

Kebajikan dan Kerohanian (P): Mohd Hamdan Bin Hassan

Kebajikan dan Kerohanian (M): Muhammad Sobrie Bin Salehuddin

Akademik dan Kerjaya (P): Nor Sheilashafika Bt. Kamarzaman

Akademik dan Kerjaya (M): Norfathin Bt. Rosley



Nota: (P) = Kampus Putrajaya

(M) = Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

Lantikan ini berkuatkuasa mulai 10 Oktober 2008

Pusat Hal Ehwal Pelajar